Wednesday, January 27, 2010

jangan menyampokkkk

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC.
Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut
aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas
aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang
disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"
Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni,
habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya
soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Monday, January 25, 2010

Hantu di Karak Highway

Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni...". "Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......" "tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya...... "emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh. Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung "emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." tiba-tiba Azizn terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya " kou kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib......" namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya "aaaarghhhh........ngarut jer...mana ader hantu .... sekarang ni zaman internet jer ....sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.." kata Aziz keseorang mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati,tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya...... "Argh...bukan" dikuatkan semangatnya. Semangkin hampir.......,dan semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam. "orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula. Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... " segera Aziz membuka pintu disebelahnya......tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta...."terima kasih nak" kata permpuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........ "aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar...... "sebenarnya, mak cik pergi cuti darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz "apa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula....... "yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir........"kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya...... "burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!" tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut "maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh" dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz. "hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........." mengilai perempuan tua itu lantas berkata..... " ITULAH KELEBIHAN SABUN BREEZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!" HE HE HE....
Kus Semangat...heheheh..

Sunday, January 24, 2010

Pesan Roh Kepada Manusia Hidup

APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.


“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

Kisah Seorang Puteri

Tersebutlah kisah di zaman manusia masih pakai nama jambu, mempelam lagi.
Ada la sorang mamat tu namanya Buyong. Kerjanya hanyalah bercucuk tanam.
Tapi dia ni suka memancing. Pantang ada masa free, mesti dia pergi mancing punya.
Suatu hari tu ada la pengumuman dari pembesar istana bagitau kalau sesiapa ada jumpa
sehelai rambut yang panjang, kenalah kembalikan ke istana kerana rambut tu milik
Puteri Mayang Mengurai. Sebagai ganjarannya sesiapa yang ada jumpa ngan rambut tu
akan dikawinkan dengan Puteri Mayang Mengurai. Ini kerana semenjak kehilangan rambut
tu Puteri Mayang Mengurai selalu bersedih sehingga tak lalu nak makan.
Apatah lagi nak tidur.
Si Buyong pun mulalah pasang angan-angan yang puteri tu mesti cantik sebab sehelai
rambut aje hilang kecoh ke pelusuk negeri. On the way pergi mancing dia cuba bayangkan muka si Puteri Mayang Mengurai. Tanpa disangka,
masa tengah mancing tu terlekatlah sehelai rambut yang panjang kat kaki si Buyong.
Dia pun agak-agak ni mesti rambut Puteri Mayang Mengurai.
Tanpa berlengah lagi dia bawa rambut tu ke istana.
Bila je berita si Buyong dah jumpa rambut Puteri Mayang Mengurai tu heboh sampai ke istana, baginda raja pun buat pengumuman yang si Buyong akan dikawinkan ngan
Puteri Mayang Mengurai. Si Buyong buat permintaan nak tengok Puteri Mayang Mengurai.
Dalam hati dia lawa gak puteri tu tapi dia pakai selendang tak dapatlah si Buyong tengok rambut dia yang panjang tu. Tapi sempat kembang hidung Buyung sebab dapat kawin dengan anak raja.
Puteri Mayang Mengurai tu pulak bila nampak aje rambut dia yang sehelai tu terus lari.
Maka terlepaslah selendang yang menutup kepalanya. Bukan main terperanjat si Buyong sebab rambut Puteri Mayang Mengurai tu cuma 2 helai je.
Yang dia jumpa tu rambut ketiga. Apalagi si Buyong pun jatuh pengsan...


Moral :- Jangan pandang seseorang tu pada rambutnya yang panjang sebab belum
tentu yg berambut panjang tu lebat rambutnya.

Thursday, January 21, 2010

Jenaka penawar Duka

Alahai Mak Cik.........
Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya untuk seorang
pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer. .
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la...
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi...maklum ler bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie
mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...

" JANJI TAU..!!"..



============ ====
Burung Spesel

Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung
kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami...
" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"
Suami menjawab..
" Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."
Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya...burung itu terus
menyanyi lagu POP..
Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri
plak..
Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus
menyanyi lagu ROCK pula..
Si isteri pun suka dan bertanya..
" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"
Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."
Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu. .burung
itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "


============ ======
mengandung anak gajah??????

Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta api. Penumpang sangat
penuh maka lelaki itu terpaksa berdiri... Dia merasa ada yang
menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat kebelakang. Ada seorang ibu
hamil yang juga sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki
bertanya pada wanita itu :

Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita dengan nada kesal)

Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu bertanya)Encik hamil juga ya?

Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu tidak sopan dia
melanjutkan pertanyaannya) Isinya orang ya?

Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)

Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya) Ibu hamil : Oh isinya
anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar( sambil menunjuk seluar
lelaki yang lupa dikancing)

Lelaki:????? ??????

============ =

Skandal Doktor

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa
dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram.
Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula
melayang Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata, "Sudahlah,
tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan
pesakit terjadi di mana-mana.
Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu
terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya, "Tak
perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual
antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata, "Tapi masalahnya kamu kan
doktor haiwan"

Sorang taukeh kedai restoren sedang mengira pinggan mangkuk di
kedainya...
- 13 mangkuk pecah
- 5 mangkuk retak
- 2 mangkuk hilang

DAN....







































































- 1 mangkuk hayun sedang baca blog nih......
daa...pegi buat keje.....takde keje lain ke 2...asyik tgk blog orang jer.....
ekekekekeekekeke

Wednesday, January 20, 2010

Perompak Bas Kilang

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang
menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan
tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian
ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."

Monday, January 18, 2010

Pak Ali Bukannya Tamak

Aku nak posting gak citer walaupun korang dah tahu dan penah membacanye...just untuk jenaka semata-mata

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

Thursday, January 14, 2010

Tips memilih Seafood

Bagi surirumah yg nak beli sotong, ni petua nak pilih yg segar. Sotong ni biasa akan ada 2 warna. Satu kulit dia merah, satu kulit dia belum merah lagi. Sebenonya sotong ni masa hidup dlm laut, dia warna jernih, transparent. Blh nampak segala isi perut, mcm kaca. Ni betul2 segar la kan. Bila dia mati, isi jadi putih, kulit tukar dot-dot kelabu. Ni kira segar lagi. Bila dah lama mati, dia tukar jadi merah. Tu kualiti dah kurang. Klu dah tanggal kulit tu lagi la tak segar.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Bagi ketam lak, pilih yg betina. Byk isi. Yg betina bhg belakang bentuk segitiga. Tu tempat dia letak telur nanti. Yg jantan bentuk kon, susah kemain nak bukak tu. Bila gi pasar, buka segitiga atau kon tu. Cium ngan idung, kalau bau busuk jgn beli. Kalau hanyir skit2 kira fresh la tu. Peh tu tekan skit bila buka kon/segitiga tu. Klu lembik bebeno tu tanda dah lama. Yg lama ni bila masak isi dia hancur.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ikan lak, bukak insang dia. Bila merah cam gincu cik kiah tu, kira fresh la. Klu lebam cam gincu minah rempit, kira dah lama & tak fresh.

Gitu lah petua utk mak-mak, makcik-makcik dan tukang masak suami tu…

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ikan gelama bukanlah merupakan ikan yang dikategorikan sedap untuk dimasak. Seperti ikan talang dan duri, gelama mempunyai isi yang tawar. Ia hanya sedap bila dibuat ikan masin. Bagi yang tidak meminati ikan masin, ada seorang hamba Allah menurunkan petua berkenaan gelama ini. Beliau menyarankan ikan disiang dan dibelah dari belakangnya. Setelah dibasuh, tabur garam dan biarkan semalaman di dalam peti ais. Selepas itu bolehlah dimasak samada digoreng, buat asam pedas dan sebagainya kerana rasa isi ikan sudah berubah. Selamat mencuba.

Wednesday, January 13, 2010

Fakta Sejarah Yg Tak Tertulis Di Dunia

FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah.

FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban
Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

FAKTA 6: Karam Sinkh Walia
Sebenarnya takda apa-apa yang berkaitan dengan dia. Saja je aku nak tulis nama dia. Kui...kui...

kui...kui...

Sunday, January 3, 2010

Ketagih Facebook

Tahukah bahawa kini FarmVille adalah permainan dalam talian paling popular di kalangan remaja?

Mereka yang menggilai permainan ini sanggup menghadap komputer riba berjam-jam lamanya semata-mata bermain FarmVille yang terdapat dalam laman sesawang sosial paling popular, Facebook.

Menariknya permainan ini apabila pemain seperti petani sebenar di alam maya.

Mereka perlu bercucuk tanam dan menjaga hasil tanaman sebelum boleh dituai atau dipetik dalam jangka masa tertentu, jika tidak mengakses permainan ini, tanaman akan mati.

Bukan itu saja, setelah mendapat hasil dalam bentuk duit, mereka boleh membeli tanah lebih luas dan menanam lebih banyak tanaman. Ada tanaman yang boleh dituai atau dipetik dalam dua, empat atau lapan jam atau beberapa hari.

Justeru di kalangan pemainnya, ada yang sanggup bangun pada tengah malam semata-mata memastikan hasil tanaman terjaga.

Selain FarmVille, ada lebih 100 permainan dalam talian yang terdapat dalam Facebook. Antaranya Quiz, Friends For Sale, Country Story, Restaurant City, Mafia War dan Pet Society.

Pet Society

Ia juga permainan popular di Facebook. Permainan ini meminta kita mencipta haiwan peliharaan dengan memilih warna, bentuk, wajah dan pakaian. Kemudian setiap haiwan akan diberi nama. Kemudian bermainlah dengan haiwan kesayangan itu.

Restaurant City

Permainan bertemakan penyediaan makanan ini memang hebat dan menarik. Tidak hairan jika permainan ini menjadi terkenal oleh berjuta-juta peminatnya di seluruh dunia.

Dibina syarikat PlayFish, Restaurant City menyediakan cara permainan yang seronok untuk menguruskan restoran sendiri. Dengan rupa grafik menarik dan comel, pemain boleh mencipta watak sendiri, mengubah suai restoran sama ada di dalam atau di luar, melantik rakan Facebook sebagai pekerja di restoran dan mencipta pelbagai resipi menggunakan pelbagai bahan.

Kemudian, terserah kepada pemain untuk menjadikan restoran digemari pengunjung. Bagi sesiapa yang berkeinginan membuka restoran atau kafe, mereka boleh menggunakan kemahiran ini untuk bermain Restaurant City.

Country Story

Permainan Country Story yang dibina syarikat PlayFish juga tidak kurang seronoknya. Permainan ini membolehkan pemain memiliki dan menjaga ladang sendiri dengan menanam pelbagai jenis tanaman dan memelihara haiwan ternakan seperti ayam dan lembu.

Boleh juga menghias ladang dengan pelbagai jenis barangan. Percaya atau tidak, kita boleh mencuri hasil tanaman di ladang rakan. Tujuannya untuk melengkapkan permintaan penduduk kampung.

Cafe World

Satu lagi permainan bertemakan penyediaan makanan yang dibina syarikat Zynga. Konsepnya sama dengan Restaurant City, tetapi cara permainannya sedikit berlainan. Chef perlu menyediakan makanan dengan memilih resipi sedia ada. Makanan dimasak perlu disediakan segera.

Jika melebihi tempoh masa ditetapkan, makanan akan 'rosak' atau basi dan perlu disediakan semula. Kemudian, kita boleh melantik rakan Facebook untuk dijadikan pelayan kafe. Kita juga boleh membeli pelbagai jenis perabot dan barangan hiasan untuk diletakkan di dalam kafe.

Island Paradise

Ini juga satu permainan kegemaran di Facebook. Mungkin tidak popular di kalangan pengguna. Permainan yang membolehkan kita mengusahakan tanaman sendiri di pulau dengan menanam pelbagai jenis tanaman, membela haiwan ternakan dan menghias pulau dengan pelbagai jenis perhiasan.

Naikkan tahap pemain untuk mendapat lebih banyak jenis perhiasan dan kelebihan untuk menanam tanaman serta membela haiwan bagi mendapatkan hasil yang sangat tinggi.

Permainan yang dibina syarikat Meteor ini mungkin tidak sehebat FarmVille, tetapi Island Paradise tampil dengan rupa dan konsep berbeza, di mana kita menjaga pulau dan berusaha menjadikannya sebagai pulau impian kita.

*Kenapa Facebook digilai?

Selain permainan yang menjadi kegilaan, Facebook atau dalam bahasa Melayu bermaksud 'muka buku' sama fungsinya dengan laman sosial lain seperti Myspace, Friendster, Tagged dan Hi5 iaitu untuk berkomunikasi. Namun Facebook lebih terkini kerana ia mengikut peredaran zaman.

Facebook hasil ciptaan Mark Zuckerberg dipenuhi aplikasi yang nyata jauh lebih canggih berbanding laman sosial lain. Itu belum lagi dibandingkan dengan ribuan aplikasi canggih yang membuatkan remaja menggunakan separuh masa mengunjungi Facebook. Jika tidak, mereka pasti gelisah.

Menurut Suhaib Zaihan, 20, Facebook mudah mendapat tempat berbanding laman sosial lain kerana ia menyediakan ruang kepada pengguna berhubung dengan kawan lama sama ada daripada sekolah rendah, menengah atau luar negara dengan cara berhubung menerusi laman sembang, menghantar pesanan atau meninggalkan komen. Komen itu pula dapat dibaca dalam masa beberapa saat saja.

"Setelah berkongsi rakan, kita boleh melihat aktiviti mereka melalui gambar yang sudah dimasukkan atau dilabel (tag). Pemilik Facebook juga boleh menulis apa saja yang terlintas di fikiran misalnya perbincangan mengenai Piala Dunia 2010, isu agama dan politik," kata Suhaib.

Kelebihan Facebook lagi, terdapat pelbagai kumpulan yang boleh disertai. Sebagai contoh, Suara Siswa selain disiarkan di televisyen, pelajar tempatan atau luar negara boleh mengetahui topik yang dibincangkan serta memberikan pendapat.

"Saya rasa ini amat penting, selain belajar kita perlu tahu ataupun membabitkan diri dengan masalah dunia pelajar hari ini," katanya lagi yang mendaftar sebagai ahli Facebook pada pertengahan 2008 lalu.

Sebelum mendaftar, Suhaib adalah pengguna Friendster dan Myspace, tetapi tidak begitu aktif. Dia juga tidak tertarik pada permainan yang disediakan dalam Facebook kerana takut ketagih.

Tambahnya, ada pelajar terlalu taksub sehingga sanggup ponteng kuliah dan tidak menduduki peperiksaan akhir gara-gara bermain Facebook.

Berbeza pula pendapat Mohd Izdihar Samsudin, 21, yang mengakui ramai pelajar mempunyai akaun Facebook kerana gemar bermain permainan dalam talian.

Buktinya, daripada 400 rakan di Facebook, satu pertiga daripadanya bermain FarmVille. FarmVille bukan permainan untuk berlawan dengan pemain, tetapi menguji kebolehan pemain berladang di alam maya.

"Permainan Farmville sangat menarik. Jika televisyen menyiarkan rancangan bercorak realiti, FarmVille adalah permainan dalam talian berbentuk realiti sebab itu ia digemari pelajar," kata Izdihar yang mendaftar dengan Facebook pada awal 2007.

Tambahnya, sistem Facebook yang lebih teratur, senang mencari rakan dan aplikasinya mudah membuatkan Facebook bukan saja digilai remaja, tetapi golongan dewasa.

Baginya, terpulang kepada individu membahagikan waktu antara bersosial dengan belajar.

Bagi Nusrah Zamri, 16, dia mempunyai akaun Facebook dua tahun lalu, tetapi tidak aktif. Facebook lebih menarik berbanding laman sosial lain kerana mempunyai banyak aplikasi dan permainan canggih.

"Saya suka bermain FarmVille dan Cafe World. Biasanya jam 8 malam sehingga 10 malam saya mengulang kaji pelajaran. Jam 10 malam ke atas untuk bermain Facebook," katanya.

Nusrah mengakui banyak kebaikan melayari laman sosial ini kerana boleh berhubung dengan rakan dari seluruh dunia. Setakat ini dia mempunyai rakan dari Indonesia, Thailand, Australia dan Dublin yang dikenali menerusi Facebook.

Pendapat ini diakui oleh Azwin Suraya Elfian Azlan, 16, yang mendaftar di Facebook kerana ingin berhubung dengan kawan sekelas.

Selain boleh menghantar pesanan ringkas, Azwin boleh memasukkan gambar terkini, aktiviti yang dilakukan setiap hari serta melihat aktiviti rakan dengan cepat dan pantas. Jika tidak menggunakan komputer riba, dia melayari Facebook menerusi telefon bimbit.

Sebelum mendaftar di Facebook dua tahun lalu, Muhammad Elfie Elfian Azlan, 20, mengakui laman sosial ini sesuai untuk golongan dewasa saja namun selepas menjadi pengguna aktif awal tahun ini, dia membetulkan tanggapan itu kerana Facebook sesuai untuk semua golongan terutama remaja.

Malah, aplikasinya lebih canggih dan terkini berbanding laman sosial lain. Paling menarik Facebook mempunyai status yang membolehkan individu menulis apa saja yang terlintas di fikiran mengenai diri mereka. Ini merapatkan jurang sesama rakan selain menghilangkan tekanan.

"Bayangkan jika kita menulis sesuatu dalam ruangan status, semua kenalan di Facebook dapat membaca dan memberikan komen. Ini tentu menyeronokkan dan menghilangkan tekanan.

"Selain berkomunikasi, Facebook lebih cepat berbanding e-mel jika ingin menyampaikan pesanan atau bertanya khabar kepada rakan," katanya yang mempunyai 239 rakan dan 90 peratus daripadanya dikenali.

Berusia lingkungan 20-an, Carmen Leong, menggunakan Facebook untuk bermain Cafe World dan FarmVille selain berhubung dengan kawan lama.

"Setiap hari saya bermain permainan dalam talian ini sama ada pada waktu pagi, petang atau malam. Jika tidak menggunakan komputer riba, saya mengakses menerusi telefon genggam. Kadang-kadang kerana terlalu asyik saya tidur jam 4 pagi.

"Dengan adanya Facebook, terasa hidup lebih ceria. Biarpun ada yang kata Facebook membuang masa, itu terpulang kepada diri masing-masing bagaimana menggunakan masa sebaiknya," katanya.

- Facebook yang memasuki laman web dunia pada 4 Februari 2004 diasaskan Mark Zuckerberg.

Pada mulanya, dia membuka Facebook kepada rakan kampusnya di Universiti Harvard untuk mendaftar. Dua bulan selepas itu, barulah diperluaskan ke seluruh dunia.

- Sehingga kini, pendapatan daripada laman web ini mencecah 1.5 bilion dan Zuckerberg sudah diiktiraf sebagai jutawan paling muda di dunia.

- Kini, Facebook adalah laman web paling popular berbanding Friendster dan Myspace. Sehingga Julai 2007, laman web ini memiliki sejumlah 34 juta pengguna berdaftar iaitu jumlah paling besar antara laman web sosial lain dan mencecah 80 juta pengguna berdaftar menjelang Januari 2009.



-Harian Metro

Kredit to http://mmczone.multiply.com/

Friday, January 1, 2010

SBDJ - Siri 2 - Bertemu dengan Penunggu Babi Hutan

Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan-lahan percakapan itu bertukar kepada pertarungan kebatinan. Kemampuan dan kekuatan datuk benar-benar teruji. Mata datuk bercahaya garang dengan urat-urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus membasahi seluruh badan.

Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk bertekad untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masa berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah kirinya lembik. Datuk senyum, satu tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terus mengucapkan begini :

Jong keli jong, tali cemati tebang buluh bunting pagi

melemang………

Belum pun tamat datuk mengucapkan mentera itu. Dia terasa pangkal belikatnya keras macam batu. Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru ilmu batinnya, serentak dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata : "Kalau aku kalah, aku rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat asalmu."

Datuk pun melepaskan satu tembakan kepada rusa. Tepat tembakan datuk kena pada kening rusa. Rusa yang berjumlah tujuh ekor itu hilang entah ke mana. Kawasan itu jadi sepi. Pemandangan datuk kembali normal yang ujud di depannya sekarang iailah sebatang pokok besar dengan akar-akar bergayutan yang mencecah muka bumi.

Datuk menang dalam pertarungan itu. Sebelum meninggalkan tempat itu, datuk segera mencari anak-anak kayu yang bercabang tujuh yang mengarah ke matahari jatuh. Anak kayu bercabang tujuh itu datuk tikam ke bumi. Cabang yang tujuh ke bawah. Lepas itu datuk memotong cabang tujuh lalu berkata : "Ini kawasan manusia, dan kau telah pulang ke tempat asalmu."

Datuk pun mencari arah, dia mula masuk tadi. Dia duduk di situ lebih kurang setengah jam. Kemudian baru kawan-kawannya pulang. Semua binatang buruan di masukkan ke dalam bonet kereta Ford Anglia kepunyaan datuk. Dalam perjalanan pulang datuk dan kawan-kawannya singgah di pekan Pengkalan Bharu. Mereka makan dan minum kopi disebuah warung dekat surau. Cara kebetulan pula tuan punya warung itu adalah kenalan datuk yang sama-sama satu datang dari Aceh. Datuk pun menceritakan tentang peristiwa yang dialaminya. Menurut tuan punya warung itu, setiap pemburu yang berjumpa dengan rusa yang berjumlah tujuh, selalunya cukup sulit untuk keluar dari kawasan hutan, kalau keluar pun dia tidak akan sihat atau separuh gila.

"Biasanya bila meraka sampai ke rumah, mereka terus sakit dan meninggal, masa sakit itulah mereka tidak tentu arah, kalau silap dilayan atau tidak berjumpa dengan dukun yang handal penyakit itu akan berjangkit pada si anak, biasanya sakit suka pada anak bongsu." Terang tuan punya warung itu pada datuk. Datuk terdiam kemudian datuk mengajak tuan punya warung itu ke tepi sungai. Datuk minta tuan punya warung itu memandikannya dengan air yang bercampur dengan daun tujuh jenis, untuk mengelakkan badi rusa itu mengikut datuk balik ke rumah.

Walau bagaimanapun, datuk terhindar dari serangan sebarang penyakit. Malah, kegemarannya untuk memburu bertambah giat dan hebat. Asal terdengar saja padanya ada kawasan terdapat landak, kancil atau kijang, datuk tidak akan melepaskan peluang untuk memburu. Kalau tidak dapat waktu siang, dia akan pergi waktu malam. Memburu adalah suatu kerja yang amat dicintai oleh datuk.

Kalau sudah tiba masanya datuk untuk berburu. Jangan siapa cuba menghalang. Dia tidak peduli. Kalau dilarang juga datuk naik darah. Selalu jadi korban kemarahan datuk ialah nenek saya yang tidak bergitu senang dengan sikap datuk itu. Selain dari berburu datuk cukup rajin berlajar ilmu-ilmu kebatinan. Datuk pernah bertapa di Gua Ulu Licin tujuh hari tujuh malam tanpa makan sebiji nasi, tapi tubuh datuk tidak susut.

Kalau ada dukun ilmu batin mengubat orang cara kebatinan, datuk tidak segan-segan berkawan dan mencuri ilmu dari dukun itu. Anehnya, datuk tidak berhajat untuk menjadi seorang dukun. "Semua yang dicari hanya sekadar untuk pelindung diri," kata datuk.

Pada suatu pagi ahad, datuk telah menerima kunjungan seorang temannya dari Port Weld, dekat Taiping iaitu Lee Kong Hua, seorang pengusaha kilang kopi. Setelah berbincang agak lama dengan kawannya itu. Datuk pun mengambil keputusan untuk pergi memburu babi yang selalu merosakkan tanamannya di Paya Besar. Kawannya itu bersetuju, mereka terus pergi ke balai polis Bruas memberi tahu tentang hajat mereka untuk memburu babi.

Hasrat datuk dan kawannya itu tidak dihalangi oleh pihak polis, kerana kawasan Paya Besar masih lagi belum telibat dengan kawasan hitam. Dengan kereta Ford Anglia mereka masuk ke dalam kawasan Paya Besar ikut jalan enam kaki. Sampai ke kawasan kebun getah lebih kurang pukul sepuluh pagi.

Kemudian datuk dan kawanya itu menyusul jejak tapak kaki babi menghala ke utara. Lebih kurang dua jam berjalan, babi yang dicari masih tidak ditemui. Mereka masih tidak putus asa. Lee Kong Hua sudah merancangkan bila dapat babi hutan nanti, dia akan membawa babi itu pulang dengan lori kepunyaan seorang kawannya yang sudah bersetuju datang ke kebun getah datuk lebih kurang pukul tiga petang. Dia mengira paling kurang lima ekor babi akan diperolehinya, kerana dia tahu datuk memang cekap menembak.

Jalan punya jalan akhirnya datuk dengan kawannya tersua dengan seekor babi hutan yang besar. Datuk melepas tembakan tapi, babi segera melompat masuk ke dalam belukar kecil yang penuh dengan pokok serunai laut, senduduk, datuk dan kawannya mengelilingi belukar kecil itu, tiba-tiba babi itu keluar dari belukar dan berlari ke arah Ulu Dendang. Mereka terus memburunya. Masa memburu datuk dan kawannya terserempak dengan satu kumpulan babi. Dan babi yang mereka kejar itu berada tidak jauh dari kumpulan tersebut.

"Dia sudah luka," Datuk memberi tahu kawannya.

"Hati-hati babi hutan luka selalunya ganas."

"Aku tahu, tunggu di sini, dia mesti ditembak, kalau tidak kita akan diserangnya," tambah datuk lagi. Kawannya akur pada cakap datuk.

Datuk memintas babi itu dari belakang. Babi itu berpusing mengadap ke datuk. Alangkah gembiranya hati datuk. Dia sudah mengambil tempat yang baik. Dia terus menghalakan muncung senapang ke arah kepala babi hutan itu. Macam selalu sasaran yang dipilih oleh datuk ialah pada kening setiap binatang buruannya. Bila pemetik senapang mahu ditarik babi itu memusingkan tubuhnya lalu masuk ke hutan sebelah kiri. Datuk terus mengikutinya dengan tenang.

Suatu ketika binatang itu berhenti. Datuk sudah pun mencari tempat yang baik untuk melepaskan tembakan. Entah macam mana bagaikan ada suatu kuasa yang menarik tangan datuk menarik pemetik senapang. Dan satu ledakan bergema. Babi terkejut dan terus lari. Gatuk terus juga memburu hingga sampai ke Ulu Sungai Dendang. Di seberang sungai datuk melihat babi hutan itu menyondol-nyondol tanah dengan tenang. Datuk berjalan menyusul tebing sungai ke hulu. Dia menyeberang melalui sebatang pokok merbau tumbang yang merintangi Sungai Dendang.

Jadi berada di kawasan itu, seperti berada di kawasan sendiri fikir datuk. Datuk pun sampai ke seberang. Ternyata datuk tidak boleh mendekati babi itu, kerana di pisahkan oleh satu kolam kecil yang airnya keroh. Kalau datuk melepaskan tembakan dari situ pun boleh, tapi datuk tidak mahu. Dia mahu menembak babi jarak yang dekat sekali. Datuk pun melompat kolam kecil yang seluas kira-kira lima kaki itu. Datuk merangkak dan mencari tempat yang baik.

Babi hutan itu itu terus juga nyondol tanah. Datuk berdiri di seballik pokok ara. Tiba-tiba datuk terasa telinganya berdesing, pandangannya berubah dan jadi berpinar-pinar. Datuk bagaikan berada di satu dunia lain yang sunyi tapi amat menyeramkannya. Dengan pokok-pokok yang beranika ragam dengan akar yang berjuntaian. Datuk mengira semuanya terjadi kerana dia terlalu letih, banyak membuang tenaga kerana belari. Dia mahu merebahkan babi hutan itu dengan segera, kalau babi itu tidak mati, nanti dia mengamuk, semua penoreh getah di Paya Besar akan diserangnya.

Datuk tahu, kalau babi hutan mengamuk cukup buruk padahnya. Datuk melihat babi hutan itu menyondol tanah di pangkal pokok besar. Datu meletakkan buntut senapang di bahu. Dengan hati-hati dia pun menarik pemetik senapang. Datuk jadi gawat sekali. Senapang itu tidak berbunyi dan babi hutan terus menyelinap ke balik pokok besar.

Dari celah pokok besar itu muncul seorang wanita yang sungguh cantik. Dia mahu mendekati datuk dan mengatakan bahawa babi itu berada tidak jauh daripada pohon itu. Dia suruh datuk memburunya dan datuk sudah tahu, dia terperangkap lagi. Wanita di hadapan datuk terus bercakap dengan manjanya. Bau harum yang sangat asing menyusuk lubang hidung datuk. Datuk merasa dirinya seakan-akan melayang-layang.

Datuk segera bertafakur menyatukan mata batin dan seluruh kekuatan pancainderanya. Dia terasa ada sesuatu kuasa yang menyuruh dia kembali ke seberang sungai. Datuk menentang kuasa itu dengan penuh keyakinan. Kali ini datuk terasa dia mula tewas. Dia terdengar suara perempuan cantik itu ketawa. Datuk membuka mata. Perempuan cantik itu sudah tiada lagi di hadapannya. Datuk berpatah balik.

Bila datuk sampai ke seberang. Suara desing di telinganya sudah hilang. Pandangnya tidak berkunang. Pokok-pokok besar yang dilihat bergayut dengan akar tadi, ternyata hanya pokok-pokok kecil yang tidak ada akar bergayut. Datuk duduk di situ, beberapa saat, kemudian kawannya Lee Kong Hua pun sampai ke tempatnya.

"Kenapa ?" tanya kawan datuk

"Kita balik."

Mereka pun segera pulang ke kebun getah. Sampai di situ sudah ada lori yang dijanjikan oleh Lee Kong Hua menunggu. Datuk terkejut disamping pemandu dua orang anggota polis seorang berpangkat sarjan dan seorang lagi polis biasa.

Datuk kenal yang berpangkat sarjan itu namanya Ali, lebih dikenali dengan nama Sarjan Ali, orang Paya Ara dan membeli tanah berhampiran dengan rumah datuk.

"Kenapa Tuk," tanya datuk dengan tenang kepada sarjan itu.

"Kalau saya tahu tadi, awak nak memburu saya tahan, saya tahu awak akan sampai ke Ulu Bendang," kata Sarjan Ali.

Datuk diam. Kemudian Sarjan Ali terus menyoal datuk, kalau datuk mengalami perkara ganjil semasa berburu. Datuk bercerita apa yang dialaminya tadi.

"Saya dah duga kawasan itu keras ada penunggunya, banyak orang yang berburu ke situ tidak pulang, sebulan dulu Cina dari Setiawan hilang ghaib entah ke mana berburu di situ, bila dikesan cuma jumpa kain dan rangka sahaja yang tinggal," sambung Sarjan Ali. Mengeremang bulu datuk mendengarnya.

Kemudian datuk dan kawannya ke jalan besar. Terus pulang ke rumah. Penerangan yang diberikan oleh Sarjan Ali itu membuat datuk ingin lagi sekali pergi berburu di daerah itu. Walau bagaimana pun hasrat itu dibatalkan oleh datuk sesudah dia menemui seorang tua di Kampung Cangkat Berangan. Orang itu berkata pada datuk begini : "Jangan pergi, kalau kau menerima cakap perempuan itu yang menyuruh kau mencari babi itu, kau akan hilang entah ke mana."

"Saya nak jumpa juga."

"Tambahkan lagi ilmu pendinding diri untuk kau." Kata orang tua itu. Namanya Tok Aki Simbang, waktu mudanya dia seorang pendekar malah pernah terlibat dalam peperangan Larut. Dia adalah orang kuat Long Jaafar.

Datuk pun belajar lagi beberapa ilmu kebatinan dengan Tok Aki Simbang. Orang tua itu pun mencurahkan ilmunya pada datuk. Dan datuk memang pun berazam untuk menemui perempuan cantik itu.