Posts

Showing posts from December, 2009

Bekas pencuri terkejut enjin jet boleh dicuri

Image
Gambaq ni tiada kena mengena dengan enjin jet yang masih hidup atau mati ataupun hilang.

PAYA MAT INSUN: Seorang bekas pencuri motosikal yang ditemui di sini menyatakan dia tidak pernah terfikir enjin jet juga boleh dicuri.Jika dia tahu enjin jet boleh dicuri,sudah tentu dia tidak perlu mencuri motosikal selama ini.Lebih baik dia mencuri enjin jet kerana dengan sekali curi sahaja tak perlu lagi buat bersusah payah untuk buat kerja mencuri.Habuan yang diperolehi boleh menyara tujuh keturunannya.

Beliau yang sebelum ini melakukan rutin mencuri motosikal di sekitar kampung di sini juga pernah mencuri lembu sebanyak 8 kali.Namun kelapan-lapan kali dia kantoi.

Tambah beliau lagi,mencuri enjin jet juga selamat kerana tiada siapa yang akan tertangkap dan didakwa walaupun setelah 2 tahun enjin jet itu dijual kepada pembeli di luar negara.Beliau yang kelihatan terkejut dengan berita enjin jet dicuri telah menghubungi beberapa rakannya yang juga pakar pecah rumah untuk memberi idea bernas ini kepa…

Bercakap Dengan Jin - Siri 1

Image
Assalamualaikum,teman2 dah sahabat2.....Ini buat kali pertama aku nak berkongsi dgn korang semua iaitu koleksi Siri Bercakap dgn Jin(SBDJ - Tamar Jalis).. bagi peminat2 SBDJ..Koleksi ini pun aku dapat dari sebuah blog juga..ape salahnyer kalo kiat berkongsi kan.. So ikuti lah siri ini..SBDJ ...
Bermula dgn Bercakap dengan Jin-Siri 1

Suatu petang dalam tahun 1960. Datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya "Kamu usah jadi pemburu." "Kenapa tok?" Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang-nimang senapangnya. Kemudian datuk ambil golok perak dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih menanti jawapan dari datuk. "Aku tak mahu cucu-cucu aku jadi pemburu," tiba-tiba datuk bersuara. Dia duduk di anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan sebarang pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu d…

Kalau malas ketawa...senyum pun jadi lah....

Image
Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

Seorang Tok Batin baru membeli motosikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 4

Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' W…

Kalau tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

Bacalah untuk pengetahuan dan kesedaran kita bersama...
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis…

Koleksi2 Siri bercakap Dgn JIN

Image
Aku terjumpa Cover Buku Siri Bercakap Dgn JIN [Tamar Jalis]..sekarang ni cari semula cerita2 sebegini sebagai koleksi..






Test Icon

Image
Saje nak test icon/smilies baru install untuk blogger...

thanks to Sara@APO ( http://roseharissa.blogspot.com )

Koleksi2 Tok Awang Ngah

Image

Pontianak teman pulang

Image
Pasangan suami isteri tergamam lihat makhluk mengilai depan kereta di Padang Serai

AZIMAH dan Zaki adalah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun. Mereka menetap di sebuah taman perumahan di Padang Serai di utara tanah air. Memandangkan suaminya bekerja mengikut syif, Azimah dan anak perempuan mereka menumpang di rumah ibu mentuanya yang terletak agak jauh daripada kediaman mereka setiap kali Zaki terpaksa bekerja syif malam.

Untuk pulang ke rumah, mereka terpaksa menempuhi perjalanan melalui kebun kelapa sawit yang agak luas. Sudah pasti, keadaan sememangnya menyeramkan terutama pada waktu malam ketika kenderaan amat kurang dan lampu jalan yang cuma samar-samar. Kebiasaan melalui kawasan sebegitu pada waktu malam membuatkan Azimah dan Zaki tidak berasa takut dan belum pernah berdepan sebarang masalah, termasuk gangguan makhluk halus biarpun diingatkan rakan-rakan yang pernah menjadi mangsa gangguan berkenaan.
Namun, kekebalan pasangan ini terle…

Salam Ma'al Hijrah 1431

Muharamadalah permulaan Tahun Baru Islam (Hijrah) bagi umat Islam. Setiap kali ketibaan bulan Muharam dalam kalender Hijrah, umat Islam dituntut untuk melakukan ibadah-ibadah sunat pada bulan Muharam terutama menjelangHari Asyura - 10 Muharam kerana Allah s.w.t akan melimpahkan rahmatNya..

Apa yang patut dilakukan ialah berpuasa pada 9 dan 10 Muharam dan berdoa di awal Muharam. Dari Hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w ditanya fadilat puasa di hari Asyura, maka baginda menjawab:'
" Menghapuskan dosa-dosa tahun yang lalu".

Ketahuilah saudaraku..orang Islam..Membuat bubur Asyura hanyalah sekadar untuk mengingati peristiwa yang berlaku kepada umat Nabi Nuh As. Cuma yang tidak betulnya, sebilangan Umat Melayu membuat bubur Asyura sedangkan mereka "tidak berpuasa" . Perbuatan ini berlawanan dengan perbuatan Rasulullah s.a.w. dalam hadis tidak ada mengatakan kita perlu buat "bubur Asyura" , tetapi ada menyebut kita disunatkan berpuasa pada sembilan dan …

Senarai orang kaya di Malaysia

Image
1. Robert Kuok - $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan - $7.2 billion (Maxis, Astro)
3. Lee Shin Cheng - $5.5 billion (IOI Group)
4. Teh Hong Piow - $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family - $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)
6. Quek Leng Chan - $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)
7. Yeoh Tiong Lay & family - $2.1 billion (YTL Corp)
8. Syed Mokhtar AlBukhary - $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)
9. Vincent Tan - $1.3 billion (Berjaya Group)
10. Tiong Hiew King - $1.1 billion (Rimbunan Hijau)
11. Azman Hashim - $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)
12. William H. J. Cheng - $660 million (Lion Group, Parkson)
13. Lee Swee Eng - $495 million (KNM Group)
14. Ong Beng Seng - $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)
15. Lim Kok Thay - $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)
16. Vinod Sekhar - $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)
17. Lee Oi Hian - $…

DJ Rockers Isma Halil Hamzah

Image
Kepada peminat DJ Rockers Isma Halil Hamzah, beliau kini telah kembali bersiaran di THR GEGAR Pantai Timur bermula pukul 3 petang...Untuk dengar online boleh guna software nie...http://www.adwraj.com/my-softwares/radio/ . Boleh gak guna Winamp atau Windows Media Player untuk dengor siaran nie dngan copy & past link nie mms://rs5.radiostreamer.com/AMP_THRG pada ruangan Add URL (Winamp) atau Open URL (Windows Media Player)

Ulasan Mohram - Antarsukha(2004)

Image
Mohram dianggotai oleh dua orang pemuzik yang amat berbakat iaitu Mohar dan Ramli. Mula dikenali apabila mereka menyertai barisan pemuzik iringan sifu M Nasir di dalam pembikinan album serta konsert - konsert M Nasir.

Mohar atau Muhardiman Ismail lahir daripada keluarga pemuzik dari Indonesia. Sejak berusi tiga tahun lagi Mohar sudah terdedah dengan alat muzik tradisional Melayu, seruling buluh. Ke mana sahaja beliau pergi untuk mengiringi konsert solo atau sebagai pemuzik undangan beliau pasti akan membawa satu set seruling yang mempunyai berbagai key dari Eb,Bb serta Key diatonik standard bermula dari C hingga ke G. Beliau amat bijak memilih seruling berdasarkan relatif major dan minor serta tak lupa untuk membawa seruling yang mengandungi key pentatonik serta key pelok da slendro jawa. Sebab itu kadang-kadang bila ada pemuzik lain cuba untuk memainkan lagu beliau amat sukar sebab beliau mencampurkan tiupan seruling diatonik dan pentatonik jawa.

Ramli atau Ramli Abd Hamid meminati muz…

Add new blog/Playslist

Assalamualaikum semua...

Ade sedikit penambahan blog..iaitu blog playlist/senarai lagu2 mp3..link nye
http://djbropian.blogspot.com atau boleh klik terus di menu bar 'My Playlist di atas..

sekian..keep and touch