Sunday, February 8, 2015

Hangouts Ganti Gtalk


HANGOUTS, platform penghantar mesej yang diperkenalkan Google bakal menggantikan Gtalk yang akan ditamatkan operasinya tidak lama lagi.


Menurut Google, perkhidmatan penghantar mesej itu akan berakhir pada 16 Februari ini.

Memaklumkan kepada umum mengenai langkah terbaharunya itu, Google meminta pengguna aplikasi Gtalk supaya beralih kepada Google Hangouts.

Bagaimanapun, bagi yang tidak melakukan sebarang perubahan, secara automatik ia akan dinaiktaraf kepada Hangouts pada tarikh yang akan ditetapkan nanti.


Peralihan itu diuar-uarkan Google sejak pelancaran Hangouts, malah pengguna disaran untuk memuat turun platform mesej terbaharu itu berbanding terus menggunakan perkhidmatan Gtalk.

Bagaimanapun, ada di kalangan pengguna yang tidak begitu teruja untuk menggunakan Hangouts kerana dikatakan kelajuan datanya lebih perlahan, mengambil masa lama untuk memuat naik atau turun dan sukar berfungsi jika jaringan internet pada tahap minimum.

Pembaharuan ini dilakukan kerana Google dikatakan berhadapan saingan sengit dengan Facebook menerusi aplikasi Whatsapp yang baru-baru ini menyediakan aplikasi sama menerusi versi laman web.

No comments: