Thursday, September 4, 2014

10 PENANDA ARAS TAMADUN MELAYU : LEGASI MELAYU DALAM BIDANG SAINS



Apakah Tamadun Melayu tidak meninggalkan apa-apa kepada dunia dalam bidang yang sains?Legasi yang boleh kita banggakan?Sebenarnya banyak legasinya, Cuma kita ini bangsa Melayu yang malas mahu mencarinya.

Apabila kita bercakap mengenai peninggalan sebuah tamadun itu dalam bidang Sains, antara perkara yang kita tidak akan lupakan mengenainya adalah dalam bidang perubatan. Apakah tinggalan Tamadun Melayu dalam bidang perubatan?




Untuk pengetahuan kalian, Taj-ul-Muluk atau nama Melayunya, Kitab Mujarrabat Melayu yang setebal 500 mukasurat menceritakan mengenai 147 perkara atau fasal dalam perubatan Melayu yang mengulas mengenai penemuan-penemuan ubatan dan rawatan terhadap penyakit-penyakit dan cara perubatan Melayu.

Tak lebih daripada itu, bahkan ketika zaman penjajahan British, sebuah kitab perubatan orang Melayu telah diambil oleh penjajah British ketika itu sebenarnya telah banyak membantu dalam perubatan di barat. Kitab perubatan itu diberi nama dalam bahasa Inggeris sebagai This is The Medical Book of Malayan Medicine yang kini dimiliki oleh The Pharmaceutical Society of Great Britain sebenarnya telah membantu saintis British menemui rawatan terhadap penyakit lelah dan bronkitis di Barat pada sekitar tahun 1915.

Selain daripada kitab di atas, kitab perubatan yang terkenal dalam Tamadun Melayu juga adalah Kitab Mujjarabat Melayu dan juga Ilmu Tabib di samping banyak lagi penulisan bangsa Melayu dalam ilmu perubatan Tamadun Melayu.

Kalau dilihat dari sudut lain pula, dalam bidang Matematik pula, diketahui bahawa terdapat juga kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak terdahulu dalam bidang ini dan antaranya ialah:

I. Syeikh Ahmad ‘Abdul Latif al-Khatib. (Raudat al-Hussab fi a’mal al-Hisab, al
Nukhbah al-bahiyyah, al-Jawahir al-Naqiyyah)

II. Syeikh ‘Abdul Rahman Muhammad al-Fatani. (Minhaj al-Qawim pada
mengetahui hisab dan taqwim)

III. Syeikh Ahmad al-Fatani (Ilmu Hisab dan Ilmu Falak)

IV. Haji Umar Nuruddin (Miftah al-Ta’lim, al-Durr al-naqiyy fi ma’rifat arqam
al-Hindi, Syams al-Fathiyyah)

V. Syeik Tahir Jalaluddin (Pati kiraan pada menentukan waktu yang lima dengan
hal kiblat dengan logaritma)

VI. Ilmu Hitungan , Ilmu Falak, Masalah Ilmu Bumi, Hitungan gedang dan Hitungan Kecil.

Dalam bidang astronomi pula, orang Melayu memang dikenali sebagai antara perlopor kepada cara membaca bintang dan langit. Orang Melayu adalah pelaut terkemuka, antara bangsa di dunia yang dikurniakan sixth sense dalam ilmu perlayaran.Lautan redah ketika itu senang aje diredahi oleh bangsa Melayu.

Orang Melayu memang terkenal dalam mengunakan bintang sirius yg paling terang tu sebagai pandu arah, orang melayu juga akan mendapat tahu kawasan mana dia berada dengan tengok pergerakan ombak atau air serta biasanya bila sampai ke sesuatu tempat mereka akan ambil sampel tanah lumpur dari dalam laut. Selain tu mrk jugak guna burung untuk dilepaskan apabila mahu tahu sejauh mana lagi kawasan daratan.Sbeba itu kita boleh jumpa orang Melayu sejauh di Madagascar dan Pulau Haiwaii.

Dalam ilmu alkimia, jangan terkejut sekiranya anda menemui bahawa kita menandingi bangsa Jepun. Kajian menunjukkan material besi yang digunakan dalam pembuatan keris Melayu adalah jauh lebih banyak daripada yang digunakan dalam pembuatan Katana. Anda masih boleh menonton dokumentari mengenai pembuatan keris di youtube terbitan National Geography dan saksikan bagaimana senjata ini adalah lambang ilmu sains Melayu.


- Sumber -

No comments: