Friday, May 10, 2013

"KING OF THE ROAD" - Mula Nya Di Sini, Akhir Nya Sini Juga.



Dulu dulu kumpulan Freedom dan Seha ada menyanyi lagu dengan kandungan lirik berbunyi "mulanya di sini ku kenal diri mu"dan kemudian lirik seterus nya "akhirnya di sini ku kenal ku kenal hati mu". Spot on lirik nya.
Mahathir begitu juga, mula mengenali watak ini melalui peristiwa di jalanan, bagaimana seorang aktivis pelajar ini mula mekar sebagai politikus.Bermula nya career politik nya di jalan raya dengan cara yang paling sensasi.Namun akhir nya apabila Mahathir mula mengenali hati nya, hancur luluh hati Mahathir berakhir dengan penuh tragis.The man is not what he seems to be.
Jika Mahathir sebagai orang yang mula mengenali watak ini seawal tahun 1974 dengan peristiwa yang di bawa nya di jalan raya lalu kemudian nya terasa di tipu, apatah lagi jutaan umat melayu yang lain hatta , umat Malaysia.

Membawa politik ke jalan raya ada lah sebati dengan watak ini.Boleh di kata kan politik nya lahir di jalan raya.Atas sebab tabiat nya bermula di situ,maka tabiat serupa tidak boleh di buang dengan mudah. Bukan sahaja tabiat politik jalanraya tidak boleh di buang , malah tabiat dari kolej MCGayGay nya juga tidak boleh di buang.

Ketika pembangkang berhari raya mengejek UMNO sebagai parti rasuah dan parti mengkaya kan kroni, sedikit sahaja dari mereka yang dapat berfirkir bahawa gelaran itu semua terpalit kepada UMNO ketika watak ini berada di dalam UMNO.17 years in total.

Ketika nama nya mula di kenali sekitar tahun 1974 kerana peristiwa konon konon nya ada anak orang mati kelaparan di Baling, maka kecoh seluruh negara kerana kerajaan seolah olah menjadi penyebab anak orang miskin mati kelaparan, di mana akhir nya di dapati ia hanya lah tuduhan palsu dan tidak ujud pun.Tetapi satu perkara menjadi pasti, ia itu watak ini bukan sembarangan di dalam mencipta isu sebegini.


Tahun 1974, di zaman tiada internet, FB atau tweet pun watak ini boleh terkenal, apatah lagi di zaman ini di zaman budak mentah yang berjiwa rebel dapat membaca segala nya di media sosisal yang mana jentera media watak ini bergerak hebat.Maka senang lagi lah di pengaruhi.

Jika orang bertaraf doktor dan professor pun ambil bertahun untuk menyedari watak ini sebenar nya ada lah "fake in nature" dan "conmen at his best" apatah lagi yang tidak berkelulusan tinggi.Bukan sahaja yang terpelajar terpengaruh, malah yang berstatus ulama dan lebai juga turut di seret nya ke kancah terendah di dalam permainan politik nya.

Kini bak kata pepatah "jika tidak meratah , mencium pun cukup" dia kembali kepada asal nya, yang tidak di dapati nya melalui jalan halal cara pengundian dia mahu mendapati nya dari gelanggang asal nya ia itu di jalanan.

Seperti kumpulan sarkis masuk ke bandar, ada penyokong yang sanggup menjadi badut nya. Tetapi seperti sarkis juga, pertunjukan yang serupa berulang akan membuat penonton menjadi muak.Dan lama kelamaan tiada yang mahu menonton.

Kini setelah gagal merampas negara , dia kembali ke jalan raya, apa nak heran,bak kata lagu Freedom dan Seha dia Bermula di sini dan akhir nya di sini juga.

Thursday, May 9, 2013

BAHAYA MENUNGGU DI DEPAN PINTU

MELAYU: BAHAYA MENUNGGU DI DEPAN PINTU
Oleh : Khalid Salleh(FB)


Bahaya menunggu di depan pintu, sehingga bila Melayu akan terus berseteru? Keputusan yang menyaksikan Melayu (Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor) 'hilang di dunia' di tangan DAP di Gelang Patah pada PRU 13, adalah tanda atau isyarat terkini bahawa Cina sedang melakukan gerakannya untuk mengambilalih kuasa politik dan sekali gus kuasa pemerintahan negara ini dari orang Melayu yang menjadi teras kepimpinan dalam pemerintahan selama ini. Perpecahan Melayu yang dipupuk sentimen ketidakpuasan selain dendam kebencian dan sebagainya terhadap satu sama lain, adalah modal keemasan parti Cina (DAP = PAP) yang diasaskan oleh Lee Kwan Yew (bekas Perdana Menteri Singapura).

Apabila PAP tidak diluluskan pendaftarannya di Malaysia ia tidak habis setakat di situ. Lee Kwan Yew tidak mahu mengalah. Melalui Lim Kit Siang sebagai orang kepercayaannya, Lee Kwan Yew berusaha keras untuk melebarkan pengaruh dan ideologi politiknya di Malaysia dengan slogan Malaysian Malaysia. PAP (People Action Party) di ubah sedikit menjadi DAP (Democratic Action Party). Ia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan di Malaysia. Itulah titik mula sejarah DAP (PAP) di Malaysia .

Dari tidak ada kerusi di Parlimen mahu pun DUN pada awalnya , kini sudah menguasai beberapa bandar utama di Semenanjung terutamanya Pulau Pinang yang 'dterimanya' dari Koh Tsu Koon (Gerakan) pada PRU 2008. Pulau Pinang merupakan laluan strategik kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka sebelum sampai ke Singapura. Begitu juga Gelang Patah adalah laluan strategik yang menghubungkan terus dengan Tuas di Singapura melalui jambatan kedua.
‘Hilangnya Melayu’ (Abdul Ghani Othman) dari percaturan politik di Gelang Patah, adalah kabar yang dimanfaatkan oleh kaum Cina di Malaysia untuk merealisasikan hilangnya kuasa Melayu dari bumi Melayunya sebagaimana hilangnya Melayu (UMNO) dari bumi Singapura suatu ketika sebelum PAP diwujudkan. Pada waktu yang sama kuasa Melayu sudah berpecah tiga (UMNO – Pas – PKR). Ini memudahkan teori ‘pecah dan perintah’ dilaksanakan tanpa disedari oleh kalangan pendukung parti malah pemimpinnya sendiri, yang membenci kekuasaan UMNO dalam barisan parti memerintah.

DAP =PAP ( parti Cina ) sudah berada di hadapan pintu kehancuran perpaduan Melayu dan sedang melengkapkan peralatan ‘perangnya’ untuk menelanjangi dan memalukan Melayu seluruhnya apabila kuasa Raja-Raja Melayu. Askar Melayu Di Raja, bahkan kuasa Yang Di Pertuan Agung ditiadakan dan ditukar menjadi Presiden. Semuanya itu tidak mustahil terjadi apabila Melayu masih tidak sedar dan tidak mahu menjadi satu dalam kesatuan ummah sebagaimana dituntut oleh agama Islam. Bahkan pepatah Melayu juga ada menyebutkan “ Bersatu teguh, bercerai roboh”.

Sebatang lidi tidak mampu menggerakkan apatah lagi menyingkirkan kotoran atau sampah di halaman. Tapi apabila dikumpulkan menjadi seberkas ikatan lidi penyapu, ia mampu menjaga kebersihan halaman dari sebarang pencemaran sampah sarap yang diterbangkan angin atau sebagainya. Memang hidup tidak akan kekal selamanya. Tapi manfaatkanlah hidup yang tidak selamanya ini untuk mengekalkan keutuhan dan kedaulatan bangsa Melayu di bumi Melayunya yang sejak dahulu kala telah dikenali oleh siapa pun juga yang datang dari Eropa, Arab, Turki, India, China, dan selainnya dari segenap pelosok dunia.

Takrif berbangsa, beragama dan bernegara adalah pokok kesatuan ummah khususnya kesatuan umat Melayu. Fikirkanlah nilai bangsa agama dan Negara. Ketepikan seketika emosi, ideologi politik, keegoan meletakkan nilai islam atau tidak islam hanya kerana politik kepartian. Sahsiah insan, muhasabah diri, telek kaji kebaikan dan keburukan selama perpecahan ini terjadi , siapakah yang lebih beruntung ? Di sebalik keuntungan itu apakah kerugian yang tidak dirasai tapi menjanjikan perubahan senario di mana Melayu akan hilang di dunia jika semuanya tidak mahu berpegang kepada tali Allah yang menganjurkan muafakat atau musyawarah dalam mencari kejernihan terhadap permasalahan yang membabitkan nilai bangsa, agama dan Negara terkait di dalamnya. Apakah tidak terfikir langsung usaha ke arah tersebut itu?

BHG II

PAS SANDAR KEYAKINAN KEPADA PKR & DAP, BUKAN ALLAH

Salam, terima kasih kepada semua rakan fb dan yang tidak dalam senarai rakan kerana memberi reaksi kepada 'umpan' artikal yang saya lakarkan mengenai bahagian dari PRU 13 Gelang Patah. Masing-masing memberi reaksi positif dan tidak kurang yang negatif selain berbaur emosi. Begitulah maklum balas dan perolehan dari apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Ada yang menuduh saya sempit, bodoh, bangsang, racist dan macam-macam lagi.
Semuanya itu saya terima dengan lapang dada, tidak sedikt pun rasa terguris atau kecil hati. Cuma agak terkilan dan sedih kerana dari apa yang diluahkannya itu memberi gambaran sejauh mana mereka (Melayu) berada di landasan budi pekerati Melayu dan landasan agamanya (Islam?) yang dianutinya. Dan yang lebih lucu serta menghairankan ada yang menghilangkan gambar profilenya yang berkupiah selain koleksi gambar ketika memakai ihram di hadapan Kaabah. Hehehe...tiba-tiba gambar-gambar yang saya sebutkan itu ditarik keluar apabila saya persoalkan memakai kopiah, bergambar di hadapan Kaabah dengan pakaian ihram tapi tapi bahasa dan kata-kata macam orang dirasuk setan.
Apa yang agak jelas dari semuanya itu ialah akal budi, adab sopan, pekerti, tumakninah dan barangkali iman sudah tercicir jauh dalam diri sebilangan besar orang Melayu yang yakin bahawa masing-masing memang beragama Islam. Nilai Islam dan Melayu (bangsa) adalah dua perkara berbeza tetapi saling memperkukuh. Nilai Islam sejagat. Nilai Melayu (bangsa) antarnya ialah tertib, sopan, berhemah, berbudi bahasa, beradab dan berakal atau sebutan yang lebih manis mukalaf (bukan muaalaf ye ). Kesemuanya ini jugalah yang dituntut oleh Islam untuk menjadi amalan hidup manusianya.
Bangsa (manusia) adalah persoalan pokok sebelum manusia mengaku beragama. Agama tidak duduk di tembok, di batu atau di pokok. Ia berdiri dan tumbuh dalam jiwa (keyakinan) manusia berakal, beradab, bersopan dan berbudi pekerti. Maka itu Allah menjelaskan dalam surah Al Hujarat ayat 13 " Kami jadikan manusia itu berbangsa-bangsa dan bersuku supaya kenal mengenali antara satu sama lain...."

Apabila menyebut soal bangsa mahu tidak manu ia berkait dengan persoalan negara (tanah kedaulatan) atau watan. Mencintai watan sebahagian dari iman. Jadi persoalan Gelang Patah adalah suatu kebarangkalian perjalanan agenda yang didalangi anasir luar yang dengan segala kebijaksanaannya menggunakan wadah politik dalam negara. Itu saja persoalannya. Tapi reaksinya...Ya Allah..Apa dia semuanya nih..? Heheheh...Kalau nak bercakap soal kepimpinan Melayu khususnya UMNO yang sebahagian orang Melayu sangat benci dan meluat mendengar atau menyebutnya, saya sudah meletakkan nilai UMNO yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan bangsa agama dan negara Melayunya tapi malah sebaliknya.
Bahkan Tunku Abdul Rahman sendiri yang di anggap sebagai 'Bapa Kemerdekaan' bagi saya adalah antara pemimpin Melayu yang telah mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dengan menyerahkan Pulau Pinang kepada Wong Pau Nee hasil rundingan dgn British untuk mendapatkan kemerdekaan dahulu. Tidak kecuali pemimpin-pemimpin selepasnya. Semuanya ini saya tuliskan dalam buku Melayu Hilang Di Dunia.
Dengan rasa tanggungjawab serta bersedia menerima segala kemungkinan saya menyerahkan buku tersebut kepada beberapa pemimpin kanan UMNO tidak terkecuali Perdana Menteri Ngib Tun Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin. Saya tidak hanya 'menyalak' di fb dengan kata-kata berbaur keji nista seperti orang tidak pernah mendapat pendidikan budi dari kedua ibu bapa atau penjaganya. Saya berasa puas dan bangga kerana apa yang saya lihat, kaji, amati, teliti dan alami telah sampai dan dibaca oleh PM dan pembantu-pembantunya.
Kalau pun saya marah atau mengutuk UMNO atau kerajaan sekali pun rasanya HALAL, sebab saya tidak menerima apa-apa upah atau gaji sebagai kakitangan kerajaan. Rasanya saya lebih bermaruah jika di bandingkan dengan orang yang masih mengharapkan upah (gaji) dari kerajaan untuk menyara kaum keluarganya, tapi pada waktu yang sama menyumpah dan menghina serta memburuk-burakkan pihak yang masih menjadi sandaran hidupnya sejauh ini. Saya menyandarkan kehidupan sepenuhnya dengan kudrat dan sedikit keilmuan yang Allah sematkan sebagai bekal dan senjata keyakinan termasuk menyediakan persiapan menyambut panggilan untuk kembali kepada Nya dengan redha dan diredhai Nya apabila sampai detik dan ketikanya nanti.
Sejauh ini saya belum pernah menjadi pengampu, penjilat mana-mana pertubuhan politik jauh sekali menjadi taksub kepada mana-mana parti. Siapa sebenarnya disekeliling kita yang berjuang untuk bangsa, agama dan negara? Siapa pejuang bangsa? siapa pejuang Islam? siapa pejuang negara? Tidak ada! Apa yang ada hanya propaganda yang memakai berbagai macam jubah termasuk jubah agama.
Kalau benar ada pejuang atau perjuangan menegakkan agama, PAS sepatutnya mengambil kesempatan dari kemarahan dan kemeluatan orang Melayu terhadap UMNO atau BN. pada sisi yang sama PAS sendiri ada pergeseran kecil dengan PR. Kenapa PAS tidak keluar sebagai parti tunggal atas nama Islam ketika PRU 13 dan meletakkan calon-calonnya di semua DUN atau Parlimen di setiap negeri. Jika ini dilakukan, saya berkeyakinan PAS akan mendapat mandat untuk menerajui negara.

Tapi rupa-rupanya PAS yang melaung-laungkan perjuangan Islam pun tidak berani menyandarkan keyakinannya terhadap pertolongan dari Allah. PAS malah masih tetap menyandarkan keyakinannya dan ikhsan kepada PKR serta DAP. Walhal inilah kesempatan paling baik untuk PAS mengambil posisinya. Pada saat orang Melayu tertunggu-tunggu siapa yang akan menerajui mereka , pada saat ramai orang Melayu mulai tidak meyakini UMNO, pada saat PKR menerima tamparan dari bekas-bekas pemimpin kanannya, pada saat orang Melayu mulai mencurigai DAP, ketika inilah PAS sepatutnya bertindak bijak dan berani berdiri sendiri dengan keyakinan penuh terhadap pertolongan dari Allah. Hal ini pernah saya suarakan kepada rakan karib saya yang pada awalnya diura-urakan akan bertading di Batu Pahat. Tapi pandangan saya mendapat reaksi yang dingin. Itulah dia politik. Mulut melaungkan takbiirrr, tapi sejauh mana keyakinan dan ketaqwaan menyandarkan semuanya itu kepada kebenaran datangnya pertolongan dari Allah Yang Maha berkuasa mengatur segala-galanya... Di sinilah akal, budi, kebijaksanaan, cerdik, cendikia, bijaksana semuanya terserlah.... Jika tidak, nilai apakah di sebalik kesemuanya itu ?

Kenapa Aku Pilih UMNO

Assalamualaikum, rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekalian...

KENAPA AKU PILIH UMNO.

1 - Aku memang tidak suka pada UMNO..tetapi bukan kepada parti UMNO itu sendiri..aku tidak suka orang-orang,sebilangan pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak jujur,berlagak,kroni,rasuah,gila kuasa..tapi bukan semua segelintir sahaja.

2 - Ak nak pilih Parti Keadilan Rakyat(PKR) - Tengok kepada parti ini yang banyak membuat huru hara,Pemimpinnya yang suka menghasut rakyat untuk ber"DEMO,dari DEMO tidak mustahil akan berlaku rusuhan..ini pernah terjadi di negara-negara luar.Tak kurang dari itu Pemimpinnya yang meminta dari kuasa Asing untuk campur tangan dalam PRU,membuat cerita dalaman negara kepada orang luar(kuasa asing),Apa akan jadi sekiranya kuasa asing masuk campur dalam urusan pentadbiran kerajaan.YA,  Anwar akan jadi PM dengan cara ber'DEMO dan rusuh.,kemudian kuasa masuk campur..tak mustahil Malaysia akan jadi seperti Mesir,Syiria,Iraq dan byk lagi akibat kuasa asing mencapuri urusan negara.Pemimpin yang ada kes mahkahmah dan penuh dengan kontroversi.Tahniah kepada penyokong2 PKR anda berjaya.

3 - Aku nak pilih PAS,yang kononya memperjuangkan agama..tetapi setiap ceramah dan syarahan tak lekang dengan caci,maki,hina manusia setaraf dengan binatang..Inikah ajaran Islam.. Ada pemimpin PAS boleh mengatakan "Aku Sanggup Makan Babi dengan Lee Guan Eng" inikah pemimpin Islam.Mengeluarkan Fatwa2 yang boleh memecahbelah Umat Islam dalam negara.Inikah Islam yang dibawa Oleh PAS.

4 - Aku tak akan pilih MCA,kerana aku tak mahu PM malaysia daripada kalangan Bangsa Cina.

5 - MIC jauh sekali aku nak pilih..paham-paham aje lah.

6 - Aku sama sekali tidak akan menyokong dan memilih DAP ,memang terang-terangan DAP ini adalah dari PAP,dasar yang tidak suka dengan Hak Orang melayu,Menghapuskan Institusi raja-raja Melayu,pemansuhan Askar Melayu Diraja.Hanya ada Presiden.dan menjadikan Malaysia sebuah Repuplik seperti Singapore.Islam bukan lagi agama rasmi negara.Dengan keputusan PRU13 baru-baru ini menunjukkan Cina DAP mahukan kuasa pemerintahan.Tak mustahil lagi 1-2 penggal sahaja lagi DAP akan mengambil alih Malaysia.

7 - Sebab itu lah aku Pilih UMNO,yang dah memperjuangkan hak-hak orang melayu semenjak merdeka sehingga ke hari ini.

Korang nak kata aku rasis katalah..aku tak kisah -
AKU MEMANG RASIS,AKU RASIS KEPADA AGAMAKU,BANGSAKU,NEGARA KU,KELUARGA KU...


Korang setuju atau tidak..HAK ANDA