Penyakit selfie ini sedang menular dikalangan kita & lebih parah bila menular dikalangan Muslimah.
1. Ujub
Dia rasa dirinya anggun, dia teruja lihat kecantikkan dirinya. Sehingga terujanya tentang kecantikkan dirinya membuatkan dia sudah lupa siapa yang memberinya cantik. Bahkan lebih teruk lagi dia sudah tidak menghiraukan lagi auratnya terdedah. Akibat rasa terujanya maka dia hendak memperlihatkan kecantikkannya kepada Orang sekelilingnya.
2. Riya'
Gemar mempamerkan kecantikkan dirinya, hendak dilihat kecantikkanya untuk tontonan awam. Penyakit ini terjadi bilamana hatinya sudah nipis sifat malu. Sedangkan sifat malu itu penting bagi muslimah. Mencari Keredhaan Allah sudah hilang didalam hatinya yang menebal mencari Perhatian Manusia.
3. Cinta Kemasyhuran
Selepas membengkak sifat riya'nya, penyakit ini seterusnya menjadi sebuah penyakit yang digelar cinta kemasyhurannya. Ini penyakit sama seperti Gila Likers, gemar Pujian & comment2 para lelaki dan temannya, " cantiknya, wow, indahnya berpurdah, solehahnya, nice, comeynya dsb "
Seseorang yang sudah terkena penyakit ini perlu kepada Ubatnya.
Lihat dirinya, tanamlah niat hidup ini yang dikejar hanya keredhaan Allah semata-mata.
Mengasingkan dirinya, bertaubat kepada Allah. Mengadu pada Allah, yang penyakit ini sudah membengkak dalam diri. Mohon supaya Allah cabut akar penyakit ini agar selamat bertemu denganNya dalam keadaan Hati yang Selamat. Maaf andai terkasar & tersilap bahasa.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)
Sumber : Tun Suzana
No comments:
Post a Comment