Friday, July 1, 2011

Kelebihan Ayat-ayat Manzil

'MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai shifa'(penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat d dlm kitab "HAYATUS SAHABAH" (Jld 3 ms 374)yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah.Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim dan Tirmizi.


Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan :Sewaktu bersama Rasulullah SAW,seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat,"Ya Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Penyakit apa?"bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila"menjawab orang tersebut.Rasulullah membacakan surah al-fatihah,4 ayat pertama Surah Al-Baqarah .Ayat yg bermula dgn Wailahukum ilahun wahid....,ayat Kursi dan dua ayat seterusnya ,3 ayat terakhir al-Baqarah,ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun(Fataaalallahuuumalikul haq...,ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala),sepuluh ayat pertama surah Wassaat,tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr,Surah al-ikhlas,Surah al-Falaq dan surah AN nas.

Fadhilat Manzil ini terlalu banyak .Dari pengalaman kebanyakan orang, Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir,jin dan lain-lain.Dua cara untuk mengubati pesakit ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat2 tersebut ataupun org lain boleh membacakan dan menghembus di atas air. Air ini diminum oleh pesakit.

Selain "Manzil" terdapat juga ayat"MUNJIYAT" yang diperolehi dari pengalaman Ibn Sireen Rah untuk melepaskan diri dari kesusahan dan ayat-ayat syifa' dari pengalaman Imam Abu Qassim Qushairi .

Suatu perkara yang sgt penting dalam mengamalkan ayat-ayat "Manzil " ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada allah SWT). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat .Tidak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat._________________"Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu."


Antara Fadilat / Kelebihan Manzil

1. Mengelak / menyembuhkan penyakit akibat gangguan sihir, jin, syaitan dan seumpamanya.

2. Melindungi pengamal dan keluarganya daripada bahaya syaitan, jin, polong (gangguan makhluk halus), pencuri (melindungi harta benda), binatang buas (melindungi tanaman/ternakan) dan lain-lain.

3. Rumah dan harta benda pengamal dilindungi.

Walaupun begitu setiap individu yang mengamalkan manzil ini kesannya tidak semestinya sama diantara satu sama lain. Semuanya Dengan Izin Allah!


Ayat-Ayat Al Quran Dalam Manzil :

1. Fatihah
2. Al-Baqarah - ayat 1-5, 163, 255-257, 284-286
3. Ali-Imran - ayat 18, 26-27
4. Al-A'raf - ayat 54-46
5. Al-Isra' - ayat 110-111
6. Al-Mukminun - ayat 115-118
7. As-Soffat - ayat 1-11
8. Ar-Rahman - ayat 33-40
9. Al-Hasyar - ayat 21-24
10. Al-Jin - ayat 1-4
11. Al-Kafirun
12. Al-Ikhlas
13. Al-Falaq
14. Al-Anas


No comments: