Wednesday, January 22, 2014

Gadis 17 tahun Dirogol Bomoh Ketika Berubat

Kecenderungan ibu bapa seorang gadis untuk mendapatkan bantuan bomoh ketika anak mereka sakit berakhir dengan kejadian malang apabila remaja itu dirogol lelaki yang mengubatinya.













Dalam kejadian pada 10 Januari lalu, remaja berusia 17 tahun itu dirogol oleh bomoh berusia 64 tahun semasa mereka dibiarkan berdua di dalam bilik di rumah bomoh terbabit di Kampung Belahan Tampok di sini kononya bagi urusan perubatan tradisional.

Apa yang hamba hendak kongsikan di sini...kenapa masih ada lagi yang mempercayai bomoh..sedangkan kes sebegini telah banyak berlaku,tidakkah anda ambil ikhtibar dari apa yang anda dengar.

Zaman sekarang ini tidak perlulah menggunakan khidmat Bomoh banyak yag tak baik daripada baik.Sekiranya ingin menggunakan khidmat perubatan alternatif..gunalah perubatan islam sebagai alternatif.

Fikir-fikirkan lah..........akai ada ka!

1 comment:

Unknown said...

Rasanya tidak salah menemui dukun dan bomoh untuk tujuan usaha ikhtiar. Tetapi kenalah tahu membezakan mana bomoh palsu atau sebenarnya. Sepengatahuan saya semenjak tinggal dikampung Belahan Tampok kerana mengikut bapa mengusahakan projek lembu feedloat, perubatan alternatif berlandaskan Islam dijalankan oleh Ustaz Adi Wijaya, guru agama kerajaan johor. Urut tradisional pula wak samuri sarjo, puan sarilah osman dan puan supiyah roslan. bomoh orang asli yang tertangkap itu pula adalah pendatang dari luar....