Tuesday, February 11, 2014

13 MEI VERSI 2.0


13 MEI VERSI 2.0

Memang tak dapat dinafikan ada 'tangan ghaib' yang mahukan tragedi berdarah 13 Mei berulang kembali. Jika versi tragedi ini berulang kembali, 'mereka' mahu ianya lebih berdarah daripada tahun 1969.

Orang Melayu kurang belajar daripada sejarah sedangkan kaum lain (baca : tangan ghaib) belajar bagaimana mahu menukar sejarah lalu untuk memberikan kelebihan kepada mereka.

Pembunuhan antara Etnik sangat berisiko mengundang kehilangan nyawa dan malapetaka. Apatah lagi nyawa ahli keluarga sendiri dari kalangan sesama bangsa dan ekonomi akan musnah. Lantas satu strategi baharu perlu dibentuk. Mereka akan kalah dengan 'parang terbang' orang Melayu, lalu mereka gunakan 'parang' yang terdapat dalam benak fikiran mereka untuk mengalahkan orang Melayu. Mereka tidak perlu mengeluarkan modal terlalu banyak, hanya menggunakan apa yang ada di tangan orang Melayu itu sendiri.




'TANGAN GHAIB' ini sebenarnya mahukan peperangan 13 MEI VERSI 2.0 di antara MELAYU dengan MELAYU.

Bibit-bibitnya sudah muncul. Tidakkah kita melihat semua isu perkauman yang berlaku di negara kita berakhir dengan permusuhan di antara sesama Melayu sendiri?

Adakah apa-apa terjadi kepada golongan Tangan Ghaib ini? Berapa ramai di antara mereka yang terbunuh atau disepak? Berapa ramai yang tersungkur papa kedana? Berapa ramai di antara mereka yang terguling-guling di jalan raya? Tidak ada.

Modal mereka hanya 'mencuit' hati orang Melayu supaya marah dan orang Melayu dari golongan lain pula yang akan mempertahankan Tangan Ghaib ini. Siapakah yang akan berperang akhirnya?

Jawapannya, MELAYU DENGAN MELAYU.



MELAYU ini kuat apabila bersatu. Maka strategi puak Tangan Ghaib ini adalah BERSATU dengan segolongan MELAYU yang akan jadi kuat bersama mereka. Mereka tidak perlu merekrut pendekar dari kalangan kaum mereka kerana 'unit amal' si Melayu akan mempertahankan mereka secara sukarela.

Tulisan ini bukan untuk menambah memarakkan api yang menyala. Bukan juga untuk menyemai benci orang Melayu terhadap kaum lain, kerana TIDAK SEMUA dari kaum lain tergolong dalam golongan Tangan Ghaib. 

Kita perlu menghormati sesama bangsa di Malaysia. Budaya kita orang Malaysia sangat mesra. Cuma ada golongan Tangan Ghaib yang mahukan keharmonian negara dirobek-robek demi menzahirkan cita-cita mereka.

Kalau Api boleh dipadamkan dengan Air, alangkah baiknya jika Api itu tidak mula dinyalakan kerana Api kecil-kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan.

Memanggil Bomba memadam api yang marak lebih berisiko daripada memadamkan api di batang mancis yang hanya perlu menghembusnya.

Orang Melayu jangan hanyut mendepani isu ini. Jaga-jaga dengan penangan Tangan Ghaib yang berbisa. Wajib bersatu wahai bangsaku!





Sumber Asal : >>Jamal Rafaie<< - The Patriots -

No comments: