Wednesday, May 20, 2015

SENJATA MELAYU YANG DIGELAPKAN DALAM SEJARAH [P1]


Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur. Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.



Zaman berganti zaman, tahun berganti tahun, peperangan demi peperangan, hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi…hancur semuanya….bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah… 

Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka. Kemudian bina negara…bina peradaban kembali.Perlahan-lahan. 

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi? Tak cukup dengan itu , anak-anak zaman sekarang ini dihidangkan lagi dengan filem 'buta sejarah' seperti Puteri Gunung Ledang. Logikkah, tentera dari sebuah empayar yang kaya, pergi berperang memakai baju senipis tisu? Logikkah, pahlawan Melaka dahulu berperang memakai keris dan tombak sahaja? Setahu saya, zaman Arab Jahiliyah pun mempunyai pedang. Agaknya, inilah sebab mengapa filem berbajet RM 20 juta itu gagal meraih trofi ketika Festival Filem Malaysia. 

Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang . Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi, gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut. 

Selak lagi, selak lagi, gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan. Bagaimana seorang berpendidikan seperti Menteri Kebudayaan, Tenaga dan Komunikasi boleh membiarkan sejarah tamadun bangsanya dipadamkan dari peta sejarah? 

Dalam artikel ini, penulis akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Penulis akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api. Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu “hendak buat sebatang jarum pun tak mampu”

 Benarkah begitu?

 Apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki Uthmaniyyah, Empayar China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam. 

Adakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR menjadi pekak, tuli, buta dan bisu dengan perkembangan ini?

 Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’ mereka. 

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu kecuali gabungan tentera Portugis, kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa, askar-askar upahan dari Goa, Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalaman dari para pedagang asing dan orang Melayu sendiri. 

Hang Tuah juga pernah dikerahkan ke Rome untuk membeli persenjataan canggih yg besar yaitu bedil (meriam) untuk memperkukuhkan pertahanan kerajaaan Melaka. Memang terdapat riwayat bagaimana semasa serangan Portugis terhadap Melaka, Melaka tidak mudah tumbang. Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan. 

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah, baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles, Winsted, Swettenham dan Leyden.

 Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunya sendiri: 

Cannon : Meriam, Lela

Portable Cannon/swivel gun : Lela Rentaka 

Flintlock Musket : Istinggar Blunderbuss : 

Pemuras Pistol : Terakol 

Mari kita lihat antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini: 

PEMURAS



Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris, blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead). 

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).


Bersambung.....


No comments: