Saturday, April 5, 2014

FILEM NOAH MEMALUKAN ISLAM, KRISTIAN DAN YAHUDI


FILEM NOAH MEMALUKAN ISLAM, KRISTIAN DAN YAHUDI 
FILEM ‘NOAH’ YANG TIADA CIRI-CIRI QUR’AN MAHUPUN INJIL

Sila Like: Legasi Tun Dr Mahathir Mohamad

Agak susah untuk kita memproses pemahaman manusia apabila kita mengetahui sebuah filem yang berunsurkan agama dibuat oleh seorang pengarah tanpa agama. Tiada alasan disebaliknya kecuali untuk membuat duit semata-mata, dan berikutlah lahirnya filem bernama “Noah” yang berjaya mengumpulkan beratus juta ringgit dan beberapa solidariti pendapat Islam dan Kristian terhadapnya.

Beberapa kerajaan Islam, seperti biasa, sudahpun menyekat file mini atas tapisan demi agama Islam, dan pendapat saya sendiri, ia boleh jadi salah satu daripada filem paling teruk pernah ditonton selepas Ghost Rider.



Walaupun ilmu-ilmu kajian kitab-kitab Agama Ibrahim (Abrahamaic religions) saya tidak setinggi golongan bertauliah, saya berpendapat bahawa filem ini merupakan penghinaan terhadap intipati Islam dan Kristian hanya kerana kertas hijau yang mempunyai muka-muka presiden yang sudah meninggal dunia.

Memang mengelirukan apabila kita mengetahui beberapa organisasi Kristian seperti Persatuan Bibel Amerika menyokong filem ini. Penciptaan file mini sebenarnya memberikan SEDIKIT sahaja elemen-elemen agama Kristian, iaitu rangka filem ini iaitu “seorang bernama Noah dalam situasi banjir besar”.

Selain daripada itu, filem ini sebenarnya sudah jauh daripada situasi sekular kerana ia menggambarkan evolusi, bukannya penciptaan. Saya tidak mampu kira berapa kali “God” disebut pun.

Lebih menarik lagi apabila pengarah filem tersebut mengaku bahawa filem ini sekadar ‘kreatif’ sahaja, kerana beliau sendiri tidak percaya bahawa semua spesis hidup dalam bahtera tersebut.

Tetapi apa yang terjamin, filem ini tidak sama sekali boleh digunakan sebagai rujukan kepada sesiapa pun kerana kandungannya pun sudah bercanggah dengan Bibel sendiri.

Memang sudah pasti pembayaran tiket untuk filem ini merupakan pembaziran yang sia-sia.



Sumber: -- AFDS --

No comments: