Sunday, January 3, 2010

Ketagih Facebook

Tahukah bahawa kini FarmVille adalah permainan dalam talian paling popular di kalangan remaja?

Mereka yang menggilai permainan ini sanggup menghadap komputer riba berjam-jam lamanya semata-mata bermain FarmVille yang terdapat dalam laman sesawang sosial paling popular, Facebook.

Menariknya permainan ini apabila pemain seperti petani sebenar di alam maya.

Mereka perlu bercucuk tanam dan menjaga hasil tanaman sebelum boleh dituai atau dipetik dalam jangka masa tertentu, jika tidak mengakses permainan ini, tanaman akan mati.

Bukan itu saja, setelah mendapat hasil dalam bentuk duit, mereka boleh membeli tanah lebih luas dan menanam lebih banyak tanaman. Ada tanaman yang boleh dituai atau dipetik dalam dua, empat atau lapan jam atau beberapa hari.

Justeru di kalangan pemainnya, ada yang sanggup bangun pada tengah malam semata-mata memastikan hasil tanaman terjaga.

Selain FarmVille, ada lebih 100 permainan dalam talian yang terdapat dalam Facebook. Antaranya Quiz, Friends For Sale, Country Story, Restaurant City, Mafia War dan Pet Society.

Pet Society

Ia juga permainan popular di Facebook. Permainan ini meminta kita mencipta haiwan peliharaan dengan memilih warna, bentuk, wajah dan pakaian. Kemudian setiap haiwan akan diberi nama. Kemudian bermainlah dengan haiwan kesayangan itu.

Restaurant City

Permainan bertemakan penyediaan makanan ini memang hebat dan menarik. Tidak hairan jika permainan ini menjadi terkenal oleh berjuta-juta peminatnya di seluruh dunia.

Dibina syarikat PlayFish, Restaurant City menyediakan cara permainan yang seronok untuk menguruskan restoran sendiri. Dengan rupa grafik menarik dan comel, pemain boleh mencipta watak sendiri, mengubah suai restoran sama ada di dalam atau di luar, melantik rakan Facebook sebagai pekerja di restoran dan mencipta pelbagai resipi menggunakan pelbagai bahan.

Kemudian, terserah kepada pemain untuk menjadikan restoran digemari pengunjung. Bagi sesiapa yang berkeinginan membuka restoran atau kafe, mereka boleh menggunakan kemahiran ini untuk bermain Restaurant City.

Country Story

Permainan Country Story yang dibina syarikat PlayFish juga tidak kurang seronoknya. Permainan ini membolehkan pemain memiliki dan menjaga ladang sendiri dengan menanam pelbagai jenis tanaman dan memelihara haiwan ternakan seperti ayam dan lembu.

Boleh juga menghias ladang dengan pelbagai jenis barangan. Percaya atau tidak, kita boleh mencuri hasil tanaman di ladang rakan. Tujuannya untuk melengkapkan permintaan penduduk kampung.

Cafe World

Satu lagi permainan bertemakan penyediaan makanan yang dibina syarikat Zynga. Konsepnya sama dengan Restaurant City, tetapi cara permainannya sedikit berlainan. Chef perlu menyediakan makanan dengan memilih resipi sedia ada. Makanan dimasak perlu disediakan segera.

Jika melebihi tempoh masa ditetapkan, makanan akan 'rosak' atau basi dan perlu disediakan semula. Kemudian, kita boleh melantik rakan Facebook untuk dijadikan pelayan kafe. Kita juga boleh membeli pelbagai jenis perabot dan barangan hiasan untuk diletakkan di dalam kafe.

Island Paradise

Ini juga satu permainan kegemaran di Facebook. Mungkin tidak popular di kalangan pengguna. Permainan yang membolehkan kita mengusahakan tanaman sendiri di pulau dengan menanam pelbagai jenis tanaman, membela haiwan ternakan dan menghias pulau dengan pelbagai jenis perhiasan.

Naikkan tahap pemain untuk mendapat lebih banyak jenis perhiasan dan kelebihan untuk menanam tanaman serta membela haiwan bagi mendapatkan hasil yang sangat tinggi.

Permainan yang dibina syarikat Meteor ini mungkin tidak sehebat FarmVille, tetapi Island Paradise tampil dengan rupa dan konsep berbeza, di mana kita menjaga pulau dan berusaha menjadikannya sebagai pulau impian kita.

*Kenapa Facebook digilai?

Selain permainan yang menjadi kegilaan, Facebook atau dalam bahasa Melayu bermaksud 'muka buku' sama fungsinya dengan laman sosial lain seperti Myspace, Friendster, Tagged dan Hi5 iaitu untuk berkomunikasi. Namun Facebook lebih terkini kerana ia mengikut peredaran zaman.

Facebook hasil ciptaan Mark Zuckerberg dipenuhi aplikasi yang nyata jauh lebih canggih berbanding laman sosial lain. Itu belum lagi dibandingkan dengan ribuan aplikasi canggih yang membuatkan remaja menggunakan separuh masa mengunjungi Facebook. Jika tidak, mereka pasti gelisah.

Menurut Suhaib Zaihan, 20, Facebook mudah mendapat tempat berbanding laman sosial lain kerana ia menyediakan ruang kepada pengguna berhubung dengan kawan lama sama ada daripada sekolah rendah, menengah atau luar negara dengan cara berhubung menerusi laman sembang, menghantar pesanan atau meninggalkan komen. Komen itu pula dapat dibaca dalam masa beberapa saat saja.

"Setelah berkongsi rakan, kita boleh melihat aktiviti mereka melalui gambar yang sudah dimasukkan atau dilabel (tag). Pemilik Facebook juga boleh menulis apa saja yang terlintas di fikiran misalnya perbincangan mengenai Piala Dunia 2010, isu agama dan politik," kata Suhaib.

Kelebihan Facebook lagi, terdapat pelbagai kumpulan yang boleh disertai. Sebagai contoh, Suara Siswa selain disiarkan di televisyen, pelajar tempatan atau luar negara boleh mengetahui topik yang dibincangkan serta memberikan pendapat.

"Saya rasa ini amat penting, selain belajar kita perlu tahu ataupun membabitkan diri dengan masalah dunia pelajar hari ini," katanya lagi yang mendaftar sebagai ahli Facebook pada pertengahan 2008 lalu.

Sebelum mendaftar, Suhaib adalah pengguna Friendster dan Myspace, tetapi tidak begitu aktif. Dia juga tidak tertarik pada permainan yang disediakan dalam Facebook kerana takut ketagih.

Tambahnya, ada pelajar terlalu taksub sehingga sanggup ponteng kuliah dan tidak menduduki peperiksaan akhir gara-gara bermain Facebook.

Berbeza pula pendapat Mohd Izdihar Samsudin, 21, yang mengakui ramai pelajar mempunyai akaun Facebook kerana gemar bermain permainan dalam talian.

Buktinya, daripada 400 rakan di Facebook, satu pertiga daripadanya bermain FarmVille. FarmVille bukan permainan untuk berlawan dengan pemain, tetapi menguji kebolehan pemain berladang di alam maya.

"Permainan Farmville sangat menarik. Jika televisyen menyiarkan rancangan bercorak realiti, FarmVille adalah permainan dalam talian berbentuk realiti sebab itu ia digemari pelajar," kata Izdihar yang mendaftar dengan Facebook pada awal 2007.

Tambahnya, sistem Facebook yang lebih teratur, senang mencari rakan dan aplikasinya mudah membuatkan Facebook bukan saja digilai remaja, tetapi golongan dewasa.

Baginya, terpulang kepada individu membahagikan waktu antara bersosial dengan belajar.

Bagi Nusrah Zamri, 16, dia mempunyai akaun Facebook dua tahun lalu, tetapi tidak aktif. Facebook lebih menarik berbanding laman sosial lain kerana mempunyai banyak aplikasi dan permainan canggih.

"Saya suka bermain FarmVille dan Cafe World. Biasanya jam 8 malam sehingga 10 malam saya mengulang kaji pelajaran. Jam 10 malam ke atas untuk bermain Facebook," katanya.

Nusrah mengakui banyak kebaikan melayari laman sosial ini kerana boleh berhubung dengan rakan dari seluruh dunia. Setakat ini dia mempunyai rakan dari Indonesia, Thailand, Australia dan Dublin yang dikenali menerusi Facebook.

Pendapat ini diakui oleh Azwin Suraya Elfian Azlan, 16, yang mendaftar di Facebook kerana ingin berhubung dengan kawan sekelas.

Selain boleh menghantar pesanan ringkas, Azwin boleh memasukkan gambar terkini, aktiviti yang dilakukan setiap hari serta melihat aktiviti rakan dengan cepat dan pantas. Jika tidak menggunakan komputer riba, dia melayari Facebook menerusi telefon bimbit.

Sebelum mendaftar di Facebook dua tahun lalu, Muhammad Elfie Elfian Azlan, 20, mengakui laman sosial ini sesuai untuk golongan dewasa saja namun selepas menjadi pengguna aktif awal tahun ini, dia membetulkan tanggapan itu kerana Facebook sesuai untuk semua golongan terutama remaja.

Malah, aplikasinya lebih canggih dan terkini berbanding laman sosial lain. Paling menarik Facebook mempunyai status yang membolehkan individu menulis apa saja yang terlintas di fikiran mengenai diri mereka. Ini merapatkan jurang sesama rakan selain menghilangkan tekanan.

"Bayangkan jika kita menulis sesuatu dalam ruangan status, semua kenalan di Facebook dapat membaca dan memberikan komen. Ini tentu menyeronokkan dan menghilangkan tekanan.

"Selain berkomunikasi, Facebook lebih cepat berbanding e-mel jika ingin menyampaikan pesanan atau bertanya khabar kepada rakan," katanya yang mempunyai 239 rakan dan 90 peratus daripadanya dikenali.

Berusia lingkungan 20-an, Carmen Leong, menggunakan Facebook untuk bermain Cafe World dan FarmVille selain berhubung dengan kawan lama.

"Setiap hari saya bermain permainan dalam talian ini sama ada pada waktu pagi, petang atau malam. Jika tidak menggunakan komputer riba, saya mengakses menerusi telefon genggam. Kadang-kadang kerana terlalu asyik saya tidur jam 4 pagi.

"Dengan adanya Facebook, terasa hidup lebih ceria. Biarpun ada yang kata Facebook membuang masa, itu terpulang kepada diri masing-masing bagaimana menggunakan masa sebaiknya," katanya.

- Facebook yang memasuki laman web dunia pada 4 Februari 2004 diasaskan Mark Zuckerberg.

Pada mulanya, dia membuka Facebook kepada rakan kampusnya di Universiti Harvard untuk mendaftar. Dua bulan selepas itu, barulah diperluaskan ke seluruh dunia.

- Sehingga kini, pendapatan daripada laman web ini mencecah 1.5 bilion dan Zuckerberg sudah diiktiraf sebagai jutawan paling muda di dunia.

- Kini, Facebook adalah laman web paling popular berbanding Friendster dan Myspace. Sehingga Julai 2007, laman web ini memiliki sejumlah 34 juta pengguna berdaftar iaitu jumlah paling besar antara laman web sosial lain dan mencecah 80 juta pengguna berdaftar menjelang Januari 2009.



-Harian Metro

Kredit to http://mmczone.multiply.com/

4 comments:

Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
Dont Bother With Idle Downloads With NZB Files You Can Hastily Find Movies, Games, MP3 Singles, Applications & Download Them at Fast Speeds

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]Usenet Search[/B][/URL]

Anonymous said...

It isn't hard at all to start making money online in the underground world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat backlinks[/URL], Don’t feel silly if you haven’t heard of it before. Blackhat marketing uses alternative or little-understood methods to produce an income online.

Anonymous said...

[url=http://www.23planet.com]casinos online[/url], also known as admired wherewithal goods casinos or Internet casinos, are online versions of outstanding ("chunk and mortar") casinos. Online casinos ok gamblers to filch up and wager on casino games unreservedly the Internet.
Online casinos typically forth odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos taking higher payback percentages with a conclusion halt concern games, and some rear the telecast wide-ranging payout schedule audits on their websites. Assuming that the online casino is using an aptly programmed random epitomize up generator, catalogue games like blackjack must an established food edge. The payout proportion less than of these games are established erstwhile the rules of the game.
Uncountable online casinos appropriate for infected with minus or kidnap light on to grips with their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Worldwide Conspiracy Technology and CryptoLogic Inc.

Anonymous said...

[url=http://englandpharmacy.co.uk/products/mobic.htm][img]http://onlinemedistore.com/10.jpg[/img][/url]
colleges with pharmacy programs http://englandpharmacy.co.uk/categories/cholesterol.htm neels pharmacy [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/plavix.htm]canada pharmacy canadian drugs[/url]
castcutters pharmacy http://englandpharmacy.co.uk/catalogue/z.htm canadian curriculum for pharmacy [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/luvox.htm]luvox[/url]
pharmacy internship illinois http://englandpharmacy.co.uk/products/sumycin.htm online pharmacy flonase [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/buspar.htm]pharmacy formullary[/url]
record of prescriptions filled pharmacy used http://englandpharmacy.co.uk/products/tulasi.htm adderall no online pharmacy prescription [url=http://englandpharmacy.co.uk/products/neurontin.htm]neurontin[/url]