Posts

Showing posts from October, 2009

Endang S.taurina - Edisi Platinum

Image
Pada era-80'an muncul lagi bakat baru Indonesia yang diberi nama Endang S Taurina. Bakat Endang dicungkil oleh A.Riyanto yang sebelum itu telah mempopularkan Jamal Mirdad, Rano karno, Elly Sunarya dan Atiek CB. Endang atau nama sebenarnya Endang Sukesih,42.., muncul dengan album pertamanya, Apa yang ku cari pada tahun 1983. Populariti lagu tersebut telah membuatkan nama Endang S. taurina bukan sahaja terkenal di Indonesia malahan di Malaysia juga. Selepas itu Endang muncul dengan barunya berjudul Dia yang Ku cari.


Pada usia 32 tahun barulah Endang bertemu jodohnya dengan ahli perniagaan dan pensyarah bebas, Samsudin Nasution. hasil perkongsian hidupnya dengan Samsudin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Salsa Bila Nadia atau yang membawa erti mata air dari syurga. "Kelewatan mendirikan rumahtangga di usia 32 tahun menyebabkan saya ingin memberikan lebih masa bersama keluarga. Yang pasti saya cukup bahagia dengan perkahwinan yang telah saya bina beberapa tahub yang lalu,&…

Al - Fatihah dan doa buat Abah Tersayang.....

Memang sebak dan sedih apabila menerima perkhabaran tentang kematian....tapi itu lah hakikat yang telah di tetapkan oleh NYA yang MAHA ESA...tidak ada siapa yang boleh menghalang..Aku menerima panggilan oleh adik aku yang nombor enam,yang memberi tahu abah telah tiada pada malam selasa 27/10/2009..memang tiada rezeki aku untuk melawat abah di hospital..tapi sebelum itu memang aku telah memberi tahu adik aku...aku nak balik pada hari rabu 28/10/2009..tapi itu lah..kita hanya merancang tapi ALLAH yang menentukan..menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak hospital abah aku menghembus nafas sekitar jam 1.30 pagi 27/10/2009 di hospital Kuala Lipis,Pahang..sebab kematian Acute Respiratory Distres Syndrome With Sepsis..sempat juga aku berbakti untuk kali terakhir...memandikan,menkafankan dan solat jenazah untuk abah hingga ke liang lahad...Abah meninggal pada usia 63 tahun.

Al Fatihah buat Abah..Hj Wan Hassan bin Wan Yusoff.

Jangan Menangis

Image
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Air mata yang tiada di tuntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
3. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat …

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda

Image
Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Ap…

Tribute Mbah Surip(Photo)

Image

PERHATIAN...!!! Wanita2 jangan cemburu dengan Bidadari di Syurga Yer

Image
Wanita-wanita jangan cemburu dengan Bidadari di Syurga yer

“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha.. Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.!!

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILI…

Azimat Untuk Lelaki

Image
Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini. Yang pompuan pun sama jadikan sebagai pedoman.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbert…

Beza lelaki ngan perempuan mase lunch time

Image
Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. Gi surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki..
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi..
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu... 2... 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi..banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2 minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini..
20. Jengok d…

Nasik ayam

Image
Menu sarapan malam.....

3 Kesilapan BESAR Selepas Putus Cinta dan Macamana Nak Buat?

Image
Okay….sekarang tetiba je anda dah sedar…anda kembali “single”!

Jadi..apa nak buat ya..

Amaran: Jangan menyusahkan hidup anda dengan ber“dating” terlalu awal selepas putus cinta.Berapa awal ‘terlalu awal’ tu? Bergantung kepada keadaan semasa putusnya perhubungan anda.

Apa sekali pun: Enam bulan atau lebih.

“Atau lebih”? Ya! Enam bulan atau lebih!

Kalau jari kita terluka, perlu masa untuk baik.Kalau luka itu dalam perlu lebih lagi masa untuk sembuh. Untuk pulih sepenuhnya dari putus cinta sama sahaja, perlukan masa.

Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh anda selepas putus cinta dan bergelar “single” ialah melibatkan diri dengan seseorang yang lain SEBELUM luka lama anda sembuh.

Dua lagi kesilapan yang berkaitan termasuklah anda tidak mengambil sepenuh tanggungjawab “bersama” atas perkara yang menjadi sebab putusnya hubungan anda dan anda tidak pastikan isu itu selesai sebelum anda mulakan hubungan yang lain.

Melakukan perkara yang sama berulang-kali dengan mengharapkan keputusan yang berbeza a…

Awas peminat video Upin Ipin di Youtube!

Image
Kebiasaannya pada hujung minggu aku membiarkan anak-anak melayari internet. Semalam anak Akif (7 tahun) dan adiknya Afif (3 tahun) sedang mengadap youtube. Biasalah budak-budak ni suka tengok video Upin dan Ipin.

Tiba-tiba kedua-duanya menjerit ketakutan. Muka kedua-duanya pucat dan menangis mendapatkan emaknya yang sedang menonton TV. Aku pun tengok video apa yang diaorang ni tengok.

Rupanya ada makhluk yang rasanya ada kelebihan pandai mengedit video membuat lawak bodoh.

Video Upin Ipin pada mulanya elok saja kisah Upin Ipn nak pergi solat terawih:Tengah syok-syok tengok keluar gambar hantu dengan jeritan yang menyeramkan

Ni yang dinamakan bergurau tak kena tempatnya. Bukan ke video Upin Ipin ni kesukaan kanak-kanak menontonnya. Jangankan kanak-kanak orang tua pun boleh kena sakit jantung dibuatnya. Walau ada warning 'jangan menonton jika anda sakit jantung' , budak-budak apa kira.

Berhati-hati dan jangan lupa mengingatkan anak-anak atau adik anda menonoton video Upin Ipin di You…

10 Cara Untuk Sentiasa "Bergaduh" Dengan Adil

Image
Perbalahan sentiasa berlaku.Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa.Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita.Namun demikian,dalam percintaan/perhubungan,perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi,sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.

1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang,anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa.Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya ,ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya.Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut.Oleh itu,selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini,adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku.Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak ber…

New Album Release Beyonce - Miss Swing,Miss Soul

Image
new album from beyonce have 18 track...get the original album..tq

Muhasabah Diri

Hidup ini penuh dengan cubaan.
Kadang-kala, dalam tak sedar, terdetik rasa putus asa.
Selagi boleh, buanglah jauh-jauh rasa putus asa itu.
Hakikat kejayaan itu berbeza-beza untuk setiap insan.
Mungkin kita gagal mencapai apa yang orang lain dapat, tapi percayalah!
Suatu hari nanti, pasti kita akan nampak hikmah atas kegagalan kita sebelum ini.
Segalanya adalah perancangan Allah.
Yang pasti, kita sebagai manusia biasa harus terus usaha dan usaha tanpa jemu.
Sesekali terlintas di hati ini, betapa selama ini aku cuma menganggap kejayaan itu hanya milik aku seorang, hanya impian aku seorang.
Sedangkan aku terlupa bahawa di belakang aku, aku ada ramai insan-insan yang berkongsi harapan.
Merekalah sebenarnya pendorong aku.
Mereka juga pemegang harapan kejayaanku.
Gagalnya aku, bererti kecewanya mereka.
Buat insan-insan yang menjadi tulang belakangku,
Doa kalian amat ku hargai...
Teruskan berdoa..
Aku pasti bawa pulang kejayaan kelak.
Ya Rabbi...
Hanya Engkau yang tahu..

Luahan Jiwang Mat Rock

Image
Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa ya…

New Album Release SHAKIRA "She Wolf"

Image
She Wolf is the third English language studio album from Colombian pop star Shakira. Her first two, Laundry Service andOral Fixation, Vol. 2, were top 5 hits and certified platinum for sales. She is the only artist from South America to reach #1 on the Billboard Hot 100. Shakira has won two Grammy Awards and seven Latin Grammy Awards.
Shift In Musical StyleFor the She Wolf album Shakira has shifted her sound from Latin pop to a more electronic, club-oriented dance sound. She has said the album will still have a very international feel and told MTV it will incorporate, "Elements of Colombian, Indian, Middle Eastern and African musical styles." Electronica and synthesizers are expected to be key parts of the music throughoutShe Wolf.High Profile CollaboratorsFor the She Wolf album, Shakira is working with high profile production collaborators. RedOne, who did the famed "Bamboo" mix of "Hips Don't Lie," is working with Shakira. Pharrell Williams will brin…

Anggaran baBajet Nikah Kawen Semasa ( Untuk Bakal Pengantin )

Image
Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi :

At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book... . jgn dua dua gi book plak.

kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangger:

Kener pergi... . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus... . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui. kos kursus :around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam:

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang
pomp…

Ubi Ketuk???

Image
Sarapan pagi Ubi Ketuk yang dikirimkan oleh CIK Mawar.....kirim gambo aje laa...

1001 Kebaikan Pisang

Image
Zat yang terkandung dalam sebiji buah pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya didalam darah juga menjadi lebih cepat. Antara khasiat pisang yang lain.

1. Sebagai sumber tenaga
Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia.
Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut
Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati luka akibat terbakar
Daun pi…

Rahsia Warna Kegemaran Wanita

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.
BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, su…

Kena tindih.....

Ni aku ade terbaca posting mengenai kena tindih sewaktu tidur.....
Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih....kepercaya an dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer...…