Pesanan buat ABANG
Malaysia ni macam family...Tun adalah Ayah, pemimpin govt sekarang sbg Abg, rakyat sbg anak2, non-bumi sbg anak angkat and pembangkang sbg anak "nakal"...
*Waktu Dahulu*
Waktu Tun memerintah, semua masih "kecil"...kita ikut ckp Tun, apa Tun suap, yg tu kita telan, sbb tu kita aman. anak-anak "nakal" dan sbhgian ank angkat ni pulak ade je buat masalah, tp semua Tun layan and betulkn, sbb masih "kecil" mereka takut and ikut saja rentak Tun.
Ada juga anak2 yg "alim" terasa hati dan merajuk kerana permintaan mereka tidak ditunaikan, bukan bermakna tak setuju atau menolak, tapi permintaan itu akn membawa ketidak adilan dalam keluarga, maka ada lg 1 kelompok ank yg berdendam...
*Waktu Sekarang*
Waktu Tun bersara adalah waktu anak-anak mula menjejak kaki ke alam remaja....
Biasalah, darah remaja, cepat panas, anak2 "nakal" dan segelintir anak angkat mula memberontak dan semakin berani bersuara, apatah lagi anak2 yg dulunya "alim" kini bersatu dgn anak2 "nakal" kerana dendam terhadap ayah dan abg mereka.
Abang2 pula makin besar kepala, nasihat ayah langsung taknak didengar, alasan mereka ayah sudah tua, lebih baik ayah berehat dan jangan masuk campur lagi hal mentadbir keluarga, biar kami yg uruskan, mereka lupa siapa yg menyuap ke dalam mulut mereka dahulu, mereka anggap mereka sudah matang dan betul2 masak untuk memimpin keluarga yg besar...
Anak2 "nakal" pula sentiasa mencari peluang untuk menumbangkan abg mereka, sewaktu kecil tak dapat peluang, sekarang sudah sama sama besar, tambahan pula abg2 selalu mengeluarkan kenyataan2 kurang cerdik, maka mereka semakin beranilah adik2 mencantas dan bangkit melawan.
*Waktu Akan Datang*
saya takut pada waktu akan datang, di mana Ayah sudah pergi utk selamanya, dan tiada lagi teguran2 hikmah yg dapat diberi, barulah kita menyesal...
Anak2 "nakal" dan sekelompok besar anak angkat mungkin semakin gembira kerana matlamat mereka cumalah ingin membolot harta pusaka keluarga...ia akn menjadi semakin mudah jika ayah sudah tiada.
Abg2 juga jgn menyesal nt, akibat degil tak mahu dgr nasihat ayah, akhirnya adik2 pijak kepala dan buang abg dari keluarga...
Renung-Renungkan dan faham fahami secara mendalam...
Sumber : F.U.N.G.K.U.R @ Fakri
No comments:
Post a Comment