Friday, February 7, 2014
TOM Cruise Kena Saman
Hollywood, Tom Cruise di saman RM3.3 juta (AS$1 juta) oleh penulis skrip, Timothy Patrick McLanahan berhubung skrip filem 'Mission:Impossible - Ghost Protocol' yang ditayangkan pada 2011.
McLanahan memfailkan saman pada Disember tahun lalu dengan mendakwa skrip untuk filem tersebut di ciplak dari skrip karyanya berjudul, Head On.
Paramount Pictures turut dinamakan sebagai defendan dalam saman tersebut, lapor radaronline.com.
"Pada 1998 saya telah menulis skrip filem berjudul Head On. Selepas menghantarnya ke Pejabat Hak Cipta Amerika Syarikat (AS), Head On menerima sijil hak cipta untuk melindungi skrip daripada digunakan tanpa kebenaran," kata McLanahan dalam tuntutan saman itu.
McLanahan turut mendakwa skrip tersebut telah dihantar ke William Morris Agency di mana Cruise, 51, adalah kliennya.
Namun skrip tersebut telah ditolak.
"Saya diberitahu oleh agensi itu bahawa mereka tidak dapat menghasilkan filem menerusi skrip tersebut," katanya.
Pada 2011, apabila 'Mission:Impossible - Ghost Protocol' ditayangkan, McLanahan menyedari wujud persamaan dengan skrip karyanya.
"Filem itu sama dengan skrip yang saya hasilkan. Ia di ciplak dari skrip Head On," dakwanya.
Sumber : mStar
Labels:
Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment