Allah berfirman dalam surah al-Tawbah ayat 40 yang bermaksud: "Kalau kamu tidak menolongnya (nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu
ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang Ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: 'Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.'"
Firman Allah s.w.t di atas berkisar tentang hijrah Rasulullah s.a.w. Telah terang lagi bersuluh, Abu Bakarlah yang setia menjadi pendamping Rasulullah s.a.w. kala genting hijrah ke Makkah. Beliau secara sukarela menawarkan diri berhijrah bersama Rasulullah s.a.w., menyediakan kelengkapan hijrah, menjadikan tumitnya sebagai benteng Rasulullah daripada dipatuk ular dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w. mengangkat darjat Abu Bakar melalui sabda Baginda yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. Maksud firman Baginda: " Seandainya aku boleh mengambil khalil (kekasih) selain Allah, pasti aku akan memilih Abu Bakar sebagai khalil. Namun dia adalah saudaraku dan sahabatku." (Riwayat al-Bukhari no.3456)
Demikianlah kedudukan Abu Bakar di sisi Rasulullah s.a.w. Abu Bakar jugalah antara kumpulan perintis terawal yang bersama-sama Rasulullah s.a.w. menyebarkan Islam.
Malah beliau membenarkan kisah Israk Mikraj yang diberitkan oleh Rasulullah tanpa sebesar zarah pun rasa ragu ragu dalam hati, hingga dia digelar al-Siddiq ( yang membenarkan)
Petikan Artikal ; Majalah Solusi (edisi no 21)
No comments:
Post a Comment