Wednesday, June 11, 2014

CHI TU, TAMADUN EMAS MELAYU YANG HILANG DI BUMI KELANTAN


Menurut catatan sejarah, Chi Tu dijangka wujud sejak awal abad pertama sebelum masihi, kira-kira 100 tahun sebelum Masihi. Boleh dikatakan kewujudan Chi Tu ini berdiri dalam lingkungan 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S [1]

Bercakap mengenai Chi Tu, sebenarnya ada misteri yang besar yang masih menyelubungi kerajaan yang merupakan antara yang terawal milik bangsa Melayu. Kewujudan Chi Tu sekaligus menidakkan dakwaan mereka yang mengatakan bahawa orang Melayu asalnya daripada Sumtera dan Indonesia kerana terbukti bahawa Chi Tu lebih lama daripada mana-mana kerajaan orang Melayu di Sumatera dan Indochina (jika kita mengambil teori yang mengatakan orang Melayu asal dari Yunnan, China walaupun teori ini kemudiannya tertolak dalam bidang kajian sejarah Melayu)


Dari mana ya saya mahu mulakan penceritaaan saya mengenai Chi Tu ini ya? Hmmm… oh ya apa kata saya menceritakan mengenai sejarah awal kerajaan ini? Terdapat rekod sejarah yang mengatakan bahawa Chi Tu ini merupakan sebuah kerajaan yang pernah berada di bawah jajahan sebuah lagi kerajaan Melayu di Indochina yang bernama Funan. [2]

Apa yang menariknya mengenai Chi Tu kenapa kerajaan ini menjadi sangat misteri ialah ianya hanya pernah disebut di dalam rekod China, zaman Dinasti Sui, dan selepas itu, ianya seolah-olah terus lenyap dari lipatan sejarah.

Chi Tu mula dikenali oleh dunia ketika dalam catatan Dinasti Sui di mana dalam catatan tersebut mengatakan mengenai hubungan pertama yang dibuat oleh negara kota Melayu ini dengan kerajaan China Dinasti Sui pada lingkungan 581-618 Masihi. Untuk membalas serta menunjukkan rasa hormat Empayar China ketika itu, seorang utusan ataupun duta telah dihantar oleh kerajaan China ke Chi Tu. Rekod tersebut merupakan antara rekod terawal yang bercerita mengenai Chi Tu [3]

Menurut catatan China, diceritakan bahawa raja kerajaan Chihtu ini bersemayam di sebuah kota yang bernama Seng-Chih yang dimana kekayaan dan kehebatan kota ini dikatakan mempunyai tiga buah pintu gerbang, di mana setiap pintu gerbang itu luasnya dikatakan sejauh 100 langkah kaki.

Di setiap pintu gerbang dikatakan terdapat ukiran indah mengenai pari-pari yang sedang terbang, beberapa elemen agama Buddha, dan juga setiap pintu gerbang dihiaskan dengan bunga emas yang merupakan sumber kekayaan Chi Tu. Juga digantungkan sebuah loceng kecil pada setiap pintu gerbang. Diceritakan juga bagaimana kerajaan ini tidak lekang dengan emas, sebagai contoh sebuah kuil kecil yang dikelilingi dengan emas, atau hiasan utama bagi kerajaan Chi Tu ini adalah bunga emas, di mana bunga emas boleh dilihat merata-rata di sekitar istana dan negara kota. [4]

Diceritakan lagi dalam catatan China tentang Istana Chihtu yang dikatakan bahawa kesemua pintu yang terdapat pada bangunan istana adalah menghadap kearah utara. Takhta sang raja dibina tiga lapis tingginya dan setiap hari sang raja akan jubbah berwarna merah mawar dan baginda memakai pelbagai kalung dan perhiasan dari emas.

Mahkotanya dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan yang terbuat dari emas dan bertatahkan pelbagai hiasan daripada batu-batu permata. Di sisi kanan dan kirinya ada empat orang wanita. Dikatakan juga pengawal yang terdapat di dalam balai tersebut adalah lebih dari seratus orang.

Di belakang takhta tempat sang raja bersemayam pula wujud pintu gerbang yang dibina daripada lima jenis kayuan wangi yang bercampur baur dengan emas dan perak, serta dibelakang gerbang tersebut terdapat sebuah relung logam yang berbentuk seperti api yang menyala yang turut diperbuat dari emas yang berkilauan. [5]

Makanan utama masyarakat Chi tu adalah nasi dan catatan China ada menyebut semasa majlis keraian dijalankan terhadap rombongan Maharaja Sui, mereka dihidangkan dengan kek atau kuih yang berwarna kuning, merah, putih dan ungu ( mungkin prototaip awal kuih lapis?) bersama-sama dengan daging lembu, daging kambing, ikan, penyu, dan kerbau pendek.

Putera Raja Chih tu Na ya jia atau Nayaka kemudiannya mengiringi rombongan Maharaja Sui kembali ke China dengan membawa hadiah-hadiah berupa barangan hasil keluaran tempatan dan ini termasuklah mahkota emas berbetuk bunga raya dan kapur barus sebagai ufti kepada Maharaja. Hadiah ini sebagai balasan kepada pemberian Maharaja Sui kepada Raja Chih tu dan tanda bermulanya hubungan diplomatik dengan Maharaja China tersebut.[6]

Sebenarnya tidak banyak yang boleh diceritakan mengenai Chi Tu ini, tetapi ianya sangat penting untuk diperkatakan untuk menidakkan hujah seorang cina kiasu yang mengatakan bahawa kerajaan ini adalah milik bangsa cina. Antara hujah yang menyokong mengenai Chi Tu ini adalah milik etnik Melayu ialah pendapat seorang pengkaji daripada Jepun iaitu Tatsuo Hatsuno.

Menurut beliau, nama Chi Tu ini sebenarnya telah dingati sejak zaman Dinasti Tang lagi. Taiping Huanyu Ji, sebuah eksiklopedia yang terkenal pada zaman China dahulu dikatakan bahawa jarak antara Chi Tu dan sebuah lagi empayar Melayu ketika itu, iaitu Srivijaya dikatakan dalam lingkungan 1500 li. Menurut Hatsuno lagi, kerajaan Chi Tu dikaitkan dengan Srivijaya atas alasan ianya mempunyai hubungan rapat dengan Srivijaya kerana merupakan etnik yang sama yang menubuhkan Srivijaya iaitu milik bangsa Melayu. Bahkan dikatakan bahawa Srivijaya itu adalah pewaris kepada raja-raja yang pernah memerintah Chi Tu suatu masa dahulu. Tambah mengejutkan di katakan bahawa permulaan kepada Empayar Melayu Srivijaya adalah bermula di Chi Tu. [7]

Kesimpulannya di sini, Chi Tu ialah lambang kepada kekayaan orang Melayu suatu ketika dahulu dalam membina kerajaan. Emas adalah permaianan orang Melayu ketika itu. Bayangkanlah bagaimana bangsa Cina sendiri menceritakan kisah Chih Tu dengan penuh kekaguman, bagaimana sebuah tamadun di Tanah Melayu ketika itu yang menggunakan emas secara berleluasa.

Sayangnya, kisah seperti ini tidak langsung diceritakan bahkan dikaitkan dengan Melayu pun sehinggakan orang Melayu berfikir bahawa sebelum Melaka, bangsa mereka adalah bangsa bercawat di hutan, memburu binatang laksana orang zaman batu.

Rujukan:

1. Faridah Abdul Rashid. Research on the Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya and Singapore. pp 25

2. Paul Wheatley. Chih Tu. Journal Malayan Branch [Volume XXX, part 1, 1957] Royal Asiatic Society. pp 123.

3. Micheal Jacq-Hergoualc’h. The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk-Road (100 Bc-1300 Ad). pp [229]

4. Paul Wheatley. Chih Tu. Journal Malayan Branch [Volume XXX, part 1, 1957] Royal Asiatic Society. pp 124.

5. Paul Wheatley. Chih Tu. Journal Malayan Branch [Volume XXX, part 1, 1957] Royal Asiatic Society. pp 124 (paragraph 2).

6.. Tatsuo Hoshino. The Kingdom of Red Earth (Chitu Guo) in Cambodia and Vietnam from the Sixth to the Eighth Centuries. pp 70.

Sumber -HE dan Al-Semantani-

No comments: