Saya mahu mengerti dan faham. Apa yang saya ragukan selama ini dengan
sendirinya sudah terjawap.
Datuk merenung wajah saya dengan tepat dan tajam sekali. Dari sinar matanya itu, datuk seolaholah berkata begini: “Jangan kau tanya lagi hai cucuku, Tamar Jalis”
Saya terkejut dari ribuan pokok sebelah kiri, seekor harimau muncul. Misainya bergerakgerak dan dalam samarsamar senja itu sinar matanya seakanakan bercahaya.
"Kau datang sayang”, kata datuk.
Harimau bergerak untuk menghampiri datuk. Dengan tenang datuk menghulurkan lengan tangan kanan kanannya pada harimau itu. Lidah harimau yang panjang dan merah itu menjilat kulit lengan kanan merebahkan bulubulu roma hitam dan lebat di tangan datuk yang kaya dengan urat. Datuk lalu memeluk leher harimau. Datuk merabahraba misai harimau, dan harimau besar itu menguap panjang.
Taringnya yang tajam berwarna putih jelas kelihatan.
"Kau tahu aku dalam kesusahan, kau datang ya”, ujar datuk lagi.
Harimau itu terus merebahkan badannya ke atas bumi, bergerak kekanan sambiI menggerakgerakkan ekornya penuh manja. Datuk pun menguruturuturut badan harimau itu berkalikali.
"Cucuku sakit. Kau jilatlah tempurung lututnya”
Sebaik sahaja datuk selesai bercakap, harimau itu bangun. Harimau itu menggeliat dengan kedua belah kaki depannya mencengkam bumi. Manakala kedua belah kaki belakangnya menendang bumi menyebabkan bahagian belakang badannya meninggi dan bahagian kepalanya rendah separas bumi.
Harimau itu mengaum kecil sambil membetulkan kedudukan badannya
seperti asal.
"Kau harus membuatkan senaman macam harimau ini untuk menguatkan pinggang dan uraturat kaki dan tangan serta belikat dari diserang lumpuh. Jadikan amalan setiap pagi dan petang”, kata datuk pada saya sambil menyuruh saya melihat gerakgeri harimau tersebut.
Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk pada saya, lalu mengulangi perbuatannya itu sebanyak tiga kali berturut‐turut. Dengan tenang harimau itu membuka mulutnya luas-Iuas lalu menjulurkan lidahnya hingga ke pangkal leher. Dengan tenang harimau itu menghampiri saya. Apa yang saya rasai ialah rasa geli dan sejuk di bahagian kepala lutut, bila lihat harimau itu menjilat kulit badan saya dari kepala lutut hingga ke buku lali. Sesekali saya terasa gigi harimau yang tajam itu berlarilari lembut atas tempurung lutut. Saya kira lebih kurang tiga minit harimau itu menjilat dari tempurung kepala hingga ke buku lali.
Harimau itu terus mengaum panjang dan menghilangkan diri dalam sekelip mata. Burung Kuang-kuik berbunyi kembali. Datuk menyuruh saya bangun. Memang menakjubkan, saya dapat berdiri dengan cukup baik sekali. Saya boleh melangkah dengan penuh tenaga dan kekuatan.
"Bagaimana? Kau kuat sekarang?"
"Ya tok, saya kuat"
Tiba‐tiba datuk mengikat kedua belah mata saya dengan kain hitam. Dia menyuruh saya berdiri betul-betul disebelah kanannya. Datuk pun meletakan tangan ke atas bahu saya.
"Langkah setapak ke depan dengan kaki kanan”, ujar datuk.
Perintahnya itu saya patuhi. Apa yang saya alami selanjutnya ialah badan rasa melayang. Bunyi angin cukup kuat memukul gegendang telinga. Saya bagaikan terkhayal sejenak.
"Sedia”
Saya terdengar suara datuk. Serentak dengan itu saya terasa sepasang kaki saya memijak bumi. Datuk pun membuka mata. Saya dan datuk sudah pun berada di kaki tangga rumah Omari. Dengan wajah yang tenang Omari menjemput kami naik ke rumah. Kerana waktu Maghrib hampir tiba, saya dan datuk tergesa-gesa mandi dan mengambil air sembahyang. Datuk dan Omari berbualbual di ruang tengah sementara menanti waktu Isyak.
Kerana Omari sudah berpisah dengan isterinya, dia hanya menyediakan untuk makan malam sekadar yang termampu olehnya. Malam itu kami makan nasi beras bukit berlaukkan ikan kembung rebus yang sudah digoreng serta sambal belacan. Makanan yang disediakan amat menyelerakan. Untungnya, kami makan sesudah menunaikan sembahyang Isyak, kalau tidak sudah pasti saya rasa tidak selesa untuk rukuk dan sujud.
Lebih kurang pukul sepuluh malam, saya dan datuk meninggalkan rumah Omari menuju ke masjid. Sebelum berangkat, Omari memberi pesan supaya berhatihati bila tidur dalam masjid tersebut.
Menurutnya, sudah banyak orang dicampak keluar dari masjid kerana bercakap tidak senonoh dan ikut suka hati.
Omari juga menyatakan masjid itu dikawal oleh jin Islam. Berdasarkan dari keterangan itu, saya merasakan bukanlah satu perkara yang ganjil kalau masjid itu dipanggil masjid jin. Satu perkara yang tidak menyenangkan hati saya ialah untuk sampai masjid tersebut, terpaksa melintas tanah perkuburan yang amat luas.
Memang jadi kebiasaan pada diri datuk, dia lebih suka berjalan waktu malarn tanpa membawa pelita minyak tanah atau lampu suluh. Sedang kami berjalan, tiba‐tiba datuk berhenti. Dia bagaikan nampak tubuh manusia bergerak dalam gelap di celahcelah batu nisan yang terpacak kejap di situ.
"Datanglah. Aku kenal awak. Samasama anak Adarn”, nada suara
datuk cukup keras.
Saya lihat datuk menekapkan kedua belah tangannya ke pangkal leher.
Saya segera merapatinya.
"Keluarlah”, ujar datuk lagi.
Tidak ada jawapan dan tindak balas dari makhluk yang dilawan bercakap oleh datuk. Saya dan datuk terus tegak kaku di situ. Dalam gelap itu saya rasa ada orang bergerak, memintas di depan kami. Datuk melompat dengan mendadak kirakira dalam jarak enam kaki tingginya. Bila datuk berdiri semula di tempat asalnya, dia sudahpun memegang pergelangan tangan seorang lelaki tua.
"Nyalakan lampu minyak tanah kau"
Lelaki itu patuh dengan cakap datuk. Dari cahaya lampu minyak tanah itu, jelas kelihataan wajah lelaki dalam usia lima puluhan. Wajahnya pucat sungguh.
"Dari mana kau?", soal datuk.
"Saya menyiramkan air yassin ke kubur yang menjerit"
"Kubur siapa?"
"Anak Omari"
"Kau siapa?"
"Saya Mohammad Tammat. Sayalah yang menjaga seluruh kawasan kubur ini dan saya tinggal di pondok belakang masjid"
Bagi mempastikan orang yang berkata itu manusia sebenar atau makhluk lain yang menjelma sebagai manusia, datuk menggengam sekepal tanah. Tanah itu datuk gosokkan ke lengan lelaki itu. Datuk senyum, Mohammad Tammat memang manusia sebenar kerana tanah yang digosokkan ke lengannya melekat di kulit. Dan Mohammad Tammat menjerit bila tanah itu ditekan kedalam uratnya.
Datuk pun menceritakan tujuannya datang ke situ. Dengan senang hati Mohammad Tammat sendiri memasang tiga pelita minyak tanah dalam masjid tersebut. Bila semua urusannya selesai Mohammad
Tammat pun pulang ke pondoknya. Memang ada terasa seram sejuk bila berada dalam masjid tersebut. Datuk menyuruh saya tidur di sudut masjid berhampiran dengan tingkap dan pintu. Datuk terus sembahyang sunat masjid. Selesai sembahyang datuk terus membaca alQuran. Saya akhirnya terlelap.
Bila saya terjaga dari tidur, di hadapan saya terdapat seorang tua berjanggut memakai serban dan jubah hijau. Air mukanya cukup bersih bagaikan ada cahaya ketenangan di wajahnya.
"Kau tidur di sana nak”, katanya tenang.
"Terima kasih"
Saya pun bangun dan menuju ke tempat yang ditujukkannya. Datuk terus membaca alQuran. Sila lihat di kiri kanan datuk terdapat beberapa orang lelaki memakai serban hijau dan berjubah hijau penuh khusyuk mendengar datuk membaca ayatayat suci. Sebarang pembacaan datuk tersalah atau silap segera ditegur. Ruang masjid saya lihat terang benderang bagaikan ada lampu letrik. Saya terus tidur dan bangun bila terdengar suara azan subuh memukul gegendang telinga. Saya segera mengambil air sembahyang. Dalam sekelip mata saja, saya dapati masjid itu sudah dipenuhi dengan manusia untuk sembahyang subuh.
Sebelum memulakan sembahyang saya bersalam dengan seorang imam. Tidak banyak perkataan yang diucapkan ketika saya berjabat salam dengannya. Dia lebih banyak membaca Allahu Akbar. Datuk saya lihat cukup tenang berhadapan dengan orang‐orang yang tidak dikenali itu. Saya sembahyang agak jauh dengan datuk. Lepas sembahyang orang‐orang itu bersalaman antara satu sama lain. Akhirnya bersalaman dengan saya sebelum meninggalkan masjid. Pak imam yang berbadan tegap adalah orang yang terakhir meninggalkan masjid. Bila sampai dihalaman masjid, dia berpatah balik mendapatkan datuk.
"Awak orang baru, ada hajat datang ke sini?", soalnya.
"Memang, ada hajat besar" .
"Apa hajatnya?"
"Mahu menghilangkan suara yang menjerit dari kubur"
"Dia anak derhaka, saya juga berusaha ke arah itu"
"Maksud pak imam?"
"Ada saya tinggalkan air untuk disiramkan ke atas kuburnya, tetapi orang yang menyiramnya tu, tidak berapa sempuma”
"Saya kurang faham"
"Dia jarang berjemaah subuh di sini. Sebagai orang Islam ada tempat ibadat, memang elok sembahyang jemaah banyak faedahnya. Dapat mengekalkan semangat persaudaraan sesama Islam. Sembahyang seorang dengan sembahyang jemaah berbeza pahalanya”, kata pak imam itu dengan senyum.
Dia lalu meminta diri dan tetap berdoa pada Allah, semoga niat baik
datuk itu akan berjaya.
"Berusahalah untuk kebaikan. Tetapi apa yang harus awak ambil kira, segala kejadian yang berlaku sebagai petunjuk dari Allah untuk umat manusia di dunia”, itulah kata‐katanya yang diucapkan pada datuk dan meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya.
Saya hanya dapat melihat pak imam melangkah lima tapak ke hadapan di halaman masjid. Batang tubuhnya ghaib dengan mendadak saja sebaik sampai ke arah sebarang pokok. Bila saya menoleh ke dalam masjid, saya lihat datuk terus membaca ayatayat suci alQuran. Suasana subuh yang amat menyejukan itu membuat saya dua tiga kali menguap panjang. Sesekali menggeliat menghilangkan rasa lenguh di badan.
"Kau ambil yassin dan baca”, perintah datuk. Saya pun terus membaca yassin dengan perlahanlahan, pembacaan saya sering terganggu dan tidak selancar pembacaan datuk. Akhirnya, beberapa orang kampung yang berdekatan datang sembahyang subuh di masjid tersebut. Mereka merasa agak pelik kenapa saya dan datuk tidak turut sama sembahyang jemaah bersama mereka. Dari gerakan dan kerdipan mata mereka membayangkan kesangsian. Agaknya, mereka mengira saya dan datuk berlainan mazhab atau menerima ajaran agama yang silap. Bila mereka selesai sembahyang, Mohammad Tammat menghampiri datuk.
"Kenapa tak berjamaah sekali?”, tanya Mohammad Tammat.
"Kami sudah sembahyang jemaah"
"Dengan siapa?"
"Tadi ramai orang datang penuh satu masjid"
"Haa.."
"Tak aneh. Saya bercakap dengan pak imam. Saya bertukar senyum
dengan bilal muda"
Mohammad Tammat mengerutkan keningnya. Dia termenung sejenak.
Cepat‐cepat dia menuju ke sudut
masjid sebelah kanan dan mengambil sebotol air jernih. Dia datang pada
datuk semula.
"Awak bermimpi agaknya?"
"Saya bercakap benar air dalam botol yang awak ambil tu pemberian
pak imam"
"Pelik"
Saya lihat muka Mohammad Tammar berubah lagi. Bibirnya digigit sekuat hati hingga menimbulkan bekas pada bibir sebelah bawah.
"Awak berjemaah dengan jin"
"Alhamdulillah, saya bersyukur atas kebesaran Allah”, datuk pun
menadahkan ke dua belah tangannya.
Orang‐orang kampung pun mula meninggalkan masjid begitu juga dengan Mohammad Tammat. Bila matahari mula terbit di kaki langit, saya dan datuk pun keluar untuk mandi embun. Memang diluar dugaan, dalam langkah yang punya matIamat itu kami sampai ke bahagian belakang masjid yang berhampiran dengan kawasan perkuburan.
Lubang telinga datuk dan saya mula diasak dengan suara orang menjerit dan menangis. Saya dan datuk menuju ke arah bunyi suara itu. Matahari pagi mula memancarkan sinarnya yang lembut, air embun di hujung daun yang terkena sinaran matahari nampak bermanikmanik. Burungburung mula melompat dari dahan ke dahan sambil berkicau riang.
Bila saya dan datuk sampai ke kubur anak Omari, saya lihat Mohammad Tammat terbongkok bongkok menyiramkan air dari dalam botol ke atas tanah kubur. Saya dan datuk terus menghampiri Mohammad Tammat. Dia tidak memperdulikan kedatangan kami.
Datuk terus duduk di bahagian kepala kubur. Datuk membaca sesuatu. Air yang di siram oleh Mohammad Tammat habis satu botol. Mohammad Tammat pun meletakkan botol kosong itu dekat batu nisan. Saya terkejut, botol kosong itu bergerakgerak bagaikan disentuh oleh manusia, akhirnya botol itu hilang.
"Perkara itu satu perkara biasa”, kata Mohammad Tammat
memberitahu saya yang kehairanan.
Suara dari dalam kubur tidak sekuat tadi. Tetapi saya dapat mendengar dengan jelas apa yang terkeluar dari dalam perut bumi itu.
"Aduh panasnya. Ampunkan saya emak, ampunkan saya”, itulah yang dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya di pagi yang hening itu. Datuk masih membisu seribu bahasa. Sinaran matahari yang memancar ke atas kubur cukup keras, walaupun hari masih pagi benar. Saya perhatikan dengan penuh teliti, memang terdapat kepulan asap nipis keluar dari tanah kubur. Di bahagian kaki yang berhampiran dengan batu nisan saya lihat tanah di situ bagaikan retak tetak kecil.
Saya segera menyatakan apa yang saya lihat itu pada datuk. Datuk menyuruh saya diam. Mohammat Tammat meninggalkan kami berdua di situ. Datuk terus membaca ayatayat suci. Saya tetap berada disamping datuk. Bila datuk selesai membaca ayatayat suci dan menoleh ke kiri, saya dapati pak imam yang berjubah hijau berdiri disisinya. Pak imam bersalam dengan datuk sambil berkata:
“Dia anak derhaka”
Pak imam itu hilang. Suasana ditanah perkuburan terasa cukup sepi. Kicau burung tidak kedengaran, apa yang saya alami ialah rasa seram. Bulu tengok saya meremang tidak menentu. Suara dari dalam kubur terus hilang. Saya dan datuk pun pulang ke rumah Omari. Di rumah Omari datuk duduk diruang tengah memakai baju dan seluar hitam siap dengan tanjaknya sekali. Datuk merenung ke arah matahari terbit.
Sebelah kanan lututnya tersusun beberapa batang pohon kayu kecil. Sebelah kiri lututnya terletak mangkok putih tanpa air. Datuk bertafakur kirakira sepuluh minit. Semua yang datuk lakukan itu diperhatikan oleh Omari dan saya penuh teliti. Datuk memejamkan matanya rapat rapat. Saya terdengar suara orang batuk. Entah dari mana datangnya saya tidak tahu.
"Kaubenarbenar mahu menolongnya?”, terdengar suara ghaib.
"Ya, pak imam"
"Dosanya akan hilang sesudah diampun oleh ibu yang
melahirkannya"
"Lagi pak imam?"
"Dia harus juga meminta ampun pada ibu tirinya"
Sebaik saja suara itu hilang, datuk membukakan matanya. Di tangan kanan datuk tergenggam sehelai kain berwarna hijau. Kain itu terus dibelitkan ke lehernya. Datuk merenung ke wajah Omari tepattepat.
"Kau sayangkan anakmu?", tanya datuk.
"Tentu"
Maka berceritalah Omari bahawa anaknya itu pernah menendang dan memaki ibunya sesuka hati. Malah pernah melukakan perasan ibunya yang melarang dia bercampur gaul dengan budakbudak nakal.
Larangan itu tidak diperdulikan oleh anaknya. Akhirnya anak itu terlibat dalam kumpulan penghisap ganja dan jadi peminat ekor tiga nombor (masa itu judi empat nombor masih belum ada).
"Anak saya itu membuat kerjakerja syirik. Menyembah pokok, pergi ke kubur lama menurun nombor ekor”, kata Omari dengan wajah yang amat muram.
Datuk hanya mendengar penuh teliti. Omari juga menyatakan, ibunya menentang perbuatan itu hingga timbul pertengkaran. Anaknya tidak dapat mengawal perasaan lalu memaki ibunya sendiri. Tiga bulan lepas peristiwa itu Omari bercerai dengan isterinya, lalu kahwin lagi.
"Anak saya akhirnya bengkak kaki tidak boleh berjalan. Isteri kedua saya merawatnya. Masa merawat itulah anak saya membaling isteri muda dengan kayu hingga dahinya luka, isteri muda saya meninggalkan saya"
"Lepas itu apa yang terjadi?", tanya datuk.
"Anak saya dimasukan ke hospital Batu Pahat dan meninggal
dunia"
“Awak terlalu manjakan anak”, cungkil datuk lagi.
"Memang. Dialah satusatunya anak saya”, suara Omari tersekatsekat
dan menangis.
Setelah mengadakan perundingan dengan Omari, datuk berusaha mencari isteri tuanya. Akhirnya isteri tua Omari ditemui di Pontian sudah menikah dengan saudara berketurunan Pakistan. Datuk membawa isteri tua ke rumah Omari. Isteri muda tidak dapat ditemui menurut beberapa orang kampung di situ, isteri muda Omari sudah pulang ke kampung halamannya di Tanjung Balai Indonesia. Semua peristiwa yang terjadi diceritakan oleh datuk pada isteri tua Omari. Perempuan itu menangis tersedusedu. Hatinya terasa pilu atas perbuatan bekas suaminya yang tidak memberitahu tentang kematian anaknya.
Malam itu, saya dan datuk tidur ke masjid jin lagi sekali. Kali ini kami datang ke masjid agak lewat. Kirakira pukul satu tengah malam. Kedatangan kami disambut oleh pak imam berjubah hitam dimuka pintu masjid.
"Kau sudah jumpa emaknya?", tanya imam itu.
"Ya, pak imam"
“Mana dia?"
"Dia ada di rumah adik Omari"
"Kita ke sana”, jawab pak imam berjubah hijau.
Kami pun menuju ke rumah adik Omari. Pak imam tetap berada di antara saya dengan datuk. Suatu perkara ganjil yang saya alami, orang lain tidak dapat memandang tubuh pak imam. Mereka hanya mendengar suaranya saja, sedangkan saya dan datuk dapat melihat gerakgeri pak imam. Pak imam melakukan sembahyang dua rakaat di rumah adik Omari. Kemudian dia mengajak datuk dan saya membaca surah Yassin hingga subuh. Sebelum matahari terbit pak imam itu memberi sebotol air jernih kepada datuk.
"Kau ajak ibunya ke kubur pada sebelah pagi. Suruh dia siramkan air ini atas tanah kubur itu dan suruh dia baca ayat ini”, pak imam beritahu pada datuk sambil menyerahkan sehelai kertas yang bertulis jawi.
"Lagi pak imam?"
"Sesudah selesai semuanya itu, ibunya harus melakukan sembahyang
tahajud tengah malam minta Allah
mengampunkan dosa anaknya. Tetapi, dia terlebih dulu dengan hati yang suci mesti mengampunkan perbuatan anaknya itu terhadapnya"
Janda Omari dan iparnya termanggumanggu mendengar suara ghaib itu. Mereka hanya nampak sekilas pandangan bentuk tubuh imam yang berjubah hijau waktu berdiri di muka tangga sebelum menghilangkan diri dari kami semua.
Apa yang dikatakan oleh imam berjubah hijau itu dilaksanakan oleh janda Omari dengan sempurna. Datuk tidak banyak campur tangan dalam urusan tersebut, kecuali menemani janda Omari pergi kekubur selama lapan pagi berturut‐turut. Masuk hari yang ke empat belas, suara tangisan dari kubur sudah tidak kedengaran lagi. Dan janda Omari pun menyatakan hasratnya pada datuk untuk pulang ke Pontian.
"Tangguhkan lah dulu”, kata Omari pada jandanya.
"Kenapa?"
"Lepas mengadakan kenduri kesyukuran malam jumaat ini, kau
pulanglah. Aku minta pada kau demi
kasih sayang kita pada anak", Omari menyatakan hasratnya.
Janda Omari termenung. Dalam hati dia membilang hari. Dia menggigit bibir. Kalau dia memenuhi permintaan Omari bererti dia terpaksa bermalam lagi di Kampung Jorak Ilahi.
"Hari ini suami saya datang mengambil saya, tak dapat menunaikan
hajat baik tu”, jawab janda Omari.
Datuk merenung muka Omari yang dijamah sinar matahari pagi.
"Bila suami awak datang?", datuk menyoal perempuan yang
berwajah lembut.
Kedua‐dua belah kelopak matanya agak hitam kerana kurang tidur dan terlalu banyak menangis mengenangkan perbuatan bekas suaminya.
"Tengahari ini”, jawabnya pendek.
"Hari ini hari Khamis. Dia tidak marah kalau kau tidur semalam
lagi di sini”, celah datuk.
Perempuan yang berwajah lembut menyimpan seribu penderitaan itu merenung wajah datuk. Dalam sinaran mata yang redup itu tersembunyi seribu ketegasan diri yang tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. Begitulah firasat datuk bila melihat bola mata perempuan itu.
"Saya boleh menunaikan permintaan itu kalau mendapat izin dari suami saya. Tugas isteri membuat apa yang disukai oleh suami dan menjauhkan sebarang perbuatan yang tidak disukainya. Inilah ibarat saya untuk suami saya”, ujar perempuan itu dengan tenang.
Datuk tesenyum dalam hal ini ternyata datuk kalah. Datuk boleh berhadapan dengan syaitan dengan gagah dan berani. Tetapi,datuk terpaksa tunduk dengan perempuan yang kuat iman dan mengikut perintah Allah.
"Itulah yang baiknya, memang yang baik itu untuk Allah dan yang jahat untuk syaitan dan nafsu”, suara datuk lemah.
Kemudian datuk dan Omari turun ke tanah. Perempuan berwajah lembut duduk dimuka pintu menanti kedatangan suaminya. Lepas kurang pukul sebelas pagi, suaminya datang dengan sebuah teksi. Datuk segera menemui suami perempuan itu. Bercakap sesuatu dengannya.
"Tak jadi halangan kalau untuk kebaikan”, balas suami perempuan
itu.
Dengan tenang suami perempuan itu membayar tambang teksi dan meminta teksi itu datang menjemputnya selepas sembahyang Jumaat pada hari esoknya. Malam itu, kenduri kesyukuran pun diadakan. Sebelum majlis dijalankan, datuk bercakap dengan Omari sebentar. Tanpa memberitahu saya datuk pun menghilangkan diri. Bila tetamu sudah penuh di anjung, datuk secara mendadak saja tersembul dalam barisan orang kampung bersama seorang lelaki berjubah hijau. Lelaki itu saya lihat tidak banyak cakap. Dia hanya bersalam saja dengan orang yang datang. Kemudian duduk tundukmembilang tasbih.
Atas permintaan datuk, orang yang berjubah hijau membacakan doa. Bila orang ramai menjamah hidangan, orang berjubah hijau tidak menjamahnya. Dia terus membilang tasbih. Bila semua orang selesai makan dan minta diri untuk pulang, orang berjubah hijau terus bangun dan dan berjabat salam.
Tidak ada orang yang berani bertanya tentang dirinya sama ada pada datuk atau pada Omari. Mulut orang ramai bagaikan terkunci. Akhirnya, tinggallah saya, datuk, Omari dan jandanya bersama suami dalam rumah itu merenung ke arah lelaki berjubah hijau.
"Bertaqwalah kamu semua pada Allah, dan Allah akan memberikan kamu semua pengetahuan dan petunjuk yang baik”, ujar orang yang berjubah hijau itu.
Kemudian dia bagaikan kilat hilang dari dari pengelihatan kami. Kerana semuanya sudah selesai, datuk dan saya meninggalkan Kampung Jorak Ilahi. Datuk menolak pemberian Omari seperti kelapa, pisang dan wang sebanyak lima puluh ringgit.
"Saya tidak hidup atas ini. Saya buat kerana Allah sematamata. Bersyukurlah pada Allah atas limpahan kurnia nya yang kita terima”, kata datuk.
"Tapi ini pesan anak saudara saya. Lagipun di sini perkara bagi duit pada orang yang berjaya macam awak ni sudah jadi perkara biasa"
No comments:
Post a Comment