Ini adalah tahi manusia yang paling besar yang pernah dijumpai dan masih terpelihara. Ia dikatakan dimiliki oleh seorang Viking yang sakit pada abad ke-9 Masehi dan kini bernilai $39,000!
Tahi "berharga" ini secara rasmi dikenali sebagai Lloyds Bank Coprolite. Perkataan "coprolite" bermaksud najis lama. Tahi ini dianggap sebagai yang paling besar pernah direkodkan! Umurnya lebih 1,200 tahun.
Spesimen sepanjang 8 inci dan selebar 2 inci ini ditemui pada tahun 1972 oleh pekerja binaan di York, barat laut England, ketika mereka sedang membina pejabat Lloyds TSB. Kawasan ini pernah dikuasai oleh pahlawan Norse. Nama najis ini pun diambil dari nama bank Lloyds Bank!
Tahi ni memang klasik, sampai masuk sejarah!
NOTED : Sekadar Info sahaja ..
No comments:
Post a Comment