Saya dan Osman berpandangan lagi, datuk menukar rancangan dengan mendadak. Datuk pun melangkah anak tangga pertama. Matanya merenung kami, tetapi kakinya terus melangkah. Memang, satu kerja yang sukar memijak anak tanah dengan cara yang ganjil. Bila sampai ke tangga akhir barulah datuk memusingkan badannya. Kemudian dia menolak daun pintu yang tidak berkunci.
"Naik macam biasa, jangan ikut macam aku tadi”, katanya dengan
lantang.
Kami pun segera naik ke rumah. Dalam beberapa saat sahaja kami sudah berada di dalam perut rumah papan beratap rumbia. Rumah itu mempunyai tiga bilik. Salah satu dari pada bilik itu berkunci. Menurut Osman bilik itu semasa ayahnya masih hidup tidak dibenarkan sesiapa masuk di dalamnya. Kerana itu Osman sendiri tidak tahu apa yang terdapat dalam bilik itu. Datuk melihat keadaan rumah yang penuh dengan sawang dan sarang labahlabah dari anjung hingga ke dapur. Ketika berada di ruang tengah datuk menguis beberapa helai bulu burung gagak serta beberapa ekor bangkai kelawar yang sudah kering. Tulang dan kepala kelawar yang kering dan keras itu bertaburan di situ.
Waktu datuk mahu menjamah tulangtulang kelawar itu, kami terdengar bunyi deru angin yang cukup kuat. Serentak dengan itu seluruh ruang di penuhi dengan beriburibu ekor kelawar yang bersedia untuk menyerang kami. Datuk pun membuka baju hitamnya dan menutup kepalanya hingga menjadi bulat.
Mulutnya terkumatkamit membaca sesuatu. Saya dan Osman terus resah. Tidak tahu apa yang mahu dilakukan ketika itu. Datuk melemparkan bajunya ke arah dinding. Dengan sertamerta kelawar yang beribu-ribu itu hilang dari dalam rumah. Datuk ambil baju dan terus menyarungkan kembali ke badannya.
Datuk melangkah ke pintu bilik yang berkunci. Dengan tangan kiri datuk memegang ibu kunci eraterat. Mukanya merah padam. Saya lihat datuk meramasramas ibu kunci hingga hancur. Besi dari ibu kunci bertaburan atas lantai. Datuk menolak pintu bilik dan menyuruh Osman masuk. Pada mulanya Osman enggan, namun setelah didesak barulah Osman melangkah dengan diikuti oleh datuk dan saya. Dalam bilik itu datuk menjumpai satu rangka manusia terletak atas tilam yang berlapik kain kuning. Tengkorak dari rangka itu terletak dari atas sebatang kayu pulai kering.
"Kita balik”, kata datuk.
Tanpa banyak bicara kami ikut perintah datuk. Ketika itu hari sudah beransur gelap. Dengan langkah yang cepat kami menuju rumah Osman di tepi jalanraya. Bila sahaja kami masuk ke dalam rumah, Osman jatuh pengsan. Datuk terpaksa merawat Osman hingga pulih. Tidak jauh dari tempat Osman jatuh tadi, datuk menemui seketul batu sebesar ibu jari. Batu yang berwarna merah itu datuk masukkan ke dalam uncangnya.
Malam itu selepas menunaikan sebahyang Isyak, datuk minta Osman mengeluarkan beliung kecil yang disimpannya. Tanpa berlengahIengah lagi Osman mengeluarkan beliung kecil itu dari dalam kotak kecil yang diletakkan dibawah katil. Lama juga datuk menilik beliung kecil itu. Datuk terus memberitahu Osman bahawa beliung yang disimpannya itu bukanlah beliung yang dibuat dari pada besi, tetapi dibuat dari tulang manusia. Selagi beliung itu di simpannya ada satu kuasa yang mendampingi dirinya.
Beliung kecil itu merupakan amanat ayahnya untuk Osman mewarisi ilmunya di samping memelihara hantu kelawar peninggal ayahnya.
"Kau harus membuangnya. Kalau tidak dirimu selama-Iamanya didampingi oleh syaitan. Bila sampai masanya, kau akan memberikan dia makan de‐ngan darahmu sendiri, kalau tidak dia akan menjahanamkan orang lain”, kata datuk pada Osman.
"Saya tak tahu pakcik”, balas Osman jujur.
Datuk termenung sebentar. Datuk yakin apa yang dikatakan oleh Osman itu memang benar. Bagi menghilang‐kan keresahan di hati Osman, datuk terus berjanji padanya untuk menyelesaikan masalah yang diha‐dapi oleh Osman.
"Minta pakcik alQuran”, ujur datuk pada Osman lagi.
"Saya tak ada menyimpannya pakcik"
"Surah yasin?"
"Pun tak ada"
"Sebagai seorang Islam kau harus menyimpan alQuran di rumah atau Surah Yasin. Bukan tujuan untuk jadi perhiasan almari, kau harus menyimpan dan membacanya. Paling kurang setahun sekali kau harus membaca al Quran selama satu bulan pada setiap bulan Ramadhan. Surah Yasin pula dibaca pada setiap malam Jumaat. Kau boleh membaca Quran?"
"Boleh pakcik"
"Bagus. Paling akhir kau membaca alQuran bila?"
"Paling akhir sekali kirakira lima tahun yang lalu waktu saya
tamat belajar dengan Haji Mat Zain"
"Lepas itu?"
"Tak pernah"
Datuk mengeluh kecil. Datuk menyatakan rasa kesalnya atas sikap Osman itu. Menurut datuk, orang muda sekarang kian jauh dari alQuran walaupun mereka tahu dan boleh membaca alQuran. Perbuatan membaca alQuran itu diamalkan masa kecil, bila sudah dewasa perangai membaca alQuran akan terpisah dari diri mereka.
"Ada yang memikirkan membaca alQuran sebagai satu sikap menunjukkan diri sebagai orang kampung dan ketinggalan zaman. Jadi mereka lebih senang membaca buku komik atau kartun yang tidak mendatangkan faedah”, datuk mula berkhutbah. Untungnya dia tidak berkhutbah panjang.
Malam itu Osman terpaksa pergi ke rumah Haji Mat Zin (guru alQuran kampung tersebut) meminjam kitab suci alQuran. Bila alQuran berada dihadapan datuk, dia terus membacanya hingga ke subuh. Sepanjang malam itu tidak ada perkara aneh yang kami alami di pondok Osman. Tetapi, bila saya mengikuti datuk mengambil air sembahyang subuh, di seberang anak sungai yang letaknya tidak berapa jauh dari rumah Osman, datuk telah dilemparkan dengan najis dari arah kiri. Kerana hari gelap, datuk tidak dapat melihat siapa yang melemparkan najis padanya. Najis itu mengenai perut datuk.
"Jangan kacau aku!", pekik datuk.
Bila suara datuk hilang, beberapa pokok besar bergoyang dan daun dari pokok‐pokok berguguran. Datuk tidak peduli dan terus mandi membersihkan badan. Bila sudah selesai mandi, datuk terus menyarungkan seluar hitam dan bersedia mahu mengambil air sembahyang. Dalam samarsamar subuh itu, saya dan datuk terpandangkan kaki manusia yang cukup besar. Datuk terpegun sejenak. Manakala suasana di tebing sungai mula gamat dengan bunyi suara burung hantu dan gagak. Datuk tidak berkata sepatah pun. Dia melangkah tenang menuju ke rumah Osman. Sampai dirumah ternyata Osman masih tidur lagi. Datuk jadi marah dengan tiba‐tiba.
"Bangun. Jangan tidur bersama syaitan, mari kita sembahyang!”, pekik datuk sambil menyepak punggung Osman.
Tergesagesa Osman bangun lalu mengambil air sembahyang. Bila datuk membaca doa qunut, saya rasa rumah itu bergegar. Datuk terus menyelesaikan sembahyang subuhnya. Masa datuk memberi salam akhir, satu tendangan hinggap di belakang datuk kemudian pipi saya bagaikan ditamparkan oleh orang.
Kibasan tangan itu saya lihat berbulu panjang dan besar pula. Datuk tidak ambil kisah dengan kejadian itu. Dia tetap meneruskan kerjanya membaca doa. Rumah terasa bergoncang lagi. Satu lembaga hitam berdiri di hadapan datuk. Makin lama lembaga itu berdiri di satu, warnanya segera bertukar dari hitam menjadi seakanakan kuning, kemudian menjadi putih. Saya amati lembaga itu cukup besar. Bentuk kakinya macam kaki gajah. Dari paras pusat penuh dengan bulu tebal.
Datuk selesai membaca doa. Dia terus mendongakkan kepalanya pada lembaga itu. Di luar rumah, bunyi burung gagak kian hebat bersama dengan suara burung hantu. Sesekali terdengar suara orang menangis dan meratap dalam bahasa yang tidak saya fahami. Subuh itu, bagi saya merupakan subuh yang amat
menakutkan. Suasana subuh yang hening dan damai itu tidak saya nikmati seperti subuh yang lain. Osman tidak terkata walau sepatah apa pun. Mukanya pucat lesi.
"Memang kau syaitan. Kau tidak menghampiri orang yang sedang sembahyang. Apa yang kau mahu”, datuk pun bangun sambil mengambil kain merah lalu mengikat ke kepalanya.
Datuk berdiri dengan kaki kanannya kehadapan dalam jarak satu kaki dengan kaki kiri. Datuk terus memeluk tubuh. Dia membaca sesuatu. Bila mulut datuk tidak bergerak, lembaga di hadapannya hilang dan terpacak tubuh badan manusia yang berbalut dengan kain kapan. Bahagian atas kain kapan itu terikat kemas. Begitu juga dengan bahagian kaki. Lembaga itu bergerak dengan meloncatIoncat. Datuk menjatuhkan kedua belah tangannya. Kaki kanan rapat dengan kaki kiri. Kemudian datuk menepuk tangan. Saya lihat kain kapan yang membungkus lembaga itu terbuka.
"Ayah”, jerit Osman.
Datuk segera berpaling dan menendang bahu kanan Osman. Dan Osman terus
pengsan.
"Biarkan dia di situ kau jaga dia. Kalau dia rapat dengan syaitan ni, roh jahat akan meresap ke tubuhnya”, demikian datuk memberitahu saya. Sekarang lembaga itu membukakan ke dua belah tangannya dan bersedia mahu menyerang. Datuk dengan melompat sambil membuka kain ikat kepalanya lalu memukul ke arah lembaga itu. Lembaga itu hilang dan tempatnya diganti oleh batang pisang. Batang pisang itu terus membesar hingga sampai ke bahagian palang dan akhirnya menjadi satu bentuk yang lain pula iaitu manusia berkepala burung.
"Lalu kamu dari sini. Sebentar lagi matahari akan terbit dan kau tidak boleh terkena cahaya matahari. Aku tahu itu sumpah kamu. Sebaik sahaja datuk mengakhiri cakapnya, burung itu terus hilang. Di kaki langit, matahari mula menampakkan diri. Datuk memulihkan Osman dari pengsannya. Datuk mengambil beliung yang dibuat dari tulang.
Datuk basuh beliung kecil itu dengan tujuh jenis air bunga serta tujuh jenis air dari daun yang hujungnya menghala ke arah matahari terbit. Kemudian datuk merendamkannya pula ke dalam air yang berlumpur. Bila matahari sudah cukup keras bersinar, datuk letakkan be‐liung tulang yang direndam itu ditengah halaman.
Bila beliung tulang itu terkena panahan matahari, muka Osman yang duduk di sisi datuk menjadi merah macam udang kena bakar. Tiba‐tiba beliung itu terbakar dalam bekasnya. Wajah Osman kembali macam sedia kala. Bekas merendam beliung tulang itu datuk tanam di pangkal pokok rambutan di tepi jalanraya. (Seminggu selepas itu pokok rambutan itu mati akibat di panah petir).
Pagi itu juga saya dan Osman serta datuk pergi kerumah papan teratap rumbia. Lagi sekali bila terlihat rumah itu kami gelisah. Keadaannya cukup berbeza dengan keadaan yang sebenarnya. Di ruang tengah rumah bertimbun-timbun bulu gagak dan bangkai kelawar. Bila kami masuk ke bilik tempat rangkamanusia, kami dapati rangka itu sudah tidak ada lagi. Tempat meletakkan rangka semuanya menjadi abu. Sebelum datuk mening‐galkan kawasan rumah itu, datuk menanamkan empat batang buluh sepanjang enam inci di empat penjuru kawasan rumah tersebut. Di kaki tangga datuk tanam pula paku karat yang berbalut kain kuning.
"Dengan izin Allah, dia tidak akan dapat masuk kerumah ini lagi”,
bisik datuk pada Osman dan saya.
Kami anggukkan kepala mengiakan cakap datuk itu. Lebih kurang sembilan pagi, dengan ditemani oleh Osman, datuk terus menemui ketua kampung.
"Memang kami tunggu kedatangan awak”, kata ketua kampung yang berkulit hitam manis, memakai songkok hitam. Usianya dalam lingkungan enam pu‐luhan. Dia mempersilakan kami duduk.
"Memang arwah ayah Osman ni saya kenal benar. Tetapi, saya tidak men‐duga yang dia tu ada memakai ilmu salah. Saya kesian pada Osman ni. Dia tidak tahu apaapa dan jadi mangsa orang kampung”, beliau menyatakan pada datuk.
Secara diam‐diam ketua kampung menyatakan bila keadaan sudah baik, dia berhasrat mahu menjodohkan Osman dengan anak bongsunya. Menurut ketua kampung, hanya dengan cara itu sahaja boleh mengembalikan kepercayaan orang kampung terhadap Osman. Kalau boleh biar semua anak buahnya berada dalam keadaan selamat. Dia tidak rela anak buahnya hidup menderita.
"Sikap tuk ketua ini memang dituntut oleh ajaran Islam, kita orang‐orang Islam wajib membantu sesama saudara Islam walau dalam apa bentuk pun yang tujuannya untuk kebaikan. Ini merupakan satu ibadah” Saya lihat ketua kampung tersenyum lebar.
"Bagaimana, ada harapan perkara ni akan be‐rakhir?”, tanya ketua
kampung.
"Dengan izin Allah akan berjaya"
"Kami dah berusaha membaca Surah Yasin selama empat puluh empat hari, nampaknya ti‐dak berkesan”, tambah ketua kampung lagi.
"Satu perkara yang harus kita ingat bahawa membaca Surrah Yasin tidak semestinya per‐mintaan kita dikabulkan oleh Allah. Kita harus memenuhi syaratsyarat tertentu umpamanya kita mesti terlebih dahulu mendekatikan diri kita pada Allah. Menjalankan segala perintah dan larangannya. Cara kita meminta itu harus dengan ikhlas. Dan tidak memaksa, jangan bila sudah terdesak baru ingatkan Allah, di samping itu kita harus berikhtiar”, lagi sekali datuk memberikan kuliahnya di hadapan ketua kampung.
Setelah mengadakan perundingan dari hati ke hati, ketua kampung sanggup menemani datuk berjaga di hadapan rumah papan beratap rumbia pada sebelah malamnya.
Malam itu, selepas selesai sembahyang Isyak, kami membentang tikar mengkuang di halaman rumah papan beratap rumbia. Seperti selalu, bila mahu menjalankan tugastugas yang berat datuk akan memakai seluar hitam, baju hitam, di samping kain ikat kepala berwarna merah. Lebih kurang pukul dua belas malam, kawasan tempat kami duduk diganggu oleh bunyi yang amat mengerikan,macam suara gajah.
Bila suara itu hilang, keadaan tempat kami terang berderang. Saya terkejut, lembaga manusia yang berkepala burung berdiri dihadapan kami. Bila melihat keadaan yang ganjil itu, ketua kampung terus pengsan. Osman jadi lemah dan dia juga pengsan. Datuk segera mematahkan pokok keladi disekitar kawasan itu dan menutup badan ketua kampung dan Osman. Saya mula terdengar suara anjing menyalak dari arah belakang rumah papan beratap rumbia. Saya tidak tahu macam mana anjinganjing liar berada di situ. Suara burung jampuk dan burung hantu bertalutalu dan kedengaran suara orang bergendang dan ada kalanya macam suara orang menangis dan merayu.
Lembaga manusia berkepala burung itu masih berdiri dihadapan datuk matanya bersinarsinar bagaikan mengeluarkan cahaya api. Dalam saat yang sama saya melihat berpuluhpuluh mayat yang sudah dikapan dengan kain putih terbujur dihadapan datuk. Mayat mayat itu bagaikan bergerak dalam kain putih.
Datuk terus menepuk bumi. Dia mengambil sebahagian dari tanah dihadapannya. Tanah itu dibulatkannya sebesar guli. Kemudian datuk menggenggam tanah itu kejap-kejap. Dari celahcelah jari datuk keluar asap. Bila tangannya di buka, tanah itu menjadi merah menyala. Datuk membalingkan tanah itu ke arah lembaga berbadan manusia berkepala burung.
Bila tanah itu terkena pada lembaga itu, sertamerta lembaga itu ghaib. Datuk melompat ke hadapan. Datuk mengeluarkan buluh yang sudah ditajamkan hujungnya kirakira lapan inci panjang dari rusuk kirinya.
“Inilah sumpah kau. Aku tahu buluh saja yang boleh menghilangkan kuasamu”, jerit datuk lalu menikam ke kiri dan ke kanan.
Pelik juga saya melihat telatah datuk menikam sesuatu yang tiada. Sudah tujuh kali datuk menikam, tidak ada apaapa yang aneh terjadi di hadapan saya. Bla datuk menikam ke kiri untuk kali yang yang ke sembilan, saya terdengar suara jeritan yang cukup kuat.
Suara jeritan itu bergema ke seluruh kampung melesapi puncak Gunung Tungga. Datuk terus mencacakkan buluh runcing ke dada bumi dan melipatkan kaki seluar sebelah kiri separas lutut. Datuk
duduk mencangkung dengan tapak tangan kirinya terletak pada bahagian atas buluh runcing. Mulutnya terus bergerak, membaca sesuatu. Ketua kampung masih belum sedarkan diri. Saya lihat kaki kanan Osman bergerakgerak lemah. Kedua belah tangannya menguakkan dahan dan dedaun yang menutupi tubuhnya.
"Bangun”, bisik saya pada Osman dan memberitahu padanya supaya
jangan bertanya sesuatu.
Osman patuh dengan permintaan saya itu tetapi wajahnya masih pucatIesi. Waktu saya menoleh ke kanan kembali saya lihat datuk sudah berdiri dengan kedua belah tangannya lurus mengarah ke rumah papan beratap rumbia. Mukanya nampak berpeluh. Bila datuk menjatuhkan kedua belah tangannya, saya terdengar satu letupan, macam orang memukul bumi dengan pelepah pisang. Serentak dengan itu, saya lihat api mula berbunga di tulang bumbung rumah. Api itu terus marak dengan hebatnya. Bahang dari api itu terasa panas memukul wajah saya. Kulit muka rasanya bagaikan terbakar.
Cahaya api dari bumbung rumah itu menerangi kawasan tempat kami ber‐teduh. Api terus menjulang ke langit dengan hebat bersama bunyi letupan keciI yang sambungmenyambung. Tidak sampai dua jam, rumah papan beratap rumbia itu terus menjadi abu. Ketua kampung pun tersedar dari pengsan.
"Kenapa panas sangat ni?", tanya ketua kampung.
"Itu”, saya menunjukkan kearah rumah yang sudah menjadi bara dengan jari telunjuk. Biji mata ketua kampung terbeliak.
"Siapa yang bakar?", tanyanya lagi.
"Terbakar sendiri!"
Ketua kampung menge‐rutkan dahi sambil menggaru batang leher. Da‐tuk pun mencabut buluh runcing yang di tanam kebumi. Datuk melihat bahagian bawah buluh yang su‐dah ditajamkan itu. Memang terdapat kesan‐kesan darah pada buluh itu. Datuk meng‐hilangkan kesan darah pada hujung buluh dengan me‐nikamkan buluh itu pada batang pisang emas yang baru tumbuh jantung. Bila datuk mahu mencabut buluh dari ba‐tang pisang, saya dan Osman serta ketua kam‐pung disimbah dengan air dari arah belakang.
Saya tidak dapat memastikan dari mana arah air itu datang, sama ada dari sebelah kanan atau kiri kerana malam terlalu gelap. Di langit kelihatan bintang‐bintang bertaburan di manamana. Angin malam yang bertiup agak keras membuat badan saya mengeletar kesejukan. Saya tidak dapat mengagak dengan tepat pukul berapa ketika itu. Tetapi berdasarkan arah tiupan angin dan gerak awan bersisik ikan di langit, saya agak waktu itu sudah pukul empat pagi. Suara pungguk dan lolongan anjing liar sudah tidak kedengaran lagi.
Dari longgokan bara rumah yang punah, asap nipis nampak berkerut men‐julang ke udara yang kemudian berpecah dirempuh angin malam. Datuk meng‐hampiri saya.
"Kau kena simbah air Tamar?"
"Ya tok"
"Cuba kau cium lengan kiri kau, ada bau busuk tak"
Saya pun ikut perintah datuk. Walaupun perintah itu ditujukan pada saya tetapi, ketua kampung dan Osman turut bersama mencium lengan kiri masingmasing.
"Busuk, macam bau bangkai”, jawab mereka serentak dan saya
anggukkan kepala.
Setuju dengan apa yang dikatakan oleh ketua kampung dan Osman. Datuk menyuruh kami bertiga berdiri di bawah pokok pisang emas yang baru tumbuh jantung. Kami disuruh berdiri dengan menemukan bahu masing-masing. Sesudah itu, datuk menyuruh saya melihat ke arah utara, ketua kampung ke arah selatan dan Osman ke arah barat. Dengan keadaan itu kami tidak dapat memandang wajah antara satu sama lain. Datuk terus mengoncangkan perdu pisang emas yang baru tumbuh jantung dengan sekuat hati. Air embun yang melekat pada daun pisang itu menimpa badan kami.
"Sekarang cium lengan kiri kamu semua”, ujar datuk dengan tenang sambil menekan pangkal dagunya dengan ibu jari kiri.
"Tak ada baunya lagi”, jawab saya.
"Dah hilang busuknya”, tingkah Osman.
"Ya dah hilang”, sahut ketua kampung bersama senyum.
Datuk menyuruh kami duduk semula di tempat asal. Dengan tenang datuk membuka lipatan kaki seluar sebelah kiri. Angin sudah tidak sekuat tadi bertiup, menandakan waktu subuh hampir. Langit kelihatan cerah dan bintangbintang beransur kurang.
Bara api masih kelihatan merah menyala di tapak rumah yang punah, bungabunga api kelihatan menjulang pendek di udara sebelum padam. Datuk memperkemaskan silanya dan terus menekapkan kedua belah tangannya ke dada. Embun subuh sudah terasa menitik ke ubunubun kepala. Rasa sejuk kian terasa. Saya tidak tahu apakah yang dilakukan oleh datuk ketika itu. Biji mata saya terbeliak bila saya terpandang dari atas bara api keluar benda putih dan bulat, sebesar buluh lemang yang panjangnya kira-kira dua kaki, terapungapang di udara macam ditarik oleh sesuatu dari atas. Benda putih terus naik setinggi pokok kelapa dara. Berhenti di situ sebentar.
Kemudian benda bulat itu bergerak macam kilat menuju ke arah kami. Datuk menyuruh kami meniarap supaya benda itu tidak mengenai kepala. Tetapi angin dari benda bulat itu berjaya menerbangkan songkok ketua kampung dan cuping teling saya bagaikan mahu tercabut rasanya dirempuh oleh angin dari benda bulat itu.
Ketika itu juga dari hutan kecil sebelah kami terdengar bunyi suara katak betung bersahutsahutan yang diselang-seli dengan bunyi suara orang bersorak dan ketawa yang amat menyeramkan. Embun subuh kian rancak menimpa kulit kepala. Terdengar kokok ayam hutan bertali-temali dari kaki Gunung Tunggal.
Saya tidak dapat menahan rasa sejuk yang amat sangat itu. Dahi saya kerutkan. Dagu saya menggeletar yang mengakibatkan gigi atas dan bawah saya berlaga dan mengeluarkan bunyi kerupkerup yang tidak tentu panjang pendeknya. Suara lolong anjing liar mula kedengaran sayupsayup dan memanjang macam orang menangis dan meratap sesuatu.
Benda putih itu terus berlegarIegardi atas ruang kepala kami. Hari masih lagi gelap. Dalam keadaan yang agak gawat itu, saya lihat datuk berguling-guling atas tanah menuju ke pangkal pisang yang baru tumbuh jantung. Datuk duduk sambil menyandarkan badannya pada perdu pisang itu. Datuk merasa selamat kerana benda putih yang bergerak di awangawangan itu tidak memburunya. Datuk segera berdiri sambil menekapkan ke dua belah tapak tangannya ke cuping telinga kiri dan kanan, macam orang yang mahu melaungkan azan. Lebih kurang dua tiga minit datuk berkeadaan demikian.
Akhirnya dia datang ke kawasan lapang. Benda putih itu mula meluru ke arahnya. Datuk tidak melarikan diri malah berdiri dengan gagah di situ. Kedua‐dua belah tumit kakinya tidak jejak ke bumi dan lutut kanannya dibengkokkan sedikit. Bila benda putih itu berada betulbetul di ubun kepalanya dengan segera datuk membuka kain merah yang melilit kepalanya. Benda putih itu terus mengelilingi tubuh badan datuk sambil mengeluarkan suara yang berdengung macam suara ayam kampung kena jolok. Kerana terlalu cepat dan Iigat benda putih itu berpusing mengelilingi tubuh datuk.
Saya tidak dapat melihat datuk dengan jelasnya. Dalam sekelip mata saja saya lihat datuk terhoyonghayang macam ditolak sesuatu.
Hati saya mengelabah, saya tahu datuk sedang berjuang menentang sesuatu. Ada niat menolongnya tetapi saya tidak berdaya bergerak. Tempurung lutut dan dan sendisendi kaki saya terasa bagaikan longgar sekali. Ketika itu, ada cahaya terang mula bangkit di kaki langit, keadaan hari mula beransur cerah. Datuk masih lagi terhoyonghayang tidak tentu arah. Tetapi di tangannya masih terlekat kain merah. Datuk bertempik dengan sekuat hatinya sambiI melompat setinggi tiga kaki. Ketika datuk melompat itu dia memukul benda putih itu dengan ikat kepalanya. Dua kali lompat, dua kali pukul tidak mendatangkan sebarang kesan pada benda putih itu. Datuk kelihatan letih dan tidak bermaya. Saya lihat datuk rebah ke bumi sambil terbatukbatuk. Mukanya pucat.
Datuk mencium bumi sambil membengkokkan badannya, tidak ubah macam kucing yang bersedia untuk menerkam tikus. Kemudian datuk melompat untuk kali yang ketiga dan terus memukul benda putih itu dengan kain ikat kepalanya sekuat hati. Hari mula beransur samar-samar, di kaki langit cahaya putih mula kelihatan dengan jelas. Datuk kali ini saya lihat terhumban berhampiran dengan bara api yang sedang marak memamah kayu-kayu rumah yang punah. Belumpun sempat badannya menjamah bumi, datuk sudah meletakkan badannya dalam keadaan tegak. Ketika itu juga bara api bertambah kuat cahayanya dan beberapa bahagian dari bara api itu mengeluarkan api. Saya terasa desiran angin dipermukaan bumi.
Saya lihat tapak kaki datuk tidak mencecah bumi. Datuk berdiri atas angin sambil memeluk tubuhnya erat-erat. Dan benda putih di awang-awangan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap nipis. Bila asap nipis itu hilang, terdengar letupan seperti letupan mercun kecil. Benda putih itu terus hilang dan masa itu juga beberapa bilah buluh kering bertaburan atas tanah. Datuk segera menghampiri kami. Kali ini saya lihat wajahnya berseri dan kedua kelopak matanya lembam sedikit kerana kurang tidur.
"Kita balik, sembahyang subuh”, kata datuk.
"Dah selesai ke semuanya pakcik?", tanya Osman.
"Dah. Dengan izin Allah yang Maha Besar dan Maha Mengetahui
nampaknya kita berjaya"
"Dia tak ganggu kita lagi?", ketua kampung pula bertanya.
"Nampaknya begitulah"
Kami terus pulang ke pondok Osman dan menunaikan fardu subuh. Ketua kampung mempersilakan kami ke rumahnya untuk sarapan pagi. Dia juga menyatakan pada saya, ada sesuatu yang mahu dibincangkannya dengan datuk.
"Saya rasa eloklah sekarang ini kita pergi ke rumah saya”, ulang
ketua kampung dengan senyum.
Osman merenung ke muka saya. Datuk menggigit ibu jari sambil merenung kosong ke depan.
"Begini saja tuk ketua. Biarlah Osman dan tuk ketua pergi dulu”, nada suara datuk lembut sambil bangun.
"Kenapa begitu?"
"Saya ada hal sedikit"
"Apa halnya?"
"Saya nak bersenam kemudian nak mandi air embun itu saja. Lepas semua kerja tu saya buat, saya pergilah. Masa saya sampai ke rumah awak hari pun cerah dan kopi sudah tersedia”
"Ha tak apalah”, balas ketua kampung.
Datuk dan ketua kampung ketawa besar. Ketua kampung dan Osman
meninggalkan saya dan datuk di
pondok. Saya diminta oleh datuk supaya bersenam gerak kucing dan harimau bangun tidur. Tujuan senaman cara lama itu dilakukan untuk menghindarkan dari mengalami sakit pinggang dan lenguh-lenguh sendi. Satu senaman baru yang diajarkan oleh datuk pada saya dan di situ ialah senaman ular salin kulit. Senaman jenis ini lebih banyak memberatkan perkara menarik dan melepaskan nafas, serta pergerakan sendi-sendi urut. Tujuan utama senaman ini ialah, memelihara kulit badan dan muka.
Kulit badan tidak mudah kendur dan muka kelihatan muda atau tidak dimakan tua. Senaman jenis ini hanya dilakukan seminggu sekali. Orang yang melakukan senaman ini di tegah memakan makanan yang banyak mengandungi zat asam selama tiga hari tetapi digalakkan memakan daun hijau yang boleh dibuat ulam seperti daun pegaga, daun ulam raja, daun saderi dan daun kesum serta pucuk manggis muda. Selesai melakukan semua jenis senaman itu, saya dan datuk terus merayau-rayau ke seluruh kawasan kecil berhampiran pondok Osman untuk mandi embun.
Akhirnya datuk mengajak saya pergi ke bekas rumah papan beratap rumbia. Ada sesuatu yang mahu datuk cari di situ. Waktu saya dan datuk tiba ke situ, saya dapati bara api sudah banyak yang padam, kayukayu alang rumah semuanya sudah rentung menjadi arang.
"Mari kita cari buluh yang jatuh bertabur malam tadi”, saya
terkejut dengan ungkapan dari datuk itu.
Bulu tengkuk saya terus meremang. Dada terasa berdebar.
"Mari”, datuk terus menarik tangan saya.
Memang saya tidak ada pilihan lain untuk membantah. Lama juga kami berlegarlegar di kawasan yang kami jangkakan tempat bilah-bilah buluh itu jatuh. Apa yang kami temui di situ ialah bilah-bilah buluh
yang sudah rentung. Datuk menguis-nguiskannya ddengan hujung kaki.
"Memang buluh sumpahnya”, keluh datuk sambil menggigit bibir.
"Saya tak faham cakap tok ni?”
"Hanya dengan buluh saja yang boleh menghilangkan kuasa ilmu orang yang menuntut ilmu itu. Aku harap malapetaka yang menimpa orang‐orang di sini akan tamat”, tambah datuk lagi, lalu mengajak saya kerumah ketua kampung.
Sarapan pagi dirumah ketua kampung memang enak. Kami dihidangkan dengan kopi panas dan pulut berlaukkan ikan gelama goreng. Anehnya datuk tidak menjamah pulut itu. Dia hanya minum kopi panas sahaja. Ketua kampung tidak puas hati dengan sikap datuk.
"Kenapa tak makan pulut?", tanya ketua kampung.
"Minta maaf tuk ketua, saya memang tak makan pulut ni."
"Kami tak tahu, apa sebabnya? Ada pantang larang ya?"
"Saya ni mengidap sakit angin. Orang sakit angin memang tak elok
makan pulut, kerana pulut ni cukup
bisa bagi orang yang mengidap sakit itu. Kalau sudah sembuh pun akan
sakit semula jika makan pulut"
Ketua kampung puas hati dengan penerangan datuk itu. Ketua kampung merasa bersalah kalau datuk tidak makan di rumahnya. Kerana itu, dia menyuruh anaknya membeli kuih di kedai.
"Jangan, ini sudah cukup untuk saya”, beritahu datuk pada ketua
kampung.
"Saya tak puas hati kalau awak tak makan di rumah saya. Begini saja, tengah‐ari ni, makan di sini", ketua kampung membuat tawaran lagi.
Tawarannya itu diterima oleh datuk dengan senang hati. Sementara menanti tengah hari datuk kembali ke pondok Osman. Ketua kampung ikut sama. Sampai saja di pondok, Osman ambil sebuah baldi kosong dan mengambil air perigi. Air itu datuk campurkan dengan tujuh jenis daun dan tujuh jenis bunga. Kemudian datuk memerintahkan Osman memakai kain basahan dan di suruh duduk di bawah tangga.
"Nak buat apa ni?,” bisik saya ke telinga datuk.
"Nak buang sial dan badi ilmu salah yang hinggap ke badannya”,
balas datuk.
Bila Osman duduk di bawah tangga, datuk terus menjirus air ketubuh Osman dalam tiga peringkat. Lepas itu, datuk tepuk bumi tujuh kali dan dada Osman tujuh kali. Bila sudah selesai barulah Osman disuruh oleh datuk memakai pa‐kaian semula.
"Aku harap kau akan selamat terus dan syaitan peliharaan ayah kau sudah hancur. Kau boleh hidup aman di atas tanah miliknya”, jelas datuk pada Osman.
Ketua kampung hanya melihat sahaja apa yang di‐lakukan oleh datuk itu
dengan tenang.
"Memanglah, syaitan tak tak pernah sunyi dari mempengaruhi umat manusia”, datuk tersenyum mendengar cakap ketua kampung itu.
No comments:
Post a Comment