Posts

Showing posts from October, 2010

Aku dah Kawen Sekarang

... aku terima dari email dan MP untuk tatapan semua sahabat di blogspot dan Facebook

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direc…

Pakai cincin ikut sunnah

Image
Ramai antara kita yang suka memakai cincin dan ada juga yang kurang berminat atau tidak suka memakai cincin. Namun demikian, kepada yang suka memakai cincin tu, tahukah kita bagaimana memakai cincin mengikut sunnah Nabi? Atau kita pakai cincin ikut sesuka hati kita saja.


Nabi Muhammad SAW menasihati Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan baginda, Nabi berpesan kepada Saidina Ali, kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis atau
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah atau
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ia adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut AS.







Sebagai panduan seterusnya dan perkongsian ilmu melalui buku "Syamail Muhammad S.A.W. (Keperibadian Rasulullah) berikut ini adalah beberapa hadis mengenai cincin Rasulullah.

Anas bin Malik meriwayatkan:1. Ketika Rasulullah hendak mengi…

Pahala Orang Yang Suka Membantu

Rasulullah S.A.W bersabda


Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang
miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang dijalan Allah,
orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan
seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti.





~H.R Bukhari & Muslim

Singgah sebentar di Melaka

Image
Pemandangan dari atas ..Menara taming Sari
Muzium Kapal
Pemandangan Malam dari bawah Menara Taming Sari

Peringatan Buat Wanita, Jangan Hias Kereta Anda Dengan Patung

Image
Memandangkan wanita gemar sangat nak hias kereta dengan pelbagai koleksi patung macam gambar kat atas tu, maka artikel yang kami terima melalui emel ini ‘wajib’ anda baca. Nak tahu kenapa? Anda bacalah untuk mengetahuinya..
Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang polisi datang ke arah saya.“Selamat Pagi, Cik Kak..”“Errr selamat pagi”.. jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polisi tu tersenyum sambil berkata:“Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?”..“Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?”“Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma…macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh.. berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mer…

SBDJ Siri 9 - Panjat Bilik Anak Dara

Image
Sepanjang malam itu, datuk tidak tidur. Dia duduk termenung di anjung rumah hingga matahari pagi terbit di kaki langit. Cuma ada satu saja yang datuk rasa agak ganjil, setelah menemui manusia berkepala anjing dia tidak mendengar suara perempun menjerit atau menerima pengaduan dari anak buahnya sama ada mereka bertemu atau memburu manusia berkepala anjing."Agaknya, dia sudah lari dari sini," beritahu datuk pada nenek ketika sarapan pagi. Nenek tidak menjawab. Dia cuma merenung muka saya dengan wajah yang sangsi."Lari atau menyiapkan diri," terungkap dari mulut nenek. Datuk tersenyum. Saya terus menghirup air kopi."Biasanya perkara yang jahat tidak lama berkuasa," suara datuk lembut."Maksud awak ?""Yang jahat tidak diperkenankan oleh Tuhan," sahut datuk dan terus bangun.Datuk menyuruh saya pergi ke Paya Besar untuk melihat anak-anak getah yang baru ditanam semula. Dia juga menyuruh saya menebang pokok-pokok pisang di celah anak-anak geta…