Tuesday, May 6, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP9 - PANJAT BILIK ANAK DARA

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SIRI 9 - PANJAT BILIK ANAK DARA

Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin yang bercahaya dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar‐samar dan sepi sekali. Bunyi katak dacengkerik jelas kedengaran. Sayup‐sayup terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok bagaikan bergerak‐gerak ditempoh angin. Serentak dengan itu terdengar bunyi air menimpa atappondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi suara orang perempuan ketawa dan menangis tersedu‐sedu, dekat pokok tembusu di belakang pondok.

"Suara langsuri, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan dan bukan jalan jahat," bidik datuk ke telinga saya.

Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok. Batu itu tepat mengenai pangkal bahu kiri datuk. Bila batu jatuh atas lantai, pondok kecil bergegar datuk tidak peduli. Dengan pertolongan cahaya lilin saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa tangan, tanpa kaki dan kepala berdiri di situ.


Datuk menarik muka saya. Dia suruh saya melihat air dalam mangkok putih. Di luar guruh bersahutsahutan sedangkan cuaca malam itu cukup baik.

"Pedulikan semuanya itu, sekarang kau tengok kain putih tu, apa yang kau lihat, jangan kau ceritakan pada sesiapa, kalau kau buat juga padahnya kau tanggung sendiri," kata datuk, dia terus menabur kemenyan atas bara dalam dupa.

Saya terpaku, saya hampir tidak percaya dengan apa yang saya lihat pada kain putih. Saya raba ibu jari kaki saya, saya raba telinga kanan saya, semuanya ada dan saya tahu, bahawa apa yang saya lihat itu bukan mimpi. Saya melihatnya dalam keadaan sedar dan siuman.

Saya melihat pada kain putih itu, batang tubuh seorang lelaki sedang menggali kubur. Lelaki itu melakukannya waktu malam, Bdannya kelihatan berpeluh.

"Itulah Kidon mengorek kubur anaknya," datuk memberi tahu saya.

Saya lihat mata cangkul Kidon menyentuh papan keranda. Kidon meletakkan cangkul ke tepi lalu menyapu peluh di dahi sebentar.

Kidon mengambil sebatang besi lalu mencungkil papan keranda. Bau busuk membuat dia hampir‐hampir muntah. Kidon tidak peduli semuanya itu. Dia turun ke dalam lubang kubur. Dia menatang mayat anaknya keluar dari dalam kubur. Diletakkan dekat pokok.

Kidon masukkan papan keranda kembali, kemudian menimbus lubang kubur seperti sedia kala. Kido masukkan mayat anaknya ke dalam guni plastik berwarna hijau. Dia memikul cangkul dan besi di bahu kiri. Tangan kanannya menjinjing mayat anaknya, macam menjinjing ikan dari pasar. Sampai di rumah Kidon membuka kain kapan anaknya. Mayat anaknya diletakkan atas para yang sudah disiapkannya terlebih dahulu. Dia membasuh mayat anaknya dalam baldi besar.

"Air basuh mayat itu, diambil dri tujuh kuala anak sungai," beritahu datuk pada saya. Saya angguk kepala. Mata tidak berkelip melihat kain putih, macam menonton wayang gambar, cuma tidak ada iringan muzik saja. Datuk hanya menerangkan sesekali saja pada saya. Anehnya datuk tidak melihat apa yang terjadi pada kian putih. Kedua matanya pemjam rapat seperti orang tidur, dengkor nafasnya macam orang yang sedang tidur lena.

Ketika itu, saya seperti tidak berada di dalam pondok. Saya berada di satu tempat asing sungguh sunyi sepi sekali.

"Air itu diambil ketika remang‐remang senja, bersama bunyi gagak," ujur datuk.

Saya lihat Kidon membuka semua pakaian di badan. Dia sudah bogel. Tujuh bunga yang berlainan warna dimasukkan ke dalam baldi. Selesai memandikan mayat anaknya, Kidon merenjiskan pula dengan air sebanyak tujuh kali, mulutnya membaca susuatu Kidon basuh muka dan minum air yang telah digunakan membasuh mayat anaknya tadi.

Saya perhatikan,. Kidon melakukan semuanya itu dengan teliti. Setitik air pun tidak jatuh ke atas lantai. Mayat anak itu diletakkan atas para. Kidon ambil air mandi mayat anaknya. Disiramkannya ke atas kepalanya hingga ke hujung kaki.

Selesai dengan tugas itu, Kidon melumurkan mayat anaknya dengan abu dapur dan minyak kelapa. Mayat anaknya tiu dibawa masuk ke dalam satu bilik. Disitu sudah tersedia sebuah salai tergantung. Mayat anaknya diletakkan atas salai tersebut dan ditutup dengan kulit kambing.

Kidon keluar dari kamar itu. Masuk semula dengan membawa zing buruk. Zing itu diletakkan di bawah salai. Atas zing itu ditaruh kayu arang dan habuk‐habuk papan. Kidon menghidupkan api. Bila kayu arang sudah menjadi bara, barulah dia beredar.

"Mayat itu disalaikan selama empat puluh empat hari, dan Kidon terpaksa berpuasa selama tujuh hari tujuh malam, amalan itu dikenali dengan nama puasa pati Geni," datuk membisikkan ke telinga saya. Di kain putih saya lihat Kidon duduk dengan meletakkan kedua belah tangannya atas lutut kiri dan kanan.

Dia membilang biji tasbih. Menurut datuk pekerjaan itu dilakukan tanpa diketahui oleh orang lain, selepas menjalani puasa tujuh hari barulah Kidon keluar rumah membuat pekerjaan biasanya iaitu menoreh getah di kebun Haji Ahmad Alam Shah. Bila mayat bayi sudah cukup disalai selama empat puluh empat hari, Kidon pun mencari dan menyediakan manisan lebah, pisang emas dan pisang embun.

Kidon juga menyediakan sebuah katil lengkap dengan cadar dan bantal untuk seorang bayi. Waktu tengah malam mayat itu pun diturunkan dari tempat salai, panjangnya cuma sejengkal dan besar lebih kurang sama besar dengan anak yang berusia dua tahun, sambil memangku bayinya di tangan kiri,

Kidon membasahkan tubuhnya dengan air dengan tangan kanan. Dia terus berbisik dengan tenang ke telinga anaknya begini :

"Dengarlah anakku, Perasaan dan hatimu, Bersatu dengan aku, Dua tubuh Satu harapanku, Kaulah yang mengerjakannya, Tujuh lapis bumi, Tujuh lapis langit, Bersatu di bukit Kaf, Bersemadi dalam diri kita.

Selesai Kidon membisikkan pada telinga anaknya, dia menarik nafas panjang‐panjang, kemudian bibir bayi yang kering itu ditiupnya. Dia melakukan ini selama tujuh pagi dan tujuh malam. Mayat bayi kerin itu diletakkan di tempat tidur dengan berteman lampu yang terus menyala selama dua puluh empat jam. Kidon yang berbadan kurus itu, bertambah kurus kerana kurang tidur. Taou dia merasa pusa. Dalam tempoh beberapa hari lagi mayat anaknya akan dapat digunakan untuk mencari harta orang kampung.

Dia terus membayangkan tentang kemewahan dan kesenangkan dirinya sendiri. Masa yang ditunggu pun tiba. Kidon masuk ke dalam bilik bayi keringnya. Dia mencium ubun‐ubun bayi kering itu. Tiba‐tiba ubun‐ubun bayi kering itu mengeluarkan asap setelah Kidon menggunakan jampi serapah. Bayi kering itu menjelma menjadi kucing jantan hitam. Menjilat‐jilat tapak tangan Kidon. Kidon pun menepuk‐nepuk kepala kucing hitam. Kidon menjilat kaki kucing dengan lidahnya. Kemudian Kidon memberikan belut kering pada kucing itu. Dalam masa beberapa saat saja, belut kering itu habis dimakan oleh kucing itu.

"Kau pergi ke rumah orang kaya, kau ambil wangnya separuh dan bawa kemari," Kidon memerintah kucing hitam.

Kucing itu menggaru‐garu paapn lantai akhirnya terjun ikut tingkap. Tugas Kidon setiap malam ialah menumpukan perhatian pada pelita minyak tanah di depannya. Jika api pelitanya bergoyang tanpa angin ertinya toyol jelmaannya dalam bahaya, bagi mengatasinya dia harus memadamkan api pelita itu dengan secepat mungkin. Toyol jelmaannya akan ghaib dari pandangan orang. Saya terkejut bila melihat Kidon tersungkur di kain putih.

"Ilmunya sudah aku tawarkan," suara datuk keras.

Dia membuka mata. Air dalam mangkok putih tertumpah dengan sendirinya. Lilin yang padam menyala sendiri begitu juga dengan pelita minyak tanah. Saya lihat dari kain hitam keluar asap berkepul‐kepil.

Tulang‐tulang ikan yang berserakan atas lantai berkumpul dengan sendiri dan bergerak masuk ke dalam karung di samping datuk. Bila asap dari kain hitam hilang. Datuk pun mengangkat kain hitam itu.

"Kau lihat," ujar datuk pada saya. Saya menggigit bibir. Saya lihat mayat kering terdampar atas lantai pondok. Baunya cukup busuk. Tekak saya jadi loya dan mahu muntah dibuatnya. Datuk membiarkan mayat kering itu di situ.

"Kau pulangkan pada yang berhak," datuk bersuara lagi sambil menyiramkan darah ayam pada mayat kering. Saya perhatikan mayat kering itu bagaikan bergerak‐gerak. Bila datuk melangkah mahu duduk di tempat asalnya. Seorang lelaki muncul di muka pintu membawa parang panjang. Badannya kurus. Di luar bunyi suara burung hantu kembali menguasai malam yang sepi. Di bawah pondok terdengar bunyi suara perempuan menangis.

"Kau datang Kidon," lantang suara datuk.

"Jangan buat aku begini, aku mahu hidup, jawab Kidon.

"Kerjamu salah di sisi agama. Kau menyiksa mayat anakmu. Kau jadi tuan pada toyol jelmaan ini. Aku tahu dalam minggu ini kau mahu mencari pasangannya, bukan begitu Kidon."

"Memang benar, bergitulah rancangan aku, tapi aku terpaksa membatalkannya, kerana menurut firasatku ada oang yang tahu rancangan aku tu, orang itu adalah kau."

"Sekarang, apa yang kau mahu dari aku Kidon?"

"Pulangkan toyol jelmaan itu pada aku, aku sembah kau, aku sujud pada kau, janganlah perkara ini dihebuhkan."

"Aku tidak mahu menghebahkan pada sesiapa tapi toyolmu akan aku pulangkan ke tempatnya malam ini juga." Datuk memberi keputusan muktamad.

Kidon terdiam seketika. Dia melompat turun dan menghilangkan diri dalam kegelapan malam. Suara langsuir ketawa kedengaran dengan jelas. Bila suara itu hilang, saya terdengan suara orang menjerit meminta tolong. Saya renung muka datuk. Dia kelihatan muram. Niat saya mahu bertanya padanya suara siapa yng menjerit itu jadi terbantut melihat wajahnya dalam keadaan begitu. Suara siapa itu?

Saya bertanya dalam hati. Datuk bagaikan tahu apa yang bergolak dalam dada saya. Dia pun rapat pada saya.

Datuk terus berbisik kepada saya, "tidurlah, esok kau akan tahu apa yang dah terjadi," saya angguk kepala dan cuba memejamkan mata dengan harapan saya akan terus terlena. Usaha saya itu gagal sama sekali. Tetapi banyak perkara yang menakutkan datang dalam kepala saya. Datuk tahu dengan apa yang saya alami. Dua kali dia menghembus muka saay, kemudian memicit batang leher saya mencari urat tidur. Bila urat tidur itu dipicitnya, mata saya terasa berat sekali. Akhirnya saya terlena.

Bila saya membukakan kelopak mata, saya lihat datuk sudah pun selesai sembahyang subuh. Tanpa banyak bicara saya terus ke perigi mengambil air sembahyang. Bila saya mahu memulakan sembahyang saya lihat datuk menyandarkan badannya ke dinding. Kedua belah kakinya diluruskan.

"Aku harap kau akan jadi orang islam yang teguh dengan rukun yang lima bila kau sudah jadi macam aku," ujar datuk sebaik saja saya menyelesaikan perintah Allah. Saya tersenyum.

"Sembahyang itu tiang agama, kita pandai bercakap dan tahu hukum agama tidak bererti, kalau kita tidak sembahyang," tambahnya sambil bangun. Datuk berdiri di muka pintu melihat matahari pagi yang mula terbit di kaki langit. Bunyi kicau burung mula kedengaran. Datuk turun ke tanah. Datuk turun ke tanah. Saya mengikutinya dari belakang. Sampai dekat pokok besar datuk berhenti berjalan.

"Kenapa ? Datuk tak mahu mandi embun pagi ni ?" tanya saya.

"Mandi, tapi aku nak mencari mayat Kidon dulu."

"Aku agak di kawasan ni, kau cari arah matahari terbit dan aku arah matahari jatuh." " Baiklah Tok."

Saya berjalan menuju ke arah pokok jejawi besar. Lebih kurang dalam dua puluh langkah mahu sampai ke pangkal pokok jejawi besar, saya terserempak dengan mayat Kidon. Badan saya menggigil saya lihat mayat Kidon tanpa kepala. Seluruh badannya bercalar, macam digaru oleh binatang buas. Datuk pun segera saya panggil.

"Kenapa ?" soal datuk

"Mayat."

"Mayat," suara datuk menurun. Dia pun melangkah menuju ke arah mayat Kidon. Datuk mematahkan anak‐anak pokok lalu menutup mayat Kidon.

"Kita mandi embun dulu," kata datuk dengan senyum.

"Mayat ni macam mana tok ?"

"Biarkan di situ dulu, lepas mandi embun baru kita uruskan, baru kita beritahu pada orang kampung."

"Saya faham tok."

Pagi itu, kami berjalan di tepi hutan kecil sambil mandi embun. Badan terasa cukup segar. Bila mandi embun selesai. Datuk terus menemui ketua kampung. Kerana Kidon tidak mempunyai sanak saudara, urusan pengkebumian mayatnya diuruskan oleh pesatuan khairat kematian kampung itu. Ketua kampung memberitahu pada semua penduduk, bahawa kematian Kidon di baham oleh harimau. Perkar yang serupa itu juga dilapurkan kepada pihak polis. Sejak kematian Kidon, Kampung Hulu Kuang tida lagi diancam toyol yang mencuri wang penduduk dan barang‐barang yang berharga.

Seminggu selepas itu kematian Kidon, pondoknya terbakar dengan sendiri waktu dinihari. Akhirnya orang‐orang kampung tahu juga yang Kidon membela toyol jadi‐jadian. Mereka datang mengucapkantahniah atas kejayaan datuk.

"Saya tidak membunuh Kidon, dia mati dimakan oleh toyol yang diciptanya sendiri, biasanya toyol jadijadian boleh mendurhaka pada tuannya, itulah kepala Kidon hilang," kata datuk pada pada orang‐orang kampung yang melawat pondok Kidon yang terbakar itu.

Waktu datuk mengkais‐kais di kawasan rumah Kidon yang sudah dimakan api, datuk menemui tengkorak. Datuk yakin tengkorak itu ialah tengkorak Kidon. Masuk minggu kedua Kidon dikuburkan

orang‐orang kampung terdengar bunyi suara lelaki menjerit dari tanah kubur waktu malam. Bila disiasat ternyata suara itu datangnya dari kubur Kidon. Orang‐oang kampung terpaksa membacakan Surah Yassin selama dua minggu di surau, mohon pada Allah supaya suara menjerit itu tidak kedengari oleh orang‐orang kampung. Akhirnya dengan kuasa Allah yang maha besar suara itu tidak kedengaran lagi.

Menurut Imam Masjid kampung tersebut, perkara itu berlaku adalah dengan kuasa Allah yang mahu memperlihatkan kepada manusia di dunia, bahawa sesuatu yang dilakukan tidak mengikut atau terkeluar dari hukum‐hukum agama akan mendapat balasan yang setimpal dari perbuatannya itu.

"Orang‐orang islam yang baik mendapat rezeki yang halal melalui titik peluhnya sendiri, Islam menyuruh umatnya berusaha dengan cara yang baik, saya harap apa yang terjadi pada diri Kidon akan menjadi pelajaran pada kita semua." Imam Kampung Hulu Kuang yang berbadan tegap itu memberitahu pada semua penduduk di satu petang di dewan orang ramai. Dalam jangkaannya, saya dan datuk akan meninggalkan Hulu Kuang pada petang Khamis kerana pada malam Jumaat datuk akan bermalam di rumah isteri mudanya orang bunian. Jangkaan itu tidak terlaksana. Waktu saya bersiap‐siap pada petang

Rabu seorang lelaki dari Tanjung Rambutan mengajak datuk menembak kijang di Hulu Kinta.

"Saya setuju, tapi macam mana sekarang musim dharurat," datuk bertanya pada orang yangmengajaknya. Orang itu ketawa.

"Sebenarnya, saya memang ada memasang jerat pelanduk, kancil dan lain‐lain di hutan Hulu Kinta, kita dikenakan perintah berkurung pada waktu malam saja,"

"Jadi."

"Kita boleh pergi pada waktu siang."

"Hum begitu."

"Tentu Setuju."

Pada pagi Khamis, saya dan datuk menaiki bas dari Chemor ke Tanjung Rambutan. Dari situ berjalan kaki menuju ke batu lapan. Belumpun pukul sepuluh kami sudah berada di dalam hutan tebal. Sebelum itu kami melapurkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan dan menyatakan tujuan kami masuk ke dalam hutan. Kawan baru datuk itu memberikan senapang kampunnya untuk digunakan oleh datuk di samping itu dia juga menyuruh datuk membuat beberapa jerat baru. Sampai di satu kawasan, kawan baru datuk menyuruh saya dan datuk menuju ke arah sebuah anak bukit yang menurutnya di situ ada beberapa jerat yang sedang dipasang. Sedangkan dia menuju ke arah lain.

Berpeluh juga saya berjalan dalam hutan itu. Satu keistimewaan datuk yang tidak terdaya saya melawannya ialah, dia terlalu cepat bergerak dalam hutan. Dahan‐dahan dan pokok‐pokok yang dipijaknya tidak berbunyi. Saya terkejut besar bila seekor harimau dengan tiba‐tiba muncul dari balik rimbun pokok salak jambi. Matanya tajam merenung saya. Ekornya bergerak‐gerak.

"Ah, kamu jangan kacau aku nak lalau di sini, pergi cari makan tempat lain," begitulah datuk berdialog dengan harimau. Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang datuk katakan itu. Dia bergerak perlahan‐lahan dan akhirnya menghilangkan diri dalamhutan yang tebal itu.

"Berhenti," datuk memamaut bahu saya.

"Kenapa tok ?"

"Sembunyikan diri balik pokok." saya pun akur dengan cakap datuk. Dia meniarap di pangkal poko besar. Saya juga begitu. Datuk mencangkung, macam kucing mahu menerkam sesuatu. Mata datuk tajam melihat pada rimbun anak‐anak pokok yang bergerak. Seekor kancil muncul di depan kami. Datuk melompat bagaikan kucing, dalam sekelip mata saja dia berjaya menangkap kancil lalu dimasukkan ke dalam guni.

Kawasan yang kami masuk itu, sekarang sudah dijadikan pusat latihan dan rumah pasukan polis hutan‐ Hulu Kinta. Hutan tebal yang kami jelajahi dulu, sudah digantikan dengan hutan rumah pangsa yang bertingkat‐tingkat. Datuk dan saya terus berjalan, kalaulah datuk itu adik saya sudah pasti saya menarik tangannya pulang, saya terasa bosan berjalan dalam hutan yang tebal dan lembab, dnegan bermacammacam bunyi burung hutan. Saya merasakan kesal mengikutnya, kalaulah saya mengikut cakap adik datuk yang menyuruh saya tinggal di rumah tentulah saya tidak mengalami kesengsaraan semacam ini.

Bila saya fikirkan dalam‐dalam, ada baiknya menurut datuk berburu dalam hutan. Dapat menambahkan pengalaman saya sendiri. Kepala dah hati terus melayan perasaan, kaki terus juga melangkah meredah duri dan onak. Saya mula terasa dahaga, tekak terasa cukup kering,

"Saya dahaga tok."

"Kau memang banyak ragam, tadi gatal sangat nak ikut."

"Jahanam." Datuk merungut panjang sambil menyambung, "jalan ke depan lagi kalau‐kalau ada paya atau kolam, lepas tu kau minum sampai bengkak perut," datuk terus menolak saya. Ramalan datuk tepat, dua puluh langkah melangkah ke depan kami bersua dengan sebuah paya airnya cukup jernih. Bila saya mahu minum datuk segera menahan.

"Jangan minum."

"Saya haus tok."

"Minum di sini, datuk pun mencetus akar besar yang tergantung dari sepohon pokok rendang. Bila akar itu dipotong, darinya keluar air yang bersih. Dan air itu terus saya minum. Dahaga saya terus hilang. Bila saya merenung ke arah paya yang berair jernih, saya lihat air di paya itu bergerak‐gerak . Di tengah perut paya itu terdapat seketul batu besar macam bentuk kapal. Saya terdengar bunyi suara orang ketawa panjang tetapi bentuk manusia memang tidak kelihatan.

"Ada suara tok."

"Aku tahu, aku mendengarnya kerana itu aku tidak membenarkan kau meminum air paya."

"Kita balik saja tok."

"Tak usah kita tengok apa yang terjadi."

Datuk dan saya pun segera bersembunyi di dalam rumpun pokok‐pokok hutan. Sya lihat seorang perempuan berkulit putih berambut panjang sampai ke pinggang. Perempuan itu berkemban berenang

ke tengah dan ke tepi sambil ketawa. Tiba‐tiba perempuan itu hilang. Cuma yang tinggal di tengah paya ialah gelombang air yang beralun‐alun memburu tepi paya.

"Siapa tu tok," saya menyoal.

"Penunggu paya, jangan tunggu lama di sini, susah kita ," datuk dan saya mula mengubah haluan, kami berjalan ke arah selatan. Datuk mula terasa sesuatu yang ganjil. Dia menyatakan rasa sangsinya terhadap kenalan barunya yang mengajak dia masuk hutan tadi.

Dia mula merasa kesal menerima pelawaan kawannya itu. Lebih aneh lagi kenalan barunya itu tidak pula menjumpai orang‐orang di Hulu Kuang sebelum menemuinya. Masa melapurkan diri di Balai Polis Tanjung Rambutan, anggota polis bertugas di situ tidak menyoalnya, seolah‐olah kenalan baru datuk itu wujud di depan anggota polis itu, meskipun kenalan datuk itu berdiri di depannya.

"Keganjilannya baru aku sedar sekarang," rungut datuk. Saya tersenyum. Tetapi wajah datuk kelihatan muram membayangkan rasa kesal yang amat berat dideritainya.

"Aneh juga kawan kita tu, aku bagaikan terpukau. Apakah dia benar‐benar manusia atau jin atau syaitan," sebaik saja datuk berhenti bercakap, kenalan barunya terpacul di depan kami. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan datuk. Datuk menyambutnya. Mulut datuk bagaikan terkunci. Tidak terlahir kata‐kata. Kata kenalan datuk itu menundingkan jarinya ke arah barat daya.

Datuk angguk kepala lalu menarik tangan saya ke arah barat daya. Bila datuk dan saya menoleh ke belakang, kenalan datuk itu sudah tiada lagi. Saya terasa bulu tengkuk saya meremang. Bau harum dan wangi mula menusuk lubang hidung saya dan datuk.

Datuk dan saya tidak berkata walau sepatahpun kami terus berjalan hingga sampai ke tebing Sungai Kinta. Di seberang sungai terdapat perkampungan orang asli. Perkampungan orang asli itu sekarang terkenal dengan nama Kinta Intek, kebanyakkan orang asli di situ sudah memeluk agama Islam.

Matahari sudah mula condong, bunyi deru air Sungai Kinta memekakkan lubang telinga. Datuk dan saya terus membasuh muka. Tidak jauh dari tempat kami berdiri terdapat sebuah jambatan merintangi sungai tersebut. Di sekitar kawasan jambatan itu sekarang jadi tumpuan orang ramai setiap hari Ahad untuk berkelah.

"Ke mana kita nak pergi tok, " saya menyoal datuk.

"Nampaknya ada orang mahu menguji ilmu aku, tapi biarkanlah, ilmu yang aku tuntut untuk kebaikan .

Allah yang tahu hati aku," datuk bagaikan mengeluh. Dia turun ke dalam sungai dan mandi. Lepas mandi datuk tukar pakaian, memeng datuk membawa dua pasang pakaian satu untuk dipakai waktu berjalan dalam hutan, mana kala satu lagi digunakan untuk sembahyang. Datuk terus sembahyang asar di tepi sungai. Marah juga datuk pada saya kerana tidak membawa pakaian yang bersih untuk

No comments: