Posts

Showing posts from June, 2010

Kemalangan Ngeri Pernah aku tengok ...18SG....

Image
Harap maklum, Entri ini mengandungi gambar2 yang ganas keterlaluan.. (Kalau rasa lemah semangat, jangan TENGOKK..)

Korang pernah tak tengok kes orang mati kena bunuh @ bunuh diri dengan mata kepala korang sendiri?? aku baru je pagi tadi dapat tengok live...mungkin ni kes bunuh..
Ini adalah kes bunuh paling ngeri aku pernah tengok depan mata aku sendiri..Serius ngeri gila weh.tak pernah2 aku tengok kes macam ni....sampai sekarang aku masih terbayang2 lagi...
Kes ni jadi pagi tadi, waktu aku nak naik tangga nak masuk opis..masa ondway nak naik tangga, aku rasa macam ada benda pelik. je kat bawah tangga tu..macam ada benda tetiba bergolek2 bawah tangga tu...bunyi macam benda bergolek2..aku pun pi la tengok...tengok2 ja bawah tangga tu, MasyaAllah, aku rasa nak pitam terus time tu!! Aku nampak kepala yang dah terputus dari badan betul2 dok depan tayar sebuah motor..nasib baik motor tu tengah parking....kalau tak aku rasa hancur dah kepala si mayat tu kena lenyek..dan masa tu ada kucing tenga…

Motivasi

Motivasi ibarat makanan ruji,kalau biasanya maknan ruji ini perlu di ambil pada waktu-waktu tertentu motivasi pon juga demikian,malah motivasi adakalany lebih kerap diperlukan kerana ia berhubugkait dengan emosi,emosi yg tergangu bakal membuahkan tindakan-tindakan bodoh lagi merugikan.Manusia perlukan motivasi untuk membina daya tahan mentalnya terutama tatkala berdepan dengan kemelut kehidupan yang selalunya mencabar.motivasi diperlukan untuk membinan kembali semangat yang telah luntur.adakalany motivasi menjadi bahan wajib untuk mengembalikan kembali daya juang dan sifat futuristic seseorang.Manusia tampa motivasi ibarat “patung bernyawa” yang sekadar hidup tampa sebarang keinginan untuk lebih kreatif demi kehidupan yang lebih baik dan istimewa.Hakikatnya setiap orang faham motivasi sebagai sesuatu yang memberi ransangan,semangat dan kemahuan.Extra mind mendefinasikan motivasi sebagai satu perasaan yang istimewa,hebat dan unik dalam bentuk cerita.ceritanya begini:- suatu hari seorag…

Asal-Usul Nama Hari dalam B.I

Image
Pada awal pengiraan waktu, waktu dikira daripada mula terbit matahari yang dikenali dengan nama sistem "Sundial", yang menandakan waktu sehingglah terbenam matahari. Kebiasaanya, pada musim sejuk, waktu berjalan dengan lebih cepat.


Asalnya, setiap hari dikira dalam bentuk angka dan pada hari ke 7 setiap minggu dikenali dengan nama "Sabbat" yang bermaksud istirehat.


Sunday (Sun Day)


‘Hari Matahari’, dalam bahasa latinnya disebut "Dies Solis". Pada zaman dahuukala, orang-orang Babylon menyembah matahari sebagai Shamash, dan nama-nama yang digunakan adalah seperti : Baal, Moloch, Ahura-Mazda,Dagon, Ra, Sol, Marduk, Mithras, Khrisna, Aton, Woden, Zeus, Deus, dan Gott. Pada tahun 321 masihi, Constantine mengganti Sabbat, dan menjadikan Sunday sebagai hari istirehat.


Monday (Moon Day)



Dalam Bahasa latinnya adalah "Dies Lunae" iaitu Hari Bulan. Mona Lisa bermaksud ‘moon lily’. Artemis (Diana) selalu dilukiskan dengan gambaran bulan sabit di bawah kakinya (M…

SBDJ Siri 5 - Berjaga di Hujung Jambatan

Image
Datuk amat merahsiakan peristiwa yang terjadi pada dirinya pada anak cucu. Pada orang lain perkara itu bukan rahsia bagi datuk. Dia boleh menceritakan peristiwa itu dari A sampai Z . Biasanya, perkara itu cuma sekali sahaja datuk mahu menceritakannya. Kalau ada orang minta datuk bercerita bagi kali yang kedua, datuk akan marah."Aku bukan tuakng cerita," katanya. Dan ada orang yang tidak percaya dengan apa yang terjadi pada diri datuk. Malah, ada yang mengatakan datuk cuma mengadakan cerita itu untuk tujuan bersuka-suka pada sebelah petang, bila datuk tidak berburu. Datuk tidak marah dengan tuduhan yang dilemparkan oleh kawan-kawan pada dirinya. Cukup mudah bagi datuk menjawab cabaran itu dengan berkata :"Mari ikut aku atau biar aku hantarkan kalian ke tempat tersebut dan kalian lihat nanti, apa yang akan terjadi." Anehnya, tidak ada seorang pun dari kalangan kawan-kawan datuk yang mahu menjawab cabaran itu. Akhirnya, cerita datuk bertemu dengan perempuan cantik dan…

Kisah Suami Isteri...[Cerpen]

Image
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih.lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "…

Konsert Double Trouble disabotaj??

Image
KEJAYAAN konsert Double Trouble yang menggabungkan dua gergasi rock, Search dan Wings di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Mei lalu masih lagi segar dalam ingatan para peminat.Konsert tersebut bukan sahaja berjaya menghimpunkan 20,000 peminat, malah lebih 3,000 lagi terpaksa berputih mata gara-gara gagal mendapatkan tiket.Lain pula kisahnya pada konsert edisi ke-2 yang berlangsung di Stadium Larkin, Johor Bahru malam Sabtu lalu apabila ia 'disabotaj' oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menjual tiket palsu.Beberapa orang peminat yang menjadi mangsa tiket palsu itu hanya menyedari mereka ditipu apabila tiket yang dibeli dengan harga sama itu tidak dapat disahkan oleh mesin pengimbas tatkala memasuki pintu utama stadium berkenaan.Keadaan menjadi sedikit tegang dan kecoh di pintu masuk apabila peminat yang ditipu menyuarakan rasa tidak puas hati.Difahamkan, para petugas keselamatan yang menyiasat perkara tersebut berjaya merampas tiket palsu daripada seorang l…

Nyah.......

Suatu malam pihak polis membuat serbuan di kawasan mak nyah..
Ramai nyah telah diangkut ke trak polis dan disoal siasat di balai...
Salah seorang dari nyah itu.. tidak mengaku yang dia adalah nyah..
sebaliknya mengatakan dia adalah wanita tulin...

Polis : "Siapa nama kamu???!!!"

Nyah : "Ti... encik..."

Polis : "cakap betul2 jangan bohong!!!!"

Nyah : "Iya... encik... betul nama saya Yati..."

Polis: "Bohong!!!! Pasti bohong!!! Kalau bohong mati engkau..."

Nyah (mengeluarkan suara aslinya): "Yatim... encik!"

Rosmaziana Ismail

(ini bukan cite aku tapi di antar oleh seseorg)



Peristiwa ini dah lama juga berlaku, dalam tahun 2001 begini, aku ada mengenali seorang gadis bernama Rosmaziana Ismail, orang Melaka, orang Londang. Aku juga orang Melaka.

Satu hari aku kerumahnya di Londang Melaka untuk berjalan raya. Setiba disana aku bertanya salah seorang penduduk kampung dimana rumahnya Rosmaziana Ismail. Orang itu pun memberi arah rumah tersebut, tetapi rumah itu tiada penghuni, mungkin keluar. Lalu aku tinggalkan nota "Rosmaziana tunggu abg di tasek air keroh jam 2.00 ptg".

Esoknya aku tunggu ditempat yang aku suruh, hampir 2 jam tunggu dia tak muncul juga, lalu aku kerumahnya semula, alhamdulillah rumah tersebut ada penghuni. Aku memberi salam, dan tuan rumah mempelawa ku masuk dan menghidangkan makanan.

Ketika itu aku tersipu-sipu mana Rosmaziana ni tak keluar-keluar lagi. Yang ada didepan ku kedua orang tua. Lalu bertanya tuan rumah itu kepada ku, siapa yang letakkan nota di pintu rumahnya, aku dengan te…

Rindu berat....

Tiang Jurus kendur di huma
Batu Bersurat kelu dianjung
Badan kurus tidur tak lena
Begitu berat rindu tertanggung

Sauh tuan sauh berempat
Mari diletak tepi kuala
Jauh Tuan jauh bertempat
suatu ketika pasti berjumpa







Sumber : http://www.melayu.com