Posts

Showing posts from September, 2010

Open house

Image
Ni sesi rehat2 sambil kunyah kacang di majlis rumah terbuka aidilfitri di Rumah abang Lanmono pada 27/9/2010..

Kelebihan Surah Yassin

Kelebihan Surah Yaasin...

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan…

Mimi KLFM-dapatkah

Image
DAPATKAH ARTIS:MIMI KLFM LAGU & LIRIK:ROSLI AHMAD
RAP: TELAH LAMA KITA BERSAHABAT HUBUNGAN PUN TELAH JADI ERAT CITA RASA KITA NYATA SAMA DALAM APA JUA KEADAAN SAAT SUKA SAAT KEDUKAAN KITA TELAH JATUH BANGUN BERSAMA
VERSE 1: DAPATKAH KAU RASA APA YANG KU RASA GETAR JIWA KU YANG MERONTA MENDAMBA KASIH MU SEMATA
VERSE 2: DAPATKAH KU BERTAKHTA DI HATIMU NIKMATI KEINDAHAN ITU MENCERIA KEHIDUPAN KU RENUNGAN MU SEOLAH TAHU APA YANG TAK TERLAFAZ TAPI NYATA RASA CHORUS: BERBEZA CINTA INI MEMANG BERBEZA MENGASIHI MU SEIKHLASNYA MESKI TAK PERNAH DILAFAZKAN BERBEZA CINTA INI MEMANG BERBEZA NAMUN IANYA ISTIMEWA SEISTIMEWA ANUGERAH
SEMOGA TERSERLAH NANTINYA KETULUSAN CINTA KAN BERSINAR CERIA SELAMANYA RAP: BILA TIBA MASANYA SAATNYA AKAN TIBA BAHAGIA KITA MELAKAR MIMPI MEWARNAI PELANGI INDAH SEKALI SAMA KITA NIKMATI ANUGERAH INI ULANG CHORUS HARI BAHGIA PASTI MENJELMA BILA KITA DAPAT BERSAMA

Muzik: Jalil, Pot & Burn
thanks to Abg Rosli ahmad kerana memberi keizinan kepada saya untuk mengupload lagu di youtube...

traffic monitoring

Image
Ni adalah status traffic yg melawat ke blog anda.....ni pun aku baru jer jumpa.....

Zawazi - Teman Terima kasih

bertemu dan berpisah adat dunia kita hanya merancang tuhan yg menentukan begitu beratnya nak ku relakan perpisahanmu ini
hanya tuhan yg tahu aku mendoakanmu agar bahagia selalu disepanjang hayatmu
meski hanya untuk seketika kehadiranmu menyentuh rasa kau terlalu bermakna pada hati dan jiwa kau insan istimewa yg berjasa
terima kasih teman harapan yg kau berikan terima kasih teman doa yang dikau kirimkan
Nyanyian : Zawazi Ciptaan : Rosli Ahmad

Special thx to: Rosli Ahmad Quantize sound Production & Crew Atok otai Studio Comoi Laara Lanmono Monoband Ghodong sakthi

Renungan buat Sahabat...

Image
Terbaikkk.....!!!

Al-Fatihah ... M.Rajoli dalam kenangan

Image
Setelah sekian lama bertarung dengan penyakit kanser kelenjar otak (Lymphoma) akhirnya, seniman tersohor, Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain (65), telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, pada 10:40 malam tadi[17/sep/2010], di Hospital Ampang, Selangor.






Takziah dan Al-fatihah

SBDJ Siri 8 - Manusia Berkepala Anjing

Image
Imam Hamid mengedutkan dahinya hingga berlapis empat. Dia renung muka datuk. Dia renung muka saya hingga kepucatan yang terhampir di wajahnya hilang."Mustahak ke ?" soalnya agak ragu."Memang mustahak, perkara yang mahu diceritakan ni ada hubungannya dengan diri Pak Imam.""Dengan diri saya ?""Iya," datuk angguk kepala.Tanpa banyak bicara Imam Hamid mengikut datuk dan saya ke rumah. Kami bertiga duduk bersila di anjung rumah. Macam selalu datuk bila berbual suka bersandar. Sebelah kakinya berdiri lutut. Ini memang amalan datuk. Menurut datuk duduk begitu bukan duduk yang kosong. Duduk yang ada makna. Susah kalau musuh mahu menyerang, payah hantu syaitan mahu mengoda."Apa dia perkara yang mustahak tu?" Imam Hamid mula mendesak. Datuk tersenyum. Serentak dengan itu nenek pun meletakkan tiga cawan kopi di depan kami."Begini," datuk menggeliat dan terus bercerita :"Anjang Dollah sudah mati, pagi esok kita terpaksa uruskan maya…

Fungkurian berbuka puasa,MidValley

Image
Majlis berbuka puasa Fungkurians di Midvalley.
tempat makan: Foodcourt date: 5/8/2010 Time: Waktu berbuka puasa waktu midvalley terima kasih kepada semua yang hadir......











Akhirnya Ramadhan Pergi jua..

Ramadhan ini akan pergi Namun yang pergi hanya giliran purnama Bukan rasa dan maknanya Semoga semuanya masih di jiwa yang sentiasa merindui barakah dan maghfirahnya
(Apakah roh Ramadhan ini akan terus menerangi bulan-bulan seterusnya??)
Nanti Syawal bertamu jua Bersama wajah seindah fitrah Tasbih, tahmid dan takir pun diucapkan Meraikan satu kemenangan di satu peperangan........ di dalam diri
(Apakah kita berjaya? atau sekadar menumpang gembira di pinggiran kebesaran-NYA?)
Ramadhan dan Syawal akan pergi silih berganti masa dan kita bagaimana? Masih di pelabuhan alpa? Masih di dermaga dosa? dan bahtera kita terus kelelahan dihempas ombak keresahan..
(Akan tiba saatnya Ketika Ramadhan dan Syawal datng jua Tapi kita telah tiada... untuk menyambutnay!)

Sumber dari majalah Solusi keluaran edisi ke-23 Nukilan : Abu Irdak

pantun RaYA

Pisang emas dibawa beraya,
masak sebiji di Puduraya,
Hutang emas sebelum raya,
Masa nak bayar selepas raya.

Pisang emas dibawa beraya,
Masak sebiji di balairaya,
Semua hutang nak sambut raya,
Tauke kedai juga yang kaya raya.

Tinggi-tinggi si hantu raya,
Anak kerbau mati tak sempat raya,
Main mercun ditepi jalanraya,
Terbakar rumah beraya di balairaya.

Tinggi-tinggi si bunga raya,
Anak kerbau mati di lebuhraya,
Pagi-pagi lagi dah keluar beraya,
Langsung tak ingat nak sembahyang raya.

Dua tiga kucing beraya,
Mana nak sama si badak raya,
Empat lima hari lagi nak raya,
Banyaklah berita kemalangan jalanraya.

Dua tiga kucing pendakwaraya,
Manakan sama kucing rimba raya,
Dodol,lemang,rendang dan kuih raya,
Budak-budak tetap nak duit raya.

Gendang genduttali rapia,
Kenyang perut makan kuih raya.

Kura-kura dalam paya,
SELAMAT HARI RAYA.