Melayu perlu mengemis untuk kekal berkuasa - Tun M


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penguasaan politik kaum Melayu ketika ini adalah lemah disebabkan perpecahan yang berlaku di kalangan bangsa itu sehingga perlu "mengemis" untuk mengekalkan kuasa.



Katanya, perpecahan tersebut membawa kepada tindakan pemimpin Melayu meminta sokongan daripada bangsa lain dalam mengekalkan kuasa masing-masing.

Jelas Mahathir, walaupun 60 peratus populasi penduduk Malaysia adalah kaum Melayu, namun bangsa tersebut masih dilihat lemah.

"Sekarang UMNO, PKR, dan PAS terpaksa merayu kepada DAP untuk menang pilihan raya. Apabila kita menjadi pengemis kita tidak lagi ada kuasa," katanya.

Tambahnya walaupun negara mencapai status negara membangun, beliau melihat bangsa Melayu masih ketinggalan terutamanya dalam bidang ekonomi.

Oleh yang demikian, kaum Melayu katanya perlu terus berusaha.

-Sumber Asal-

Comments

Popular posts from this blog

MAKHLUK DAN RASAKSA MITOS

10 cara pilih seluar dalam sesuai