Tuesday, March 18, 2014

ANWAR DAN KAPTEN ZAHARI - DALANG DI SEBALIK ISU MH370?



 ANWAR DAN KAPTEN ZAHARI - DALANG DI SEBALIK ISU MH370?

Saya tertarik untuk mengulas mengenai isu ini. Apa yang saya sedang dapati buat masa sekarang adalah di mana bertimbun kutukan dan herdikan serta cacian daripada warga internet kepada kerajaan.
Bukan mahu mempertahankan kerajaan, tetapi ingin menegur mereka diluar sana. Seberapa lama lagi kita ini mahu menjadi hamba politik? Bila propaganda dikeluarkan oleh mana-mana pihak politik, maka berudyun-udyun kita sujud sembah kepada propaganda itu dan bertaklid kepadanya?



Antara propaganda yang sedang disebarkan buat masa sekarang ini ialah kononnya kerajaan MENUDUH Kapten Zahari dan Anwar Ibrahim sebagai dalang terhempasnya pesawat. Benarkah kenyataan itu semua?
Setakat ini, daripada sumber asal yang diperiksa oleh saya menunjukkan bahawa ianya bukan datang daripada mulut kerajaan sendiri atau mana-mana media Malaysia tetapi ianya datang daripada MEDIA-MEDIA LUAR NEGARA seperti DAILYMAIL.


Izinkan saya bertanya, kalau benar bahawa kerajaan UMNO yang menuduh, apakah tuduhan itu datang daripada media seperti Dailymail? Kalau begitu, senang sahaja.
UMNO adalah pemain politik paling hebat di dunia kalau macam tu. Media UK pun depa boleh control. Perghhh... maka lepas ni jangan percaya dakwaan kajian mengatakan UK dan USA mengamalkan kebebasan media, walhal UMNO kawal dari jauh. Damn you UMNO!
Mengenai siasatan ke atas latar belakang juruterbang dan kru kapal, jelas di sini bahawa ianya merupakan protokol biasa dalam siasatan. Saya dimaklumkan bahawa bukan anak kapal sahaja disiasat tetapi penumpang kapal terbang juga.
Kita mesti ingat bahawa dalam siasatan, sentimen harus diketepikan dan kita harus menjadi seneutral mungkin, dan kes ini, tidak salah siasatan dilakukan ke atas Kapten Zahari kerana segala kemungkinan harus diambil kira.
Analoginya, dalam kes pembunuhan, meski salah seorang suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan itu adalah saudara mara kepada polis yang diminta untuk menyiasatnya, tetapi polis tersebut tidak boleh jadi bias. Saudara-maranya itu juga harus disiasat.


Sumber : - HE -

No comments: