Posts

Showing posts from August, 2009

Nuzul Al-Quran

Image
Ramadhan Yang dilalui kali ini nmpknya penuh dengan catatan catatan peristiwa besar yang berlaku ,disamping memenuhi tuntutan wajib berpuasa,Umat Islam di Malaysia juga menyambut ulangtahun kemerdekaan kali yg ke 52,dimana slogan kali ini adalah Satu Malaysia,satu ideologi gagasan corak kehidupan yg cuba diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia yg penuh dengan Skandal Kehidupan.Sebenarnya bukan hari kemerdekaan yang ingin di mengertikan kpd para pembaca blog ini,kerana kita semua memahami apa ituMerdeka,satu ungkapan keramat yang dilalui bagi menandakan Negara yg kita duduki ini bebas dari sebarang penjajahan berbentuk Takbir Urus Negara ,Tapi Malangnya dari segi pemikiran minda dan corak kehidupan tiada apa yang boleh ditaksirkan sudah bebas sepenuhnya dari pengaruh Luar,Selain itu juga umat Islam juga akan menyambut hari Nuzul Al - Quran pada setiap tanggal 17 Ramadhan,tahukah dari setiap dari kita apa itu Nuzul Al Quran dan Kerana Apa ia per;u diingati?dari pemahaman dan bacaan dir…

Erti Kesusahan

Image
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi,

"Adi…

RAIKAN HARI KEMERDEKAAN KE-52

Image
31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada ge…

10 Tip Ekstra Langsing Saat Berpuasa

Image
Menurut Islam, berpuasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga bermula terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari dengan anggaran masa kira-kira 12 jam sehari selama sebulan. Selain bertujuan menunaikan tuntutan agama, berpuasa juga boleh membantu memantapkan emosi, menenangkan fikiran dan sangat baik untuk kesihatan kerana memberi peluang kepada organ dalam untuk berehat sebentar dan memberi peluang menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia.
10 Tip Ekstra Langsing Saat Berpuasa
1. Paling penting untuk anda lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh anda. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.
2.Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhatihati dalam soal permilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiad…

Antara Kesilapan Muslim Di Bulan Ramadhan

Antara kesilapannya ialah:

1) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam).

Keadaan seperti ini ada disebutkan dalam hadith ertinya: "Sesungguhnya sesiapa yg telah makan(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu"
(riwayat Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam.

Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkn sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yg diletakkan oleh NABI SAW."
(Fathul-Bari,4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukn ibadah yang lain. Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik unntuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh ALLAH SWT..

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ini adalah satu…

Sains Tambahan...

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya
minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari
itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya
masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak
menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2
muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji…

Petua-petua Melayu

Cengkih Penawar Sakit GigiSekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit beransur kurang. Gambir Penawar Gatal
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal. Selamat Mencuba. Hilangkan Daki dan Bau Badan
Kita sering menghadapi masalah daki dan bau badan terutama bakal pengantin. Untuk mengatasinya, gunakan pucuk jambu batu. Ramas ia didalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang. Hilangkan Parut
Jika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada …

Hikmah Sujud

Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud akanMembetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)Melegakan sakit hernia.Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.Meringankan bahagian PELVIS.Memberi dorongan untuk mudah tidur .Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar…

6 Fakta Wanita yang Mudah d'TIPU lelaki

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.

Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan "pattern" perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.

Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, "Mana dapat duit?". Dia kata, lama dah simpan khas untuk "surprise"kan anda. Oklah, boleh terima.

Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula "shopping sakan" dan anda pun dia b…

Taktik Lazim Untuk Menipu Wanita

Secara fitrah, semua wanita di dunia mencari lelaki sebagai pelindung. Justeru, wanita amat tertarik kepada lelaki yang dapat menjamin keselamatan mereka di dunia dan di akhirat.Wanita akan merasa selamat apabila bersama dengan lelaki yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Ada beberapa golongan lelaki yang selalu mempamerkan kekayaan untuk menonjolkan faktor ini bagi menarik perhatian golongan wanita. Itu adalah perkara normal. Yang tidak normalnya ialah apabila “terlalu” mempamerkan faktor ini.Juga terdapat segolongan lelaki yang berbohong dengan kemampuannya. “I ada sebuah firma,” “I akan belikan U sebuah kereta,” “I dah ada rumah dua tingkat untuk U,” “I kenal datok ini dan datok itu” dan sebagainya. Padahal, perkara-perkara yang disebut tidak benar.Untuk mengelakkan dari tertipu, seorang wanita perlukan mencari kesederhanaan di dalam perhubungan. Jangan jadikan kemampuan seorang lelaki sebagai agenda utama. Rezeki dan kekayaan dapat ditahan oleh tuhan pada bila-bila masa. Fi…

Petua menghadapi Orang sedang Marah

Adat dalam perhubungan, sedikit sebanyak mesti akan bertegang urat. Dan secara tak langsung, bertegang urat ini berkaitan dengan kemarahan. So, topik kali ini berdasarkan bagaimana untuk menghadapi pasangan kita yang sedang marah tuh.

Menghadapi lelaki yang sedang marah:
Tenung, renung dan lihat matanya. Pastikan akan bersemuka dengan lelaki tersebut. Ini kerana berdasarkan fitrah lelaki, mereka takkan sampai hati marah marah jika bersemuka dengan pompuan. Lelaki akan lembut hati jika memandang mata pompuan. Sebab tu lelaki selalunya akan melihat ke sana sini ketika sedang marah pompuan. Sebab kalau tengok mata pompuan, karang tak jadi nak marah pulak. Rasa kesian pulak...

Jangan cuba menundukkan kepala. Ini kerana jika anda menundukkan kepala, ini akan membuatkan lelaki itu akan berasa lebih berkuasa dan bersemangat untuk mengamuk habis habisan. Sebaiknya angkat kepala sedikit dan menghadapi kemarahan lelaki tersebut dengan buat pekak ajer. Nescaya, tak la teruk sangat anda akan di mara…

Susahnya Seorang PEREMPUAN

Image
Bukan senang jadi perempuan.Macam-macam massalah yang mereka hadapi setiap hari.Bukan nak komplen fitrah kejadian.Cuma nak kongsi2 ngan kengkawan di luar sana.....

-Keselamatan
Paling dirisaukan setiap perempuan di muka bumi ini.Mana-mana pergi pun rasa tak selamat.Tambah takut bila baca suratkhabar tentangkes-kes rogol dan BUNUH yang makin meningkat.Tak lena tidur dibuatnya.

-Penampilan
Pilih baju mesti nak sepadan.Kalau baju warna merah,kain warna hijau,kasut pulak warna kuning nanti orang kata giler pulak! Tu belum lagi masuk bab eye shadow,maskara,lipstik,blusher dan macam-macam lagi.Lelaki senang,main sarung je!

-Kebebasan
Perempuan tak boleh sesuka hati keluar malam balik besok malam.Perempuan tak boleh DUDUK MENGANGKANG macam lelaki.Tak semiak dikata dek orang! Bukan empunya diri jer yang malu,mak bapak pun ikut malu besar sekali.

-Gangguan
Biasa berlaku di tempat kerja,sekolah atau mana-mana kawasan tumpuan ramai.Tak bolehlah kaki tu nak melangkah, ada saja gangguan dari kaum lelaki m…

Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian
sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan
petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya
Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya
kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan
hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu
tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.Baginda s.a.w. berkata:
“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik
daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu
berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 ka…

....bila nak kawin??

Image
Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuanBila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusiaBila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan

KISAH PAHIT SEORANG GIGOLO..

Image
Teman-teman, Bacalah kisah di bawah ini: (Cubalah ambil hikmahnya..)
Seorang pemuda frusted mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu
merasa nevous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok. Semakin di fikir seperti itu, birahinya juga makin muncul.
Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus. Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik. "Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.
Tak lama kemudian, ibu itu masuk …

Alahai.. beruntungnya jadi isteri..

Image
Mulianya seorang isteri disisi Allah…Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isterimereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut…

Pagar Diri Daripada Sihir Dan Ilmu Hitam

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar
Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah
S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar
‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir
yang terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari.) Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir
tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal
ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T
kepada mereka.Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlah
jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana
sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu
sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat
tersebut tidak akan pernah terl…

Sekilas Ungkapan...

Image
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Sekilas Ungkapan........

Image
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

Petua dari Dapur ke Dafurrrr....

Elak Bekas Dari Berbau
Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.

Menghilangkan Hanyir DagingAda orang tidak makan daging kerana tidak suka bau hanyirnya. Cara mudah mengatasi masalah ini ialah basuh daging dengan menggunakan air basuhan beras. Basuh sehingga daging putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga akan hilang. Selamat mencuba.

Halau Semut Dalam GulaLetak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.

Seram.. baca sahaja..jgn percaya

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor
Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis..
Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..
Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i. Diorng da xthan nk jumpe sngat2
Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..
Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie.
Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..

Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..
Mayat julie selamat dikebumikan. .
Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..
Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..
Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..
Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..
Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki
Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..
Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..
Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..
Jim…