TAMAR JALIS
SIRI BERCAKAP DENGAN JIN
JILID 2
"Saya tahu tujuan awak datang”, kata datuk sebelum anak muda itu membuka mulut. Datuk lalu mengajak anak muda itu naik.
"Tempat awak dikacau syaitan?", tambah datuk lagi.
Anak muda yang termanggumanggu itu anggukkan kepala. Tanpa diberi sebarang isyarat, nenek terus meletakkan kopi dan roti kering di hadapan datuk dan anak muda itu. Anak muda yang berkulit agak gelap itu memberitahu datuk yang dirinya bekerja sebagai nelayan di Pantai Remis. Sudah ramai dukun dan pawang yang ditemuinya meminta jasa baik mereka menghalau sejenis makhluk yang mengganggu penduduk kampungnya di Batu Tujuh, Segari.
“Semuanya menolak tidak sanggup”, kata anak muda itu.
"Habis mana kau tahu rumah aku? Aku bukan pawang dan aku bukan
bomoh"
"Ada orang menyuruh saya minta jasa baik pakcik”
"Siapa?"
"Sarjan Hamid, balai polis Pantai Remis"
"Kau harus tahu. Aku bukan pawang dan aku bukan bukan dukun. Aku hanya berikhtiar, yang menentukan kejayaannya Allah yang Maha Besar"
"Saya faham pakcik”, nada suara anak muda itu merendah.
Sebelum memulakan sebarang perjalana, datuk menghitung dan mengira apakah perjalanannya membawa tuah atau celaka. Setelah bertafakur berapa minit, datuk memberitahu anak muda itu, masa yang paling sesuai melangkah apabila matahari sudah condong separas dahan kelapa. Anak muda itu tidak membantah permintaan datuk itu.
Di luar sinar matahari cukup angkuh jatuh atas bumi dan dedaun di halaman rumah. Kicau burung kelicap amat riang, melompat dari dahan ke dahan bersama hembusan bayu yang lembut dan nyaman.
Kepala saya digayuti persoalan. Kenapa begitu mudah datuk menunaikan permintaan dari orang yang memerlukan pertolongannya. Apakah datuk mahu mencari dan menambah pengalaman? Atau datuk mahu menguji ilmu yang dituntutnya? Persoalan itu tidak mendapat jawapan dan mati dengan sendirinya dalam tempurung kepala saya.
"Kenapa kau yang sibuksibuk sangat, apa kau diwakilkan oleh penduduk di situ mencari aku?", datuk menyoal anak muda itu.
"Tidak"
"Kalau tidak kenapa kau mesti bersusah payah?"
"Ada hubungan dengan ayah saya"
"Ayah kau? Siapa dia ayah kau?", datuk agak terkejut.
Matanya merauti seluruh wajah anak muda itu. Dari gerakgerinya ternyata anak muda itu kurang senang dengan pertanyaan itu. Ada sesuatu yang mahu dirahsiakannya dari datuk.
"Usah berahsia dengan aku. Kalau kau bercakap jujur dan terus terang akan memudahkan kerjakerja aku. Ingatlah, apa yang kau buat sekarang bukan untuk kejahatan”, datuk cuba membunuh rasa resah dalam diri anak muda itu. Anak muda itu tundukan kepala merenung lantai rumah.
"Ayah saya Haji Saad Talu”, dengan nada suara yang lemah anak
muda itu menyatakan pada datuk.
Wajahnya kelihatan agak muram. Datuk memperkemaskan silanya dan merenung keluar. Melihat dedaun rambutan dan manggis yang di tolak angin. Bergerakgerak penuh malas.
"Pernahkah pakcik dengar nama tu?"
"Pernah. Ayah kamu berasal dari Sumatera dari daerah Talu, aku kira dia sengaja mengekalkan nama tempat lahir di hujung namanya"
"Ya, memang ayah sendiri ada menceritakan yang dia berasal dari
Talu"
Datuk kelihatan tenang mendengar cakap anak muda itu. Datuk menekan pangkal belikatnya dengan tapak tangan. Menghilangkan rasa lenguh akibat terlalu lama duduk.
"Ayahmu sakit?" soal datuk lagi.
"Tidak"
"Jadi untuk apa kau datang ke mari?"
"Ayah saya sudah meninggal dunia"
Datuk membeliakkan biji matanya. Hujung kening sebelah kanannya saya lihat bergerakgerak. Tanpa banyak bicara datuk bangun lalu masuk ke dalam biliknya. Datuk keluar dengan membawa secebis kain hitam tiga segi. Datuk letakkan kain hitam itu di hujung lutut kanan anak muda tersebut. Kemudian datuk menyuruh anak muda itu menekan bahagian tengah kain hitam dengan ibu jari kanannya. Datuk melihat uruturut yang timbul di belakang tangan anak muda itu. Datuk tersenyum lalu memegang pangkal siku anak muda tersebut.
Dalam beberapa saat saja saya lihat dahi anak muda itu berpeluh. Mukanya berkerut menahan kesakitan yang amat sangat. Saya lihat datuk tidak memperlakukan sesuatu terhadapnya. Datuk sekadar menemukan kulit tangan dengan kulit dibahagian siku anak muda itu bagaikan terkunci.
Dari hujung kedua belah bibirnya terkeluar air liur, meleleh hingga kepangkal dagu. Air liur itu kelihatan kekuningan macam air liur basi dan baunya kurang menyenangkan. Datuk berhenti menjamah kulit siku anak muda itu. Anak muda itu nampak termengahmengah macam berlari berbelas batu dalam panas yang terik. Bahagian belakang baju putihnya basah oleh peluh, macam baru kena hujan.
"Kau ada menuntut sesuatu dari ayahmu?", soal datuk sebaik saja anak muda itu menyandarkan badannya ke dinding. Mata datuk dengan mata anak muda itu bertemu. Macam ada perlawanan ilmu batin antara anak muda itu dengan datuk. Cukup susah saya mahu menggambarkan keadaan perlawanan itu. Perkara yang nyata urat-urat dalam kolam mata anak muda itu bagaikan tersembul merah.
"Berterusterang dengan aku. Jangan uji aku nanti kau binasa”,
pekik datuk sekuat hati.
Serentak dengan itu dia menampar lantai. Papan lantai yang ditampar oleh datuk saya lihat berlubang sebesar tapak tangan. Bahagian tepi papan yang berlubang itu mengeluarkan asap, manakala papan yang tercerai saya lihat menjadi hitam macam arang.
"Ada, cuma separuh jalan. Ayah yang paksa saya menuntut darinya. Saya tak mahu. Dia paksa juga. Jangan jahanamkan hidup saya pakcik”, anak muda itu mula menangis.
Datuk terdiam. Dari gerakgerinya saya tahu, datuk kesal dengan apa yang telah berlaku. Tanpa segan silu datuk minta maaf pada anak muda itu.
"Kamu terlalu berahsia dengan aku. Bukankah sudah aku katakan
berterusterang saja dengan aku"
"Saya tidak berniat begitu pakcik. Tetapi, saya bagaikan di gerak
oleh sesuatu untuk berbuat begitu"
"Aku faham, semuanya terjadi diluar kemampuan diri kamu. Ini membuktikan yang arwah ayah kamu mahu kamu menurut jejak langkahnya"
Mendengar cakap datuk itu, anak muda yang malang terus mengeluh. Secara terbuka anak muda itu mengakui dia tidak setuju dengan beberapa ilmu kebatinan yang diamalkan oleh arwah ayahnya yang bertentangan dengan akidah Islam.
"Banyak perkara yang meragukan saya pakcik”, ujar anak muda itu.
"Antaranya?" datuk mula mencungkil rahsia.
"Dia mengajarkan ajaran ilmu matahari yang dibawanya dari salah sebuah negeri di Timur Tengah semasa dia menjadi kelasi dulu"
"Lagi?"
"Ajaran itu bercampur aduk antara Islam dengan pemujaan pada sesuatu seperti memuja bulan, matahari dan laut. Adakalanya bendabenda yang dipuji itu lebih mulia sifatnya dari Allah yang menjadikan alam ini"
"Dia sudah ke Mekah dan bergelar Haji?"
"Ini juga meragukan saya. Menurut beberapa kawan rapat ayah saya, dia tidak ke Mekah. Tetapi, menunaikan ibadah haji di salah satu tempat di Pulau Pinang. Ayah saya tidak pernah sembahyang Jumaat dan berjemaah di surau. Dia lebih banyak mengasingkan diri dan membuat amalan secara rahsia"
"Apa tindakan orang‐orang kampung tempat kamu?”
"Sejak kematian ibu, saya dan ayah dipulaukan. Adikadik yang lain
membawa diri ke tempat lain”
Datuk termenung panjang. Dan anak muda itu meneruskan ceritanya tentang arwah ayahnya. Menurut anak muda itu, ketika ayahnya mahu menghembuskan nafas yang terakhir, ayahnya berhempas pulas menendang dinding dan lantai. Sesudah mengeluh macam lembu kena sembelih barulah roh ayahnya bercerai dengan jasad. Bila ayahnya mahu dikuburkan, satu perbalahan telah berlaku antara orang kampung. Satu puak tidak mahu ayahnya dikuburkan di tanah perkuburan Islam. Mereka mahu menempatkan tubuh ayahnya itu di satu tempat lain. Alasan mereka kenapa hal itu patut dilakukan, kerana mereka mengira arwah ayahnya bukan seorang Islam.
Mana kala pihak yang satu lagi mahu tubuh ayah anak muda itu disemadikan di tanah perkuburan Islam. Alasan mereka arwah Haji Saad memang seorang Islam. Surat lahir dan kad pengenalan membuktikan yang arwah itu memang Islam. Pihak itu juga menyatakan, menentukan sama ada seseorang itu Islam atau tidak, bukanlah terletak di tangan orang kampung. Ada pihak yang tertentu boleh memutuskan seperti Jabatan Agama, Mufti dan lainlain lagi.
"Hanya Allah sahaja lah yang dapat menentukan seseorang itu Islam
atau sebaliknya", kata datuk.
Anak muda itu terdiam. Dia tidak mengatakan cakap datuk itu benar atau tidak. Dari kerdipan matanya yang lembut, saya membut kesimpulan anak muda itu setuju dengan apa yang dikatakannya oleh datuk.
"Setelah penghulu dan ketua kampung campur tangan, ayah arwah saya ditanam ditanah perkuburan orang‐orang Islam”, anak muda itu menyambung perbualan yang terputus.
Anak muda itu menceritakan tentang arwah ayahnya dengan wajah yang muram. Menurutnya, waktu tubuh ayahnya mahu ditimbus dengan tanah, beberapa orang kampung yang meletakkan tubuh ayahnya dalam lubang kubur melihat sesuatu yang ganjil berlaku pada tubuh ayahnya.
"Apa yang ganjilnya tu?", saya pula menyoal.
"Mukanya ditumbuhi bulu macam burung”, jawabnya.
"Apa yang mereka buat?" datuk pula mengajukan pertanyaan.
"Mereka tanya saya sama ada saya mahu melakukan sesuatu. Saya tidak ada pilihan melainkan menyuruh mereka menimbusnya dengan tanah"
Saya menarik nafas panjang. Seram juga saya mendengarnya. Saya lihat wajah datuk masih dalam keadaan yang tenang. Anak muda itu menggigit ibu jarinya. Suasana dalam ruang rumah terasa sepi buat beberapa minit. Kami termenung panjang. Masingmasing membuat perhitungan dan tanggapan yang tersendiri setelah mendengar cerita ganjil dari anak muda itu. Anak muda itu bangun dan berdiri dekat pintu. Merenung kearah pokok‐pokok mempelam dan manggis yang disinari mata hari petang. Lama juga dia termenung di situ.
"Selepas orang‐orang kampung pulang dari dari tanah kubur, langit yang cerah bertukar hitam. Kilat guruh berbunyi kuat. Pokok nibung di belakang rumah kamu dipanah petir. Kemudian hujan turun dengan lebatnya. Hujan itu berhenti bila masuk waktu subuh", tanpa di duga datuk terus berkata demikian.
Anak muda segera mengalihkan pandangannya pada datuk.
"Mana pakcik tahu?", anak muda terkejut besar.
"Ilmu yang diamalkan oleh ayah kamu satu ilmu yang salah. Sebenarnya saya tahu serba sedikit tentang ilmu itu”, terang datuk denganjujar padanya.
Datuk lalu memberi penerangan tentang ilmu tersebut. Menurut datuk, ilmu itu di kenali dengan nama Ilmu Kelawar atau Ilmu Burung yang pernah digunakan oleh kelasikelasi kapal bila kapal mereka pecah atau karam di tengah laut pada zaman dahulu. Masa berlaku peperangan antara tentera Belanda dengan pejuang Kemerdekaan Indonesia, beberapa orang yang mengamalkan ilmu tersebut telah menggunakannya untuk melawan pihak musuh terutama di daerah Mendailing dan Talu. Orang yang mahu memperoleh itu harus bertapa dalam keadaan menanamkan separuh badan dalam tahi kelawar.
Sebelum itu, orang yang terlibat harus pergi ke sebuah gua di Gunung Kidul di Pulau Jawa. Mengabdikan diri pada syaitan di situ dengan membuat pemujaan pada sekeping papan yang sudah berusia beriburibu tahun. Papan yang dipuja akan menjadi lembaga yang menyerupai dengan tubuh badan yang mahu menuntut ilmu. Kemudian lembaga itu akan menghisap darah ibu kaki orang yang mahu memperhambakan diri. Syarat utama orang yang menuntut ilmu itu harus mengakui papan tua itu adalah benda yang paling berkuasa, maha mengetahui dan menyerahkan roh dan jasadnya pada papan penunggu. Dilarang sama sekali melakukan perkaraperkara yang disuruh oleh Allah.
Semasa orang itu menanamkan separuh badannya dalam tahi kelawar, dia hanya memakan kepak kelawar selama empat puluh empat hari. Bila amalannya sudah genap, 100 hari tubuhnya akan berbulu seperti burung dari kepala hingga ke pinggang. Dari pinggang ke bawah macam tubuh manusia. Ketika bulan mengambang penuh, dia akan terbang dan kembali ke rumah asalnya. Setiap malam, dia harus menyediakan darah kelawar satu mangkuk putih dan diletakkan di bawah pokok nibung. Demikian datuk memberitahu tentang ilmu yang diamalkan oleh arwah ayahnya.
"Apa untungnya ilmu tu datuk?" tanya saya.
"Boleh mengumpulkan kekayaan, asalkan patuh dengan perintah syaitan. Boleh menjadikan diri macam burung dan terbang untuk menjahanamkan orang. Satu perbuatan laknat”, kata datuk lagi.
Anak muda yang malang itu mengeluh. Dia mula tahu sekarang kenapa masa arwah ayahnya masih hidup, selalu mengasingkan dalam sebuah bilik gelap. Setiap malam tidak pemah berada dirumah kecuali waktu menjelang subuh.
Lebih kurang pukul empat petang kami pun memulakan perjalanan menuju ke sebuah kampung kecil dipinggir pekan Segari yang terletak di Daerah Manjung (dulu Daerah Dinding). Masa yang kami ambil untuk sampai kesitu lebih kurang satu jam lebih dengan menaiki teksi. Anak muda itu terus menunjukkan ke arah rumah papan yang letaknya agak terpencil dengan rumah lain dikarnpung tersebut.
"Sejak ayah saya mati, rumah ini kami tinggalkan. Setiap malam ada manusia berkepala burung dan berbadan manusia datang mengganggu kami yang diam di situ. Sejak rumah ditinggalkan kami mendengar orang bercakap dalam bahasa yang kami tidak tahu", anak muda itu menceritakan tentang rumah papan yang kami lihat dari jauh.
"Lagi, ada apa yang ganjil?" tanya datuk.
"Sejak akhirakhir ini benda ganjil itu sudah mengganggu rumah
orang lain pula”, tambah anak muda itu.
Datuk pun melagakan gigi atas dengan gigi bawah beberapa kali. Angin petang yang bertiup kencang mengugurkan dedaun getah tua yang me‐magari pinggir kampung. Mata saya masih tertumpu ke arah rumah papan yang beratap rumbia. Pintu dan tingkap rumah bertutup rapat. Di kaki tangga ada tempayan besar. Sebelah kanan rumah terdapat pokok mempelam telur yang sedang berbunga lebat.
"Apa yang kau nampak?", tanya datuk pada saya.
"Tak ada apaapa tuk"
"Baguslah”, balas datuk dan terus duduk di atas tunggul getah. Anak muda yang sejak tadi berdiri di sebelahnya juga turut duduk. Anak muda itu nampak cemas.
"Nama kamu siapa?"
Saya tersenyum, kenapa begitu lambat datuk mahu mengetahui nama anak muda itu. Agaknya datuk terlupa atau sengaja dia berbuat demikian dengan tujuan tertentu, fikir saya dalam hati.
"Nama saya?", ulang anak muda itu.
"Ya nama kau"
"Orang kampung panggil saya Man Beliung, nama sebenar ikut kad penge‐nalan dan surat beranak Osman"
"Fasal apa orang kampung panggil kamu Man Beliung?", datuk
mencungkil rahsia.
Osman segera bangun dan kerutkan dahi sempitnya. Sinar matahari petang kian redup. Beberapa ekor burung gagak liar mula hinggap ke atas tulang bum‐bung rumah papan beratap rumbia. Gagakgagak itu berbaris menghala ke arah matahari sambiI berbunyi. Suara gagak itu parau dan kalau di teliti bunyinya macam orang mencarik kain kapan.
"Sebabnya, pasal saya lahir dulu, bidan yang menyambut saya bersama se‐bilah beliung kecil”, Osman membuka kisah dirinya.
"Mana kau tahu?", tanya datuk lagi.
"Ayah saya yang cakap dan ibu saya sendiri mengakuinya. Menurut kata ayah, kalau saya tidak disambut dengan beliung kecil itu saya tidak akan lahir dan ibu akan mengandung sampai mati. Beliung itu ayah yang berikan pada bidan"
Datuk terdiam mendengar cerita dari Osman. Suara gagak di atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia terus berbunyi. Saya menumpukan perhatian ke arah rumah tersebut, sebahagian daripada rumah itu tidak kena cahaya matahari kerana terlindung oleh pokok besar. Tiba‐tiba sahaja badan saya terasa saya terasa seram. Bulu roma saya mula tegak, anehnya bila saya tidak melihat ke arah rumah itu rasa seram tidak saya rasai.
"Beliung itu ada pada kau?", saya terdengar datuk menyoal
Osman.
"Ada saya simpan. Berbalut dengan kain kuning dan diikat dengan
benang tujuh warna"
"Apa warnanya?"
"Saya tak berapa ingat. Tapi warna hitam lebih banyak dari warna
lain"
Datuk saya lihat resah tidak menentu. Sekejap dia kerutkan dahi,
sekejap menggaru pangkal kening.
Sekejap memicit pangkal hidung. Semua yang datuk lakukan serba tak kena. Dalam keadaan datuk yang tidak menentu itu, saya renung ke arah rumah beratap rumbia. Saya lihat bahagian tingkap yang tidak kena sinar mata‐hari terbuka dengan sendiri. Ada kelibat manusia berdiri di situ. Saya memberanikan diri untuk meli‐hatnya, tiba‐tiba telinga terasa kosong. Tidak ada satu pun yang dapat saya dengar dan kepala saya terasa pening. Saya segera merenung ke arah lain. Pen‐dengaran saya kembali macam biasa, rasa mahu pening terus hilang. Saya tidak berani mengulangi perbuatan itu lagi.
"Kau simpan beliung tu di mana?"
Saya mula bosan dengan sikap datuk. Tidak habishabis menyoal Osman dan tidak merasa bosan macam saya. Dia menjawap dengan jelas apa yang disoal oleh datuk. Osman terus memberi tahu datuk bahawa beliung itu disimpan dirumahnya yang terletak berhampiran jalanraya. Osman juga memberitahu tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya berjumlah lima ekar lebih. Tiga ekar lagi dijadikan dusun.
"Rumah ini ayah saya dirikan di dalam tanah dusun”, kata Osman tanpa me‐mandang ke arah rumah peninggalan ayahnya, dia bagaikan takut memandang rumah pusaka itu. Matahari kian condong ke barat.
Burung gagak kian bertambah duduk atas tulang bumbung rumah papan beratap rumbia. Bila datuk menyoal Osman kenapa dia mendirikan rumah di tepi jalan raya atas tanah kerajaan, secara terus terang Osman menerangkan bahawa dia pemah mendirikan ru‐mah di atas tanah pusaka peninggalan ayahnya.
Malah, dia sendiri sudahpun mencari seorang gadis sebagai calaon isterinya. Dia mahu menjadi‐kan tanah pusaka itu sebagai sumber rezekinya. Te‐tapi hasratnya tidak terlaksana bila rumah sudah di dirikan dan dia tinggal di situ. Osman merasakan tanah peninggalan ayahnya bukanlah satu tempat yang aman. Setiap malam dia diganggu oleh makh‐luk ganjil yang dapat dilihatnya.
"Setiap malam badan saya dan pakaian saya di‐lumuri dengan najis manusia dan binatang. Tiang rumah saya digoncang setiap malam, kerana itu saya pindah”, beritahu Osman pada datuk.
Osman juga mem‐beritahu, tidak ada orang yang mahu menoreh di kebun getahnya kerana setiap orang yang cuba menoreh akan di serang oleh beribu kelawar dan gagak. Akibatnya orang yang kena serang kelawar badannya agak gatal dan bengkak. Manakala orang yang diserang burung gagak badannya kemerahmerahan akibat dicakar oleh burung tersebut.
"Kebun getah tu, sudah jadi hutan”, keluh Osman.
Hati saya cukup hiba, bila Osman menyatakan dia berhasrat untuk meninggalkan kampung buat selama-lamanya.
"Tidak ada gunanya saya tinggal di sini. Orang‐orang kampung mula men‐curigai saya. Tidak ada gadis yang mahu bersuamikan saya dan tidak ada orang yang sudi menjadikan saya menantu. Bila pakcik sudah berjaya, semua tanah ini akan saya jual jika ada orang mahu membelinya. Kalau tak ada biarkan jadi hutan”, wajah Osman muram sungguh.
Datuk segera menepuk bahu Osman. Datuk menyanjung citacita Osman disamping memberi satu pengharap baru pada dirinya.
"Jangan putus asa. Allah tidak suka pada orang yang cepat putus asa, hidup mesti berusaha”, bisik datuk ke telinga Osman.
Dia senyum. Datuk menggaru pangkal telinga sebelah kanan dua kali berturut‐turut. Osman pun melihat jam tangan.
"Dah pukul enam pakcik”, ujarnya.
Saya renung wajah datuk. Dan Osman menoleh ke kiri dan ke kanan, macam
mencari sesuatu.
"Mari kita masuk ke rumah tu”, suara datuk separuh keras.
Osman dan saya berpandangan. Dada saya berdebar dan saya tidak dapat menduga apa yang bergolak dalam hati kecil Osman.
"Mari”, ulang datuk lagi sambil menarik tangan Osman.
Osman patuh dengan perintah datuk. Baru lima tapak Osman melangkah, mukanya kelihatan pucat. Tidak berdaya untuk mengatur tapak ke hadapan. Wajah datuk ditatapnya sejenak.
"Kita menempah bahaya pakcik”, katanya.
"Macam mana kau katakan bahaya, kita belum pun sampai"
"Saya terasa seram sejuk pakcik"
"Usah takut, aku ada dekat kau"
Datuk terus mengajak Osman. Ternyata Osman tidak dapat berdalih lagi. Saya dan Osman terus mengekori datuk, macam anak ayam mengikut ibunya mencari makanan. Bunyi suara gagak kian gamat seolah-olah tidak merestui atas kedatangan kami bertiga. Beberapa ekor burung gagak terbang rendah ke arah kami. BerlegarIegar atas kepala kami sebelum hinggap di dahan pokok kiri kanan kami. Saya tidak dapat mengawal mata saya menyorot tajam ke arah burungburung gagak itu. Memang bentuk burung gagak itu agak besar sedikit dari gagak yang selalu saya lihat. Bahagian kepalanya botak hingga ke leher. Dibawah muncungnya tumbuh bulu yang agak jarang tetapi panjang macam janggut manusia.
"Jangan tengok burung tu”, kata datuk pada saya sambil memusingkan leher saya hingga tertumpu ke hadapan. Memang, terasa sakit leher bila datuk berbuat demikian pada saya.
"Jangan belajar jahat. Kawal mata dan hati kamu. Sini bukan
tempat sukasuka tau”, tambah datuk.
Nada suaranya cukup keras. Saya terus membisu. Ketika itu langit kelihatan cerah bersama kepulan awan nipis yang berarak ke utara, meskipun hari sudah pukul enam lebih. Kami terus melangkah mengikut langkah datuk yang teratur. Dada saya terus juga terus berdebar. Lebih kurang dalam jarak dua puluh kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah papan beratap rumbia, secara mendadak sahaja datuk berhenti melangkah.
Dia menyuruh saya berdiri di kanan dan Osman di sebelah kirinya. Dia meminta kami melangkah serentak mengikut langkahnya. Dan langkah pertama dimulakan dengan kaki kiri. Setiap kali melangkah tumit tidak boleh menyentuh bumi. Ketika itu, kami tidak dibenarkan oleh datuk memakai sepatu.
Semua sepatu diletakkan di satu tempat khas. Datuk juga mengingatkan kami supaya jangan menegur kalau terlihat sesuatu yang ganjil. Semua perintah datuk kami patuhi. Akhirnya kami sampai di kaki tangga rumah tersebut. Datuk meletakan tapak tangan kanannya atas kepala tiang tangga yang terbuat dari kayu Medang Sawa. Kepala tiang itu terukir indah dalam bentuk awan larat yang cukup seni. Lama juga datuk meletakan tapak tangannya di situ. Saya lihat lengannya bagaikan bergoyanggoyang hingga urat-uratnya kelihatan timbul, macam ada sesuatu yang menekan tangan datuk. Mukanya mula berpeluh. Urat di kiri kanan dahi datuk nampak cukup tegang.
"Allahu Akbar..”, pekik datuk sekuat hati.
Serentak dengan itu dia menarik tangannya dari memegang kepala tangga. Datuk undur dua tapak ke belakang. Datuk pun membaca beberapa potong ayat alQuran.
No comments:
Post a Comment