1.Door To Hell, Turkmenistan
Namanya sahaja sudah menyeramkan! Pintu ke Neraka atau Door to Hell adalah gelaran yang diberikan kepada satu kawah api yang dikatakan belum padam lebih 50 tahun yang lalu. Menurut BBC Travel, lokasi ini terletak di Kawah Gas Darvaza, Turkemenistan.
Laporan mengatakan bahawa kejadian ajaib ini berlaku pada tahun 1971, ketika pencarian sumber gas. Bagaimanapun, berlaku runtuhan tanah sehingga membentuk lubang itu. Kebakaran berlaku apabila seorang ahli geologi didakwa telah menyalakan salah satu lubang tersebut dan menyebabkan kawasan itu kekal terbakar sehingga kini.
2.Bermuda Triangle
Sebut sahaja mengenai Bermuda Triangle atau Segi Tiga Bermuda, pasti akan dikaitkan dengan kisah kehilangan kapal terbang. Hal ini kerana, lokasi Bermuda Triangle masih lagi menjadi misteri tetapi dikatakan berada di tengah laut.
Menurut Britannica, Segitiga Bermuda atau Bermuda Triangle terletak di sebahagian daripada Lautan Atlantik Utara, di mana lokasi tepatnya adalah di luar pantai Amerika Utara. Kawasan ini juga bersempadan dengan titik Bermuda, Florida dan Puerto Rico. Kebiasaannya, pesawat atau kapal yang hilang dikawasan ini dikaitkan dengan pelbagai teori seperti bandar bawah laut (Atlantis) mahkluk asing dan cuaca yang ekstrem.
Kawasan ini juga dipercayai telah meragut lebih dari 1,000 nyawa menjadikan ia penuh dengan misteri dan mitos.
3.Pulau Patung, Mexico
Pulau yang dipenuhi dengan patung lama terletak di pulau kecil berdekatan tasik Teshuilo, tasik terbesar dalam wilayah itu. Menurut Discovery, kisah misteri bermula apabila seorang lelaki menemui mayat kanak-kanak yang hanyut di tasik itu, dipercayai mati akibat lemas.
Beberapa hari selepas itu, muncul pula sebuah anak patung yang turut sama hanyut di terusan tidak jauh dari tasik tersebut. Sejak dari itu dia menghiasi pulau berkenaan dengan anak patung yang dijumpai.
4.Pamukkale, Istana Kapas di Turki
Di barat daya Turki, terdapat sebuah tapak semula jadi yang menakjubkan dikenali sebagai Pamukkale, yang bermaksud “Istana Kapas” dalam bahasa Turki. Tapak ini terkenal dengan teres travertin putih yang terbentuk oleh aliran air panas yang kaya dengan kalsium karbonat.
Pembentukan Pamukkale adalah hasil daripada interaksi antara proses hidrologi, geologi, dan tektonik. Air panas yang mengalir melalui sistem karst bawah tanah melarutkan kalsium karbonat dari batu kapur sekeliling. Apabila air yang tepu dengan kalsium karbonat ini naik ke permukaan dan mengalir ke atas teres, ia kehilangan karbon dioksida dan mendepositkan kalsium karbonat sebagai travertin. Proses ini berlangsung selama ribuan tahun, membentuk teres bertingkat yang menyerupai tangga gergasi atau air terjun beku.
5.Zon Senyap Mapimà Mexico
Zon Senyap Mapimà atau La Zona del Silencio (dalam bahasa Sepanyol) merupakan sebuah padang pasir terkenal di Durango, Mexico. Menurut HubPages, kawasan ini difahamkan menjadi kawasan isyarat radio dan apa-apa jenis komunikasi tidak boleh diterima atau terputus.
Tambahan lagi, kawasan padang pasir ini kaya dengan uranium dan magnetik yang tinggi. Terdapat banyak kejadian misteri yang direkodkan di sini yang termasuk sebuah peluru berpandu tersasar dan terhempas di kawasan itu dipercayai berkait dengan kekuatan magnet.
6.Stonehenge, United Kingdom
Ini merupakan lokasi perfileman yang popular sering kita tonton terutama sekali filem yang berlatarbelakangkan zaman dahulu. Menurut National Geographic kids, Stonehenge adalah lingkaran batu berdiri yang besar di dataran Salisbury England di Wiltshire.
Difahamkan, ia telah dibina sekitar 5,000 tahun lalu pada zaman Neolitik (empat peringkat pembinaan), dan menjadi salah satu monumen prasejarah yang paling terkenal di dunia. Ahli arkeologi percaya perubahan akhir dibuat sekitar 1,500BC, pada awal zaman gangsa.
Menjadi persoalan sehingga kini bagaimana batuan ini diletakkan pada kedudukan itu ketika itu dengan berat batuan paling ringan adalah kira-kira 3,600 kilogram (kg) bersamaan dua kereta kebal. Manakala batu paling berat mencapai 22 tan bersamaan empat ekor gajah Afrika. Malah, ada yang mengatakan kawasan ini dijadikan ritual untuk masuk ke alam lain!
7. Tasik Abraham Albert, Kanada
Menurut World Atlas, Tasik Abraham yang terletak di barat Alberta, Kanada ini merupakan sebuah tasik buatan. Keluasan permukaan tasik ini dianggarkan sekitar 54 kilometer persegi dan panjang mencapai 32 kilometer. Apa yang menjadikan tasik ini lain dari yang lain adalah, sewaktu musim sejuk tasik ini membentuk gelembung buih yang terperangkap di bawah permukaan ais ketika tasik membeku. Kalau anda lihat, corak ais tersebut seperti obor-obor!
Ia dipercayai berlaku daripada pelepasan gas metana oleh tumbuhan mati di dasar tasik. Fenomena yang menakjubkan ini telah menjadikan Tasik Abraham sebagai destinasi popular ketika musim sejuk.
Sumber asal : <<SirapLimau>>
No comments:
Post a Comment