Posts

Showing posts from July, 2010

Doaku Untukmu....

Image
Ya Allah ...

Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....

Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..

Jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam mene…

Renungan bersama...

"Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati,dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek."

Punca-punca Histeria

Terdapat banyak sebab dan punca-punca histeria. Antaranya :
- Akibat kurang kasih sayang menyebabkan banyak masalah yang dipendam.
- Akibat gangguan mental, lalu emosi tidak mampu dikawal dengan baik.
- Akibat sihir.
-Akibat kesilapan dan kecuaian manusia sendiri.
- Akibat dendam atau simpati/cinta makhluk jin. Antara sebabnya kerana manusia itu suka mendedahkan aurat dan suka bertelanjang ketika bersendirian.
- Akibat saka iaitu warisan jin pendamping daripada keluarga.
- Sering lupa kepada Allah s.w.t., kurang beramal ibadat dan sering lalai sehingga syaitan berpeluang mencelah masuk ke tubuh badan kita.
- Kurang membaca doa-doa tertentu seperti "Bisimillah" atau "Taawuz" ketika melakukan aktiviti-aktiviti seharian.
- Menyukai malah melakukan perangai yang disukai oleh syaitan (menurut hawa nafsu, mengabaikan hal-hal halal dan haram, memandang remeh pada perkara-perkara mungkar dan maksiat dan lain-lain)
- Melakukan perbuatan yang bercanggah dan bertentangan dengan ajaran …

Hidayah

Lewat hari iniKutemui jejak kebenaran Selafaz kalimah suci Mengakui kebesaran Ilahi
Lewat hari ini Kudakap sejambak hidayah Seruan sebening subuh Mengukir kesaksian diri
Lewat hari ini Senaskah kitab kudakap erat Titis basah menyusur pipi Syukur pada petunjuk diberi
Lewat hari ini Tujuh anggota sujud ke bumi Solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku Hanya untuk-Mu, Rabbi
Sahibul Anuar Asrani Debak, Sarawak [Majalah Solusi edisi no.20]

SBDJ siri 6 - Melihat Jembalang Air

Image
Datuk menghadapi peristiwa itu dengan tenang. Dan ular terus menghampirinya. Datuk cabut golok perak di pinggang."Kalau kau berniat baik kau lalu, kalau niatmu buruk kau berhenti." Sebaik sahaja datuk mengakhiri cakapnya itu ular sudah pun berada di depannya. Ular pun pangung kepala. Bagaikan kilat datuk mencantas kepala ular. Badan ular terus dikerat tiga. Jatuh ke dalam perut sungai satu-satu. Barulah puas hati datuk. Malam bertambah dingin. Daun-daun pokok di kiri kanan jalan bergerak-gerak diterajang oleh angin. Bunyi suara burung hantu bersahut-sahutan. Di selang-seli dengan raungan anjing yang mendayu-dayu.Datuk merenung ke dalam sungai. Datuk lihat air sungai yang mengalir tenang itu bergolak dan berombak. Datuk pasti di tempat air yang beralun dan berombak itulah bangkai ular yang dipotongnya jatuh. Makin lama, makin kuat alun dan gelombang air sungai itu bersama dengan bunyi yang hebat. Datuk terdengar bagaikan ada orang mandi di situ. Datuk termenung. Belum pernah …

Bagaimana Bersaing dengan Diri sendiri??

- Baiki kelemahan diri
- Jangan buang masa
- Dapatkan kemahiran melalui pembacaan,pengkajian, menghadiri seminar, kursus dan sebagainya
- Selalu bertanya dengan orang yang lebih tahu
- Sentiasa mujahadah dengan diri kita sendiri. Sasarannya ialah diri kita akan menang
- Sentiasa buat yang terbaik dalam segala bidang dan skop kerja.
- Yakin dengan diri sendiri dan bantuan Tuhan[Allah]
- Tinggalkan semua sifat mazmumah dalam diri
- Berani melaksanakan langkah bijak yang kita rancang
- Jangan berhenti selagi belum berjaya.

Mukjizat Nabi S.A.W. Di Bumi Hudaibiyah

Keluar Air dari Jari Jemari Rasulullah s.a.w
Jabir r.a. meriwayatkan ketika berada di Hudaibiyah, ramai yang kehausan. Sambil tercungap-cungap mereka berkumpul di hadapan Nabi s.a.w. lalu Baginda bertanya: " Kenapa dengan kamu semua."
Mereka menjawap: " Kami tiada air untuk minum mahupun untuk berwuduk kecuali air yang ada di dalam bekas tuan." Lalu Rasulullah s.a.w. meletakkan tangannya dalam kendi tersebut dan air mengalir keluar dari celah jari Baginda yang mulia seperti mata air. Kami lantas berwuduk dan minum dengannya."
Jabir r.a. telah ditanya oleh seorang perawi akan jumlah orang pada hari itu. Kata Jabir: "Andai kata ada seratus ribu orang pun nescaya mencukupi sedang kami hanya berjumlah 115 orang." (Riwayat al-Bukhari no. 3576)
Al-Barra' r.a. berkata: " Bilangan kami pada hari Hudaibiyah seramai 114 orang. Ada sebuah telaga di Hudaibiyah. Kami menggunakan airnya hingga kontang. Rasulullah s.a.w. kemudiannya duduk di pinggir telaga. Bagi…

Petua Hadapi Krisis Rumah Tangga

Antara pendekatan yang boleh diambil oleh seorang suami dalam menghadapi masalahg rumah tangga :
- Jika berlaku pergeseran dengan isteri, jangan mudah marah.Tenangkan emosi anda. Fikirkan kembali secara rasional apa yang telah berlaku dan cuba rancang jalan penyelesaian yang terbaik.
- Jangan biarkan krisis rumah tangga terus berlarutansehingga menggugat kebahagiaan anda. Fikir secara rasional dan ambil tindakan yang betul.
- Jangan cuba menyelesaikan masalah dengan kekerasan, tetapi hadapinya dengan perasaan yang tenang, harmoni dan penuh kesabaran.
- Bersangka baik dengan isteribagi menenangkan pergolakan. Jangan bersangka buruk terhadap isteri sekiranya isteri melakukan kesilapan. Sangkaan buruk akan menyebabkan keadaan semakin kucar kacir.
- Sekiranya isteri anda benar-benar bersalah, cuba teliti dan fahami punca kesalahan tersebut dan nasihatinya dengan penuh kasih sayang.

Profil Sahabat

Abu Bakar al-siddiq r.a Sahabat Dunia Akhirat
Allah berfirman dalam surah al-Tawbah ayat 40 yang bermaksud: "Kalau kamu tidak menolongnya (nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang Ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: 'Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.'"
Firman Allah s.w.t di atas berkisar tentang hijrah Rasulullah s.a.w. Telah terang lagi bersuluh, Abu Bakarlah yang setia menjadi pendamping Rasulullah s.a.w. kala genting hijrah ke Makkah. Beliau secara sukarela menawarkan diri berhijrah bersama Rasulullah s.a.w., menyediakan kelengkapan hijrah, menjadikan tumitnya sebagai benteng Rasulullah daripada dipatuk ular dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w. mengangkat darjat Abu Bakar melalui sabda Baginda yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. Maksud firman Baginda: "…

Beginikah Kita??

Beginikah kitaInsan lalai dan lekaMudah terpedaya dan percaya Pada hasutan syaitan durjana Untuk mengisi kekosongan neraka.
Beginikah kita Ingat Allah hanya seketika masa Bila miskin bila derita Bila susah tiada upaya Bila duka datang nestapa.
Beginikah kita Insan bergelar khalifah di bumi Ada masa ketika meghadap Ilahi Ada masa kelupaan menghiasi diri Tak sedikit pun ambil peduli Merasakan diri pasti belum mati.
Beginikah kita Impian besar mendiami syurga Nafsu syaitan masih didamba Mudah leka keasyikan dunia Segala kewajipan hanya sekadar tika Umpama melepas batuk di tangga Yang menanti, yang terbuka Bakaran api kepanasan neraka Bertaubatlah kita sebelum ajal tiba.
Nukilan : zamganu77 majalah Solusi :Edisi No 21[Julai 2010]