Saturday, March 22, 2014

CENTOVACAST : Playlist & Autodj


Assalamualaikum...salam semua,kali ini hamba nak berkongsi sedikit ilmu setakat mana yang hamba tahu,khusus buat Admin-admin radio online yang menggunakan Control Panel CENTOVACAST 3.0. Bagaimana nak upload file lagu ke dalam autodj dengan menggunakan FILE MANAGER tanpa perlu melalui FTP (File Transfer Protocol)dan bagaimana nak buat playlist lagu-lagu dalam autodj.Seperti biasa anda kena Login Cpanel CENTOVACAST seperti di atas.Hamba pasti ..anda lebih arif dan expert dari hamba...




Ok...dah login??...Sekiranya anda dah login,anda akan nampak sepertimana dalam gambarajah di atas terdapat menu-menu sedia maklum anda pun dah tahu kan, ketama(pertama daaa..) Bagaimana nak upload file lagu menggunakan FILE MANAGER dalam Cpanel Centova...lihat yang seterusnya.....


Sambungan dari yang sebelum ini...dimana anda perlu perhatikan dalam gambarajah di atas  dalam ruangan kotak merah iaitu  AUTODJ, dalam menu AUTODJ terdapat tiga bahagian iaitu PLAYLIST,MEDIA & FILES. untuk tindakkan yang seterusnya..sila baca yang dibawah ini pulak... rilek jap penat woo nak taip ni..


Sambungan lagi.....masih dalam Menu Autodj...tengok betul-betul.......untuk upload lagu menggunakan FILE MANAGER sila klik pada ruangan kotak merah iaitu FILES seperti dalam gambarajah di atas....sambung kat bawah....minum kopi sat....


Sekiranya dan memang kena klik kat FILES tersebut..anda akan nampak page seperti contoh di atas..sila lihat pada dua kotak merah,ada NEW FOLDER dan UPLOAD...sebelum tu anda boleh lah nak create folder dengan klik pada NEW FOLDER dan create folder anda sendiri contoh : MP3 ke..ROCK ke..apa-apa saja lah mengikut citarasa anda ...dah create??..anda klik pada mana-mana folder yang anda telah create tu..untuk muatnaik(upload daa..)file-file lagu anda ...sila klik pada UPLOAD


Apabila anda klik pada UPLOAD ...panel FILE MANAGER akan menjelma seperti di atas..Anda boleh lah dengan proses upload file-file lagu anda...senang bukan..?? Belum habis lagi.....ada lagi yang perlu dibuat sila lihat yang seterusnya.....pekena lempeng dulu...

Dah siap upload lagu??Kalau dah setel...anda boleh close File Manager tersebut...dan sila klik button RETURN disebelah kiri bawah panel...


Sekiranya anda klik RETURN,anda akan kembali ke main page seperti di atas...seterusnya klik pada PLAYLIST dalam kotak merah untuk proses selanjutnya.....penat siuttt!!...


double Klik pada foto untuk lebih jelas

 Jeng-jeng....anda akan nampak seperti dalam gambarajah di atas apabila klik pada PLAYLIST. 
 Anda boleh create Playlist anda sendiri..untuk create Playlist.Klik pada ruangan kotak merah iaitu CREATE PLAYLIST seperti di atas...dan lihat yang selanjutnya...


Jap..!Nak bancuh white coffee......  Ok sambung balik..dah klik Create Playlist?? kalau dah.. anda akan nampak Playlist Managemnet seperti di atas.Dalam Playlist Management ini anda boleh lah membuat title playlist anda dan setting untuk Playlist,dimana dalam Playlist Management ini terdapat beberapa module setting untuk pilihan anda..Anda boleh explore dan godek-godek sendiri ,


Contoh : General Rotation - ini adalah standard autodj ,dan Scheduled - ini anda boleh setting by date & time .....pilihan di tangan anda,sebab anda admin radio... Dah siap setting playlist..sila klik button save(macam biasa)...belom siap lagi.....



Tugas seterusnya..kembali ke Main Page seperti di atas... Klik pula pada MEDIA macam dalam kotak merah tu... dah klik....tengok yang kat bawah ni pulakkk....

Klik pada foto untuk lebih jelas

Apabila anda dah klik MEDIA,anda akan nampak page seperti di atas,di mana dalam Media ini adalah untuk anda memasukkan lagu yang anda dah upload sebelum ini ke dalam Playlist yang anda dah setting sebentar tadi..ingat lagi tak...apa?? tak ingat..tgk balik dari atas...

Anda akan nampak Media Library (lagu yang anda dah upload)..ok seterunya klik pada option yang ditandakan dengan kotak merah tu ..


Apabila anda klik kat option tu,anda akan nampak menu kecil macam yang tunjukkan dalam gambarajah di atas..kli pada 'Browse by folder'.. baru lah anda nampak list-list lagu yang anda dah upload...(macam tak paham jer...)...seterusnya....


Dari sini anda boleh 'highlight' list-list lagu dalam Media Library kemudian klik dan Drag ke dalam Playlist disebelah kiri anda..Untuk standard operasi,anda boleh drag ke dalam Standard Rotation (Autodj)..lain-lain playlist terpulang kepada bagaimana anda setting dalam Playlist Management.

Standard Rotation ini anda boleh rename mengikut kemahuan anda.

Setting dalam Playlist Management
1-General Rotation - anda boleh pilih samada Random(shuffle) atau Sequential (in order)
2-Scheduled - Anda boleh setting mengikut tarikh dan masa yang anda pilih.
3-Interval - dalam ni ada dua pilihan iaitu every {song} atau setiap beberapa minit {minutes}.ini biasanya stting untuk promo@jingles.
4-Immediate - Sekiranya anda setting menggunakan Immediate,General Rotation akan 'Stop" dan akan play lagu dalam Playlist yang set immediate..


Ok..boleh paham tak...kalau tak paham anda boleh bertanya kepada yang lebih expert dan dapatkan User Manuals Centovacast di www.centova.com.

Harap dengan tutorial yang tidak seberapa ini dan tungganglanggang dapat membantu anda.Ini asas sahaja,hamba percaya anda lebih expert.
Ok lah..setakat ini sahaja lah dulu dari hamba..kalau ada ayat-ayat yang kurang faham tu ,hamba mohon ribuan kemaafan..apa yang hamba tahu,hamba nak berkongsi dengan sahabat-sahabat diluar sana.

ok wassalam.

No comments: