Friday, August 14, 2015
SIAPAKAH JACK THE RIPPER?
Assalamualaikum semua, hari ni saya nak ceritakan pasal konspirasi seorang pembunuh. Pembunuh? Bukan ke admin sepatut
letakkan pembunuh ni kat segmen murder ke? Memang lah, tapi yang ni siap ada konspirasi, sebab kes ni tak selesai. Haaa.
Kes apa admin? Kes ini lama gegila, saya rasa mak ayah hang pa pun tak lahir lagi. Kita guna mesin cahaya masa (Pinjam sat, Doraemon)
terus ke tahun 1888. Jom ZASSSSS!
Jack The Ripper, adalah salah seorang pembunuh bersiri yang paling kejam dalam zaman abad ke-19.
Jack The Ripper ini telah membunuh 5 wanita (Kesemuanya pelacur) dan mayat mereka di ambil dan di potong uterus wanita tersebut.
Pembunuhan itu berlangsung dari tahun 1888-1891 sebelum pembunuhan itu terhenti sebegitu sahaja. Sehingga kini, siapakah Jack The Ripper
dan di manakah uterus mayat mangsa wanita itu tidak dijumpai sampai sekarang. Kes ini menjadi salah satu kes yang terkenal dan paling
brutal kerana cara dia membunuh. Selain itu juga, terdapat berberapa klu dan surat yang ditulis oleh Jack the Ripper mengutuk dan
menghina Polis di London, salah satunya dikenali sebagai surat “From Hell” Kerana pada awal surat itu ia dimulai dengan tulisan From Hell.
Siapakah Jack The Ripper ini??
Ada banyak pendapat dari orang ramai, ada yang kata, dia adalah orang luar lah,
penjaenayah lah, bapa ayam lah, tetapi yang paling hampir dengan profile jack the Ripper
ialah seorang Yahudi yang bernama Jacob Levy, iaitu seorang pemotong daging yang bekerja di Butchery
Shop di Soho, London. Mengikut berberapa pendapat, pada waktu kejadian, Jacob Levy keluar dari pertemuan sesama
komuniti Yahudi Di London, dan selepas itu pembunuhan itu terjadi, bukan sekali, tetapi 4 kali. Selain itu juga,
mengikut pendapat polis.
Kemungkinan Jack the RIpper adalah Jacob Levy kerana cara Jack The Ripper mengeluarkan uterus mangsa itu
dengan potongan kemas dan bersih. Jadi polis menanggarkan semestinya pembunuh ini adalah pakar dalam cara
pemotongan dagaing dan Jacob Levey adalah seorang pemotong daging selama 20 tahun. Mengikut salah satu surat “From Hell”
yang ditulis oleh Jack the Ripper, dalam kandungan surat itu menyatakan bahawa dia membunuh kerana dia tidak dapat melakukan seks
kerana penyakit Sifilis, jadi bila dia nampak Pelacur, dia merasa marah kerana nafsunya yang mebuak.
Jacob Levy menghidap penyakit Sifilis dan dia tidak berkahwin, kerana penyakitnya.
Lebih kuat bukti menunjukkan bahawa Jacob Levy adalah pembunuhnya, selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1891,
pembunuhan Jack The Ripper terus terhenti. Walaupun ia agak meyakinkan bahawa Jacob Levy yang berbangsa Yahudi adalah
Jack The Ripper, tetapi tidak cukup bukti untuk mengesahkannya apabila makam Jacob Levy tidak diketahui dimanakah ia. Sehingga kini,
kes ini masih menjadi misteri dan banyak spekulasi siapakah Jack the Ripper ini. Sekian itu sahaja dari saya,
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!
sumber
Labels:
Jenayah,
Kisah Seram,
Legenda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment