Sumber : <<<mstar>>> Julai 17, 2025
JANGAN BUAT PEKAK JIKA DENGAR BUNYI GULI ATAU PERABOT DISERET
Jangan buat pekak jika dengar bunyi guli atau perabut diseret... Segera lakukan 4 langkah ini elak gangguan jin
BAGI mereka yang tinggal di rumah bertingkat, pernah atau tidak anda terdengar bunyi guli jatuh ke lantai atau perabot diseret perlahan-lahan pada waktu malam?
Ramai beranggapan bahawa bunyi itu datang dari rumah jiran di tingkat atas.
Namun bagi masyarakat Melayu, bunyi-bunyi sedemikian berkemungkinan memberi maksud tertentu yang sukar dijelaskan dengan perkataan.
Menurut perkongsian di media sosial, bunyi guli sering dikaitkan dengan 'ujian awal' untuk melihat siapa dalam kalangan penghuni rumah yang mudah lemah semangat.
Keadaan ini dikatakan sebagai petunjuk tentang kehadiran makhluk halus atau gangguan jin yang cuba menumpang atau menjadikan rumah anda sebagai laluan.
Bunyi perabot rumah diseret turut dikaitkan dengan kejadian mistik. -Gambar hiasan AI
Islam mengakui kewujudan jin dan syaitan, malah Rasulullah SAW pernah bersabda dalam Riwayat Bukhari dan Muslim.
Maksudnya: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui saluran darah.
Hadis Nabi SAW juga menyebut bahawa jin boleh mengganggu manusia dalam pelbagai cara termasuk membuat bunyi, menakutkan dan merasuk.
Jika rumah anda alami perkara seperti di atas, ini empat langkah awal yang boleh diamalkan:
1. Lap lantai rumah dengan air garam kasar yang dicampur daun bidara.
2. Baca surah al-Baqarah setiap malam selama tiga hari berturut-turut.
3. Mandi air ruqyah (surah 3 Qul + ayat Kursi) dan niatkan untuk bersihkan diri dan rumah.
4. Jangan cerita pada orang sembarangan. Kadang niat kita nak kongsi, tapi 'mereka' pun mendengar.
Jika gangguan makin kuat dan berlarutan, sebaiknya dapatkan bantuan daripada ustaz atau perawat Islam yang diyakini.
No comments:
Post a Comment