Wednesday, March 18, 2015

JANGAN BUTA SEJARAH!!



Penyakit Buta Sejarah

Apakah kepentingan sejarah?Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan dan puan-puan semua.Apakah kepentingan sejarah kepada manusia khasnya kepada bangsa?Adakah sejarah hanya sebagai cerita-ceriti sahaja untuk didengar?Dibaca?Atau hanya sebagai subjek untuk lulus SPM?



Cuba tanyakan kepada para pemimpin yang buta sejarah.Atau para 'sejarahwan' kita yang pemalas dan menganggap bidang sejarah ini hanya sebagai periuk nasi mereka,bukan tanggungjawab kepada bangsa.Saya akan memberitahu kesan buruk penyakit buta sejarah dari seorang pelajar sekolah sehinggalah kepada satu bangsa.Seorang pelajar sekolah yang buta sejarah akan menghadapi kegagalan dalam subjek sejarah.Jika dia gagal dalam subjek itu,keputusan peperiksaannya akan cacat walaupun dia mendapat semua A dalam subjek lain.

Namun siapa yang kisah?Kerana dia pun boleh ke universiti jika gagal dalam subjek sejarah.Seorang sejarahwan yang buta sejarah (ini agak mustahil tapi benar) akan membuat kesimpulan yang salah dalam jurnalnya kerana malas membuat kajian sendiri atau setidak-tidaknya berusaha membuat 'cross-reference' dengan para sarjana lain.Dia akan mengikut sahaja sejarah kontemporari yang ditulis oleh penjajah.Dia hanya terperuk sahaja dalam pejabat dan jika mengajar,akan mengajarkan silibus sejarah versi penjajah,meneruskan program mengkerdilkan jiwa dan jatidiri bangsanya.Tapi siapa yang kisah,jika mengajar bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan atau orang gua sekalipun,duit gaji tetap masuk tiap-tiap bulan.

Seorang pemimpin yang buta sejarah lagi dasyat.Dia akan meneruskan polisi membutakan sejarah bangsanya,jika tidak sebab dirinya yang buta sejarah,mungkn sengaja membutakan matanya sendiri demi mencapai agenda politik sempitnya.Mungkin tapak-tapak bersejarah diarahkan untuk dimusnahkan atas nama pembangunan,atau dibiarkan bersemak-samun tanpa berjaga.

Inilah yang berlaku kepada para pemimpin kita tidak terkecuali kaum kerabat raja-raja Melayu.Ini berlainan pula dengan orang luar,misalnya raja Kemboja Norodom Sihamoni misalnya,adalah seorang yang amat mencintai hasil budaya dan seni Kemboja.Kerajaan Kemboja pula sanggup berusaha bermati-matian mempertahankan tapak bersejarah Preah Vihear dari dikebas oleh Thailand.Kerana apa tuan-tuan?Kerana sejarah itu amat penting bagi mereka.Kerana suatu hari nanti mereka tidaklah sedungu sesetengah orang Melayu di Malaysia yang percaya bangsanya adalah hamba sahaya raja Siam Ayutia.Dan percaya bahawa nama bangsanya adalah ciptaan penjajah!
Satu bangsa yang buta sejarah akan ditipu hidup-hidup oleh orang lain.Akhirnya sesuatu bangsa itu akan hilang jatidiri dan tidak mustahil tanahair,apabila tempat tinggalnya didakwa milik orang lain lain dahulu.Kaji tuntutan Filipina ke atas Sabah.Kaji tuntutan Kepulauan Spratly.Kaji kekalahan

Malaysia dalam isu Pulau Batu Putih.Kaji Singapura yang sengaja terlepas dari tangan kita.Kaji status Hong Kong setelah tamat penjanjian koloni British.Kaji status Macau setelah tahun 1999 dengan Portugis.Lihat,tanah dan negeri boleh bertukar tangan atas sebab-sebab sejarah,bukan penguasaan ekonomi atau politik.ANDA NAMPAK RAHSIA INI?

Namun siapa yang peduli?Biar bangsa tergadai asal perut sendiri kenyang.
Kita pernah mendengar ada orang mencuri barang,meragut beg,merompak bank dan lain-lain lagi,namun pernahkah kita mendengar ada orang mencuri sejarah,meragut sejarah orang lain atau merompak sejarah orang lain?Inilah yang cuba dilakukan oleh orang-orang yang mahukan tanahair kita ini.
Contoh yang paling terbaik setakat ini adalah percubaan yang dilakukan oleh blogsejarahnagarakedah.Terima kasih kepada penulis blog itu yang menyedarkan kita bahawa kini taktik merompak sejarah orang lain sebenarnya memang berkesan ke atas orang-orang Melayu yang dungu sepertimana kejayaan menipu orang Melayu dalam MLM (sistem jualan langsung) sejak sekian lama.Saya merasa amat sedih melihat wajah orang-orang Melayu yang kecewa dan murung ketika kes Island Red Cafe tempoh hari.Saya mahu menjerit sahaja kepada orang-orang Melayu itu,mengapa terlampau bodoh sehingga sanggup ditipu oleh orang lain?

Saya percaya harta-benda beratus ribu yang dikumpul oleh orang-orang Melayu untuk menyertai MLM itu adalah harta yang halal dan jujur (bukan hasil judi atau loteri) namun sedihnya dikebas sebegitu mudah oleh orang lain yang kaya-raya atas kesedihan orang Melayu.Kini bukan sahaja segenap benda di Malaysia ini boleh dijadikan modal untuk berniaga,namun kebodohan orang Melayu itu sendiri mampu dijadikan modal berniaga dan menjana wang beratus-ratus ribu!
Fikirkan.Sampai bila mahu hidup dalam keadaan bodoh dan dungu sehinggakan sejarah bangsa sendiri minta diajarkan oleh orang luar?Saya sudah membaca majalah REALITI yang diterbitkan oleh geng-geng blogsejarahnagarakedah (saya kenal beliau).Dalam ruangan Menjejak Bani Jawi,memang dinyatakan kesimpulan yang sama dalam laman sesawang milik mereka,mengatakan nama 'Melayu' adalah ciptaan dan agenda British.Ini adalah percubaan yang amat berbahaya.Kerana jika semua orang Melayu percaya dakwaan ini,maka soalannya:Apakah nama asal orang Melayu sebenar sebelum kedatangan British?

Maka orang Siam akan mengatakan orang Melayu dahulu bergelar Siam,sarjana India mengatakan asal-usul orang Melayu adalah orang Malayalam (ini amat melucukan) dan Ultrakiasu-Komunis berserta sejarahwan pemalas akan mendakwa orang Melayu berasal dari Cina.
Saya sudah terangkan bukti-bukti amat jelas dari pelbagai batu bersurat,juga dari rekod Maharaja Cina,bahawa sebelum kedatangan orang Eropah ke Asia Tenggara,terdapat dua nama panggilan orang luar terhadap kaum-kaum Nusantara.Teks-teks berbahasa Pali dan Sinhala menyebut kita sebagai 'Jawaka'.Teks Sanskrit menyebutkan kita sebagai 'Malai'.Manuskrip,prasasti dan legenda Khmer menyebutkan kita sebagai 'Melayu' atau 'Mala'.Rekod-rekod Cina menyebutkan kita sebagai 'Mo-lo-yu','Ma-li-yueh','Mo-li-yu-er' dan pelbagai lagi bentuk sebutan mengikut dialek atau lidah orang yang menulisnya.
Jawaka,Cheava atau Chawa adalah nama umum kepada seluruh kaum dari Alam Melayu begitu juga 'Mala','Malai','Mo-lo-yu' dan sebagainya adalah panggilan umum kepada kaum-kaum Malayo-Polinesian di Nusantara.Tidak ada pula terjumpa perkataan 'Siam','Ayutthaya' atau 'Monggol-Kedah' pada zaman purba.TIDAK ADA.Memang tidak ada.

Orang Arab memanggil orang Melayu pada zaman purba sebagai 'Zaba' atau 'Zabag' iaitu satu versi penyebutan lidah orang-orang Arab kepada perkataan 'Jawak' atau 'Cheava'.Seorang pedagang Arab bernama Sulaiman yang singgah di Asia Tenggara pada tahun 851 Masehi telah mencatatkan bahawa 'Maharaja Zabag telah menjadi maharaja bagi seluruh kepulauan'.Jadi dari manakah munculnya idea bahawa nama 'Melayu' itu sendiri adalah rekaan penjajah semata-mata orang Inggeris memanggil kita 'Malay' bukan 'Siam'?

Namun tidak mengapa jika anda membeli majalah itu,ia tiada kaitan dengan penipuan sejarah oleh mereka.Malah saya sarankan belilah majalah itu kerana banyak perkara lain yang boleh anda baca selain ruangan Menjejak Bani Jawi itu.Bantulah perniagaan orang Islam.Jika mereka kaya,mereka akan bayar zakat dan Insya Allah,wang itu kembali kepada orang Islam khasnya bangsa Melayu.
Mengkaji asal-usul Melayu,mestilah mengkaji SEJARAH ASIA TENGGARA KESELURUHANNYA.Tidak boleh anda hanya mengkaji sesempit Malaysia sahaja.Jangan sesekali menulis sejarah Melayu hanya bermula dari Kesultanan Melayu Melaka.INI ADALAH KESILAPAN PALING BESAR PARA SEJARAHWAN KITA.Ini kerana sejarah empayar yang didirikan oleh orang Melayu adalah sejauh 500 tahun Sebelum Masehi (500 B.C)!

Ini bukan saya yang kata,tetapi kajian para sarjana Tamil yang mengungkapkan wujud bukti perdagangan antara India dan Nusantara (mereka merujuknya sebagai Srivijaya) sejauh 5 abad sebelum kelahiran Nabi Isa a.s.Lihat,jika tiada orang Melayu yang tahu asal-usul dirinya sekalipun,para sarjana dari seluruh dunia akan tampil memberikan bukti bahawa kita dahulu pernah membina empayar perdagangan yang hebat.

Saya sendiri terpaksa berhempas pulas mempelajari bahasa Sanskrit bagi memahami segala gelaran raja-raja Melayu dahulukala di Indochina khususnya di Ligor (Nagara Sri Dharmaraja) dan Kemboja.Walaupun hanya asas dan terlampau singkat masa pembelajaran saya itu (akibat kesibukan kerja) namun itu semua sudah cukup memberikan saya kunci-kunci rahsia kehadiran darah keturunan Melayu di dalam istana Angkor.

Bertuahnya,para sarjana Khmer yang membantu saya adalah amat jujur dengan sejarah dan tidak malu mengaku pengaruh keturunan Srivijaya (Melayu) yang mengalir dalam diri para pembina Angkor Wat.Buat pengetahuan umum,orang Khmer amat anti dengan orang Thai kerana orang Thai adalah pakar dalam mencuri,menipu dan merompak sejarah dan warisan orang lain (ini bukan saya kata,tetapi orang Khmer yang saya temuramah).

Jadi fikirkan dengan warisan raja terakhir Ayutthaya yang lari ke selatan Tanah Melayu akibat pemberontakan di dalam kota Ayutthaya sendiri,bersembunyi di kampung-kampung Melayu,masuk Islam dan menjadi Melayu.Hari ini orang Thai Ayutthaya yang berubah menjadi Melayu Islam masih berdegil mahu merompak sejarah orang lain walaupun cuba dinasihati berkali-kali.

Saya mengkaji dinasti Ketolamala,Mahawangsa,Mahidhara,Kamara serta Wirawangsa.Saya juga mengkaji gelaran 'Maulimalaraja','Kambojaraja' dan 'Paramakamboja' yang dirujuk oleh pakar sejarah Khmer sebagai 'berasal dari Kepulauan Melayu'.Saya juga membaca sejarah dinasti Padmavamsa (wangsa bunga seroja) iaitu nama keluarga bagi Chandrabanu,seorang Raja Melayu Tambralingga yang pernah menyerang Sri Lanka.

Menariknya saya telah membaca jurnal kajian pakar sejarah Khmer tentang Funan (umum mengetahui orang Khmer bermati-matian mempertahankan bahawa Funan adalah kerajaan mutlak orang Khmer) yang membuat kesimpulan bahawa seorang raja Funan bernama Fan Man atau Fan Shih Man (nama dalam rekod China) adalah berasal dari Kepulauan Melayu kerana mempunyai gelaran "Sri Man Dharmaraja" yang ditemui dalam inskripsi di Dong-duong.Para sejarahwan Kemboja mengenalpasti bahawa gelaran itu adalah gelaran khas yang biasa dipakai oleh istana

Kamara dari kerajaan Melayu Ligor.

Seterusnya mereka mengaitkannya dengan satu dinasti Melayu iaitu Paramakamboja di mana Sri Kambu,iaitu satu lagi watak legenda penubuhan Kemboja,berasal.Menarik bukan?
Ini bukan untuk menuntut Angkor Wat atau Kemboja adalah milik Malaysia.Tetapi INI ADALAH SEKADAR MEMBERITAHU REALITI SEJARAH KEMELAYUAN SEBENAR.Biarlah Angkor Wat atau Kemboja ditangan orang Khmer,'saudara jauh' Melayu itu,namun jangan sesekali anak-anak Melayu merasa rendah diri dengan bangsa mereka.

Saya juga mengkaji asal-usul dinasti paling berkuasa di Asia Tenggara,Sailendra.Umum mengatakan mereka adalah dinasti Jawa yang memerintah Jawa.Ya,betul mereka adalah pemerintah Jawa.Namun bukan orang Jawa!Kajian dari pakar sejarah Indonesia mendapati mereka adalah dinasti Melayu,mungkin dari Sumatera atau Semenanjung.Ini kerana semua prasasti atau batu bersurat yang mencatatkan nama dinasti ini sama ada dalam bahasa Sanskrit atau Melayu Tua (Old Malay).
Prasasti Ligor ada mencatatkan nama 'Sailendra' ini dalam bahasa Sanskrit,manakala di Jawa,prasasti-prasasti oleh keluarga pemerintah ini ditulis dalam bahasa Melayu Tua!Bagaimana satu dinasti yang kononnya dikatakan adalah raja-raja Jawa menulis kemegahan dinastinya dan nama keluarganya dalam bahasa Melayu Tua!

Nama Sailendra juga dikenali dalam kesusasteraan Indochina.Sri Ksetra di Burma adalah warisan Srivijaya,kemudian oleh dinasti Sailendra.Saya baru sahaja mencantumkan misteri Sri Ksetra di Burma yang dikatakan pernah diduduki oleh Empayar Melayu Srivijaya.Dalam Batu Bersurat Talang Tua tahun 684 masehi yang ditulis dalam bahasa Melayu Tua ada mencatatkan:
"Pada tarikh 23 Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yang dinamakan Sriksetra dibuat di bawah pimpinan Sri Baginda Sri Jayanasa. Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini, pohon kelapa, pinang, aren, sagu, dan bermacam-macam pohon, buahnya dapat dimakan, demikian pula pokok buluh, waluh, dan pattum, dan sebagainya; dan semoga juga tanaman-tanaman lainnya dengan bendungan-bendungan dan kolam-kolamnya, dan semua amal yang beta berikan, dapat digunakan untuk kebaikan semua makhluk, yang dapat pindah tempat dan yang tidak, dan bagi mereka menjadi jalan terbaik untuk mendapatkan kebahagiaan. Jika mereka lapar waktu beristirehat atau dalam perjalanan, semoga mereka menemukan makanan serta air minum..."

Dalam jurnal yang diterbitkan oleh sekumpulan pakar sejarah Khmer,ada menyebutkan istana raja-raja Sailendra di Sri Ksetra dan 'puzzle' dari rekod penulis China ada menyebutkan berdekatan Sri Ksetra adalah dua kerajaan Kunlun;Kunlun Kecil dan Kunlun Besar.Dari rekod Sin Tang Chou:
"Dari Mi-tchen,kami tiba di Kouen-lang di mana hidup satu puak dari Kunlun Kecil;rajanya bernama Mang-si-yue;budayanya sama seperti Mi-tchen.Dari Kouen-lang,kami telah di Lou-yu di mana ia adalah kerajaan bagi raja Kunlun Besar.Rajanya bernama Seu-li-po-po-na-ta-chan-na.Negerinya lagi besar dari Mi-tchen.Dari sini kami tiba di Tcha iaitu di Moti-pa dalam masa separuh hari".

Perkataan 'Lou-yu' adalah versi sebutan penulis Cina bagi 'Melayu'.Seterusnya penulis Cina itu menyebutkan "Grand King of Kunlun" yang menunjukkan status 'Maharaja'.Ini adalah merujuk kepada Maharaja Jayanasa atau maharaja-maharaja Srivijaya yang lain.Bukti lain adalah dari tradisi Burma yang menyebut pengasas Sri Ksetra adalah 'Dattabaung' dan ini adalah dalam bahasa Pyu yang bermaksud 'maharaja'.Ini baru sahaja jajahan Kunlun (Melayu) di Indochina,belum lagi di kawasan kepulauan di mana para pengembara Arab menyebutnya sebagai 'Maharaja bagi seluruh kepulauan'.Lihat,begitu luas pengaruh Empayar Melayu Srivijaya dalam sejarah Asia Tenggara.
Selepas mengkaji sebahagian kesusasteraan dan prasasti Khmer,Thai dan Mon...saya benar-benar terkedu dan hampir-hampir menitiskan air mata apabila mendapati bahawa dahulu raja-raja Melayu begitu berpengaruh dalam istana Angkor dan sejarah Kemboja.

Patutlah nama 'Kemboja' itu sendiri amat dekat dengan orang Melayu.Legenda Khmer mengatakan bahawa sejarah mereka dibentuk oleh 'The Father of Brahmin' dan 'The Mother of Soma'.Dan apabila saya mengkaji jurnal-jurnal dari sejarahwan Indonesia,saya menemui bahawa nama keluarga (dinasti) bagi Dharmasetu,seorang maharaja Srivijaya antara terawal diketahui adalah dari Dinasti Soma!Semua ini dengan bukti bahawa Sri Kambu,seorang lagi legenda Khmer yang dikatakan 'came from grass-root of Malay Archipelago' menunjukkan beribu-ribu tahun dahulu,orang Melayu pernah mendominasi seluruh Asia Tenggara malah adalah pribumi juga!

Perkataan Melayu itu sendiri memiliki harganya yang tertentu.Ada orang berebut-rebut mahu dikatakan Melayu atas sebab Islam dan budaya.Kaum-kaum lain yang masuk agama Islam secara tidak langsung terpengaruh dengan budaya dan bahasa Melayu sehingga lama-kelamaan anak-anak mereka menjadi Melayu sepenuhnya selepas satu generasi misalnya.

Inilah punca apa yang dikatakan jika masuk Islam,maka dia juga akan 'masuk Melayu'.Ini terjadi ke atas golongan India Muslim Malaysia (konotasi umum:Mamak) yang mahu lari dari bayang-bayang Hindu dan keIndiaan,mahu bergabung dengan orang Melayu sepenuhnya untuk 'meningkatkat taraf perhubungan sosial'.Ada yang mahu dikatakan Melayu atas sebab subsidi dan hak-hak peribumi.
Kesampingkan dengan makna-makna negatif yang dikaitkan dengan nama 'Melayu' sehingga ada yang mengeluh "aku malu bernama Melayu",kerana ramai lagi yang berlumba-lumba mahu masuk Melayu kerana sebab-sebab tertentu.

Jika ada yang malu mengaku Melayu,ini tidaklah menghairankan tetapi bukan dua nama ini:Bani Jawi dan Srivijaya.Ini adalah dua nama yang memiliki harga paling mahal di Asia Tenggara malah menjangkaui seluruh dunia.Saya akan mulakan dengan 'Srivijaya'.Ini telah diketahui seluruh dunia bahawa satu-satunya empayar maritim yang amat-amat berjaya.

Bangsa-bangsa lain yang diketahui profesion mereka adalah di laut seperti Phoenicia dan Viking (Norsemen) tidak pernah membina rangkaian perdagangan dan empayar maritim sehebat Srivijaya.Tetapi orang Melayu telah membinanya.Tetapi cerita mereka bukan di Malaysia,tetapi di luar negara.

Sebab itu orang Melayu Malaysia bersama para sejarahwan dan pemimpin politik mereka hanya melompat-lompat dan berteriak dengan sejarah Melaka sahaja.Maka jadilah sejarah orang Melayu bermula di Melaka sahaja.Sebelum itu?Sebelum itu orang Melayu menjadi bangsat atau duduk di dalam gua sahaja.Benar-benar menyedihkan.

Satu fakta yang memang tidak diketahui oleh Melayu Malaysia yang dungu;bahawa sejarah Srivijaya mereka cuba dipecahkan sekeping demi sekeping dan dituntut oleh pelbagai negara.Thailand mendakwa Srivijaya bermula di Ligor.

Kemboja mendakwa Srivijaya adalah dinasti raja-raja Khmer dahulukala.Sarjana India mendakwa Srivijaya dimulakan oleh anak raja India atau orang-orang Malayalam,Indonesia mendakwa Srivijaya bermula di Palembang dan Siam Ayutthaya mendakwa Srivijaya dimulakan oleh keturunan mereka.Mengapa banyak orang cuba menuntut hak mereka ke atas Srivijaya?

INI KERANA SRIVIJAYA ADALAH SATU-SATUNYA EMPAYAR YANG PALING EFFEKTIF,YANG BENAR-BENAR ADA DALAM SEJARAH ASIA TENGGARA SETAKAT INI.

Srivijaya adalah satu-satunya kerajaan yang bertindak sebagai empayar yang memiliki sistem 'federation'.Maksudnya semua kerajaan dan tanah di Asia Tenggara tunduk dan bernaung di bawah raja-raja Melayu Srivijaya,untuk bersama-sama menyertai perdagangan maritim yang dibuka oleh Srivijaya.

Bukan konsep imperialisme dari Barat.Tetapi konsep 'perdagangan maritim' yang benar-benar memeningkan ramai sarjana Eropah bagaimana orang Melayu boleh membina empayar bukan semutlaknya di atas penguasaan tentera dan peperangan tetapi lebih kepada hegemoni perdagangan dan prestij.

Mengapa paling effektif?Kerana budaya dan bahasa Malayo-Polinesian yang berkembang dari Madagaskar sehingga ke Kepulauan Pasifik,pelbagai prasasti dan batu bersurat,binaan candi-candi seperti Borobudur yang merupakan antara 'Wonders' di Asia Tenggara,catatan dan bukti dari sarjana asing,penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca sehinggalah ke hari ini (Malaysia,Indonesia,Brunei) dan penguasaan wilayah oleh kaum-kaum Malayo-Polinesian adalah bukti paling nyata kewujudan empayar ini.

Walaupun banyak bangsa dan negara cuba menuntut hak mereka terhadap Srivijaya,namun mereka tidak mampu menafikan hakikat paling penting ini.Apakah hakikat itu?

BAHAWA RAJA-RAJA SRIVIJAYA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA MEREKA.

Raja-raja Srivijaya menuliskan dengan megah kerajaan mereka pada prasasti-prasasti dalam bahasa Melayu Tua.Jangan haraplah mereka mahu menggunakan bahasa Siam Ayutthaya kerana ketika itu nenek moyang raja Naresuan ataupun Traikolanat masih di alam arwah lagi dan bangsa mereka masih berada di Nanchao,Shan atau Yunnan.Tulisan Siam pun tiada lagi dan bahasa Thai pun mungkin masih tiada dan kaum-kaum di Shan dan Nanchao kemungkinan berbahasa Sino-Tibetan seperti Hokkien dan lain-lain.

Sebab itu 'pride' Kemelayuan itu masih ada setidak-tidaknya masih tertinggal pada raja-raja Melayu.
Keduanya 'Bani Jawi'.Jika dikatakan Melayu,mungkin ada yang memandang sinis dan tidak mahu mengaku Melayu terutama para nasionalis Jawa dan Indonesia.Begitu juga orang Siam Celup yang mati-mati mahu menegakkan teori Siam-Islamnya.Namun apabila dikeluarkan istilah Bani Jawi,maka berebut-rebut tidak kira Siam Islam,Jawa Islam mahupun pendatang India Muslim dan Bangladesh mahu mendakwa mereka adalah sebahagian dari Bani Jawi ini.

Mengapa begitu sekali istimewa istilah Bani Jawi ini?Semua ini berpunca dari kajian salasilah para sarjana Arab dahulakala yang menyebutkan orang Melayu itu berasal dari apa yang dinamakan 'Bani Jawi' yang jika ditelusuri asal-usulnya bersambung dengan salasilah Nabi Ibrahim.

Saya akan keluarkan iklan tentang ATBM version 3.5 akan datang.Saya akan ceritakan kepada anda kisah-kisah menakjubkan dari Indochina.Saya akan buktikan bahawa konotasi 'Alam Melayu' itu benar-benar ada dalam hikayat-hikayat Melayu dahulukala.Saya akan bukakan satu persatu misteri gelaran dan nama-nama raja-raja Melayu di Kemboja yang berselindung dalam nama Sanskrit mereka.

Saya akan ceritakan mengapa orang Melayu masih wujud bernegara dan beraja walaupun empayar maritim mereka yang berusia sejak 500 tahun Sebelum Masehi telah lenyap,tidak seperti bangsa Assyria,Chaldea dan Akkadia yang lenyap tidak bersisa hari ini.

Saya akan ceritakan kepada anda kisah 'kerajaan Angsa' orang-orang Melayu Purba di Indochina yang disebut 'Hamsavati' dalam sejarah Indochina,sejarah negeri Reman dan asal-usul orang Mon.Saya akan bukakan rahsia hubungan orang Mon dan Ketaha dan kaitan kerajaan Kedah Tua dengan Dvaravati,kerajaan orang-orang Mon.Saya akan tuliskan rahsia orang Melayu Champa dan kaitan mereka dengan Funan dan kerajaan Kambojadesa.

Seterusnya dinasti Srivijaya dan Sailendra di Burma,Thailand dan Kemboja berserta kaitannya dengan Khun Borom,legenda orang Lao dan Thai serta pengaruh raja-raja Melayu di istana Angkor.Saya akan bukakan rahsia Jawakoti,Empayar Chermin Kelantan,Majapahit-Kelantan,kaitan orang Jawa dengan orang Kelantan dan kaitan orang Kelantan dengan orang Champa dan Kemboja.
Saya akan bukakan rahsia darah naga dan kaitan gelaran 'preah' dalam budaya Khmer,'praoh' dalam budaya Mesir Purba dan hubungan mereka dengan Raja Perahu dan permaisuri Hati,sebagaimana yang tercatat di Kuil Hatshepsut di Luxor,Mesir.

~Srikandi
The Secret Keeper of Mala,Sri Kambu Paramakamboja & Maulimalaraja.

-NAZIB HASHIM-

No comments: