Thursday, February 20, 2014
FENOMENA CUACA PANAS
FENOMENA CUACA PANAS
Tentu anda juga perasan beberapa hari kebelakangan ini cuaca agak sedikit panas dari sebelumnya. Ini adalah kerana kedudukan matahari sekarang (bulan Februari) semakin menghampiri khatulistiwa.
Pada 21 Mac ia akan berada tepat di garisan khatulistiwa dan kemudian kedudukannya akan mula menjauhi khatulistiwa. Ini semua berkaitan dengan putaran orbit bumi mengelilingi matahari. Jangan risau atau mengelabah kerana fenomena ini adalah fenomena biasa yang berlaku setiap tahun.
Apakah implikasinya? Kita akan merasai cuaca yang sedikit panas pada tempoh Februari, Mac dan April . Yang paling penting pada 21 Mac Orbit bumi mengelilingi matahari dan orbit bulan mengelilingi bumi akan bertemu secara bersilang tepat di garisan khatulistiwa . Apa yang akan berlaku?
Oleh kerana graviti bulan mempengaruhi pasang surut air laut ,maka tarikh terdekat dengan 21 Mac yang bertembung dengan musim edaran air pasang besar akan mengalami sedikit peningkatan paras air pada waktu penuh maksima. Musim edaran air pasang besar adalah 15 haribulan hingga 18 haribulan mengikut taqwim Hijrah . 15 haribulan Hijrah bersamaan dengan 17 Mac 2014 .
Oleh itu fenomena air pasang besar dengan paras maksima waktu penuh yang tinggi (melebihi ukuran 5 meter) dijangka akan berlaku antara pada 17 ,18 dan 19 Mac 2014. Pada 17 Mac waktu paras tertinggi adalah 8.30 pagi dan 8.30 malam. Pada 18 Mac paras penuh tertinggi pada 8.18 pagi dan 8.18 malam. Pada 19 Mac paras tertinggi pada 9.06 pagi dan 9.06 malam.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah pergi ke pantai dan melihat fenomena tersebut. Wallahhualam
Satu lagi tanda kebesaran Allah.
Sumber : -Mohd Salleh Mazukhi- The Patriots
Labels:
Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment