TAMAR JALIS
SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
JILID 1
Bau harum yang sangat asing menyusuk lubang hidung datuk. Datuk merasa dirinya seakan‐akan melayang‐layang.
Datuk segera bertafakur menyatukan mata batin dan seluruh kekuatan pancainderanya. Dia terasa ada
sesuatu kuasa yang menyuruh dia kembali ke seberang sungai. Datuk menentang kuasa itu dengan
penuh keyakinan. Kali ini datuk terasa dia mula tewas. Dia terdengar suara perempuan cantik itu
ketawa. Datuk membuka mata. Perempuan cantik itu sudah tiada lagi di hadapannya.
Datuk berpatah balik. Bila datuk sampai ke seberang. Suara desing di telinganya sudah hilang. Pandangnya tidak berkunang.
Pokok‐pokok besar yang dilihat bergayut dengan akar tadi, ternyata hanya pokok‐pokok kecil yang tidak ada akar bergayut. Datuk duduk di situ, beberapa saat, kemudian kawannya Lee Kong Hua pun sampai ke tempatnya.
"Kenapa ?" tanya kawan datuk
"Kita balik."
Mereka pun segera pulang ke kebun getah. Sampai di situ sudah ada lori yang dijanjikan oleh Lee Kong
Hua menunggu. Datuk terkejut disamping pemandu dua orang anggota polis seorang berpangkat sarjan
dan seorang lagi polis biasa.
Datuk kenal yang berpangkat sarjan itu namanya Ali, lebih dikenali dengan nama Sarjan Ali, orang Paya Ara dan membeli tanah berhampiran dengan rumah datuk.
"Kenapa Tuk," tanya datuk dengan tenang kepada sarjan itu.
"Kalau saya tahu tadi, awak nak memburu saya tahan, saya tahu awak akan sampai ke Ulu Bendang,"
kata Sarjan Ali.
Datuk diam. Kemudian Sarjan Ali terus menyoal datuk, kalau datuk mengalami perkara ganjil semasa
berburu. Datuk bercerita apa yang dialaminya tadi.
"Saya dah duga kawasan itu keras ada penunggunya, banyak orang yang berburu ke situ tidak pulang,
sebulan dulu Cina dari Setiawan hilang ghaib entah ke mana berburu di situ, bila dikesan cuma jumpa
kain dan rangka sahaja yang tinggal," sambung Sarjan Ali. Mengeremang bulu datuk mendengarnya.
Kemudian datuk dan kawannya ke jalan besar. Terus pulang ke rumah. Penerangan yang diberikan oleh
Sarjan Ali itu membuat datuk ingin lagi sekali pergi berburu di daerah itu. Walau bagaimana pun hasrat
itu dibatalkan oleh datuk sesudah dia menemui seorang tua di Kampung Cangkat Berangan.
Orang itu berkata pada datuk begini : "Jangan pergi, kalau kau menerima cakap perempuan itu yang menyuruh kau mencari babi itu, kau akan hilang entah ke mana."
"Saya nak jumpa juga."
"Tambahkan lagi ilmu pendinding diri untuk kau." Kata orang tua itu.
Namanya Tok Aki Simbang, waktu mudanya dia seorang pendekar malah pernah terlibat dalam peperangan Larut. Dia adalah orang kuat Long Jaafar.
Datuk pun belajar lagi beberapa ilmu kebatinan dengan Tok Aki Simbang. Orang tua itu pun
mencurahkan ilmunya pada datuk. Dan datuk memang pun berazam untuk menemui perempuan cantik
itu.
Sebulan kemudian, datuk pergi ke tempat tersebut. Ia berhasrat untuk menemui perempuan cantik.
Tepat, pukul tiga petang datuk pun masuk ke dalam hutan. Lebik kurang setengah jam berada di dalam
hutan. Datuk diberkas oleh anggota tentera kerana masuk ke dalam kawasan hitam.
Datuk lalau dibawa ke balai polis. Seminggu datuk tidur dalam lokap sementara menanti hari
perbicaraan. Bila dihadapkan ke mahkamah datuk didapati bersalah dan dihukum penjara selama
seminggu, datuk bersyukur pada tuhan, kerana pihak mahkamah mengambil kira hukuman itu berjalan
dari tarikh ia mula ditahan. Pada perbicaraan itu datuk pun dibebaskan.
Datuk mengambil keputusan yang tepat. Ia melupakan tentang perempuan cantik itu. Tapi, perangainya
yang suka memburu itu tidak dapat dikikisnya dari hati. Kalau sehari ia tidak pergi memburu, ia terasa
hidupnya terlalu sepi. Semua yang dilakukannya serba tidak kena. Akhirnya, datuk teringat tentang
hutan kecil di pinggir bukit kota. Menurut orang‐orang yang berladang di pinggir bukit itu, ayam hutan
cukup banyak terdapat di situ. Pelanduk dan landak juga selalu ditemui oleh mereka. Kerana bukit kota
tidak termasuk dalam kawasan hitam, datuk pun mengambil keputusan untuk berburu ke tempat
tersebut.
Datuk berusaha mengumpulkan beberapa orang kawannya. Diajak berunding untuk berburu ayam
hutan. Semua kawan‐kawannya menolak dengan alasan takut tersua dengan komunis atau terjumpa
dengan anggota tendera.
"Jangan bodoh, kawasan itu, kawasan putih," kata datuk pada kawan‐kawannya dengan nada suara yang
keras sambil meraba‐raba misai tebalnya.
"Kami tak mahu pergi," jawab kawan‐kawan datuk.
Kemudian mereka meninggalkan datuk sendirian di anjung rumah. Cerita orang‐orang yang berladang di pinggir Bikit Kota terserempak dengan komunis, bukanlah perkar baru. Sudah jadi buah mulut orang
ramai. Sudah sampai ke pengetahuan ketua Kampung Kota dan penghulu. Sudah pun dilaporkan kepada
pihak polis. Orang‐orang keomunis itu memang suka melintas jalan ikut Bukit Kota dari Segari menuju ke Ulu Perak, akhirnya masuk ke dalam kawasan Thailand. Orang‐orang yang berladang ki kaki bukit merasa beruntung dan bertuah kerana orang‐orang komunis itu tidak menggangu mereka.
Walaupun kawan‐kawannya tidak mahu pergi, datuk tetap meneruskan rancangannya. Ia berazam mahu
menembak ayam hutan sebanyak yang boleh disamping itu ia berharap juga akan dapat menembak
seekor dua napuh atau landak. Tidak ada persiapan tertentu yang diatur oleh datuk untuk pergi
memburu kecuali sehari sebelum masuk hutan, ia membakar kemenyan di hujung bendul sambil
membasuh mukanya dengan air kelapa muda tiga kali.
Pagi itu, datuk bertolak dari rumah sesudah makan nasi dan minum kopi. Ia menaiki basikal sejauh dua
batu untuk sampai ke ka Bukit Kota. Memang, sudah dirancangnya untuk memburu ayam hutan pada
sebelah pagi. Ia berpendapat pergi memburu pada sebelah pagi banyak untungnya, boleh meredah
hutan hingga matahari jatuh.
Waktu datuk sampai di kakai Bukit Kota matahari sudah pun meninggi. Air embun di hujung daun
nampak bersinar‐sinar di panah matahari. Datuk tidak terus masuk ke dalam hutan. Ia singgah dulu di
sebuah pondok kepunyaan kawannya. Ia bertanya pada kawannya, arah mana terapat bunyi kokok ayam
hutan.Kawannya tiu pun menunjukkan arahnya.
"Batalkan saja rancangan kau tu," ujar kawannya dengan tenang sambil merenung ke arah pokok‐pokok
hutan. Datuk tersenyum sambil melurut muncung senapangnya dua tiga kali dengan tapak tangan.
"Kenapa ?" Datuk menimang senapangnya. Kawannya terdiam tapi merenung pada tali pinggang datuk
yang digayuti peluru.
"Merbahaya."
""Kau takut aku ditangkap komunis," "Kalau tidak kenapa kau tahan aku."
Datuk meletakkan buntut senapang ke bumi. Ia merenung pada puncak Bukit Kota. Datuk terdengar
bunyi kokok ayam hutan atau ayam denak. Mata datuk bercahaya, kokok ayam itu bertalu‐talu dan
bersahutan ‐sahutan pula. Datuk sudah tidak boleh bersabar lagi. Ia segera meletakkan senapang atas
bahu dan bersedia untuk melangkah masuk ke dalam hutan.
"Jangan terburu‐buru nanti buruk padahnya," kawan datuk yang bertahi lalat di pipi mengingatkan
datuk.
"Kau usah banyak cakap, kalau mahu daging ayam hutan, cakap terang‐terang, aku boleh beri. Berapa
ekor kau mahu." Balas datuk dan ia pun mengatur langkah menuju lorong ke dalam hutan. Kawannya
segera mengejarnya.
Tiba‐tiba sahaja hati datuk jadi panas dengan perbuatan kawannya itu. "Usah pergi," tahan kawannya. "Ini urusan aku, kau tunggu di pondok habuan kau ada."
"Aku tak mahu apa yang kau dapat, tapi kau mesti ingat tempat ini bukan tempat sebarangan, banyak
orang yang sesat di dalamnya."
"Dia orang itu siapa, dan aku siapa, kalau tak cukup syarat di dada aku tak jadi pemburu tau." Datuk
mula membangga diri. Dan datuk terus masuk ke dalam hutan. Kawannya geleng kepala.
Makin jauh datuk meredah hutan, makin kerap didengannya suara kokok ayam jantan. Datuk pun
sampai ke satu kawasan agak lapang. Fatuk berhenti di situ, tiba‐tiba ia terpandang sekumpulan ayam
hutan keluar dari celah‐celah pokok menuju ke kawasan tanah lapang, mencakar‐cakar tanah di situ,
kemudian masuk ke dalam semak kembali. Memang tidak salah lagi inilah tempatnya kata datuk dalam
hati.
Ia merangkak perlahan‐lahan menuju ke balik batang besar. Ia duduk di situ, matahari beransur terik,
tapi sinar matahari itu tidak dapat menjamah batang tubuh datuk kerana ia diteduhi oleh rimbunan
pokok hutan. Datuk memasukkan peluru penabur ke dalam laras senapang. Datuk terdengar kokok
ayam hutan di atas kepalanya. Datuk donggakkan kepala. Ia nampak seekor ayam jantan dengan bulu
yang berkilat bertenggik atas dahan. Ayam itu mengepak‐ngepakkan sayapnya. Ekornya yang panjang
berkilat bergerak‐gerak dimain angin. Datuk melompat, seekor lipan bara sepanjang satu jengkal keluar
dari celah daun‐daun kering merayap atas kasut.
Kerana kuat sangat datuk melompat lipan itu terpelanting ats tanah. Datuk segera memijaknya hingga lipan itu mati. Ayam jantan atas kepala terbang dan hilang. Datuk kecewa. Wa terus memaki lipan yang sudah hancur itu. Datuk membuat rancangan
lain. Ia mahu beruhab tempat kerana datuk yakin ayam‐ayam itu tidak akan datang ke situ lagi.
Baru lima langkah datuk melangkah ia terdengar kokok ayam. Datuk berpatah balik ke tempat asal.
Daduk di situ sambil menghisap rokok daun nipah. Sepuluh minit masa berlalu, ayam hutan tidak juga
datang ke tanah lapang. Waktu datuk mencampakkan puntung rokoknya ke pangkal pohon meranti
patah cabang, datuk terdengar kokok ayam lagi. Datuk tersenyum. Ia yakin ayam‐ayam itu akan datang
juga ke situ. Memang benar dugaan datuk. Ranting pokok sebelah kanannya bergerak‐gerak. Seekor
ayam hinggap di situ, kemudian turun ke tanah lapang. Ayam itu memanggil kawan‐kawannya yang lain. Dua tiga ekor ayam betina keluar dari celah‐celah pokok lalu menghampiri ayam jantan.
Satu peluang yang baik bagi datuk. Ia melepaskan tembakan. Ayam jantan menggelupur atas tanah.
Datuk segera menerkam lalu menyembelihnya. Masa datuk mengikat kaki ayam untuk digantung ke
pinggannga, seekor ayam betina meluru padanya berpusing di depan datuk dua tiga kali. Datuk segera
menangkapnya. Mata golok yang tajam pun memutuskan urat di tengkok ayam. Bila datuk memeriksa
badan ayam itu ternyata pangkal paha ayam itu sudah ditembusi peluru.
Dua ekor ayam hutan tergantung di pinggang datuk. Cukup senang hatinya. Dan datuk bercadnag salah
seekor daripada ayam itu akan diberikan pada kawannya yang berladang di kaki bukit. Panas kian terik
dan datuk mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Pada sebelah petangnya ia akan datang lagi
berburu kesitu.
Datuk mendongak ke langit. Matahari sudah agak condong ke barat. Datuk senyum, ia dapat menduga
pukul berapa sekarang. "Masih awal lagi, kalau tak silap baru pukul tiga," kata datuk dalam hati. Dengan
cara mendadak sahaja ia membatalkan rancangannya untuk pulang. Ia mahu memburu lagi, sebelum
matahari jatuh di kaki langit, ia bercadang untuk menembak paling kurang lima ekor ayam lagi. Alang-alang berburu biar puas. Esok lusa belum tentu boleh datang lagi ke sini. Siapa tahu entah esok , entah
tulat kawasan ini akan dijadikan 'Black Area'. Sebelum semuanya berlaku biar aku gunakan peluang ini.
Itulah yang difikirkan oleh datuk.
Ia menyumbatkan peluru ke dalam laras senapang. Pusing kiri pusing kanan, Akhirnya datuk berjalan ke arah utara mengikuti lorong ayam hutan dengan harapan di hujung lorong itu ia akan bertemu dengan barang yang dicarinya. Baru lima ela berjalan datuk sudah terdengar kokok ayam jantan.
"Kali ini kawan‐kawan yang tidak mahu ikut aku memburu tentu rugi," kata datuk dalam hati sambil
mematah dahan pokok hutan. Datuk kian jauh masuk ke dalam hutan. Datuk terdengar bunyi suara
orang bercakap. Ia segera menyembunyikan diri di celah rimbun pokok hutan. Suara orang bercakap itu
makin lama makin dekat berselang seli dengan bunyi kokok ayam dan suar itek. Sesekali datuk terdengar bunyi orang mengukur kelapa. Puas datuk melihat kiri kanan, ia tidak nampak pun bayang manusia.
Datuk mengira itu cuma perasaannya sahaja. Ia segera keluar dari tempat persembunyiaan dan
meneruskan perjalanannya. Datuk terasa kepalanya pening dan ia tercium bau wangi di kelilingnya. Ia
menduga penunggu Bukit Kota mahu menguji dirinya. Cepat‐cepat datuk memebaca sesuatu, tapi bau
wangi itu makin kuat datangnya, kepalanya terasa berdenyut‐denyut.
"Ganjil," kata datuk sambil mengaru tanah. Dengan hujung goloknya datuk membuat garisan tiga segi di muka bumi. Tapi hujung garisan itu dipacaknya dengan ranting kayu. Mulut datuk terus membaca
sesuatu dengan tenang. Kemudain ia mengembus pancang yang dicacaknya itu dengan mulut. Ketigatiga pancang itu rebah ke bumi. Tahulah datuk, bahawa ia tidak berhadapan dengan penunggu Bukit Kota, tapi ia berhadapan dengan makhluk lain yang serba aneh.
Datuk meneruskan perjalannya. Bau wangi tetap menyumbat lubang hidungnya. Daun‐daun hutan yang
tua berguguran ke bumi. Angin bukit yang bertiup menyegarkan badannya. Rasa pening di kepalanya
hilang. Datuk berhadapan dengan pokok‐pokok bunga yang beraneka rupa. Datuk tidak peduli pada
semuanya itu. Ia menyimpang ke kiri, masuk ke arah hutan kelubi. Di situ juga datuk bersua dengan
pokok‐pokok bunga.
Di hujung pokok‐pokok bunga itu terdapat jalan tanah merah. Datuk terus ikut jalan itu , kerana kokok
ayam hutan datangnya dari situ. Datuk berhenti berjalan, bila ia terpandang seorang perempuan tua
berdiri di hujung jalan. Bila melihat datuk berhenti, perempuan itu segera menghampirinya.
"Kau sesat," kata perempuan itu.
"Tidak."
"Habis macam mana kau ke mari."
"Saya memburu ayam."
"Patutlah ayam aku banyak yang hilang."
"Saya…."
"Sudah mari singgah di rumah aku dulu."
Datuk terus mengikuti perempuan tua itu ke rumahnya. Kerana perempuan itu mendakwa, bahawa
ayam yang tergantung di pinggang datuk itu, adalah ayam kepunyaanya, tanpa soal jawab datuk terus
menyerahkan padanya. Ayam itu dijadikan gulai yang kemudiannya dijadikan hidangan makan malam
buat datuk. Selain dari perempuan tua itu datuk dapat berkenalan dengan seorang perempuan muda
yang tinggal serumah dengan perempuan tersebut.
Datuk diberitahu oleh perempuan tua, bahawa perempuan muda itu adalah anaknya, datuk cuma
angguk kepala sahaja, kemudian datuk minta perempuan itu menghantarkannya ke kaki Buki Kota.
Permintaan datuk itu tidak dapat dipenuhi oleh perempuan tua tersebut. Ia minta datuk bermalam di
rumahnya.
"Baiklah, tapi pagi esok saya mesti balik," kata datuk.
"Boleh, kami tidak pernah mungkir janji."
"Hantarkan saya sampai ke kaki bukit."
"Tentulah boleh, tapi kau mesti berjanji kepada kami."
"Janji apa ? "
"Jangan menembak binatang ternakan kami."
Datuk terdiam. Apa haknya perempuan tua ini menahan kesukaannya. Datuk menatap wajah orang tua
itu lama‐lama. Orang tua itu tersenyum.
"Kau susah dengan syarat itu ?"
"Tak susah, tapi…."
"Memburulah di tempat lain tapi jangan di sini."
"Baiklah."
"Kalau kau mungkir janji buruk padahnya." Orang tua itu mengigatkan datuk dengan nada yang keras.
Bulu tengkuk datuk meremang.
Malam itu datuk tidak tidur. Orang tua itu mengajak datuk berborak hingga menjelang subuh. Cara
diam‐diam datuk jatuh hati pada perempuan muda yang nampak bersopan santun. Cantik orangnya
dengan sepasang mata yang besinar. Berkulit putih dan rambut terhurai di atas bahu. Subuh itu datuk
terpaksa sembahyang subuh di surau bersama dengan penduduk di kampung tersebut. Orang di situ
menerima datuk dengan mesra.
Seperti yang dijanjikan. Orang tua itu bersama anaknya menghantar datuk sehingga ke kaki bukit Kota.
Sebagai tanda kenangan anak orang tua itu menghadiahkan kepada datuk sebilah keris pendek.
"Ingat, jadilah manusia yang teguh pada janji, tidak menipu dan menyeksa sesama mahkluk, " kata orang tua, bila bertemu dengan jalan ia mula masuk ke hutan dulu.
"Kalau mahu ayam minta pada kami, jangan menembaknya atau mencurinya," sambung perempuan tua
itu.
Datuk mengangguk kepala sambil menoleh ke kanan. Bila datuk menoleh ke kiri semula, perempuan
dan anaknya hilang. Datuk pulang tanpa ayam hutan tapi membawa keris pendek yang terpaksa di usap
dengan kemeyan setiap malam Jumaat. Itu pesan perempuan tua yang mesti dipatuhinya, tapi setiap
kali keris itu diusap, anak pada perempuan tua itu akan menjelma. Satu perkara yang tidak disenangi
oleh datuk.
Lantas datuk mengambil keputusan untuk memulangkan keris itu. Ia pun pergi ke bukit Kota, satu hari
satu malam dia berada di situ. Dia tidak juga bertemu rumah perempuan tua itu. Tempat yang
ditandanya dulu, ternyata hutan besar yang menakutkan dan penuh dengan pokok‐pokok besar dan
akar kayu berjuntaian. Dari kawan datuk yang membuat pondok di kaki bukit Kota, datuk mendapat
tahu, bahawa kampung yang dimasukinya dulu ialah kampung orang bunian. Dan datuk terjumlah pada
orang yang beruntung, kerana orang bunian itu berkenan padanya kerana itu dia dilayan, kalau orang
bunian tidak berkenan, sudah pasti datuk sesat di dalam hutan berbulan‐bulan.
Walaupun begitu, datuk masih dapat menjalinkan silaturahimnya dengan orang bunian dengan baik.
Malah ia telah dikira sebagai salah seorang anggota orang bunian. Datuk mendapat tahu semuanya ini
menerusi anak perempuan orang tua melalui keris pendek yang di usapnya pada tiap‐tiap malam
jumaat.
"Ingat, buat sesama manusia, jangan tamak dalam hidup, bersihkan diri dari perasaan hasad dan
dengki," kata perempuan tua itu pada datuk pada suatu malam.
"Saya tahu," jawab datuk. Kemudian perempuan itu menghilangkan diri di tengah‐tengah bau kemeyan
yang semerbak.
Dua minggu kemudian, datuk menghilangkan diri selama seminggu. Seluruh anak buahnya jadi gempar. Masuk minggu yang kedua, datuk pulang dan memberitahu nenek, bahawa dia telah berkahwin dengan orang bunian. Nenek terdiam. Tidak memberikan sebarang komen.
Sudah seminggu Hari Raya berlalu, tapi rumah datuk tetap sibuk dengan anak cucu yang datang berhari
raya ke rumahnya, pada malam 27 likur yang lalu, datuk turut sama memasang lampu di haalman rumah dengan anak cucu. Datuk membelikan mereka untuk anak cucu. Datuk membelikan mercun untuk anak cucunya. Sesungguhnya, datuk amat menyayangi semua anak cucunya memang menjadi kebiasaan dalam hidup datuk, pada Hari Raya pertama ia akan mungumpulkan anak cucunya di anjung rumah, makan lemang dan rendang bersama anak cucu, kemudian akan mengepalai anak cucunya pergi ke masjid untuk sembahyang Hari Raya.
Lepas itu, datuk akan mengajak semua anak cucunya pergi ke tanah kubur menziarahi kubur nenek
moyang yang sudah pergi, datuk pun menunjukkan kubur datuk nenek pada anak cucu sambil menyebut
keistimewaan datuk nenek masa ada hayatnya dulu. Dalam suasana yang sibuk itu, tiba‐tiba datuk
menghilangkan diri. Tidak ada siapa yang tahu ke mana datuk pergi.
Bila salah seorang cucu mengesyurkan supaya kehilangkan datuk itu dilaporkan pada pihak polis, nenek dengan tenang bersuara : "Usah bimbang, ia akan balik dalam sehari dua ini."
"Dia berhari raya ke rumah yang lagi satu." Jawapan nenek itu, menghilangkan keraguan anak cucu.
(14)
No comments:
Post a Comment