Friday, February 28, 2025
Thursday, February 27, 2025
Mereka Sudah ‘Beranak-Pinak’
KISAH ini berlaku lapan tahun lalu(KISAH INI DICERITAKAN PADA TAHUN 2022). Cerita yang membongkar sejarah dan dendam kesumat dalam keluarga Syahirah. Semuanya bermula ketika Syahirah menyambung pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi di utara tanah air. Ketika itu, dia menyewa sebuah rumah bersama empat rakannya.
Suatu suatu petang semasa musim peperiksaan bakal menjelang, mereka makan malam di sebuah restoran berdekatan rumah sewa mereka. Syahirah tidak memesan apa-apa, sekadar mencicip hidangan rakan-rakannya. Ketika menyudu makanan ke mulut, dia terdengar bunyi bisikan dari meja sebelah. Bila menoleh, dia melihat seorang wanita separuh abad yang mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu setiap kali menyudu makanan ke mulut. Aneh!
Wednesday, February 26, 2025
SERING HADIR DALAM MIMPI
"Jin terpikat dengan pelajar! Pertama kali ‘jumpa’ ketika pulang dari kelas malam, kemudian sering hadir dalam mimpi"
SEBAGAI pelajar kulinari di sebuah kolej di Shah Alam, Selangor, Azza (bukan nama sebenar) adakalanya terpaksa mengikuti kelas yang diadakan sehingga larut malam.
Pada suatu hari, ketika hari sudah lewat malam, dia bersama seorang lagi rakan sekelasnya, Syima berjalan kaki bersama untuk pulang ke kolej.
Sepanjang perjalanan 15 minit menuju ke kolej masing-masing, mereka berbual kosong bagi memecahkan kesunyian malam.
Kemudian, Syima menceritakan kisah seram di mana kolej yang dihuni Azza pernah mempunyai kes gangguan makhluk halus sebelum ini.
Menurut Syima, sebelum ini kecoh di kolej tersebut apabila kebanyakan pelajar perempuan kononnya diganggu oleh pocong hampir setiap malam.
Tuesday, February 25, 2025
Adakah Duyung Benar-Benar Wujud Atau Sekadar Mitos?
ALAM jin terlalu besar untuk dibicarakan, dan lautan pula terlalu luas untuk diteroka sepenuhnya.
Meliputi 70 peratus permukaan bumi, manusia hanya mampu menjelajahi sekitar lima peratus daripadanya.
Di sebalik kedalaman lautan, kita tidak akan tahu seberapa banyak makhluk Allah yang menjadi penghuninya.
Rakaman dan kisah daripada pelaut, penyelam, serta kajian sejarah kerap menggambarkan kewujudan makhluk misteri seperti duyung.
Persoalannya, adakah duyung benar-benar wujud atau sekadar mitos yang diwariskan daripada generasi ke generasi?
Sunday, February 23, 2025
MISTERI HOTEL BERHANTU DI PORT DICKSON
Saturday, February 22, 2025
KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 22 - MAYAT DIMANDI BINGKAS BANGUN
Ketika ini, kubur juga sudah siap digali sebelum masuk waktu zohor lagi. Mereka sudah tetapkan, jenazah mesti dikebumikan sebelum waktu zohor disebabkan sudah lama semalaman terbujur. Siak Deraman tidak mahu melambat - lambatkan mengebumikan jenazah setelah beliau diberitahu Mat Senik sudah meninggal dunia selepas maghrib. Semalaman pula mereka berjaga bersengkang mata membacakan ayat - ayat suci al quran di sisi jenazah secara bergilir - gilir.
Mereka semua mematuhi arahan Siak Deraman supaya jenazah Mat Senik dikebumikan dengan segera. Apalah gunanya menunggu hingga selepas waktu zohor kalau mahu kebumikan jenazah, dalam masa kubur sudah siap digali. Sebaik sahaja diberitahu supaya menggali kubur, lantas Surip Lekeh pagi - pagi lagi sudah menggalas cangkul dengan penyodok ke tanah perkuburan. mereka seisi kampung mesti bergotong royong menggali kubur apabila diberitahu ada orang yang meninggal dunia.
Friday, February 21, 2025
KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 21 - LEMBAGA BERKELAHI SESAMA SENDIRI
Thursday, February 20, 2025
POCONG MERAYAU DEPAN KEDAI
Pocong melompat bawah pokok, ‘merayau’ depan kedai makan... Peniaga warga emas menggigil disergah lepas Subuh
MENJADI rutin biasa sejak 30 tahun lalu, Cik Ani (bukan nama sebenar) akan membuka kedai makan miliknya seawal pukul 6 pagi setiap hari.
Meskipun usia sudah mencecah 55 tahun, Cik Ani masih gagah berniaga aneka menu sarapan di kedainya yang terletak di sebuah negeri di Pantai Timur.
Seperti kebiasaan, Cik Ani yang ditemani anak dara tuanya, Maslina, akan berangkat ke kedai itu seawal pukul 5 pagi untuk membuat persiapan.
Wednesday, February 19, 2025
Cerita Seram Bukit Fraser
Misteri Kemayan City Di Johor Bahru
Kisah kali ini adalah di kawasan Johor Bharu. Orang Johor Bharu terutama yang di sebelah Tampoi, Skudai, Kulai dan sebagainya tentunya mengenali Kemayan City. Kemayan City adalah sebuah kompleks yang terbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ia dikenali ramai kerana gahnya semasa pelancarannya dahulu juga jalan Overheadnya yang menjadi tempat U-turn ke Skudai atau Tampoi. Tak taulah status jalan tersebut samada diiktiraf atau tidak tetapi memang jem di situ terutama semasa waktu petang.
Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan oleh Ustaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak.
Tuesday, February 18, 2025
Monday, February 17, 2025
KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 19 - KEPALA TERSANGKUT DI RUMPUN MENGKUANG
KEGELISAHAN orang-orang kampung di Serting ialah gangguan terhadap ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Selalunya mereka akan menghadapi keadaan turun darah kalau dibawa ke hospital. Bagaimanapun kebanyakkan mereka ini masih dapat diselamatkan apabila dibawa ke hospital.
Ibu-ibu yang hendak melahirkan anak semakin bimbang akan mengalami tumpah darah ini, di samping mereka takut pula untuk beranak di hospital. Anehnya, kenapa tumpah darah ini sentiasa berlaku kepada ibu-ibu yang melahirkan anak-anak di kampung ini.
Sunday, February 16, 2025
Suami Tak ‘Selera’ Tengok Isteri
SELEPAS kira-kira 20 minit berehat sambil membelek media sosial di telefon bimbitnya, Hanafi mematikan pendingin hawa dan enjin keretanya.
Terasa berat untuk melangkah masuk ke dalam rumah biarpun waktu Maghrib sudah berada di hujung-hujung.
Entah kenapa sejak kebelakangan ini, Hanafi merasakan dia seperti tidak betah berada di rumah.
Suara riuh dua anaknya yang berusia tujuh dan tiga tahun seperti membuatkan dia tertekan.
Saturday, February 15, 2025
KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 20 - ORANG TUA KELUAR DARI KEPULAN ASAP
Angin petang bertiup menyebabkan pucuk-pucuk pokok getah ke kiri kanan jalan meliuk-liuk. Terasa juga angin lembut itu begitu sejuk menegakkan bulu roma. Kira-kira baru saja jam 5.30 petang, tetapi Jubir Ceding sudah pun balik ke rumah dari meniaga di pasar dibandar, kira-kira 10 batu dari kampungnya.
Tiap tiap pagi dia dan isterinya Semah keluar ke bandar berniaga di pasar, dan maghrib mereka berdua balik ke rumah. Tidak ada apa yang hendak dirisaukan lagi oleh mereka berdua kerana anak-anak semuanya sudah besar, dan sudah pulang ke rumah kata orang-orang kampung. Maksudnya sudah pulang ke rumah ialah sudah berkahwin dan berkeluarga sendiri.
Friday, February 14, 2025
Thursday, February 13, 2025
KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 18 - SUDAH DIKEBUMIKAN KELUAR DARI KUBUR
Memanglah tidak ramai orang menghantar ke kubur semasa kematian Wak Diman jaga yang bertugas sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah bank di kuala lumpur. Sanak saudaranya tidak mengebumikan dia di tanah perkuburan islam di Kuala Lumpur, tetapi di bawa ke kampungnya di Kuala Pilah.
Semasa darurat dulu, Wak Diman menjadi sc atau polis khas. Apabila habis darurat, tenaganya tidak diperlukan lagi. dia pun menoreh getah di kampungnya. tetapi setelah 13 mei 1969, Wak Diman mengikut anak saudaranya di Kuala Lumpur dan bekerja menjadi pengawal keselamatan. Kekallah dia menjadi 'jaga' sampai ke akhir hayatnya.
Tuesday, February 11, 2025
Wartawan Intern Terkena Badi Mayat
SUDAH dua bulan Hazim menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat akhbar yang beribu pejabat di ibu kota.
Sebagai seorang pelajar jurusan kewartawanan, Hazim sering ditugaskan untuk membuat liputan berita di merata tempat sekitar Lembah Klang.
Dia yang meminati bidang penulisan dan sudah memasang cita-cita untuk menjadi seorang wartawan sememangnya gembira setiap kali diberikan tugasan.
Monday, February 10, 2025
Ada Perhimpunan Pocong Ke?
“Ada perhimpunan pocong ke?” - Gadis menipu tengah ‘period’ terima padah, silap besar sindir rakan asrama pergi solat jemaah
MELANGKAH ke alam universiti dan berjauhan daripada ibu bapa memerlukan kekuatan diri.
Apatah lagi ketika memasuki kolej kediaman yang berbeza suasananya daripada di rumah.
Begitulah fasa kehidupan baharu yang perlu ditempuhi seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dikenali sebagai Marsya di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di selatan tanah air.
Segalanya berjalan lancar pada minggu-minggu awal pengajian, malah Marsya berkesempatan membuat kawan baharu yang juga rakan sebiliknya dikenali sebagai Anis.
Sunday, February 9, 2025
KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 17 - MAYAT BANGUN MINTA AIR
KETIKA saya mahu masuk tidur, Munir datang bersama isterinya memberitahu bapa mertuanya kemalangan di Tanjung Malim. Emak mertuanya juga ada bersama semasa kemalangan tersebut. Adik iparnya yang berumur 12 tahun juga ada. Kejadian ini berlaku dalam tahun 1979.
Sebenarnya tidak ada apa-apa cerita pelik mengenai Ustaz Badur bapa mertua Munir ini dalam kemalangan jalanraya tersebut. Disebabkan saya kawan baik dengan Ustaz Badur, maka kemalangan yang menimpanya itu diberitahulah oleh Munir kepada saya. Ustaz Badur terlibat dalam kemalangan itu kira-kira jam 11.00 malam semasa balik dari Taiping ke Kuala Lumpur. Kemalangan itu tidaklah pula teruk sangat. Dia tiga beranak dimasukkan juga ke hospital Tanjung Malim. Ustaz Badur yang teruk sedikit.
Thursday, February 6, 2025
KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 16 - LEMBAGA GHAIB DI BALIK LANGSIR
Kebimbangan dan ketakutan penduduk-penduduk di kampung di Chenor sudah diberitahu kepada ketua kampung mengenai ada lembaga menceroboh masuk ke dalam rumah, tetapi boleh menghilangkan diri apabila mangsanya terjaga dari tidur. Bagaimanapun ketua kampung enggan melaporkan kepada polis kerana perkara itu belum sahih.
Setengahnya mengatakan orang minyak, tetapi mangsa yang pernah diceroboh tidak pula mengatakan orang minyak. Katanya, lelaki biasa berdiri dekat tempat tidurnya, kemudian hilang di sebalik langsir tingkap, sedangkan tingkap masih berkunci rapat dari dalam.
Wednesday, February 5, 2025
OTHMAN WOK :’Sempadan’ Buat Pengkhianat Bangsa.
Moga tidak mati hina.Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.
UMNO tewas ke semua kerusi di Singapura. Peranannya Othman Wok mirip Anwar mahupun Mat Sabu terus memperdayakan Melayu agar memberi undi kepada sekutu kuasa politik orang Cina.
Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran..Ini bukan soal rasuah dan kronisme. .. Ini soal mempertahankan legasi nenek moyang kita.
Tuesday, February 4, 2025
Rupanya Dicampur Air Jampi
Wanita tumpah darah, gugur bayi sulung lepas jamah masakan biras... Rupanya dicampur air jampi, iri hati hamil awal!
DEK kerana perasaan iri hati, segelintir individu sanggup melakukan apa sahaja demi melihat pesaingnya jatuh tersungkur.
Demikian juga dengan kisah dialami Saerah (bukan nama sebenar) yang menjadi mangsa perbuatan khianat kakak ipar sendiri.
Meskipun sudah 10 tahun berlalu, Saerah masih tidak dapat melupakan peristiwa hitam di mana dia keguguran sehingga hampir meragut nyawanya sendiri.
Mengimbas kembali tragedi berkenaan, Saerah berkata segala-galanya bermula selepas dia dan suami, Taufiq (juga bukan nama sebenar), berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung dengan keluarga mentuanya.
Sunday, February 2, 2025
KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 15 - LELAKI GIGI RONGAK
SEHINGGA pukul 11 malam Razi masih belum membuat keputusan untuk balik ke kampungnya di Pulau Sebang di Melaka. Tidaklah jauh sangat dari Kuala Lumpur ke Pulau Sebang, dalam 2 jam setengah pun boleh sampai. Anak dan isterinya sudah balik seminggu lebih awal, kerana persediaan adiknya yang akan berkahwin.
Serba salah juga dia sama ada mahu balik malam itu juga atau pada esok paginya. Maklum sajalah kalau balik pada malam itu pun tidak ada gunanya kerana majlis pernikahan sudah pun berlangsung kira-kira pukul 9.30 malamnya. Dia sudah berjanji dengan isterinya Ani untuk balik juga ke Pulau Sebang pada malam tersebut, tetapi tidak jadi disebabkan urusannya dengan seorang kontraktor tidak selesai.
Saturday, February 1, 2025
A.i Project -Ramadan [NEW Version] 2025
KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 14 - RINTIHAN DARI KUBUR