Wednesday, June 11, 2014

CHI TU, TAMADUN EMAS MELAYU YANG HILANG DI BUMI KELANTAN


Menurut catatan sejarah, Chi Tu dijangka wujud sejak awal abad pertama sebelum masihi, kira-kira 100 tahun sebelum Masihi. Boleh dikatakan kewujudan Chi Tu ini berdiri dalam lingkungan 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S [1]

Bercakap mengenai Chi Tu, sebenarnya ada misteri yang besar yang masih menyelubungi kerajaan yang merupakan antara yang terawal milik bangsa Melayu. Kewujudan Chi Tu sekaligus menidakkan dakwaan mereka yang mengatakan bahawa orang Melayu asalnya daripada Sumtera dan Indonesia kerana terbukti bahawa Chi Tu lebih lama daripada mana-mana kerajaan orang Melayu di Sumatera dan Indochina (jika kita mengambil teori yang mengatakan orang Melayu asal dari Yunnan, China walaupun teori ini kemudiannya tertolak dalam bidang kajian sejarah Melayu)