Wednesday, May 28, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SBDJ (JILID 1) : EP 13 - PENUNGGU HUTAN HULU KINTA

Datuk termenung panjang, saya lihat daun telinganya bergerak tiga kali ke depan, macam telinga arnab. Mata dan muka Ujang Selamat ditenungnya.

"Ada saudara mara awak yang sakit?" tanya datuk.

"Semalam, ada orang dari Parit mencari, kalau ada orang yang boleh mengubat anak dara berperut

buncit."

"Tidak, dia sakit," biji mata Ujang Selamat terbeliak memandang wajah datuk. Saya sandarkan badan ke dinding. Matahari petang kian condong.

"Kaum awak Ujang?" soal datuk.

"Ada kena mengena dengan bini saya."

"Jadi apa ikthiar kau?"

Minta jasa tok pawanglah untuk mencari orang mengubatnya atau tok pawang sendiri berusaha."

Tuesday, May 27, 2025

Misteri Boneka Okiku

 

Misteri boneka Okiku. Patung yang rambutnya sentiasa tumbuh memanjang bagaikan manusia hidup

Sumber : <<<Mastika>>>
Mac 24, 2021

Ceritanya bermula sekitar tahun 1918 di Jepun.  Ketika itu seorang pemuda berusia 17 tahun, bernama Eikichi Suzuki tertarik dengan sebuah patung ketika berkunjung ke Sapporo.

Baginya, patung itu sangat cantik. Berwajah putih bagai porselin, bermata hitam pekat umpama mutiara hitam, berambut lebat paras bahu, tinggi sekitar 40 sentimeter dan memakai kimono.

Suzuki kemudian membeli boneka itu buat adiknya, Okiku. Seperti yang dijangka, Okiku yang berumur dua tahun sangat menyukai pemberian abangnya itu.

Monday, May 26, 2025

PART 3 : WAD 13 TIDAK WUJUD - PANGGILAN TERAKHIR (TAMAT)

 

PART 3 : WAD 13 TIDAK WUJUD - PANGGILAN TERAKHIR (TAMAT)

Selepas kematian pesakit di bilik 6B, aku dah nekad — aku nak tahu apa sebenarnya yang berlaku di hospital ni. Aku tak sanggup terus bekerja dalam ketakutan, malam demi malam diganggu oleh sesuatu yang tak dapat dijelaskan.

Aku mula selidik fail-fail lama. Aku berjaya masuk ke bilik rekod arkib dengan bantuan pembantu perubatan lama, Encik Hafiz. Dalam fail bertarikh 2003, aku jumpa rekod kejadian kematian jururawat bernama Siti Mariam, yang meninggal dunia semasa bertugas malam — jatuh ke dalam lif rosak di aras kosong.

Sunday, May 25, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP38 - DITIMPA BADI RUSA JANTAN

 


KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 38 - DITIMPA BADI RUSA JANTAN

Tergerak juga di hati Mail Togok mahu membawa isterinya Kimah balik sahaja ke rumah, tetapi bimbang jua dia kalau keluarga isterinya akan salahkan pula dia. Memanglah dia berhak pada diri Kimah sebagai isterinya, namun dalam keadaan Kimah terbaring di katil hospital, dia perlukan juga pandangan sanak saudara. Manalah tahu perkara buruk berlaku, tentu siapa pun tidak boleh disalahkan.

Sudah lama sangat Kimah terlantar di katil hospital sejak hampir sebulan dimasukkan ke wad. Terpaksa juga Mail Togok bawa isterinya ke hospital dengan tidak memberitahu sanak saudara terlebih dahulu. Manalah dia dapat menahan sabar tatkala Kimah mengerang-ngerang di tengah malam menangung sakit kepala.

Saturday, May 24, 2025

Siapa Yang Menyerupai Kami Di Dorm Itu?

 


Diceritakan Oelh Sham, Kuala Lumpur

Julai 14, 2022

Sumber : <<<Mastika>>>

PERNAH tak anda mengalami kejadian aneh semasa menyertai kursus bina semangat? Rasanya ramai yang pernah alami benda-benda mistik begini. Saya antara yang turut mengalaminya.

Kejadian ini berlaku pada tahun 2010. Ketika itu saya menyertai kursus bina semangat di sebuah pusat latihan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung.

Selain saya, hampir 100 orang lagi kakitangan syarikat kami dari seluruh negara turut diarahkan menyertai kursus tersebut.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditempatkan di blok dorm yang berbeza. Disebabkan saya agak `terkenal’ di kalangan semua kakitangan itu, mereka memilih saya untuk menjadi ‘Penghulu’. Penghulu dalam kursus ini bermaksud ketua.

Sebagai ketua, saya kena datang paling awal. Sebelum masuk waktu berhimpun, saya sudah terpacak dulu di padang kawad dan dalam dewan. Malam pula, saya pulang paling lewat selepas menyelesaikan pelbagai perkara.

Malam pertama, oleh kerana ada banyak perkara yang perlu dibincangkan dengan komandan kursus bersama fasilitatornya, saya pulang ke dorm agak lewat. Jam ketika itu menunjukkan hampir pukul 1.30 pagi.

Oleh sebab saya jenis selalu tidur sebelum pukul 11.00 malam, ia menyebabkan saya sukar untuk melelapkan mata. Saya hanya tidur dalam dua jam sahaja. Selepas itu, terus tidak boleh tidur semula.

Friday, May 23, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP12 - TOYOL JADI JADIAN

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SBDJ  (JILID 1) : SIRI 12 - TOYOL JADI JADIAN

"Kau orang jangan bercakap walau sepatah apapun," datuk mengingatkan kami. Dia maju selangkah ke depan. Saya perhatikan mata mayat itu lama‐lama. Saya terkejut, memang di bahagian mata itu terdapat lubang yang boleh mengeluarkan cahaya, kalau seimbas pandang lubang itu tidak mudah kelihatan terpelohong, kelihatan macam mata manusia yang sempurna.

Datuk undur ke belakang. Dia membuka baju dan mengenakan ke tubuhnya kembali dalam keadaan terbalik. Dari rusuk baju sebelah kirinya datuk mengambil sebatang jarum panjang. Mayat yang sudah berbau itu berpusing‐pusing di atas tanah. Datuk membaca mentera dan menepuk bumi tiga kali. Batang serai dibuang ke arah kanan manakala bulu burung gagak dipijaknya dengan kaki kiri. 

(DIKIR) Gilo Besi - Aris Kapilla


KOLEKSI DIKIR

LAGU : GILO BESI

ARTIS : ARIS KAPILLA


Volkswagen Putih Tak Ada Pemandu

 


Volkswagen Putih Tak Ada Pemandu

Lokasi: Lebuhraya Karak
Masa: Tahun 2022

Zul, seorang pemandu e-hailing sambilan, sedang dalam perjalanan pulang dari Genting ke Kuala Lumpur. Jam hampir 1:45 pagi, dan dia memilih laluan Karak sebab jalan lebih singkat.

Cuaca berkabus, jalan sunyi. Dia hidupkan radio, tapi siaran asyik terganggu — bunyi statik dan bisikan halus kedengaran.

Di KM 42, Zul perasan ada kereta Volkswagen putih lama di belakang, lampu tinggi menyala. Kereta itu terlalu rapat, macam nak cucuk ekor.

Zul tekan pedal, naik ke 120 km/j — kereta itu ikut.
Naik ke 140 — masih ikut.

Bila Zul masuk lorong kiri nak beri laluan, kereta itu hilang.

Dia pandang cermin sisi, kosong. Tiada apa-apa

Thursday, May 22, 2025

PART 2 : WAD 13 TIDAK WUJUD - JURURAWAT MALAM

 

PART 2 : WAD 13 TIDAK WUJUD - JURURAWAT MALAM

Selepas kejadian Wad 13, aku cuba anggap semuanya khayalan — mungkin sebab letih syif malam, mungkin aku tersilap. Tapi dua minggu kemudian, sesuatu berlaku yang buat aku yakin — ada sesuatu di hospital ni yang bukan manusia.

Malam tu, aku bertugas semula di Wad 6 — wad biasa untuk pesakit tua. Sekitar jam 3 pagi, loceng panggilan kecemasan dari bilik 6D berbunyi. Tapi bilik tu kosong, tiada pesakit sejak tiga hari lepas.

Aku pergi juga, mungkin loceng rosak. Bila aku buka pintu… lampu bilik tu terbuka sendiri. Di katil tengah, ada seseorang berbaring. Pakaiannya serba putih, berselimut.

Wednesday, May 21, 2025

TERSEWA RUMAH BUNIAN

 

Jurutera tersewa rumah bunian, nampak kelibat wanita berkebaya di tangga... Tinggal solat punca 'ditegur'

Sumber : <<<Mistik>>>


SIAPA yang tidak teruja apabila berjaya memperoleh pekerjaan sejurus tamat pengajian. 

Begitulah yang dirasai Yana selepas permohonan untuk menjawat jawatan jurutera binaan di sebuah agensi ternama di Kulim, Kedah, berjaya. 

Tambahan pula, bekerja di organisasi swasta itu menjadi idamannya sejak melanjutkan diri dalam bidang kejuruteraan. 

Setelah menerima surat tawaran dari syarikat tersebut, Yana mula mencari rumah sewa di kawasan sekitar pejabatnya. 

Maklumlah dia berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan tidak biasa dengan kawasan sekitar utara tanah air. 

Tuesday, May 20, 2025

PART 1 : WAD 13 TIDAK WUJUD

 


PART 1 : WAD 13 TIDAK WUJUD

Lokasi: Sebuah hospital kerajaan lama di utara Semenanjung
Masa: Tahun 2016


Aku, Azim, baru mula kerja sebagai pegawai kesihatan kontrak di hospital kerajaan lama ni. Bangunan asal hospital ni dibina sejak zaman penjajah, dan banyak struktur lama masih digunakan, terutama bahagian wad pesakit dalam.

Malam tu aku kena kerja syif malam, cover wad perubatan lelaki. Pukul 2 pagi, aku turun ke kafeteria nak beli air. Masa naik balik, aku salah tekan butang lif dan berhenti di Tingkat 7.

Yang peliknya — Tingkat 7 tak sepatutnya ada.

Setahu aku, bangunan tu cuma sampai Tingkat 6. Tapi pintu lif terbuka luas, dan ada papan tanda di dinding: “Wad 13 - Pesakit Khas”.

Monday, May 19, 2025

Hantu Penunggu Rumah Sewa


 

 Hantu Penunggu Rumah Sewa

Di sebuah kawasan perumahan lama di pinggir Kuala Lumpur, terdapat sebuah rumah teres dua tingkat yang sudah lama kosong. Rumah itu disewa oleh pasangan muda, Farhan dan Aisyah, yang baru saja berpindah dari kampung ke ibu kota untuk mencari kerja. Mereka mendapat tawaran sewa yang sangat murah, dan tanpa banyak fikir, mereka terus memutuskan untuk tinggal di situ.

Namun, malam pertama mereka di rumah itu, sesuatu yang aneh berlaku. Ketika mereka baru sahaja mengunci pintu dan bersiap untuk tidur, mereka terdengar bunyi ketukan di dinding rumah. Awalnya, mereka beranggapan bahawa bunyi itu adalah akibat dari rumah yang sudah lama tidak dihuni. Tapi apabila ketukan itu semakin kuat dan jelas, Farhan menjadi agak terganggu.

Sunday, May 18, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP37 - PAK HID MAHU MENIKAH DENGAN PONTIANAK

 


KOLEKSI TOK AWANG NGAH : SIRI 37 - PAK HID MAHU MENIKAH DENGAN PONTIANAK

Kesugulan jelas terbayang pada wajah beberapa orang penduduk Kampung Melang akibat ternakan mereka banyak mati terbunuh dalam keadaaan aneh. Bukan saja ayam dan itik mati di reban dengan dua tanda kesan taring di tengkoknya, malah kambing, lembu dan juga kerbau juga menjadi mangsa.

Binatang ternakan ini tidak dimakan dagingnya. Hanya kesan hisapan darah saja terdapat pada tengkuknya dari lubang yang disinggahi taring.

Kalau angkara binatang buas tentulah daging ternakan itu dimakannya. Pada mulanya mereka menyangkakan ular yang membuat angkara. Disebabkan tidak ada tertelan ayam atau itik berkenaan, lalu diluahnya semula. Ayam Sarit Jebang yang mula-mula sekali disedari menjadi mangsa tersebut.

Saturday, May 17, 2025

Benarkah ‘Belaan’ Arwah Datuk Sudah Dibuang?

 

Benarkah ‘belaan’ arwah datuk sudah dibuang? Atau mungkin…

Diceritakan Oleh Hisham.. Ipoh, Perak
Oktober 8, 2021

Sumber : <<<Mastika>>>

ORANG zaman dulu sering diceritakan ada ‘belaan’ sama ada digunakan untuk membantu pekerjaan harian, menjaga rumah atau untuk tujuan perubatan. Salah satunya hantu raya.

Ini kisah yang berlaku dalam keluarga aku sendiri, bagaimana keluarga aku diganggu setelah arwah datuk aku meninggal.

Cerita ini dah lama, sekitar hujung tahun 90-an. Ketika itu aku masih remaja, berusia dalam 20 tahun. Ia bermula setelah arwah datuk aku (sebelah bapa) meninggal dunia.

Sebelum itu aku ceritakan serba sedikit latar belakang datuk aku yang tinggal di sebuah daerah di Perak. Datuk aku ni semasa hidup dulu boleh dikatakan bomoh terkenal juga. Ramai orang datang berubat dengannya.

Friday, May 16, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP11 - MENUNGGANG HARIMAU DITENGAH MALAM

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1


SBDJ (JILID 1) : SIRI 11 - MENUNGGANG HARIMAU DITENGAH MALAM

Tiba‐tiba Timah muncul dari bawah rumah. Rambutnya tidak terurus. Mukanya kelihatan pucat dan matanya nampak tidak bercahaya. Dia semacam takut saja melihat kedatangan kami. Ketua Kampung segera memberi tahu tujuan kedatangan datuk dan saya. Timah tersenyum lalu mempersila kan kami naik ke rumah.

"Minta maaf ye," kata datuk sambil memandang ke wajah Timah. "Rumah ini ada dua bilik, yang satu lagi untuk siapa?"

"Untuk …," Timah terdiam. Dia merenung muka Ketua Kampung. Melihat keadaan itu datuk tidak mengemukakan pertanyaan lagi.

"Memang rumah ini ada dua bilik, saya ingat kerana saya yang mendirikan rumah ini bersama arwah suaminya dulu," kata Ketua Kampung memberi penjelasan.

Ikhtiar Penyembuhan Penyakit

 


(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)


1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.

 -Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.

 -Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.


2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.

 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel

 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

Wednesday, May 14, 2025

Hilang 7 Hari Di Bukit Broga

 


Gadis misteri berpurdah, ular tunjuk jalan keluar. Pemuda ini cerita apa yang berlaku semasa hilang 7 hari di bukit Broga

Oktober 24, 2024
Sumber : <<<Mastika>>>

SAYA ingat lagi, hari itu Ahad, 22 Januari 2017. Majikan mengajak saya bersama empat lagi rakan sekerja mendaki bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor.

Pagi itu, saya menghubungi ibu, Rohana Saad, di kampung meminta izin untuk turut serta. Ibu mengizinkan dan berpesan supaya saya menjaga diri.

Seperti yang dirancang, sekitar pukul 4.00 petang, kami sampai di kaki bukit dan pendakian dimulakan. Saya hanya memakai selipar saja. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke bukit tersebut.

Kami seramai enam orang memulakan pendakian. Saya berjalan di depan sekali, mengikut trek. Kurang sejam berjalan, saya sudah jauh meninggalkan rakan-rakan lain di belakang. Saya sudah sampai di peringkat kedua. Dari atas, saya nampak kelibat rakan-rakan lain yang masih menapak meneruskan pendakian. Saya berhenti seketika untuk menunggu rakan-rakan tiba.

Apabila mereka semakin hampir, saya melangkah semula meneruskan pendakian ke peringkat ketiga. Ketika berjalan itu, saya berselisih dengan beberapa orang pendaki lain yang dalam perjalanan turun ke bawah.

Tuesday, May 13, 2025

(DIKIR) Tok Laki Malas Kijo - Aris Kapilla & Eda


KOLEKSI DIKIR

LAGU : TOK LAKI MALAS KIJO

ARTIS : ARIS KAPILLA & EDA

Tukang Urut Hantar Khadam

 

Pekerja buruh sedap berurut, lama-lama rasa lain macam... Rupanya tukang urut sebenar hantar khadam, terkumat-kamit baca mentera


September 24, 2024
Sumber : <<<Mistik>>>

Tukang Urut Hantar Khadam

BEKERJA sebagai buruh di sebuah tapak binaan membuatkan badan Arman menjadi lesu dan sakit urat setiap kali selepas pulang kerja.

Untuk menghilangkan keletihan, dia akan mendapatkan khidmat urutan setiap minggu daripada tukang urut tua, Pak Ali yang tinggal berhampiran.

Pak Ali terkenal dengan sentuhan tangannya yang dianggap magis, menjadikan setiap sesi urutnya berakhir dengan pengalaman menyegarkan.

Namun, pada satu hari, Arman menerima berita yang mengejutkan apabila Pak Ali terpaksa pulang ke kampung di Gua Musang, Kelantan atas urusan keluarga.

Pak Ali bagaimanapun tidak mahu mengecewakan Arman justeru menyarankan tukang urut lain untuk menggantikan tempatnya.

Monday, May 12, 2025

Misteri Pemuda Ghaib Sekelip Mata

 

Misteri pemuda yang ghaib sekelip mata. Adakah itu ‘penghuni’ Bukit Dinding di Lenggong?

**Seperti diceritakan oleh Zainuddin dari Perak
**Disember 16, 2021

Sumber : <<<Mastika>>>

Misteri Pemuda  Ghaib Sekelip Mata

KALAU sebut pasal bunian, dari dulu lagi kita selalu dengar kisah berkaitan bunian ini. Ramai juga yang menceritakan pernah berjumpa dengan makhluk ini.

Lebih kurang 15 tahun lalu, saya pernah bertemu dengan ‘orang aneh’. Kisahnya, ketika itu pukul 11.00 malam, saya bersama isteri menaiki bas dari Hentian Duta , Kuala Lumpur utuk pulang ke rumah kami di Lenggong Perak.

Saya dan isteri duduk di kerusi kedua terakhir. Turut naik, tiga orang pemuda yang rupa paras mereka agak kacak. Ketiga-tiganya duduk di kerusi terakhir, di belakang saya.

Dalam perjalanan, sempat saya berbual dengan ketiga-tiga pemuda itu yang saya anggarkan berusia 20-an. Mereka memberitahu, mereka tinggal tidak jauh dari kampung saya. Saya menetap di Batu Puteri manakala ketiga-tiga mereka tinggal di Kampung Batu Dinding. Jarak kampung mereka itu dengan kampung saya lebih kurang 10 kilometer.

Sunday, May 11, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP36 - HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS

 


TOK AWANG NGAH : EP36 - HANTU ANJING BUKIT MENGGANAS

Haji Sirat tenang sahaja menerima tentang perkabaran dari anaknya mengenai anjing kesayangan anaknya itu telah mati ditembak oleh Ketua Kampung.

Anjing Saleh anak kepada Haji Sirat adalah anjing yang penghabisan dalam kampung ini yang mati ditembak atas kehendak ramai setelah bermufakat di masjid dua minggu lalu.

Kampung ini sudah tidak ada lagi anjing. Anjing-anjing dalam kampung ini telah dikehendaki dihapuskan kerana sebilangan masyarakat dalam kampung ini berpendapat bahawa anjing-anjing dalam kampung ini telah dirasok hantu.

Memang tidak dapat dinafikan akan perkara ini dari kepercayaan cerita-cerita yang dikabarkan kerana anjing-anjing dalam kampung ini semuanya sudah menjadi garang, pantang saja terlepas dari tambatan terus meluru kepada orang samaada tuannya sendiri.

Saturday, May 10, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP10 - MENCARI HARTA KARUN

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SBDJ (JILID 1) : SIRI 10 - MENCARI HARTA KARUN

Lama juga datuk duduk berehat di tepi sungai. Dia membaca sesuatu dan mengambil seketul batu. Batu itu dilemparkannya ke dalam sungai. Saya diam saja. Biarlah datuk melakukan apa saja yang difikirkannya patut. Dalam keadaan yang tidak tentu arah itu, saya tercium bau yang cukup wangi. Saya kira kenalan baru datuk akan menjelma di depan kami. Bau wangi itu hilang, kenalan datuk tidak juga menjelma.

Saya terus melihat langit, matahari kain condong ke barat. Hati saya sudah menggelabah. Datuk masih juga tenang dan damai.

"Kita balik saja," datuk memberitahu saya. Cepat‐cepat saya anggukan kepala. Saya dan datuk berpusing‐pusing dalam hutan Hulu Kinta mencari jalan keluar. Kami tidak dapat menemui jalan yang mana kami lalu tadi, yang anehnay ialah sejauh mana kami bergerak, baik arah matahari jatuh atau matahari naik, kami akan sampai juga ke tepi tebing sungai, malah untuk sampai ke jambatan di sebelah hilir sungai kami tidak berdaya. Jambatan itu nampak dekat dan kami boleh melihat orang asli berjalan di atasnya, tapi kami tidak dapat menembusi hutan tebal untuk sampai ke jambatan. Berkali‐kali diusahakan untuk pergi ke situ tetapi kami gagal juga. Pergi balik pergi balik kami tetap berlegar‐legar di kawasan tepi sungai itu juga.

Friday, May 9, 2025

(DIKIR) Kito Duo Srupo Tulo - ZBP & Wani


KOLEKSI DIKIR

SONG : KITO DUO SRUPO TULO

ARTIS : ZBP & WANI

Wanita ’Hanyut’ Tidur Dalam Pelukan...

 

Malam makin dingin, wanita ’hanyut’ tidur dalam pelukan... Terkejut ketika bangun Subuh, baru sedar rupanya suami ‘night shift’


Ogos 29, 2024
Sumber : <<<Mistik>>>

SEJAK berkahwin dua tahun lalu, Isya sudah terbiasa duduk bersendirian di rumah pada waktu malam.

Suaminya Azlan, yang bekerja di sebuah hospital di ibu negara sering bertukar-tukar syif kerja.

Ada kalanya dia bekerja siang hari, namun kebanyakan waktunya dia akan ditugaskan untuk syif malam.

Namun, ada satu kejadian yang menyebabkan Isya trauma sehingga dia terpaksa mengajak adiknya menetap bersama, sejak beberapa bulan lalu.

Pada satu malam, Isya bersendirian menonton filem di aplikasi perkhidmatan penstriman video berasaskan langganan sebelum dia masuk ke bilik tidur sekitar pukul 2 pagi.

KKN DI DESA PENARI : Di Sebalik Kisah Benar Yang Diangkat Ke Layar Perak

 


Oleh : Nita Dahnim

May 18, 2022

Sumber : <<<UtusanTV>>>

KETIKA ini sedang hangat diperkatakan tentang filem Indonesia berjudul KKN Di Desa Penari yang sedang ditayangkan di pawagam. Kisah filem ini tular diperkatakan sejak tahun 2019 lagi.

KKN Di Desa Penari merupakan filem arahan Awi Suryadi. Filem ini asalnya dijadualkan tayangannya pada Mac 2020, namun ia ditunda kerana pandemik Covid-19.

Filem ini mula ditayangkan pada penghujung April 2022 dan tidak lama selepas itu mula menjadi bualan hangat netizen Indonesia dan Malaysia.

Filem ini mengisahkan tentang 6 orang mahasiswa bernama Nur, Widya, Ayu, Bima, Anton dan Wahyu yang menjalankan tugasan semester akhir mereka di sebuah desa terpencil dan mengalami pelbagai perkara misteri sepanjang berada di situ.

Antaranya penampakan wanita cantik dan lembaga hitam bertanduk kerbau, mendengar bunyi gamelan dan pelbagai lagi peristiwa yang menyeramkan dan menimbulkan tanda tanya.

Wednesday, May 7, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP35 - HANTU BERJALAN DENGAN TANGAN

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP35 - HANTU BERJALAN DENGAN TANGAN

Bunyi burung birik-birik lalu di tengah malam terasa mengerunkan juga. Kawan-kawan saya yang sama-sama tidur di madarasah bernama Katib cepat-cepat tidur mengerengkan badan, kerana emaknya berpesan apabila burung birik-birik berbunyi di tengah malam hendak lah tidur mengereng. Katib memang tidur di madarasah, tapi tiap-tiap pagi selepas subuh dia akan balik untuk bersekolah di sebelah paginya pula.

Kami yang bersekolah hanya belajar di sebelah petang saja di madarasah Tok Aji. Sebelah petang pula belajar membaca Quran. Katib ini memang disayangi oleh Tok Aji kerana suaranya bagus membaca Quran. Semasa Tok Aji menganjurkan pertandingan di kalangan pelajar madarasah, Katib berjaya mendapat markah yang tinggi membaca Quran.

Bagaimanapun dia tetap memegang teguh pesanan emaknya supaya tidur mengereng bila burung birik-birik berbunyi di tengah malam.

Tuesday, May 6, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP9 - PANJAT BILIK ANAK DARA

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SIRI 9 - PANJAT BILIK ANAK DARA

Datuk menyuruh saya memadamkan lampu minyak tanah. Sebatang lilin yang bercahaya dipadamkannya. Keadaan dalam rumah jadi agak samar‐samar dan sepi sekali. Bunyi katak dacengkerik jelas kedengaran. Sayup‐sayup terdengar suara burung hantu ganas di ranting. Atap pondok bagaikan bergerak‐gerak ditempoh angin. Serentak dengan itu terdengar bunyi air menimpa atappondok. Bulu roma saya tegak berdiri bila terdengar bunyi suara orang perempuan ketawa dan menangis tersedu‐sedu, dekat pokok tembusu di belakang pondok.

"Suara langsuri, bertenang cucuku, bertenang kitan mencari jalan kebaikan dan bukan jalan jahat," bidik datuk ke telinga saya.

Datuk tidak bergerak bila seketul batu besar meluru masuk ke dalam pondok. Batu itu tepat mengenai pangkal bahu kiri datuk. Bila batu jatuh atas lantai, pondok kecil bergegar datuk tidak peduli. Dengan pertolongan cahaya lilin saya merenung ke muka pintu. Satu lembaga besar tanpa tangan, tanpa kaki dan kepala berdiri di situ.

Misteri Perempuan Tua Di Sebalik Pokok Kemang

 


Diceritakan oleh Mohd Razip

Januari 6, 2022

Sumber : <<<Mastika>>>


PERNAH dengar pokok kemang? Selalunya orang panggil pokok binjai. Pokoknya tinggi merimbun, banyak cabang.

Orang tua aku panggil pokok kemang. Keluarga aku ada kisah dengan pokok ini. Masa aku kecil, pokok ni antara objek yang paling aku takuti. Bukan aku je, tapi budak-budak kampung semua takut dengan pokok ni.

Kampung aku terletak di Senggarang, Batu Pahat, Johor. Masa aku kanak-kanak dulu, ada sebatang pokok kemang yang besar terletak kira-kira enam tujuh meter dari jalan kampung kami. Pokok kemang tu menyimpan banyak cerita yang aku takkan lupakan sampai sekarang.

Monday, May 5, 2025

(DIKIR)Lawa Lava Lawa - Aris Kapilla & Jemy Intan Berlian


KOLEKSI DIKIR

SONG : LAWA LAVA LAWA

ARTIST : JIMI INTAN BERLIAN (JIB) & ARIS KAPILLA



Dengan Siapa Saya Bersembang???

 

“Ini memang rumah Pak cik Muin, tapi dah setahun dia meninggal.” Habis, dengan siapa saya bersembang tadi?

Catatan : Hanaffi Yusoh, Kota Bharu,Kelantan
Febuari 29, 2024

Kisah yang akan saya ceritakan ini sudah lama berlaku, hampir 20 tahun lalu. Waktu itu, saya membuka sebuah kedai makan di Kampung Kedai Lalat di Kota Bharu, Kelantan.

Kebiasaannya, pukul 11.00 malam saya sudah menutup kedai. Suatu malam, selesai mengunci kedai, saya pulang ke rumah dengan menaiki motosikal. Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak kira-kira enam kilometer dari situ, saya ternampak seorang lelaki tua terbongkok-bongkok sedang melintas jalan.

Timbul rasa kasihan dalam hati. Saya memberhentikan motosikal betul-betul di hadapannya. “Nak ke mana, pak cik?” soal saya.

Nak balik rumah,” balas lelaki tua itu.

Sunday, May 4, 2025

SBDJ (JILID 1) : EP8 - MANUSIA BERKEPALA ANJING

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SBDJ (JILID 1)SIRI 8 - MANUSIA BERKEPALA ANJING

"Apa yang datang tok ?" tanya saya ingin tahu.

"Kau jangan banyak cakap," Datuk menyergah saya.

Mukanya kelihatan bengis. Masa itu datuk sudahpun mengenakan baju hitam, seluar hitam di badan. Kepalanya juga dililit dengan kain hitam. Dalam hati kecil saya timbul keraguan tentang diri datuk. Saya mengira dia ada hubungan dengan pengganas komunis. Kalau tidak masakan dia berani berjalan malam waktu zaman dharurat.

"Ke tepi," datuk menolak badan saya yang tercegat di muka pintu masjid. Saya tersungkur atas lantai.

Saturday, May 3, 2025

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP34 - LIPAN BARA DI BAWAH MAYAT

 

KOLEKSI TOK AWANG NGAH : EP34 - LIPAN BARA DI BAWAH MAYAT

Semasa hujan turun dengan lebatnya waktu asar petang itu, Tok Aji baru selesai menunaikan solat. Saya juga ikut berjemaah dengan dua tiga orang kawan, kerana Tok Aji memang menunaikan solatnya di madarasah. Disebabkan hujan turun dengan lebat, Tok Aji tidak terus balik ke rumahnya yang dipisahkan oleh halaman saja dari madarasah tersebut.

Tok Aji berbaring saja di tengah madarasah sambil melanggung tangan ke kepala. Ketika ini saya sudah berumur 13 tahun, memang suka benar berdamping dengan Tok Aji. Dia pula akan bercerita tentang pengalamannya semasa di Sumatera iaitu kampung halamannya. Bagaimanapun sehingga akhir hayatnya Tok Aji tidak pernah lagi balik ke Sumatera.

BISMILLAH 5


BISMILLAH 5

JADIKAN AMALAN HARIAN..INSYA-ALLAH DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN



TEKS...click read more....

SBDJ (JILID 1) : EP7 - TERKENCING DALAM SELUAR

 TAMAR JALIS

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN

JILID 1



SBDJ (JILID 1) SIRI 7 - TERKENCING DALAM SELUAR


"Kita masuk ke dalam lagi," katanya. Tanpa membantah datuk dan saya mengikut perintahnya. Satu kawasan lapang kami cari. Berkhemahlah kami di situ. Sementara menanti matahari terbenam, Mr.Brown mengutip dan meneliti tanah dan batu yang ditemuinya di kawasan tersebut.

"Kita berada di kawasannya," kata Mr.Brown pada datuk sambil membaca buku tebal yang dibawanya.

Setiap kali dia dapat tanah atau batu dia buka buku. Matahari pun terbenam di kaki langit. Datuk ambil air sembahyang dari kolam yang terdapat di situ. Airnya cukup jernih. Lepas sembahyang datuk dan Mr.Brown terus masak. Lepas makan Mr.Brown baca buku. Lampu gaslin yang terpasang dalam khemah cukup terang. Dalam ingatan saya, sudah tiga malam kami berkhemah dalam hutan tebal. Lebih kurang pukul sembilan, saya sudah tidak berdaya membuka kelopak mata. Saya mengantuk betul. Saya terus tidur dan bermimpi menemui seorang perempuan yang cantiknya tidak dapat saya lukiskan. 

Friday, May 2, 2025

Roh Warga Asing Mati Dibunuh

 


Roh warga asing mati dibunuh tak tenteram, ‘berkeliaran’ tuntut pembelaan! Penduduk kampung simpan cerita tapak buang sampah


SELEPAS lima tahun menjalani kehidupan di ibu kota, Hanif memutuskan untuk pulang ke kampung halamannya di Felda Jengka, Pahang.

Menurut cerita jejaka berusia 28 tahun itu, dia terpaksa meninggalkan pekerjaannya sebagai pekerja retail (sektor peruncitan) di sebuah pusat beli belah untuk menjaga ibunya di kampung.

Ditindih Lembaga Hitam, Adakah Hantu Tindih?

 

Ditindih lembaga hitam, adakah hantu tindih? Sleep paralysis? Atau…

Febuary 17,2022

SEWAKTU sedang lena tidur, Ishak tiba-tiba didatangi satu lembaga hitam yang berbulu lebat dengan pantas menerkam dan menindihnya. Ishak yang berusia awal 20-an, tidak mampu berbuat apa-apa.

Dia cuba bangun, tetapi gagal. Seluruh tubuhnya bagaikan ditindih satu beban yang amat berat. Kelopak matanya tidak berupaya dibuka walau sedikit pun.  Dadanya bagaikan dihempap sebongkah batu. Nafasnya sesak.

Ishak tidak dapat bersuara, jeritannya tersekat di kerongkong. Hanya perasaan saja yang meronta sedangkan seluruh tubuhnya tetap kejang dan kaku. Hanya selepas membaca ayat-ayat suci al-Quran di dalam hati, barulah Ishak dapat menggerakkan jarinya. Sejurus jari itu digerakkan, beban yang menindih tubuhnya juga serta-merta hilang.