Sunday, February 9, 2014

MARI KENALI ASAL USUL BANGSA MELAYU


MARI KENALI ASAL USUL BANGSA MELAYU 

Salah faham mengenai rumpun ini masih lagi berleluasa mungkin kerana kurangnya pembacaan dan pendedahan di kalangan rakyat kita. Yang paling sedih sekali ialah ada individu yang menyangka bahawa BUGIS, BANJAR, BAJAU, SULUK, CHAM, KERINCHI, ACHEH, AMBON, MINANG, JAWA dan sebagainya sebagai bukan salah satu daripada rumpun melayu.

Kelihatannya salah faham yang wujud di sini semakin melebar. Mereka menyempitkan fahaman bangsa itu dalam suku bangsa. Hal ini sangat-sangat menyedihkan. Sedangkan orang cina dari pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Tanka dan Hui boleh bersatu di bawah rumpun cina(Sino-Tibetian). Ya, ada sebahagian suku kaum yang berasal daripada suku Sino-Tibetian ini seperti Viet (orang vietnam), Thai (bukan siam kerana siam berbeza dengan Thai) yang tidak mengaku asal-usul mereka daripada Sino-Tibetian ini kerana proses semangat KENEGARAAN seperti mana yang berlaku di Indonesia untuk kategori RUMPUN MELAYU A.K.A AUSTRONESIAN ini.

Kalau di India, terdapat dua rumpun iait uIndo Aryan (merangkumi Hindi, Punjabi dan sebagainya) yang lebih dekat dengan bangsa Parsi dan Eropah serta Dravidian yang membentuk suku-suku bangsa seperti Tamil, Telegu dan Malayam. Suku bangsa Indo Aryan yang selalunya menduduki kasta tertinggi dalam masyarakat India terasing daripada suku bangsa itu kerana mereka lebih kepada bangsa Indo-Eropah. Itu sekadar pengenalan kepada konsep BANGSA dan SUKU BANGSA agar kita tidak salah faham.

Namun, yang ingin disentuh di sini ialah salah faham yang melibatkan MELAYU itu. Salah faham ini timbul apabila di KEPULAUAN MELAYU ini, bangsa ini terpecah kepada tiga buah negara iaitu MALAYSIA, INDONESIA dan FILIPINA. Ada juga sebahagian daripada orang melayu yang terdiri daripada suku Siam terperangkap di selatan Thai. Orang melayu siam ini ialah pembina kerajaan melayu di Thailand seperti Sri Dharmaraja. Berbeza dengan orang Thai yang merupakan pendatang dari China yang lari daripada peperangan di sana lalu menubuhkan Kerajaan Ayutthayya di Indochina.




Asal Usul Melayu

Fantasi Yunnan masih menjadi pegangan mereka yang bertuankan teori bahawa melayu itu asalnya daripada Yunnan. Mengikut perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu , Melayu ditakrifkan sebagai orang di Tanah Melayu yang mengamalkan kebudayaan Melayu danberagama Islam. Takrif ini bukan sahaja kabur, tetapi juga menyempitkan makna Melayu yang asalnya bukan sahaja merujuk kepada orang Melayu di Tanah Melayu,tetapi juga orang Melayu serumpun di luar Tanah Melayu.

Orang yang serumpun dengan orang Melayu di tanah melayu dan berada di tanah, tetapi bukan Islam dengan serta-mertamenjadi orang bukan Melayu sehingga istilah Bumiputera diperkenalkan bagi merangkumi Melayu yang tidak Islam, seperti orang asli. Perlembagaan ini diperluaskan kepada Perlembagaan Malaysia apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bercantum dengan tanah melayu menjadi Malaysia pada 1963, dengan mengusutkan lagi makna Melayu. Mungkin ini yang menjadi punca kenapa suku kaum pribumi Sabah dan Sarawak hilang asal-usulnya.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah benarkah Melayu itu asalnya daripada Yunnan? Pendapat ini lahir kerana teori evolusi kononnya orang tertua di dunia ialah ialah ‘Orang Peking’. Daripada orang Peking inilah, manusia mula berevolusi dari zaman ke zaman. Pandangan ini tersangkal dan tidak sahih apabila terbukti fosil ‘Orang Peking’ itu adalah palsu. [1]

Dari segi bahasa juga terdapat perbezaan ketara antara bahasa Melayu Purba dengan bahasa Yunan sehingga teori ini tidak dapat dipertahankan lagi. Bahasa Melayu tidak ada kesamaan langsung dengan bahasa Yunan tetapi lebih dekat dengan bahasa penduduk kepulauan Pasifik dan Pribumi Sabah dan Sarawak. Malah ada yang mendakwa bahawa Bahasa Melayu dekat dengan Bahasa Sanskrit, bahasa penduduk Aryan yang datang daripada Iran ke utara India untuk menyebarkan agama Hindu.

Kalau ditelusuri dengan lebih dalam, Ibnu Attir dengan beraninya mengangkat Melayu ini datangnya daripada keturunan Nabi Ibrahim, daripada isterinya Keturah. Daripada keturunan Keturah ini juga diketahui bahawa lahirnya bangsa pembina tamadun hebat seperti bangsa Median. Jika mahu mengupas topik ini, ia pastinya mengambil sebuah lagi artikel kerana sejarah yang melibatkan orang melayu dan Nabi Ibrahim sangat panjang.

Cukuplah kita hayati petikan daripada kitab Ibnu Attir itu sendiri:
“Adapun Bangsa Melayu berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim as yang bernama Siti Qanturah. Dari pernikahan ini dikurniakan 6 anak - Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Dari keturunan inilah berkembang-biak Bani Jawi - Bani (Kaum/Kelompok) JiWi (Ji = satu ; Wi = Widhi atau Tuhan). Jadi makna Bani Jawi (JiWi) adalah kaum yang menyakini adanya satu Tuhan.”
(Ibnu Athir al-Jazari, Kitab al-Kamil fi at-Tarikh)

Melayu dan Austronesia

Berdasarkan buku kajian Walace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford (1863), bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada lima kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua. [2]

Pada tahun 1879, untuk pengetahuan semua, parlimen Haiwaii dengan bantuan Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada ketika itu telah mengusulkan satu usul yang bertajuk, “Penyatuan Dunia Melayu.” King Kalākaua, seorang raja kerajaan Hawaii yang bebas pada ketika itu, merupakan antara orang yang mencadangkan penyatuan tersebut. Katanya. Bangsa Melayu yang meliputi daripada Kepulauan Pasifik sehinggalah ke Kepulauan Melayu di Asia Tenggara haruslah bersatu membentuk Pan-Malay Unity, dan kesatuan itu diharap mampu mengelak daripada penjajahan. Tambah mengagumkan, ketika itu Maharaja Abu Bakar sempat menghadiahkan senaskah Al-Quran kepada King Kalakua dan isterinya serta anak perempuannya, Queen Emma dan Princess Pauahi. Penyatuan bangsa Melayu ini turut dikuatkan dengan kebangkitan revolusi di Filipina yang diketuai oleh Jose Rizal. Ketika itu, orang Filipina belum disepanyolkan oleh bangsa Sepanyol. Mereka masih mengenali diri mereka sebagai Melayu. Jose Rizal diberi jolokan oleh orang Filipna sebagai “PRIDE OF MALAY RACE” dan “The Great Malayan”. Jose Rizal pernah menulis di dalam bukunya seharusnya bangsa Filipina di masukkan dalam kesatuan Nusantara dan Bangsa Melayu yang ketika itu kuat bertiup di Tanah Melayu dan Indonesia. Katanya, mereka bangsa Filipina adalah serumpun dan seharusnya dimasukkan ke dalam kategori tersebut.. Kemudian munculnya Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya.” [3]

(PETA BENUA MELAYU: https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/s720x720/430161_355630251133237_1321814444_n.jpg )



Melayu sememangnya terkenal dengan pembinaan kerajan-kerajaan agung mereka. Srivijaya misalnya telah berjaya menyatukan seluruh alam melayu ini daripada Madagascar hingga ke selatan Taiwan berdasarkan catatan Nehru (1963) yang merupakan seorang sejarahwan India.

(Peta Empayar Srivijaya menurut NEHRU: https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/402459_355626901133572_1655227154_n.jpg)



Hanya Majapahit yang diperintah oleh suku Jawa sahaja merupakan kerajaan melayu yang terasing daripada empayar Sriwijaya. Namun, jatuh sahaja empayar Sriwijaya, Majaphit menuntut hampir 1/3 empayar Sriwijaya yang pernah terbentang luas.

Champa dan Funan di Indochina misalnya merupakan kerajaan Melayu yang pernah menguasai wilayah itu sebelum orang Viet, Khmer dan Thai yang merupakan pelarian daripada selatan China datang dan menghambat mereka ini hingga ke tanah melayu. Oleh sebab itu, lahirlah teori bahawa orang Kelantan dan Jawa itu asalnya merupakan pendiri Kerajaan Champa. Oleh sebab itu juga, orang Kelantan dan Jawa berkongsi budaya melayu yang sama seperti BATIK dan WAYANG KULIT.

Terdapat juga kerajaan melayu Purba lain yang tercatat dalam catatan China seperti Langkasuka pada abad ke-2 Masehi, Pan Pan (utara Segenting Kera) pada abad ke-5 Masihi, Senggora (Tanah Merah, sekarang di Thailand Selatan) dan Zhu Bo (yang terletak Pulau Jawa sekarang. Kesemua catatan di atas membuktikan bahawa kerajaan orang Melayu sebenarnya telah lama bertapak di Tanah Melayu sejak sekian lamanya. [4]
Boleh dikatakan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi telah lama wujud di Tanah Melayu ini. Kajian daripada UKM misalnya menunjukkan bahawa orang Melayu telah berada di Tanah Melayu ini sejak 40 000 tahun lampau dan bukannya berhijrah daripada China menurut sesetengah teori. [5] Dikatakan bahawa Melayu Kelantan dan Minang adalah keturunan Melayu yang paling asli.

Rujukan:
1. Shaharir Mohd Zain. BUII. Malaysian Math. Sc. Soc. (Second Series) 23 (2000) IBZ-220: Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam . pg 187
2. Shaharir Mohd Zain. BUII. Malaysian Math. Sc. Soc. (Second Series) 23 (2000) IBZ-220: Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam . pg 187

3. Mazlan Nordin. Artikel Utusan: Sejarah Kesatuan Dunia Berbahasa Melayu. 18/09/2011
4. Shaharir Mohd Zain. BUII. Malaysian Math. Sc. Soc. (Second Series) 23 (2000) IBZ-220: Angka Melayu Sebelum Kedatangan Islam . pg 192.

5. Adli Shahar. Artikel Berita Harian: Melayu Bukan Pendatang. 2010/07/15


Sumber Asal : -HE- The Patriots



1 comment:

Anonymous said...

telalu riak penulisan orang2 melayu hari ini.Demi meng-upgrade suku Melayu lookalike,bertambah la cerita agung2 nya tu sehingga mengklaim kemajuan bangsa lain dengan goyang kaki tanpa kereja.ada apa peninggalan hebat di Tanah Melayu hari ni?Great Wall?Pyramid?Semitic Prophet birthland? Memang patut dilabel pengertian sama dalam Oxford Dictionary. If you can say that,Thailand are not the old Siam,same goes to the ruling of Modern Malay are not the old suku Laut in the past while claiming the whole Nusantara from Madagascar to Hawaii belong to the lazy native.Why don't claim the Inca or Aztec civilization with their Grand Pyramid that still preserve there?Oh my,some writers would had claim Easter Island Giant Head Statue..

Most of the historian of the world know about the Austronesian,We were just a bunch of Nomad Hunter Gathering . We Austronesian live along with our old neighbors of Austroasiatic Mon-Khmer in Yunnan as claimed,with nomadic life,we moved down follow the trail of Mon-Khmer and reach to higher ground,as a great flood came and made Archipelagos of Nusantara and rebranded our Tribes according to the mountain,river's name with meaning.And intermarriage took place with old settlement of Australoid. And That is the true Austronesian race. Till the deutro came from nowhere(Either Dravadian Chola's or Sino-Tibetan or even Semitic immigrants)make us more stupid to believe that we are Rumpun "Melayu"......there's no "Melayu" word in our dictionary and meaningless too....Just because the Aryan-Dravidian and Sino-Tibetan called us Molouyu Malaiya etc and with Actor Wallace loan-word promo, and make believe that we are called Rumpun Melayu?? Maka bertambah riak la suku itu....

Austronesian is an appropriate word or in our own language,Nusantara....because no one claim superior tribe against race. How can you,Melayu Bin Semang and you called your father Melayu too?! Sometime I doubt that the Melayu even came from Nusantara or perhaps formally came from Malayalam District with their Inai tradition during wedding.