Sunday, September 21, 2014

Aksi Di Sebalik Akta Hasutan


AKTA Hasutan telah wujud sejak 66 tahun lalu dan kini, ketika ia melalui detik-detik senjanya, suara yang mendesak ia dilenyapkan semakin lantang didengari.

Tak juga diam, terdapat juga suara dari “pihak sebelah lagi” yang tidak mahu perdana menteri mansuhkan akta tersebut, sebagaimana beliau melupuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

MELAYU, TAMADUN AGUNG SUMERIA DAN NABI NUH A.S



Salam dan selamat hendaknya kepada semua pembaca. Dalam posting kali ini kita akan menyambung pengembaraan untuk mencari kaitan diantara bangsa Sumeria dan bangsa Nusantara atau Austronesia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kita bertuah kerana sudah ada sedikit sebanyak kajian yang dibuat oleh para pengkaji barat mengenai fenomena yang boleh dikatakan sangat misterius ini.

Sebenarnya terdapat banyak persamaan diantara bangsa kita atau Austronesia dengan Sumerian ini, seperti dalam sudut bahasa, keagamaan atau Theologi, kebudayaan dan juga mitos-mitos kewujudan. Ada sesetengah pengkaji yang menolak persamaan ini dan mengatakan ia hanyalah kebetulan semata-mata. Namun adakah suatu kebetulan boleh muncul dengan banyak sekali? Sudah tentunya tidak! Oleh itu mari kita bersama-sama menelusuri zaman purba untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.

Rakyat Malaysia Amat Berinovasi



Penyangkuk besi "Angle Hook" yang tergantung dari rel langsir menggantikan "drip stand" di tepi katil hospital, pemangkas rumput untuk menuai padi dan herba yang diproses menjadi makanan lazat adalah antara contoh inovasi rakyat Malaysia.

Sunday, September 7, 2014

Bagaimana Hukuman Gantung dilaksanakan....





Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati. Harap-harap dijauhkan, amin…

Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.
Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.


EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA[update]


Klik foto untuk lebih jelas 

|
|
|
v

Petua hilangkan stress dan tekanan emosi


Jom hilangkan stress anda ..dengan menonton klip2 video ini sambil kunyah kaki meja..


video

Iklan 21sx

video


Iklan dulu-dulu tapi bukan sekarang...

Saturday, September 6, 2014

Pertembungan Tun Dr Mahathir & DS Najib



Sebahagian besar dan majoriti rakyat Malaysia membesar dengan melihat era kepimpinan Tun Dr Mahathir. Legasi pemerintahannya menyumbang kesan yang sangat hebat kepada era permodenan pentadbiran negara dan tamadun bangsa. Beliau dilihat begitu gigih dalam segala perancangan dan tindakan menjayakan agenda kejayaan bangsa Melayu dan negara Malaysia dengan cemerlang. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum menumpang tuah di atas usaha kerasnya membentuk pencapaian negara selama 22 tahun. Perdana Menteri selepasnya menerima 'dulang emas' sebuah kerajaan yang hampir berjaya. Tun Dr Mahathir pernah berkata untuk tidak campurtangan atau menganggu pentadbiran negara selepas bersara. Namun naluri seorang negarawan bukan seperti seorang persara kerajaan biasa. Di tengah kemelut Kerajaan Negeri Selangor, Tun Dr Mahathir memilih untuk menerjah serangan terbuka terhadap Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak. Serangan Tun Dr Mahthir kali ini tidak berani diulas secara semberono oleh penasihat dan orang sekelilingnya. Bimbang kesan yang lebih besar melanda maka pendekatan hikmah dan tenang cuba diguna. Dan jawapan dari YAB Perdana Menteri juga dilihat cuma memindahkan isu ini kepada tanggungjawab UMNO, sedangkan Tun Mahathir secara jelas menegur 'dasar Najib dan beberapa tindakannya'. Bagi penulis, bila Tun Mahathir bersuara, pasti ada yang tak kena. Jika Tun Mahathir berkata, akan ada yang terasa. Seandainya Tun Mahathir mengkritik, sudah pasti untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Thursday, September 4, 2014

Kajian Dedahkan Majoriti Pengundi Melayu Selangor Mahu PAS Tinggalkan Pakatan



Hampir 3 daripada 5 pengundi Melayu di Selangor mahu PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR), manakala kebanyakan pengundi Cina dan India mahu gabungan itu kekal utuh, menurut kajian bersama yang dijalankan The Malaysian Insider dan Merdeka Centre.

Kaji selidik yang dijalankan semasa kemuncak krisis menteri besar Selangor mendapati pengundi Selangor terbahagi sama rata antara mereka yang mahu parti Islam itu keluar atau kekal dalam pakatan itu, manakala seorang daripada 6 pengundi tidak membuat keputusan.

10 PENANDA ARAS TAMADUN MELAYU : LEGASI MELAYU DALAM BIDANG SAINS



Apakah Tamadun Melayu tidak meninggalkan apa-apa kepada dunia dalam bidang yang sains?Legasi yang boleh kita banggakan?Sebenarnya banyak legasinya, Cuma kita ini bangsa Melayu yang malas mahu mencarinya.

Apabila kita bercakap mengenai peninggalan sebuah tamadun itu dalam bidang Sains, antara perkara yang kita tidak akan lupakan mengenainya adalah dalam bidang perubatan. Apakah tinggalan Tamadun Melayu dalam bidang perubatan?

Tuesday, September 2, 2014

ADRUJA WIJAYAMALA SINGA - PUTERI WIRAWATI MELAYU YANG DILUPAKAN - Bhgn 7



DENDAM RAMA KHAMHAENG

Semua pihak di negeri Siam Sukhothai telah mula berasa gentar setelah angkatan perang mereka tidak pulang ke markas. Namun begitu, tidak sedikit pun terguris di hati Raja Rama Khamhaeng walaupun telah kehilangan ratusan tenteranya.

Sebaliknya, raja zalim itu telah mengambil keputusan untuk menyerang Grahi dan Kota Grahi sekali lagi. Pada kali ini, baginda sendiri yang akan mengetuai bala tenteranya.

M.Zain Labu Labi




M. Zain atau nama sebenarnya Mohd. Zain bin Shariff dilahirkan di Jalan Perak, Pulau Pinang pada tahun 1921, ialah seorang pelakon Malaysia. Bapa beliau merupakan seorang penjual mi yang dikenal sebagai Shariss Tomato Mi. M. Zain meminati bidang lawak semenjak zaman kanak-kanak. Oleh sebab itu, beliau kurang memberikan perhatian pada persekolahan. Malah, beliau sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk menonton bangsawan ataupun apa-apa bentuk pentas.

Monday, September 1, 2014

Hukum Mengeluarkan Air Mani' Di Luar Rahim (18sx)


Soalan : Saya dan suami saya merancang keluarga dengan kaedah mengeluarkan air mani di luar rahim. Apakah ini tidak dianggap menolak kurniaan Allah, atau membunuh benih yang boleh menjadi anak?