Akhirnya Ramadhan Pergi jua..

Ramadhan ini akan pergi
Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semoga semuanya masih di jiwa
yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya

(Apakah roh Ramadhan ini akan
terus menerangi bulan-bulan seterusnya??)

Nanti Syawal bertamu jua
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih, tahmid dan takir pun diucapkan
Meraikan satu kemenangan
di satu peperangan........
di dalam diri

(Apakah kita berjaya? atau sekadar menumpang
gembira di pinggiran kebesaran-NYA?)

Ramadhan dan Syawal akan pergi
silih berganti masa
dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di dermaga dosa?
dan bahtera kita terus kelelahan
dihempas ombak keresahan..

(Akan tiba saatnya
Ketika Ramadhan dan Syawal datng jua
Tapi kita telah tiada...
untuk menyambutnay!)


Sumber dari majalah Solusi keluaran edisi ke-23
Nukilan : Abu Irdak

Comments

Popular posts from this blog

MAKHLUK DAN RASAKSA MITOS

10 cara pilih seluar dalam sesuai