Filem LAGA


Filem ini mengisahkan senario di sebuah kampung yang amat menggilai permainan sabung ayam sehingga melibatkan bunuh-membunuh dan pertaruhan isteri. Wan Hanafi Su yang memegang watak HASSAN LAGA adalah punca segala perbalahan yang berlaku di kampung tersebut.




Dia merupakan seorang kaki judi tegar yang gemar menghisap rokok. Kehidupannya penuh dengan gelak tawa bersama rakan judi yang lain. Tampak luarannya dia seperti ganas namun bila bersama isteri segalanya bertukar menjadi lembut.

HASSAN LAGA mempunyai seorang isteri yang cantik jelita iaitu AYU (Marsha Milan Londoh). Di atas desakan, DASUKI (Nasir Bilal Khan) menyuruh AYU menjadi taruhan. DASUKI pernah mengintai AYU di rumah HASSAN LAGA membuatkannya hilang sabar dan mencabar kelelakiannya. MAYA (Tyas Mirasih) baru tiba ke kampung SABRI (Syazwan Zulkifli) kerana melawat makciknya. Akhirnya, SABRI berjaya memaut hati MAYA dan membawanya lari dari kampung tersebut kerana tindakan SABRI yang tidak sengaja membunuh HASSAN LAGA.


Mysuara FM

Comments

Popular posts from this blog

MAKHLUK DAN RASAKSA MITOS

10 cara pilih seluar dalam sesuai