Showing posts with label gangguan. Show all posts
Showing posts with label gangguan. Show all posts

Monday, September 8, 2025

TELEVISYEN ROSAK, SUARA MASIH BERBUNYI

 


TELEVISYEN ROSAK, SUARA MASIH BERBUNYI

Tahun 1976. Malam di sebuah kampung kecil di pinggir pekan, sunyi hanya ditemani bunyi cengkerik dan kokokan ayam jantan yang salah waktu. Di ruang tamu rumah papan, sebuah televisyen hitam putih — barang mewah ketika itu — menjadi kebanggaan keluarga Pak Rahim. Malam itu, seperti biasa, mereka sekeluarga berkumpul menonton rancangan hiburan. Namun, ketika jam menghampiri tengah malam, tiba-tiba skrin televisyen gelap. Hanya kedengaran bunyi “sshhhh…” seperti ribuan bisikan halus.


Sunday, September 7, 2025

MALAM TUBUHKU BUKAN MILIK KU

 


MALAM TUBUHKU BUKAN MILIK KU

 

Malam itu, lampu asrama hanya tinggal samar-samar. Suasana sunyi, cuma kedengaran kipas berputar lesu dan desiran daun di luar. Laila baring memandang siling, tapi fikirannya resah. Dari sejak maghrib tadi, dia terasa seolah-olah ada sesuatu yang mengekori, bersembunyi di balik bayangan.


Friday, September 5, 2025

BEKAS AIR DI MEJA OFIS DILETAK SIHIR

 

Sumber : <<<mStar | Mistik>>>  Julai 12,2025  


BEKAS AIR DI MEJA OFIS DILETAK SIHIR

 Bekas air di meja ofis diletak sihir, wanita derita sakit teruk! Musuh 'berjaya' buat dirinya berhenti kerja

 

RAMAI menganggap kisah-kisah sihir yang sering dikongsi pada masa kini sekadar rekaan demi menghasilkan 'content' menarik.

Namun tidak bagi wanita ini yang dikenali sebagai Shidah.

Bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat ternama di ibu kota, hidup Shidah berubah sekelip mata selepas mula mengalami gejala pelik pada dirinya.

Lebih menyedihkan, apa yang dialaminya itu bukan berpunca daripada penyakit biasa sebaliknya dipercayai angkara sihir melibatkan individu di tempat kerja sendiri.


Wednesday, September 3, 2025

BAYANG DI CERMIN PECAH

 


 BAYANG DI CERMIN PECAH


 Farid pulang ke kampung selepas hampir 10 tahun merantau. Rumah pusaka peninggalan neneknya, Mak Esah, berdiri sunyi di hujung jalan tanah merah. Bumbungnya berlumut, tingkap kayu sudah dimakan anai-anai, dan bau hapak menusuk hidung.

 Mak Esah meninggal dunia secara misteri—dijumpai rebah di hadapan sebuah cermin lama di ruang tamu, matanya terbeliak seolah-olah melihat sesuatu yang amat mengerikan. Sejak itu, rumah ini dibiarkan kosong.


Monday, September 1, 2025

PONTIANAK TEMAN PULANG

 

Sumber : <<<Lubukpuaka>>>  Disember 13, 2009


PONTIANAK TEMAN PULANG

Pasangan suami isteri tergamam lihat makhluk mengilai depan kereta di Padang Serai

AZIMAH dan Zaki adalah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun. Mereka menetap di sebuah taman perumahan di Padang Serai di utara tanah air. Memandangkan suaminya bekerja mengikut syif, Azimah dan anak perempuan mereka menumpang di rumah ibu mentuanya yang terletak agak jauh daripada kediaman mereka setiap kali Zaki terpaksa bekerja syif malam.


Thursday, August 28, 2025

JIKA GELISAH SEBELUM TIDUR, CUBA PERHATI BILIK ANDA

 

Sumber : <<<Mastika>>>   Julai 25, 2024

JIKA GELISAH SEBELUM TIDUR, CUBA PERHATI BILIK ANDA

Jika gelisah sebelum tidur, cuba perhati bilik anda. Mana tahu ada sepasang mata sedang memerhati


Pernahkah anda menyangka bayang-bayang baju, seluar, bantal, almari, atau apa saja di dalam bilik anda adalah ‘hantu’? Saya percaya ramai yang pernah menyangka demikian terutamanya ketika anda masih kecil.

Saya ada kisah yang hampir serupa dengan apa yang saya nyatakan di atas. Ia hanya ‘hampir serupa’ tetapi tidak sama! Kisah saya ini terjadi lebih 20 tahun yang lalu, sewaktu saya berusia sembilan tahun.

Semasa kanak-kanak, saya pernah diganggu oleh dua peristiwa luar biasa yang saya anggap gangguan ‘hantu’. Pertama, berkenaan sepasang mata di dinding. Kedua, berkenaan kemunculan bayang-bayang besar. Semuanya berlaku di dalam bilik tidur saya.        


Wednesday, August 27, 2025

KERAP DIGANGGU LEPAS TUNANG MENINGGAL

 

Sumber : <<<mstar>>>  Julai 15, 2025


KERAP DIGANGGU LEPAS TUNANG MENINGGAL

Kerap diganggu lepas tunang meninggal, pemuda tukar nombor 'phone'... Gadis dalam 'video call' terakhir terus jadi misteri


PANGGILAN video biasanya menjadi medium untuk seseorang melepaskan rindu terhadap ahli keluarga, sahabat handai, sanak saudara dan insan istimewa.

Namun bagi lelaki bernama Muzamir, dia menyimpan satu pengalaman paling ngeri dalam hidupnya selepas mendakwa menerima panggilan daripada tunangnya yang sudah meninggal dunia.

Kisah bermula apabila suatu hari dia pulang lewat dari tempat kerja, sekitar pukul 2 pagi. 

Tuesday, August 26, 2025

TANGISAN SENJA DI BUKIT KIJAL (BUKIT KIJAL PART II)

 


TANGISAN SENJA DI BUKIT KIJAL (BUKIT KIJAL PART II)

 Era 80’an. Jalan berliku antara Kuantan dan Terengganu tidak pernah sunyi daripada kisah misteri. Bukit Kijal — satu nama yang terukir dalam memori pemandu-pemandu lama sebagai laluan yang tidak pernah tenang, terutamanya selepas matahari terbenam.

Monday, August 25, 2025

JERITAN DARI TIANG SERI

 


 JERITAN DARI TIANG SERI


 Sebuah rumah tradisional Melayu yang berusia lebih 100 tahun berpindah tangan kepada pasangan muda kota. Namun, sejak berpindah, rumah itu tidak pernah benar-benar sunyi. Setiap malam bulan mengambang, suara tangisan perempuan menggema dari tiang seri—tempat utama rumah tersebut didirikan. Rahsia lama mula terbongkar, dan pasangan itu mula sedar... mereka bukanlah satu-satunya penghuni rumah itu.

 “Sayang, tengok ukiran kayu ni... cantiknya,” ujar Sara sambil menyentuh permukaan tiang utama rumah kampung itu.

Saturday, August 23, 2025

KISAH DIPERKOSA SYAITAN KETIKA TIDUR

 

Sumber : <<<Zulkarnain Zakaria>>>     November 14, 2024

KISAH DIPERKOSA SYAITAN KETIKA TIDUR

Saka, roh jahat, incubus & succubus – Kisah diperkosa syaitan ketika tidur

Biarlah saya namakannya sebagai mak cik Zaiton sahaja. Usia wanita ini 50an dan telah beberapa bulan kematian suami. Masalah wanita tersebut, dia sering didatangi oleh jelmaan suaminya pada lewat malam, ketika matanya hampir terlelap. Jelmaan itu tiba-tiba sahaja sudah berada di dalam bilik, kemudian mendekatinya.

Wanita itu cuba bangun dan menjerit. Dia mahu menghalang jelmaan yang sedang menindihnya, namun suaranya tersekat di kerongkong. Badannya seperti telah diikat. Dia tidak mampu bergerak. Akhirnya, wanita ini terpaksa menyerahkan diri untuk diperkosa oleh jelmaan suaminya.

PUNCA-PUNCA HISTERIA

 

Sumber : <<<Re-Upload>>>       Julai 18, 2010

 PUNCA-PUNCA HISTERIA

Terdapat banyak sebab dan punca-punca histeria. Antaranya :

 - Akibat kurang kasih sayang menyebabkan banyak masalah yang dipendam.

 - Akibat gangguan mental, lalu emosi tidak mampu dikawal dengan baik.

 - Akibat sihir.

 -Akibat kesilapan dan kecuaian manusia sendiri.

 - Akibat dendam atau simpati/cinta makhluk jin. Antara sebabnya kerana manusia itu suka mendedahkan aurat dan suka bertelanjang ketika bersendirian.

Thursday, August 21, 2025

TAMAR JALIS (JILID 2) : EP30 - ILMU RAJA KELAWAR

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 2



 TAMAR JALIS (JILID 2) : EP30 - ILMU RAJA KELAWAR


"Saya tahu tujuan awak datang”, kata datuk sebelum anak muda itu membuka mulut. Datuk lalu mengajak anak muda itu naik.

"Tempat awak dikacau syaitan?", tambah datuk lagi.

Anak muda yang termanggumanggu itu anggukkan kepala. Tanpa diberi sebarang isyarat, nenek terus meletakkan kopi dan roti kering di hadapan datuk dan anak muda itu. Anak muda yang berkulit agak gelap itu memberitahu datuk yang dirinya bekerja sebagai nelayan di Pantai Remis. Sudah ramai dukun dan pawang yang ditemuinya meminta jasa baik mereka menghalau sejenis makhluk yang mengganggu penduduk kampungnya di Batu Tujuh, Segari.

Wednesday, August 20, 2025

LANGKAH TERAKHIR BUKIT KIJAL (BUKIT KIJAL - PART I )

 



LANGKAH TERAKHIR BUKIT KIJAL (BUKIT KIJAL PART I)

Lokasi : Bukit Kijal, Terengganu (Laluan Kuantan – Terengganu (1987)

 

Tahun 1987, sebuah trak pikap berwarna biru kusam, model Datsun 120Y, mengaum perlahan

Mendaki jalan berliku Bukit Kijal. Kabus menyelimuti bukit itu meskipun jam baru menunjukkan 9:45 malam. Azman, 35 tahun, sedang dalam perjalanan pulang  dari Kuantan ke kampungnya di Chukai selepas menghantar barang bengkel. Laluan Bukit Kijal sudah lama dikenali sebagai jalan ‘keras’, tapi itulah satu-satunya jalan waktu itu.

Radio dalam keretanya hanya memancarkan bunyi desiran, seolah-olah siaran terputus. Tangan Azman terketar-ketar saat memusing tombol, namun suara dari radio tiba-tiba muncul.

Monday, August 18, 2025

JANGAN BUAT PEKAK JIKA DENGAR BUNYI GULI ATAU PERABOT DISERET

 


Bunyi guli sering dikaitkan dengan kejadian mistik. -Gambar hiasan AI

Sumber : <<<mstar>>>        Julai 17, 2025

JANGAN BUAT PEKAK JIKA DENGAR BUNYI GULI ATAU PERABOT DISERET

Jangan buat pekak jika dengar bunyi guli atau perabut diseret... Segera lakukan 4 langkah ini elak gangguan jin


BAGI mereka yang tinggal di rumah bertingkat, pernah atau tidak anda terdengar bunyi guli jatuh ke lantai atau perabot diseret perlahan-lahan pada waktu malam?

Ramai beranggapan bahawa bunyi itu datang dari rumah jiran di tingkat atas.

Namun bagi masyarakat Melayu, bunyi-bunyi sedemikian berkemungkinan memberi maksud tertentu yang sukar dijelaskan dengan perkataan.

TOK AWANG NGAH : EP44 - GODAAN HANTU RIMBA

 



TOK AWANG NGAH : EP44 - GODAAN HANTU RIMBA


Dekat sempadan negeri Kelantan, tidak jauh juga dari pekan Munduk di mana kaki judi sabung ayam membawa ayam jaguhnya ke gelanggang sabungan, ada terdapat sebuah kampung bernama Kampung Lalang.

Penghuni Kampung Lalang ini asalnya adalah orang Melayu sebelah Kelantan. Tapi mereka menyeberang sempadan dan meneroka di sana hingga mereka jadi rakyat Thai.

Kebanyakan orang tua-tua di kampung ini tidak pandai cakap Thai. Di kampung inilah terdapat seorang anak muda yang bernama Ismail yang ketika itu berusia 22 tahun. Setelah enam bulan Ismail berkahwin dengan sepupunya bernama Salamah, ayahnya meninggal dunia. Jadi tanah yang diteroka oleh ayahnya, terpaksalah diteruskan oleh Ismail bersendirian. Kalau dulu dia hanyalah pembantu ayahnya meneroka tanah bukit untuk dijadikan kebun getah, kini dialah sendirian meneroka.

Saturday, August 16, 2025

KABUS ABADI DI TAPAK KEM BUNIAN

 



KABUS ABADI DI TAPAK KEM BUNIAN

 

Perkhemahan tahunan pengakap sekolah menengah diadakan di pinggir Hutan Simpan Kuala Tahan, Pahang. Seramai 38 pelajar dan 5 guru pengiring mendirikan khemah berhampiran sebatang anak sungai yang jernih, terlindung oleh deretan pokok balak tinggi menjulang.

Malam pertama berlalu tenang.

Namun pada malam kedua, kabus putih tebal muncul tiba-tiba seawal pukul 9 malam. Ia menyusup perlahan, membelit sekeliling khemah sehingga pandangan tidak lebih dari satu meter.

Friday, August 15, 2025

TUNDUN LAUT

 


KAMPUNG PANTAI LELA (PART 4) TAMAT

 TUNDUN LAUT

Pengakhiran Sebuah Kampung (Kg. Pantai Lela, Terengganu)


Malam ke-40 selepas ritual, kampung Pantai Lela sunyi — terlalu sunyi.

Tiada ayam berkokok. Tiada bunyi cengkerik. Tiada angin.
Tapi tanah sentiasa bergetar perlahan, seolah-olah sesuatu sedang merayap di bawah kampung.

Iman, kini demam berpanjangan, dirawat di surau lama. Farah — diam dan tidak makan. Matanya kosong, bibirnya kering, dan malam-malam dia berbisik:

Thursday, August 14, 2025

TAMAR JALIS (JILID 2) :EP29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 2


 TAMAR JALIS (JILID 2) :EP29 - DIKACAU PENUNGGU KOLAM


29 Dikacau Penunggu Kolam

"Saya bukan orangnya. Sedekahlah pada anakanak yatim"

"Maafkan saya”, ujar Omari.

Dalam perjalanan pulang itu, datuk tiba‐tiba teringatkan anak saudaranya itu. Anehnya, bila saya mencadangkan padanya supaya pergi ke sekolah tempat anak saudaranya mengajar datuk menolak.

"Jangan kacau dia bekerja mencari rezeki”, kata datuk.

"Habis bagaimana kita mahu mencarinya tok?"

“Ikhtiar dengan bertanya pada orang"

Monday, August 11, 2025

BAYANGAN DI PINTU RUMAH SEWA

 



 BAYANGAN DI PINTU RUMAH SEWA


Ain, seorang pelajar tahun akhir jurusan seni halus, tidak percaya pada hantu. Atau itu yang dia selalu kata. Bila dia dapat tawaran rumah sewa RM180 sebulan, dia terus terima tanpa banyak soal — walau rumah itu agak uzur dan hanya ada satu bilik.

“Sebelum ni ada sorang pelajar duduk. Tapi dia pindah tiba-tiba,” kata Makcik Salmah, tuan rumah.
“Tapi rumah ni elok. Jangan risau.”

BAYANGAN DI KILOMETER 7, BUKIT PUTUS

 


 

BAYANGAN DI KILOMETER 7, BUKIT PUTUS

Lokasi: Bukit Putus, Negeri Sembilan

Langit malam di Bukit Putus diselaputi kabus pekat. Lampu jalan jarang, jalan berliku, dan bunyi hutan menghantui suasana. Bagi mereka yang tahu sejarah laluan ini, mereka akan elak sejauh mungkin dari memandu seorang diri — terutamanya selepas jam dua pagi.

Amir, seorang pemandu lori muatan makanan sejuk beku, tidak punya pilihan malam itu. Jadual lewat dari Seremban membuatkan dia perlu melalui jalan lama Bukit Putus. Waze menasihatkan ikut laluan baharu, tetapi sistem GPS gagal memberi isyarat tepat. Dia sudah separuh jalan di laluan lama bila enjin lori tiba-tiba tersedak-sedak.