Friday, December 11, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431

Muharam adalah permulaan Tahun Baru Islam (Hijrah) bagi umat Islam. Setiap kali ketibaan bulan Muharam dalam kalender Hijrah, umat Islam dituntut untuk melakukan ibadah-ibadah sunat pada bulan Muharam terutama menjelang Hari Asyura - 10 Muharam kerana Allah s.w.t akan melimpahkan rahmatNya..

Apa yang patut dilakukan ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharam dan berdoa di awal Muharam. Dari Hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w ditanya fadilat puasa di hari Asyura, maka baginda menjawab:'
" Menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu".

Ketahuilah saudaraku..orang Islam..Membuat bubur Asyura hanyalah sekadar untuk mengingati peristiwa yang berlaku kepada umat Nabi Nuh As. Cuma yang tidak betulnya, sebilangan Umat Melayu membuat bubur Asyura sedangkan mereka "tidak berpuasa" . Perbuatan ini berlawanan dengan perbuatan Rasulullah s.a.w. dalam hadis tidak ada mengatakan kita perlu buat "bubur Asyura" , tetapi ada menyebut kita disunatkan berpuasa pada sembilan dan sepuluh Muharam.

10 MUHARRAM (HARI ASYURA’) MENINGGALKAN BANYAK PERISTIWA SEJARAH DIANTARANYA:

1) Arasy, kurshi dan Syurga dicipta.
2) Langit, matahari, bulan, bintang dan bumi dicipta.
3) Nabi Adam dicipta dari tanah.
4) Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga.
5) Taubat Nabi Adam diterima ALLAH.
6) Bahtera Nabi Nuh mendarat di bukit Judi.
7) Nabi Ibrahim keluar daripada api.
8) Penglihatan Nabi Yaakub pulih semula.
9) Nabi Yusuf keluar dari perigi.
10) Nabi Ayub sembuh daripada menderita penyakit kulit.
11) Nabi Musa selamat menyeberangi lautan sementara Firaun dan pengikut²nya tenggelam ke dalam lautan Merah.
12) Nabi Sulaiman dikurniakan semula kekuasaan (kerajaan).
13) Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun.
14) Nabi Isa dilahirkan.
15) Nabi Isa diangkat kelangit.
16) Hujan turun buat kali pertama kalinya membasahi bumi

kita Sambut Kedatangan MUHARAM 1431H dan kita Tinggalkan ZULHIJAH 1430H dengan melakukan doa selepas solat Asar dan doa menyambut Muharam 1431H selepas solat Magrib dan berpuasa pada 9 dan 10 Muharam, seperti mana yang dilkukan oleh Rasulullah s.a.w dan umat terdahulu untuk merebut pahala yang dijanjikan Allah s.w.t.... Amin...

No comments: