29 Dikacau Penunggu Kolam
"Saya
bukan orangnya. Sedekahlah pada anakanak yatim"
"Maafkan
saya”, ujar Omari.
Dalam perjalanan pulang itu, datuk tiba‐tiba teringatkan anak saudaranya itu. Anehnya, bila saya mencadangkan padanya supaya pergi ke sekolah tempat anak saudaranya mengajar datuk menolak.
"Jangan
kacau dia bekerja mencari rezeki”, kata datuk.
"Habis
bagaimana kita mahu mencarinya tok?"
“Ikhtiar dengan bertanya pada orang"
Tidak kuasa saya melawan cakap datuk. Setelah puas bertanya ke sana ke mari, akhirnya datuk dapat juga tahu lokasi rumah anak saudaranya itu. Tidak lama saya dan datuk menginap di rumah anak saudaranya itu, tetapi membekalkan saya satu pengalaman yang aneh. Sepupu saya itu Yusuf namanya.
Menyewa sebuah rumah yang berhampiran dengan tanah kubur. Menurut Yusuf tempat dia tinggal itu dipanggil Kampung Bagam (beberapa tahun yang lalu waktu saya pergi ke Singapura, kawasan di situ sudah banyak berubah. Sudah ada kedai perabut kepunyaan orang Melayu bertingkat tingkat tingginya.
Sudah ada tempat menjual minyak petrol. Lebih kurang pukul dua belas malam, saya terdengar pintu rumah Yusuf di ketuk orang bertalutalu. Bila dia mahu membukanya Yusuf menahan.
"Kenapa?",
tanya saya.
"Syaitan”,
jawab Yusuf.
Mendengar
cakap Yusuf itu, datuk bangun. Dia termenung sejenak melihat wajah Yusuf
kelihatan pucat.
Anak dan
isterinya tidak dikejutkannya.
"Syaitan
macam mana?" datuk minta kepastian.
"Saya belum melihatnya, tapi orang yang pernah membuka pintu rumah melihat perempuan berambut panjang tidak bermata”, Yusuf memberikan penjelasan.
Sebaik saja Yusuf habis bercakap datuk terus meinbuka pintu. Apa yang dikatakan Yusuf memang benar. Di muka pintu berdiri seorang perempuan berambut panjang dengan wajah yang pucat. Dengan sekilas datuk sudah tahu, perempuan yang dilihatnya itu bukan hantu.
"Apa
hal?" tanya datuk.
"Saya
lapar"
"Masuk”,
perempuan itu pun masuk.
Perbuatan datuk itu memeningkan kepala Yusuf. Datuk memberi perempuan itu makan. Bagi menguji sama ada perempuan itu sudah dirasuk syaitan atau tidak, datuk mencampakkan kain hitam berbucu tiga ke arah perempuan itu. Tidak ada tindakbalas dari perempuan tersebut. Setelah datuk mengadakan temubual dengan perempuan itu, macam pegawai polis menyiasat orang salah, ternyata perempuan itu gila dan di singkirkan oleh keluarganya.
Terpaksa tinggal di pinggir hutan dan keluar bila malam. Kemudian orang‐orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah perempuan itu bukan manusia tetapi hantu perempuan berambut panjang. Malam itu juga datuk cuba memberi rawatan segera pada perempuan itu. Datuk juga menyuruh perempuan itu bermalam di rumah Yusuf. Akibat dari perbuatan datuk itu, tersebarlah berita kononnya Yusuf menyimpan hantu berambut panjang.
"Aku
terpaksa merawatnya selama tiga pagi hingga dia baik”, kata datuk saya dan
Yusuf.
Dan Yusuf tidak dapat berkata apaapa. Sama ada dia rela atau dia tidak dia harus patuh dengan permintaan datuk yang suci itu. Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, datuk berjaya mengubati perempuan itu dengan memandikan seluruh tubuhnya dengan tujuh biji air kelapa muda selama tiga pagi. Pada sebelah petangnya, selama tiga petang datuk menanam separuh badan perempuan ke dalam di tanah di bawah sinaran matahari selama tiga jam. Kepala itu dilumurkan dengan asam jawa. Setelah itu, datuk memaksa perempuan berambut panjang mandi di sungai hingga menggigil kesejukan. Hari terakhir, datuk pun memanggil semua jiranjiran Yusuf berkumpul di halaman rumah kirakira pukul empat petang. Datuk menyuruh perempuan itu duduk di atas bangku khas. Dibawah bangku itu pula datuk letakkan sabut kepala.
Supaya perempuan itu tidak lari, bahagian pinggang dan badan di ikatkan pada bangku. Ketika itu datuk sudah pun memakai baju dan seluar hitam, kepalanya diikat dengan kain merah. Dia pun memerintahkan saya mencurah minyak api lalu membakar sabut. Datuk berpeluk tubuh mulutnya kumat-kamit membaca sesuatu. Perempuan yang berambut panjang terus menjerit sekuat hati.
Tiba‐tiba datuk menepukkan kedua belah tangannya. Api yang marak segera padam diganti oleh asap tebal.
Perempuan itu terbatukbatuk kelemasan. Serentak dengan itu, orang ramai melihat tulangtulang ikan dan serpihan kaca keluar dari rambut wanita tersebut. Datuk menyuruh saya menyiram air atas sabut yang dibakar. Perempuan yang berambut panjang terkulai atas bangku. Datuk lalu mengumpulkan serpihan kaca dan tulang lalu dimasukkan ke dalam uncang kecil. Datuk menepuk bumi, perempuan itu tersedar, wajahnya berseri-seri. Boleh bercakap dengan baik dan teratur.
"Dia sebenamya anak yatim. Ada orang yang melamarnya tetapi lamarannya ditolak kaum keluarganya kerana mereka tidak mahu harta peninggalan ayah perempuan ini lepas ketengah orang lain. Orang yang meminangnya dulu berdendam lalu mengenakan ilmu sihir padanya”, kata datuk.
Bila datuk mahu meninggalkan kawasan halaman untuk masuk kedalam rumah, seorang lelaki segera menerkam kepalanya dan mengaku pada datuk bahawa dia adalah ayah saudara pada perempuan itu.
Dia juga menyuruh anak buahnya menyebarkan fitnah pada perempuan yang malang itu. Datuk menasihatkan lelaki itu supaya membela anak saudaranya dengan sebaik mungkin, dengan rasa rendah diri lelaki itu menyesal atas perbuatannya. Dia berjanji akan memelihara anak saudaranya seperti anaknya sendiri.
"Awak
salah”, kata datuk.
"Apa
salah saya?"
"Sebagai seorang Islam awak disuruh. Tetapi awak tidak melakukannya terhadap anak saudara awak. Awak hanya berserah pada keadaan, satu perbuatan yang tidak terpuji mengikut ajaran Islam”, jelas datuk lalu membawa anak saudaranya pulang.
Pagi
esoknya, saya dan datuk pun meninggalkan rumah Yusuf menuju ke utara dengan
sebuah teksi.
Kami sampai
ke Ipoh lebih kurang pukul tujuh petang. Kami bermalam di rumah kenalan datuk
di
Kampung Pengkalan Peguh yang letaknya beberapa batu saja dari kota Ipoh. Pagi esoknya kenalan datuk sendiri menghantar kami ke kampung. Dua bulan kemudian, datuk menerima surat dari Yusuf yang mengatakan perempuan yang berambut panjang telah menemui jodoh dengan seorang pemuda dari Masjid Tanah, Melaka.
Pemuda itu ada hubungan kekeluargaan dengan gadis itu dari sebelah ibunya. Pemuda itu berkhidmat dengan pihak tentera Inggeris di Singapura di bahagian R.A.S.C. (Royal Army Service Cop) bertempat di Kem Seletar. Seminggu selepas kahwin dia membawa isterinya ke tempat bertugas, demikianlah Yusuf menulis dalam suratnya. (Sepupu saya itu Yusuf kini menetap di Taman Pelangi Johor Bharu, setelah meletakkan jawatan sebagai guru untuk bergiat dalam lapangan pemiagaan.
Cukup gembira datuk menerima surat dari anak saudaranya itu. Dia juga berdoa supaya jodoh perempuan berambut panjang dengan pemuda itu akan berkekalan hingga ke anak cucu. Sejak datuk pulang dari Batu Pahat, kesihatannya tidak begitu baik. Dia selalu diserang batuk mulai pukul dua belas malam hingga menjelang waktu subuh.
Bila saya menasihatkannya supaya pergi menemui doktor, datuk tidak mahu. Dia mengatakan pada saya sakitnya tidak parah dan boleh baik sendiri. Kadangkadang saya terfikir alangkah baiknya kalau saya dapat jadi seperti datuk. Boleh menolong orang yang sakit. Tetapi, bila saya fikirkan dengan sedalamdalamnya, memang saya tidak dapat mengikuti jejak langkah datuk.
Datuk cukup lokek mahu menurunkan kebolehan dan kepandaiannya dengan diri saya. Datuk bimbang kalau ilmu yang saya tuntut darinya akan disalahgunakan. Dia hanya menurunkan ilmu-ilmu yang mudah pada saya seperti mengurut tangan orang yang tersilap urat serta beberapa petua dan doa untuk diri saya sendiri yang tidak boleh digunakan untuk orang lain, walaupun untuk anak isteri.
Dari sinilah mulanya timbul dalam hati saya untuk menyambungkan pelajaran yang terkandas. Atas galakan datuk juga, saya memasuki sekolah malam di kampung saya. Datuk tidak tahu, bahawa saya akan menyambung alam baktinya dengan cara yang tersendiri. Saya berazam untuk menjadi seorang doktor. Dengan itu saya akan boleh menolong orang.
"Datuk kau bukan tak mahu menurunkan ilmu pada kamu Tamar. Tapi pantang larangnya terlalu ketat, cabarannya juga terlalu kuat. Macam nenek ni, kalau tak sabarsabar dah lama tinggalkan dia”, kata nenek pada saya, setelah saya nyatakan rasa kesal saya atas sikap datuk pada suatu petang. Tanpa diduga perbualan saya dengan nenek didengar oleh datuk. Dia segera mendekati kami. Matanya merenung wajah saya. Dia membaca apa yang tersirat dalam dada saya.
"Aku boleh memberikan kesenangan, kebahagian pada orang lain, tetapi hal itu tidak dapat aku berikan pada nenekmu. Kalau dia menuduh aku sebagai lelaki tidak bertanggungjawab aku tidak marah. Apa yang dikatakannya itu memang benar”, kata datuk dari kepala tangga.
Nenek merenung
muka saya.
"Memang begitu janji aku dengan guru ku dulu. Tidak mengutamakan kepentingan diri sendiri dan kaum keluarga, kalau tidak ilmuku tidak menjadi. Tuhan telah memberi aku seorang isteri yang setia dan sabar. Inilah nikmat dari Allah yang aku terima”, sambung datuk lagi.
Matanya merenung redup pada wajah nenek. Dan nenek pun tersenyum cukup manis. Belum pernah saya menikmati senyum nenek semanis itu. Agaknya, dia megah kerana pengorbanannya selama ini di sanjung oleh datuk. Barang kali sikap bertolak ansur, timbang rasa dan saling memahami tugas masing-masing membuat rumahtangga datuk dan nenek kukuh hingga ke anak cucu, fikir saya dalam hati.
Meskipun rumah tangga mereka tidak didirikan atas landasan cinta dulu baru kahwin, mereka mengambil langkah nikah dulu kemudian cinta. Ternyata kebahagiannya lebih panjang, kemesraannya terlalu padat. Susah mahu diresapi pertingkahan, fikiran saya terus berjalar ke dalam kepala.
"Nenekmu
seorang wanita yang baik”, tambah datuk lagi.
Datuk terus beredar dari kepala tangga. Saya pun melangkah meninggalkan nenek dengan kerjanya mengupas buah kelapa. Bagi mengisi masa lapang petang itu, saya berhasrat untuk pergi bercampur dengan kawankawan yang sebaya bermain gasing. Buah gasing dan tali yang tersimpan di bawah rumah saya ambil. Citacita saya mahu memangkah dua tiga biji buah gasing kawan-kawan hingga terbelah.
Secara mendadak saja saya teringatkan batang pancing yang tersadar di pangkal pokok mempelam. Gasing dan tali saya tinggalkan. Batang pancing saya ambil.
"Nak
ke mana dah petang begini”, tanya nenek
"Nak
memancing ikan di sawah"
"Usahlah,
dah petang”, tahan nenek.
"Kejap aja nek”, jawab saya dan terus meninggalkan kawasan rumah menuju kesawah yang terbentang luas.
Matahari sudah condong benar letaknya. Dalam perkiraan saya, waktu itu sudah pukul lima lebih. Memang tidak wajar saya turun ke sawah memancing. Saya terus meniti atas batas bendang menuju ke sebuah kolam kecil yang terletak di bawah sebatang pokok tualang besar dan tinggi. Kiri kanan pokok itu ditumbuhi oleh pokok‐pokok buluh. Akarakar jejawi berjuntai di dahan tualang, sebahagian darinya mencecah bumi. Beberapa akar itu saya potong separas dada.
Sebelum saya memancing, saya bergayut pada akar itu, macam tarzan bermain angin. Memang menyeronokkan. Kemudian saya memancing dengan umpan cacing yang saya korek di tanah pangkal pokok tualang. Nasib saya memang baik petang itu, pancing saya selalu saja mengena. Tidak sampai satu jam saya sudah dapat berkatikati ikan keli, haruan dan puyu. Ikanikan itu saya letakkan dalam raga.
Azam saya mahu menangkap separuh dari ikanikan yang terdapat dalam kolam tersebut. Hati saya berdebar dengan tiba‐tiba. Daun telinga kanan saya bergerakgerak dan terasa angin lembut menyentuhnya.
Saya mula rasa raguragu kerana ketika itu memang tidak ada angin yang bertiup. Saya segera menoleh ke arah raga yang penuh dengan ikan-ikan hasil dari pancing saya. Saya dapati ikanikan di situ semuanya hilang, kecuali seekor ikan haruan kecil sebesar ibu jari terlompatIompat dalam raga. Saya renung ke langit, matahari sudah pun runduk di kaki langit. Keadaan sekeliling sawah sudah tidak secerah tadi. Hati saya bagaikan dipengaruhi oleh sesuatu kuasa untuk terus memancing, ikanikan saya lihat bagaikan melompatIompat dipermukaan kolam.
Saya
membuat keputusan yang saya kira cukup baik iaitu meneruskan kerja memancing
ikan di kolam.
Sedang saya asyik memancing, hari pun beransur gelap. Senja kala sudah datang. Saya bagaikan terdengar suara datuk memanggil-manggil nama saya. Saya bersedia untuk pulang dan rapat kepangkal pokok tualang untuk mengambil raga yang berisi ikan. Lagi sekali saya terkejut, tidak ada seekor ikan pun di situ, kecuali anak haruan kecil sebesar ibu jari terlompatIompat dalam raga. Saya menarik nafas panjang.
Saya jadi bodoh dengan keadaan yang saya hadapi. Ada sedikit amalan yang datuk berikan pada saya bila menghadapi keadaan yang begitu. Barangkali, saya perlu mencubanya sama ada jadi atau tidak, fikir saya. Dengan tenang saya menjamah bumi dengan hujung kuku jari manis, saya pun membaca sepotong ayat dari surrah al-Falak iaitu Qul a'uzubirabbilfalaq hingga akhir. Saya terasa diri saya bagaikan mendapat sesuatu kekuatan ghaib.
Saya jadi berani. Rasa cemas dan bimbang hilang dalam diri saya. Jari manis saya tekan ke bumi. Dengan ekor mata saya menjeling sekitar kawasan. Lagi sekali semangat saya tergugat. Disebelah kanan saya terlihat sepasang kaki macam kaki itek yang cukup besar, berbulu roma tebal hingga ke buah betis. Saya dongakkan kepala. Saya berhadapan dengan satu lembaga putih yang cukup tinggi. Lebih tinggi dari pokok tualang.
Hari sudah beransur gelap. Saya bagaikan terdengar debu angin yang cukup hebat, bagaikan ribut besar sedang berlaku di sekeliling saya. Saya terdengar pokok tualang digoncang bertalutalu. Saya nampak dengan jelas dengan dedaun tualang jatuh ke bumi. Bila bunyi angin ribut berakhir, lembaga itu pun hilang. Suasana terasa terlalu sepi. Saya campakkan batang pancing dan raga ke dalam kolam.
Saya bersedia mahu melangkah pulang. Baru lima tapak, saya berhadapan dengan satu lembaga yang cukup aneh. Tingginya agak sederhana, lebih kurang sama tinggi dengan bentuk tubuh datuk. Kepala lembaga itu tidak berapa jelas. Tetapi, dari bahagian leher hingga ke paras pinggang ditumbuhi bulu.
Kedua belah tangannya berbentuk macam sayap burung. Dari pinggang hingga ke kaki serupa dengan bentuk tubuh manusia biasa. Dalam saatsaat cemas begitu, saya terdengar nama saya dipanggil sayup-sayup dari arah kampung.
Saya kenal
benar suara itu ialah suara datuk. Saya cuba menjawab panggilan itu, tetapi
tidak berdaya.
Suara saya tidak keluar. Bagaikan ada sesuatu yang menahan pangkal kerongkong saya. Saya renung ke arah lembaga itu kembali. Kini saya sudah pasti benar bahawa, lembaga itu memang aneh, kepalanya juga berbentuk burung ada paruh dan muncung. Kedudukan matanya macam kedudukan mata manusia.
Sinar matanya tajam tidak berkelipkelip memandang ke arah saya. Suara datuk, makin lama makin dekat kedengaran. Dalam saatsaat begitu saya tidak dapat berbuat apaapa. Saya hanya berserah pada Allah yang Maha Besar. Saya cuba membaca beberapa potong ayat alQuran, tapi banyak yang silap dan lintang-pukang. Perkara yang patut di dahulukan dibaca kemudian begitulah sebaliknya. Saya jadi tidak tentu arah.
Suara datuk kian dekat. Saya menoleh ke arah datangnya suara datuk. Memang saya lihat datuk ke arah saya dengan membawa sepotong kayu. Saya cuba melambaikan tangan ke arah datuk. Lambaian saya itu seolah-olah tidak dapat dilihat oleh datuk dalam suasana yang agak samarsamar itu. Lembaga ganjil itu terus melihat gerak-geri saya.
Dalam warna senja itu, saya melihat datuk kian hampir dengan saya. Jarak saya dengan datuk lebih kurang antara sepuluh hingga lima belas kaki. Tetapi, datuk tidak dapat melihat saya. Suara datuk cukup jelas saya dengar. Sayangnya, saya tidak dapat menjawab suaranya itu.
"Tak
mahu dengar cakap orang inilah padahnya, aku yang susah”, keluh datuk.
Saya lihat dia berdiri betulbetul di sebelah lembaga ganjil itu. Datuk terus memacakkan kayu yang dibawanya ke tanah. Serentak dengan itu, saya lihat lembaga ganjil membuka kedua belah sayapnya lalu terbang kearah dahan tualang. Secara mendadak saja saya boleh bersuara dengan selantangIantangnya.
Datuk terkejut bila dia mendapati dirinya berhadapan dengan saya. Tanpa banyak cakap datuk terus menyapu wajah saya dengan tangan kirinya sebanyak tiga kali.
"Kau
masuk salah tempat”, kata datuk dan terus membawa saya pulang.
Sampai
dijalan rumah, saya dimarahi datuk. Hampirhampir saja dia mahu menampar muka
saya.
Mujurlah nenek dapat menyabarkan darah datuk yang sedang naik itu. Apa yang saya lihat tadi, bagaikan mimpi dan tidak masuk akal. Kalau diceritakan pada sesiapa, saya pasti dituduh gila atau berkhayal, paling tidak dianggap suka mengadaadakan cerita yang tidak munasabah.
Tetapi, lain pula dengan datuk. Dia terus menyuruh saya bercerita. Dia yakin apa yang terjadi pada saya ada hubungannya dengan alam. Ada hubungan dengan makhluk Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Datuk pun mengeluarkan perintah pendek buat saya.
"Jangan memancing di kolam waktu bunga senja. Kalau kau bantah, aku patahpatahkan leher kamu”, begitulah datuk, dalam perintah yang lembut terselit satu ugutan yang amat menakutkan.
"Faham!"
sergahnya.
"Faham
tok!"
Ternyata pengakuan saya itu tidak dapat menenangkan perasaannya. Datuk tidak putusputus menyatakan kesalnya pada nenek terhadap perbuatan saya itu. Tetapi, nenek tetap memberitahu datuk apa yang saya lakukan itu terjadi secara tidak sengaja.
"Barang kali mereka mahu menguji sejauh mana kekuatan ilmu yang aku tuntut”, datuk mengeluh sambil memperkemaskan silanya, menghadapi hidangan makan malam.
"Usah ingatkan kisah tu”, ujar nenek sambil menghulurkan mangkuk nasi pada saya. Nasi pun saya masukkan ke dalam pinggan. Nenek hulur pula mangkuk nasi pada datuk. Bila makan malam selesai, saya tersandar di dinding. Nenek terus membasuh pinggan mangkuk di dapur. Datuk mengambil daun sirih dari tepak. Kemudian, datuk menyuruh saya mengambil daun serunai laut dan kapur di ruang tengah.
Perintah itu saya ikuti. Daun sirih dan serunai laut datuk campurkan dengan kapur. Ketigatiga benda itu datuk hancurkan dengan tapak tangan. Akhirnya di rendamkan dalam cawan beberapa saat. Datuk pisahkan daun sirih, daun serunai laut dan kapur dari air di dalam cawan dengan mengunakan penapis yang halus. Sebelum air itu diminum, saya lihat datuk membaca sesuatu.
"Ini
ubat yang baik”, katanya sambil merebahkan badan atas lantai.
Saya terus masuk ke dalam bilik, saya melihat dan membaca beberapa kitab tua tentang perubatan tradisional yang ditulis dalam tulisan jawi. Ada beberapa perkataan Jawa Kuno yang tidak saya faham, saya akan bertanya pada datuk dan dia akan memberikan makna perkataan itu pada saya hingga faham.
Memang,
ubat yang dibuat oleh datuk cukup berkesan untuk dirinya. Batuk datuk beransur
kurang.
Menjelang pukul dua belas malam,batuk datuk tidak kedengaran lagi. Cuma yang saya dengar bunyi dengkurnya tidak putus-putus. Saya terdengar kokok ayam bertalutalu. Mata saya masih segar. Tidak ada rasa mengatuk. Dua buah kitab lama sudah selesai saya baca. Badan mula terasa sejuk. Saya pun rebahkan badan ke atas lantai.
Saya terpandangkan daun tingkap bilik terbuka dengan sendirinya. Saya bangun untuk merapatkan daun tingkap tersebut. Bila papan tingkap saya sentuh, saya terdengar bunyi belalang pelesit berbunyi dengan nyaringnya dari sebelah kanan. Saya cuba mencarinya tetapi, belalang itu tidak kelihatan kecuali suaranya yang cukup keras. Angin dinihari yang bertiup lembut membawa bunyi kicau burung murai.
Dari mana
datangnya, saya sendiri pun tidak tahu. Dengan sepenuh tenaga, daun tingkap
saya tarik.
Usaha saya gagal. Bagaikan ada suatu kuasa yang menahan pada daun tingkap itu. Saya terasa pula angin terlalu keras bertiup. Saya lihat pokok‐pokok di luar macam digoncang manusia. Saya juga terdengar sekawan burung berakberak terbang tinggi sambil berbunyi dengan rancaknya. Burung-burung itu berpusing-pusing atas bumbung rumah. Tanpa membuang masa, saya pun dongakkan kepala ke langit.
Saya terlihat satu cahaya berjerumbai (bertalitali) dari bahagian bawah lembaga yang terbang di angkasa menuju ke arah anak bukit di sebelah utara. Dalam saat yang sama juga saya terdengar suara burung jampuk bertalutalu dari dahan pokok kekabu tinggi di kanan rumah. Dalam gelap malam yang memanjang itu, saya bagaikan terpandang kelibat lembaga besar melintas di depan mata saya. Saya segera mengambil pelita minyak tanah. Bila saya berpatah balik kearah tingkap, saya dapati tingkap yang lagi satu terbuka dan daun tingkap itu dihempas bertalutalu dengan kuatnya. Semua rumah bergegar.
Datuk terjaga dari tidurnya. Datuk datang dan berdiri di belakang saya. Datuk menyuruh saya beredar dari situ dan mengambil alih tempat saya. Dia berdiri dimuka tingkap dan burung berekberek lalu berlegarlegar atas bumbung rumah semula.
Datuk pun menekan pangkal hidungnya dengan ibu jari kanan. Matanya tajam menembusi malam yang pekat itu. Dengan mudah datuk merapatkan kedua belah daun tingkap lalu menguncinya. Baru dalam dua tapak datuk melangkah ke arah saya, daun tingkap terbuka semula. Bila datuk mahu merapatkannya semula, satu pukulan kepak burung hinggap ke muka datuk. Muka datuk segera berubah jadi lebam kebirubiruan. Datuk jatuh ke atas lantai.
Saya segera mengambil beberapa helai bulu burung yang gugur di sisinya. Saya lihat datuk berguling-guling atas lantai menahan kesakitan. Pipi kanan datuk berdarah kena cakar kaki burung. Saya jadi kelam-kabut dan saya lihat ke atas bendul tingkap terjulur kepala manusia yang berbulu burung.
Dalam saatsaat yang cemas itu datuk membuka kain. Saya tersipusipu melihatnya berbogel di depan saya. Darah dari pipi kanannya terus mengalir. Datuk menyarungkan kain pelekat dalam keadaan terbalik dari kepala ke kaki. Semua perbuatan datuk itu diperhatikan lembaga bermata merah.
"Ambilkan aku segenggam beras”, jerit datuk sekuat hati. Nenek tergesagesa masuk ke dalam bilik dengan membawa segenggam beras eraterat dan memberikan kepada datuk. Datuk pun melemparkan beras yang digenggamnya ke arah lembaga bermata merah. Satu jeritan terdengar ditengah malam yang pekat itu, bersama pekik anjing dan burung hantu bersahutsahutan. Lembaga bermata merah hilang di muka jendela.
Suasana kembali tenang. Nenek memimpin datuk keluar dari bilik saya. Muka datuk pucat. Darah yang mengalir di pipi bertukar menjadi air putih yang kental. Baunya cukup busuk macam bau bangkai.
"Ambilkan aku segenggam beras lagi. Basuh beras itu dengan air kelapa muda. Dan kau jangan terkena air kotor ini, pergilah cepat‐cepat. Aku nak basuh muka. Aku tak tahan lagi rasanya menahan panas ni.
Daging pipi
aku macam kena api”, datuk berkata dengan tenang pada nenek.
Dan nenek
pun ke dapur mengambil beras serta memetik kelapa muda jenis rendah di belakang
rumah.
Nenek melakukan seperti apa yang dikatakan oleh datuk. Sambil membaca beberapa ayatayat alQuran datuk membasuh mukanya dengan air kelapa pembasuh beras. Muka datuk kembali merah dan segar.
Air yang jatuh atas lantai datuk sapu dengan kain busuk dan kain itu dimasukkan ke dalam satu baldi kecil.
"Esok
kena tanam”, kata datuk.
Dia bangun dan terus rapat ke muka jendela. Lama juga datuk berdiri di situ. Saya tidak tahu apa yang di buatnya. Bila datuk terdengar suara azan subuh, barulah datuk beredar dari muka tingkap dan mengajak saya mengambil air sembahyang. Sementara menanti matahari pagi terbit di kaki langit, datuk membaca alQuran. Saya mengulangi mata pelajaran bahasa Inggeris dan membuat kerja rumah (homework) seperti yang di suruh oleh Mr. Ismail. Mr. Ismail lulusan Kirkby College mengajar di sekolah rendah Inggeris tempat saya. Kemudian berkawin dengan seorang gadis yang mengajar satu sekolah. Mr. Ismail akhimya bertukar mengajar ke Maktab Tentera di Sungai Besi. Dalam pilihanraya tahun tujuh puluhan,
Mr. Ismail bertanding sebagai calon bebas, tetapi kalah ditangan calon Barisan Nasional bagi Kawasan Pangkalan Bharu. Sejak itu cerita tentang Mr. Ismail tidak saya dengar lagi.
Pagi itu selepas menanam kain buruk dan baldi, datuk mengajak saya pergi ke pekan kecil. Kami naik basikal. Saya duduk di belakang dan datuk mengayuh basikal. Tidak lama kami berada di pekan. Setelah membeli ikan masin dan bilis, dalam waktu satu jam kami pun pulang. Sementara menanti waktu makan tengahari, datuk mengajak saya menebang buluh untuk buat raga dan lukah (bubu).
Datuk cukup
cekap memotong buluh dan menakiknya. Dia tidak kelihatan letih walau sedikit
pun. Tugas
saya tidak
berat, cuma memisahkan ranting buluh dari batangnya dan membelah buluh yang
sudah di
potong oleh
datuk. Buluh yang sudah di belah itu saya aturkan atas tanah supaya kena cahaya
matahari.
Dengan itu buluh akan cepat kering dan memudahkan kerja merautnya. Kerja kami berhenti, bila nenek menjemput kami makan. Cukup berselera datuk dan saya makan.
"Jarangjarang
kita dapat makan bersama”, kata saya.
"Tentulah,
kau dan datuk asyik berjalan aja”, celah nenek.
"Betul,
aku rasa esok pun kita tak boleh makan macam ni"
"Kenapa
pula?" tanya saya pada datuk.
"Ada
alamat aku akan panggil orang"
"Apa
alamatnya tok?"
"Masa
aku terbang buluh tadi, ada anak kelawar terbang melawan angin.
"Hum
baru saya tahu”, saya meningkah cakap datuk.
Disambut dengan ketawa oleh nenek. Memang tepat cakap datuk, lebih kurang pukul tiga petang, seorang anak muda berdahi luas tiba di kaki tangga. Anak muda itu memakai seluar panjang kuning, berbaju putih berlengan pendek dan memakai selipar Jepun
No comments:
Post a Comment