Kelakar juga baca posting dari blog Alkerohi ni, betul juga kalau semua tak mengaku mungkin jambatan tu dibuat oleh Ayah Pin agaknya. Biasalah kalau berjaya semua nak mengaku tapi dah jadi kes semua bersembunyi.
Setakat ini tidak ada yang mengaku.
Jabatan Kerja Raya kata mereka tidak dimaklumkan. Jabatan Pelajaran Perak juga berkata mereka tidak tahu menahu tentang pembinaan jambatan gantung itu.
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan pula enggan mengesahkan samada mereka tahu atau tidak.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang pula telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disoal siasat.
Seorang kontraktor tempatan memberitahu, kos jambatan seperti itu pada hematnya dalam anggaran RM30,000.00 sahaja.
Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin lagilah mengaku tidak tahu.
Kerajaan Perak samada yang sah atau yang tidak sah melahirkan rasa terkejut seolah-olah langsung tidak diberitahu.
Istana Perak lagilah tidak campur tangan dalam hal projek kecil-kecilan seperti itu.
Jabatan Perdana Menteri mengaku hanya maklum selepas kejadian.
Jadi siapalah yang tahu ?
Ada yang memberitahu, derma daripada orang tertentu.
Mereka yang berdekatan dengan perkampungan itu tetapi tinggal nun di hujung sana dengan sinis berkata, "ini projek dari langit agaknya"
No comments:
Post a Comment