Wednesday, January 22, 2014

Penyanyi Terhina Tidak Dibenarkan Menyanyi Kerana Bertudung


Seorang penyanyi baharu iaitu Marinatasha berasa terhina diaibkan di hadapan kira-kira 100 tetamu selepas diarahkan turun daripada pentas ketika mahu mengadakan persembahan pada majlis makan malam sebuah syarikat hartanah gara-gara dia berhijab.

Marinatasha atau nama sebenarnya Marinatasha Isnariah Mustaphar, 33, berkata, tindakan tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain ia berbaur rasis dan diskriminasi terhadap wanita bertudung.


Ini adalah kes kedua selepas seorang guru perempuan mua'laf yang di arah membuka tudung(hijab) sekiranya ingin terus bertugas di sekolah tersebut...kes itu telah pun selesai.

Pada pandangan hamba kes Marinatasha ini tidak perlu lah diperbesarkan sehingga menjadi isu berat,oleh kerana isu ini akan berbalik kepada Marinatasha sediri,dari segi pandangan Islam dan syariat Islam wanita tidak perlu memperdengarkan suara nya di khalayak ramai atau yang bukan Mahram(muhrim) kerana suara wanita itu adalah aurat wanita dan hukumnya haram.

Katanya lagi sudah empat kali dia menjadi mangsa diskriminasi,mengapa kali keempat baru nak bersuara..kenapa tidak ketika kali pertama lagi dia menyuarakan apa yang dialaminya dalam diskrimninasi Wanita berhijab.

Penganjur juga kenalah ambil tahu,sekiranya tidak mahu artis perempuan berhijab membuat persembahan...dari awal-awal lagi tak perlu lah membuat tawaran kepada mana-mana artis yang berhijab..bayar jer kat artis-artis non muslim atau artis wanita yang tak berhijab kan ramai.....So isu sebegini tidak akan timbul diskriminasi ker rasis ker...Lu fikir lah sendiri..

Sekadar pandangan hamba ...

No comments: