Mohram dianggotai oleh dua orang pemuzik yang amat berbakat iaitu Mohar dan Ramli. Mula dikenali apabila mereka menyertai barisan pemuzik iringan sifu M Nasir di dalam pembikinan album serta konsert - konsert M Nasir.
Mohar atau Muhardiman Ismail lahir daripada keluarga pemuzik dari Indonesia. Sejak berusi tiga tahun lagi Mohar sudah terdedah dengan alat muzik tradisional Melayu, seruling buluh. Ke mana sahaja beliau pergi untuk mengiringi konsert solo atau sebagai pemuzik undangan beliau pasti akan membawa satu set seruling yang mempunyai berbagai key dari Eb,Bb serta Key diatonik standard bermula dari C hingga ke G. Beliau amat bijak memilih seruling berdasarkan relatif major dan minor serta tak lupa untuk membawa seruling yang mengandungi key pentatonik serta key pelok da slendro jawa. Sebab itu kadang-kadang bila ada pemuzik lain cuba untuk memainkan lagu beliau amat sukar sebab beliau mencampurkan tiupan seruling diatonik dan pentatonik jawa.
Ramli atau Ramli Abd Hamid meminati muzik gendang tradisional Melayu. Dia mula mempelajari kaedah bermain gendang pada majlis kenduri kawen ketika berusia belasan tahun di Kelantan, negeri kelahirannya. Ramli mengganggotai kumpulan Unit Kebudayaan Negeri Selangor yang membawa dia menjelajah beberapa negara antaranya Greece, United Kingdom, Jepun dan Indonesia. Kepakarannya memalu rebana membuatkannya digelar sebagai burger “Ramli Rebana atau Romli Rebana". Dengar kata dia pernah mendapat didikan paluan dari Tok Guru aku di USM dulu iaitu Poc Cik Mat Jusof atau Cik Mat yang memang pakar dalam permainan gendang dan alat tradisional pantai timur.

Thanks and creadits to : http://guitarlogy.multiply.com
No comments:
Post a Comment