Wednesday, August 20, 2025

LANGKAH TERAKHIR BUKIT KIJAL (PART 1-BUKIT KIJAL)

 


BUKIT KIJAL PART 1

LANGKAH TERAKHIR BUKIT KIJAL

Lokasi : Bukit Kijal, Terengganu (Laluan Kuantan – Terengganu (1987)

 

Tahun 1987, sebuah trak pikap berwarna biru kusam, model Datsun 120Y, mengaum perlahan

Mendaki jalan berliku Bukit Kijal. Kabus menyelimuti bukit itu meskipun jam baru menunjukkan 9:45 malam. Azman, 35 tahun, sedang dalam perjalanan pulang  dari Kuantan ke kampungnya di Chukai selepas menghantar barang bengkel. Laluan Bukit Kijal sudah lama dikenali sebagai jalan ‘keras’, tapi itulah satu-satunya jalan waktu itu.

Radio dalam keretanya hanya memancarkan bunyi desiran, seolah-olah siaran terputus. Tangan Azman terketar-ketar saat memusing tombol, namun suara dari radio tiba-tiba muncul.

“Tunggu dulu… jangan jalan.”

Azman terus mematikan radio. Tapi bila dia melihat ke cermin sisi, dia Nampak… ada sesorang duduk di bahagian belakang pikapnya. Wanita berbaju putih, berambut panjang, kepala terkulai ke sisi.

Pikap itu mula berat. Seolah-olah dia sedang membawa muatan batu. Azman memberanikan diri menoleh ke belakang melalui cermin tengah (Cermin pandang belakang).

Wanita itu kini sedang duduk – dalam kabin bersamanya.

Wajahnya  tidak jelas… kecuali matanya yang sangat merah dan darah yang menitis dari hujung bibir, “Man…” wanita itu berbisik. “Aku tak sempat pulang dulu…”

Azman menjerit dan hambir terbabas ke cerun jalan. Dia tertekan brek, keluar dari kereta dan menghembus nafas dengan deras. Tapi waktu dia pandang ke dalam kereta – wanita itu sudah tiada

Azman segera memecut ke warung kecil di kaki bukit, satu-satunya tempat dengan lampu, Warung Mak Limah sudah gelap, tapi pintu tak berkunci. Dia masuk mencari air.

”Man…” satu suara tua kedengaran dari dalam.

Mak Limah, yang sudah beruban penuh, memandangnya tanpa kelip. “Kau dah Nampak dia ye…?

Azman kaku.

“Jangan lalu Bukit Kijal waktu malam Man, Jalan itu… dia dah bersumpah. Sejak kes budak perempuan itu – yang mati dijerut dan disorok dalam raga rotan -  dia tak reda. Dia tunggu orang yang boleh ganti tepatnya….”

Esoknya, gempar satu kampong, Seorang pemandu lori pikap ditemukan hilang – lori dibiarkan hidup di tengah laluan Bukit Kijal, lampu menyala, enjin berdesing, tapi tempat pemandu berlumuran darah.

Orang kampong tahu itu petanda…. “dia” dah ambil orang baru.

Azman rasa hidupnya berubah sejak malam itu. Setiap malam jam 9:45, dia akan terdengar suara dari radio – walaupun radio dicabut bateri.

“Man…giliran kau belum sampai.”

Tiga bulan kemudian, Azman nekad kembali ke Bukit Kijal unruk ‘selesaikan’ semuanya. Dia bawa kain kafan, limau purut, kayu ayat rukyah – seperti yang diajar Tok Imam. Tapi malam itu, semasa dia berdri di tengah jalan sambil membaca doa, dia terasa angina berat….

Dari kabus, bayangan wanita itu muncul perlahan, rambut meleret menyapu tar jalan. Wajahnya kini jelas – lehernya berlubang, lidah terejelir, dan mata berwarna hitam kosong.

“Aku tak nak dibuang…”

“Aku Cuma nak tempat pulang…”

Azman rebah – dan bila orang kampong jumpa keesokan harinya, dia masih hidup. Tapi sejak hari itu, dia tidak pernah bercakap  lagi.

Sejak kejadian itu, Bukit Kijal mula digantikan dengan laluan pantai. Tapi penduduk lama tahu – bila jalan lama itu sunyi dan berkabus… kadang-kadang akan kedengaran suara dari celah pokok:

“Man… giliran kau belum sampai…”

Dan siapa pun yang berhenti… akan dijemput sebagai pengganti.

 

 

Nota : Kisah seram ini hanyalah rekaan sahaja

No comments: